Assalamualaikum.....
Kepada mereka-mereka diluar sana yang masih tidak mengetahui atau masih meragui, kita sekadar ingin memberi peringatan bahawa esok ialah hari kelepasan am kepada seluruh rakyat Malaysia sempena pertabalan DYMM Di Pertuan Agong yang baru. Sila google maklumat ini yer...
Cumanya, sebagai HR di syarikat, kita terima banyak pertanyaan dari petugas tentang kepastian ini. Untuk itu, kita dah rangka makluman untuk mereka, tunggu ditampal dan di emailkan sahaja, tapi malangnya tidak mendapat sokongan dari pihak atasan. Tak tahu kenapa, top management kata tak perlu notis tu sebab ini memang pengumuman kerajaan. Takkanlah staffs tak tahu. Hmm..apa nak kata, kan? Tak semua syarikat mengiktiraf pendapat HR. Pada mereka, HR Dept nie hanya membazirkan duit syarikat saja. Well... yang sebenarnya, HR adalah pemangkin niaga dan aset syarikat. Betul lah apa yang dikatakan oleh orang2 atas tu, tapi biasalah, kita nie kan HR terlebih rajin, bajet nak jaga kebajikan dan agar memudahkan petugas la kan.
Oh yer, ada beberapa syarikat yang tidak boleh menghentikan operasi mereka, namun mereka terpaksalah bayar kerja lebih masa seperti mana yang sepatutnya, ataupun memberi hari cuti ganti kepada pekerja mereka. Tapi secara dasarnya, semua cutilah.. Bank, sekolah, pejabat pos, KWSP, PERKESO dan sebagainya : tutup.
Anyway, sekadar makluman juga, cuti ini hanyalah untuk tahun 2012 saja. Maka untuk tarikh 11 April tahun2 akan datang, tiada cuti umum yer..!
Selamat bercuti semua....
betul r cakap akak tu... walaupu dah dibuat pengumuman xsemua orang tau... anatarnya adalah kasih... hehehehe... kasih pun baru tau semalam yg esok cuti... hehehe.... lambat sikit kasih nie...
BalasPadamcurlastt sgt dpt lagi cuti free sehari ekkk....
BalasPadamUntunglah ada cuti....selamat berehat akak...pi mana esok? heheheh
BalasPadam