Risiko Tapai Ubi dan Kuih Seri Muka

2 comments
Assalamualaikum.....


Gambar semua pinjam dari Google


Bukan tak boleh makan, bolehh. Cuma kita nie jer yang berisiko besar kalau makannya.

Ahad pagi, masa keluar ke pasar, singgah minum di gerai di Alor Gajah. Ada tapai ubi atas meja. Hubby memang suka. Dia suruh juga kita makan seketul, walaupun kita menolaknya. Dah boleh bayangkan 'bahananya'.....

Petang pula, Mommy buat kuih seri muka satu loyang. Makan kami anak beranak 6 orang tu jer. Dahlah sepiring kita kena makan share dengan Adam. Disebabkan sedap, sedar x sedar, memang habis. Aduhh..paginya ubi, tapaiii pula tu, petang pula melantak pulut...

Lepas Maghrib, masa berbual2 dengan mak ayah di PD, ZASSS! One sharp pain attack di perut. Mula rasa x selesa...

A few miniutes later, dah mula rasa mual, nak muntah, pening, dan perut mula buat summersault. Jalan pun pegang dinding, Adamlah yang tolong ambilkan bantal, selimut, minyak, ubat segala macam. Menangis2 menahan sakit....

Owhh, gastrik menyerang secara ganas.... Lepas makan ubat gastrik mak yang disyorkan doktor pakar untuk level gastrik yang teruk, adalah kurang sikit. Tapiiii....sampai ke pagi esoknya x boleh nak tidur sebab serangan2 kecil tu sentiasa ada. Last2, pergi juga ke klinik. Macam 'gong' bunyi perut kita bila doktor ketuk2, tanda kembung dan gastrik masih bersarang. Apa lagi...satu jarum terpaksalah di tadah....

Sampai sekarang, perut memang rasa kurang selesa lagi...huhuhuhuhu....


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 thoughts..

Kamalia berkata...

kesiannya kak..
tapi,memang saya kalau perut masuk angin sikit je mesti tak boleh tido sampai kena sapu ubat dan kena urut..setakat ni tak penah kena teruk mcm akak..
wishing u a speedy recovery..:)

Aziela berkata...

Lia : Akak nie memang ada genetik gastrik dalam family. Suma family member kami ada gastrik yang teruk. Mak pun ada genetik gastrik, ayah lagilah, siap ada genetik cancer usus... So, memang severe sebenarnya. Siksa betul nak tunggu acid dalam perut seimbang semula...