Petang2 nie, sambil makan keropok lekor (sebab kat opis nie kami tgh kenduri keropok lekor), sajerlah nak bercerita tentang budak kecik ni.
P/S : Sila abaikan Lady in Red yang selekeh itu...
Alleycia ni, berumur 2 tahun setengah.
What is so special about her? Erm... None!
Memang tak ada yg istimewa. Sama seperti kanak2 lain. Sama seperti ibu bapa, nenek atuk, pakcik makcik kepada kanak2 yg lain, yang rasa bangga dan sayang dengan budak kecik dalam family masing2.
Cumanya, nak cerita, dia nie agak jarang berjumpa kami di Melaka. Bila parents dia balik Melaka once a month, barulah dia nampak we all. Atau bila we all kadang2 singgah rumah dia di Seremban.
So, since baby lagi, dia memang melekat tak hengat dengan mama dia jer. Bila balik Melaka, nampak we all, macam nampak criminals. Walhal semua orang bukan main pujuk dan 'pancing' dia.
Me? She calls me Mak Ngah and hubby is Pak Ngah. Hubby bukan jenis yang berlemah lembut (maklumlah, bukan romantik yer..), so dia agak seriau bila nampak hubby. Expecially dengan suara hubby yang sangat besar itu..hahahahhaha. So, secara x langsung, dengan Mak Ngahnya sekali kena cop criminal dek dia. Since malas nak dengar bunyi jerit terpekik, kita dengan Adam cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari budak kecik nie. Tak nak satu isi rumah pening kepala sebab dia nie kalau dah start nangis, dari pagi sampai ke malam pun dia larat nak meraung2.
Tapi last year, parents dia terpaksa tinggalkan dia dengan neneknya (Mommy) di Melaka sebab preparation takut mamanya bersalin tgh malam buta, susah pula daddy dia nak angkut dia ke hospital sekali. Kebetulan Adam cuti sekolah, and hubby minta Adam stay di Melaka seminggu untuk training karate for tournament.
Masa tu every day kita berulang alik KL ke Melaka. Pagi, hantar Adam ke rumah Mommy, baru ke KL kerja. Malam, ambik Adam, pergi dinner anywhere, and balik rumah. So, sometimes adalah bawa children pergi lepak di McD... Since hubby tak ada, maka si Alleycia nie jinaklah sikit dengan kita.
Lama kelamaan, pantang nak bergerak, dia mulalah sibuk tanya Mak Ngah nak kemana..nak ikutlah, itulah, inilah.
Now, bila dia balik Melaka, duduk kat pangku kita, makan pun nak apa yang kita makan.
My point is, certain children, kalau kita terlalu give attention dan minta perhatian from the child, diorang rasa takut. So, bila kita buat mcm biasa, tak endahkan dia, this child biasanya akan perhatikan kita dari jauh, study about us, and soon dia akan rasa nak kenal further. Nanti dengan sendirinya dia akan datang kat kita. Tapi, kita pun kenalah sediakan umpan sikit2. Just jangan obvious sangat. Macam Alleycia nie, umpannya McD jer. Sekali visit, terus tewas. Hehehehehehhe.
hahahha...budak bulat dan comel....serius muka dia ada iras ur mom in law :)
BalasPadamRahmah : memang ada kan...
BalasPadam