Rabu, 4 April 2012

Langkawi : Semoga Bertemu Kembali

Assalamualaikum.....

Hari terakhir kami di Langkawi, kami packing segala barang sepenuhnya. This time SIL kita balik dengan parents-in-law dengan flight sebab cuti dia dah habis. Selepas breakfast yang heavy, kami terus ke airport untuk menghantar mereka2 yang terlibat. Flight tgh hari. Lepak di airport sehingga semuanya selesai.

Feri kami pula jam 2.30 petang. Janji dengan En Rahim, pukul 2.00 petang. So, makan dulu di warung Pak Hassan dan terus rempit ke jeti.

Tiba di jeti, kami serahkan kembali kunci kereta kepada En Rahim dan terima tiket feri kami dari beliau. Sungguh mudah. Sebagai kenangan dan panduan, kita mohon En Rahim bergambar bersama keluarga kita.

En Rahim yang sebelah kanan di belakang tu. Kecil molek jer orangnya. Sungguh mesra dan profesional.


Kami melalui pemeriksaan kastam. Syukurlah kami masih simpan tiket feri masa datang sebab boleh dapat pelepasan cukai. Tak adalah banyak sangat membeli. Cuma ada satu kotak besar periuk jer...hihihihi...


Plastik yang berwarna hijau di mana tertenggeknya botol air di atasnya ialah kotak periuk yang kita beli. Ada satu kotak kecil yang dah disumbat dalam beg. Lain2 pakain dan cenderamata pun dah masuk beg. Beg sandang kelabu, kita punya dan yang merah tu pula Firdaus punya.

Keadaan di jeti agak kelam kabut kerana penumpang terlalu ramai dan mungkin juga kerana nak mengejar air pasang. Kalau air surut di jeti Kuala Perlis tu, susah sikit feri nak parking. Anyway, kami pun hentam main masuk feri yang di arahkan jer. Dah tak ikut no. tempat duduk lagi dah. Kecoh lah kat dalam tu jadinya. Tapi bila feri dah start gerak, semuanya jadi aman damai semula. Lena di ayun ombak. Rasa macam tidur dalam buaian pula... Kami tiba di Kuala Perlis, dalam pukul 4.30 petang. Syukur Alhamdulillah...

Tinggallah Langkawi. Apa saja pengalaman pahit yang ada, tetap dilitupi oleh kenangan manis yang terpahat. Insyaallah, Langkawi tetap akan menjadi destinasi percutian pilihan akan datang.

So, untuk memudahkan sesiapa yang nak bercuti ke Pulau Langkawi, kita dengan sepenuh hati mencadangkan anda untuk mengambil pakej keseluruhan dengan En Rahim. Maklumat terperinci beliau adalah seperti berikut :

Pakej Percutian Lengkap ke Pulau Langkawi :

En Rahim bin Abdullah
019-4784 300
Pakej termasuk :
- Kereta sewa
- Tiket feri
- Island Hopping
- River Cruise
dan lain-lain lagi.....

Untuk parking kereta di Jeti Kuala Perlis, sila hubungi :
Nazzry @ E ( 012- 418 5946 )



Semoga bertemu lagi..... Mahsuri.


8 ulasan:

  1. TQ..mmg tgh rancang nk kesana nie :)

    BalasPadam
  2. kalau ada rezeki saya kesana bolehlah gunakan khidmat En Rahim. Tapi bilakah itu?? arghhh susah kalau En Habi takut air...huh!

    BalasPadam
  3. gi sana kena cukup 3 hari 2 malam baru lepas cukai khen...

    BalasPadam
  4. Mrs. Eady : Sy dah inform En Rahim. Kalau2lah berminat nak tanya2 dia nanti..hehehehehe

    Rahmah : Ala...pujuklah dia wak... Naik flight. Anak2 awak mesti suka..

    BalasPadam
  5. Parking ok ke kat kuala perlis.

    BalasPadam
  6. @Anonymous Kalau parking berbayar...biasnya sangat boleh dipercayai.

    BalasPadam
  7. @eintan nurfuzie Konvoi, sendiri2 empunya kereta punya bajet biasanya. Yang lain2, depends pada pilihan dan perancangan kita sendiri.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com