Selasa, 15 Mei 2012

Pengalaman Belajar Asas Memandu

Assalamualaikum.....



Kadang2, bila baca blogger lain ceritakan tentang pengalaman ujian memandu masing2, kita teringat juga kisah kita. Kadang2 nak simpan jer dalam lipatan sejarah, tapi apa salahnya ceritakan di blog. Kurang2nya bila baca semula, bolehlah nak tersengih2.

Sejarah belajar memandu nie sebenarnya secara illegal dan secara tak rasmi. Masa umur kita 20 tahun, baru 1st year di main campus, ada seorang kawan baik kita telah encourage kita untuk belajar memandu. Dia kata dia dan bf dia sanggup nak ajar kita slow2. Masa tu hostel di kawasan PJ.

So, pada suatu malam, bf kawan kita sewakan sebuah kancil untuk 24 jam. Kami start di kawasan lapang. Lepas tu, bila malam semakin lewat, jalan raya semakin lengang. Maka kita di paksa untuk memandu di jalan raya yang lengang. Berulang alik dari satu roundabout ke roundabout lagi satu. Berpusing2 jer lah kat situ sampaiii mahir. Owhh, kalauulah terjadi apa2, menakutkan sungguh, kan? Tapi syukurlah usaha itu berhasil di bawah pemantauan yang sangat teliti. Maka sedikit demi sedikit, kawan2 kita urge kita untuk try memandu di kawasan kampus. Nak keluar...memang takut lah kan.

Bila kami berpindah ke kampus baru yang lebih besar, dengan keadaan yang masih padang jarak padang terkukur dan tanah yang tandus, maka peluang untuk memahirkan diri terbuka luas. Setakat dalam kampus lah jer pun sebab nak pergi kelas ke, makan ke, amatlah jauh nya. Paling jauh pun, keluar gate kampus, untuk ke pasar malam di kampung berdekatan. Itupun bukan main kecoh lagi...

Bila kita masuk persatuan, kadang2 ada mesyuarat di ceruk2 kampung di negeri lain, bila akak driver dah penat, agak2 jalan felda lengang, kita take overlah stering kejap. Tapi adalah 2 kejadian kelakar yg berlaku.




KEJADIAN 1

Ada satu hari tu, time program berlangsung di Felda Palong 11, kita terpaksa drivekan pegawai univ. ke sebuah tempat lain dari program dalam kawasan felda kerana urusan urgent, di saat orang lain semua terikat dengan benda lain. Memandangkan laluannya dalam kebun getah jer, confident jer lah drive. Pegawai tu ada lesen, tapi dah lupa cara memandu and x confident. Kita yg x der lesen nie lebih cekap dari dia, that's y dia suruh kita drive. On the way balik, sekali terserempak road block..JPJ pulak tuuuu!!! Ah sudahh... Kelam kabut pakai seat belt, kereta dah melelong2 kanan kiri...panik punya pasal. Apa lagi..kenalahhh tahan. Dengan tak ada lesen, dengan x pakai seat belt...pergh..baaaikkkk jer abang JPJ tu nak saman. Dia bawak kitorang diskass jauh sket dr org lain. Mat2 motor x pakai helmet dah berlonggok kena tahan. Nak x nak, kami pun mencuba Hikmat Jurus Rayuan Menggoda Tak Hengat dengan abang JPJ tu. (Naseb lah hensem, membantulah jugak nak dapatkan feel lakonan) Last2, abang tu memang betul2 lepaskan kitorang dengan nasihat yang amat gentleman : Lain kali jangan buat lagi tau... Owwhhh..hensemnyer dia masa dia berkata begitu. Beriya2 kitorang cakap thank u. Pandai kitorang kan... Tp maybe sebab dia terpikat dengan pegawai kita tu kot..maklumlah, pegawai kita tu cantikk...hehehehhehe.





KEJADIAN KE 2

Untuk program kemasyarakatan, kami akan adakan Pameran Anti Dadah di Palong 11 tu. So, kenalah pergi ke Balai Polis Kuala Pilah untuk dapatkan kerjasama polis. Ha, this time kita drive juga... masuk balai, bawak AJK lain, semuanya perempuan. Selamberrr jer tak ada lesen bawak Iswara masuk balai. Balai tu pulak, atas bukit. Sekali nak naik bukit, enjin mati. A few time try, asyik mati jer... Mati kat sebelah pondok pengawal pulak tu. Last2 polis tu yang tolong drivekan naik atas bukit. Aduuhh..nak pecah dada masa tu dek terlalu takut.... Dah lah tu, dia minta lesen...Adoiii, rasa nak rebah kat situ gak lah... Rupa2nya minta K/P atau lesen untuk pengenalan diri nak masuk balai polis.... Perghh..selamaaatttttt.



Walaupun tak ada lesen, tapi kawan2 dan pegawai2 kita lebih selesa kalau kita yang memandu. Diorang kata rasa selamat. And diorang kata kalau kita drive, kereta jalan smoothh jer...tak der tersenggut2 atau brek2 mengejut segala. Iye ker..? Masa tu muda lagi. Zaman tu pula, kereta semuaaa manual. Susah sangat nak cari kereta automatik nie. Tapi, memang puas lah ke hulu ke hilir driving tak der lesen..dalam almost 1 year juga lah...walaupun tak jalan jauh, setakat dalam kampus jer. Sekali sekala untuk ganti orang dah letih drive jer kita pegang stereng. Itupun kalau dalam hutan belantara.

Tak lama selepas kejadian tu, kita dapat green light dari mak kita utk enroll masuk driving class yang formal punya. Barulahh betul kan....

Dah masuk driving school...ada cerita lain juga....

Nanti sambung lain kalilah yer...

7 ulasan:

  1. hahah...klakar .. dan kini menjadi salah seorang pemandu yg professional dah travel jejauh setiap minggu...

    BalasPadam
  2. wakakakaka,... nak tergelak saya baca kisah ni.. lucu lah.. masing2 ada pengalaman masa mula2 nak drive kan..

    Dulu masa saya mula2 drive tu kan, salu saja saya langgar2 anjing.. entah lah kenapa... huhuh

    BalasPadam
  3. hihi...amboih...nasib baik abang jpj ensemm

    BalasPadam
  4. lawak tol...mcm2 yea pglmn tp 2 lah knx kn brulang suma 2 dh...hehe ^_^

    BalasPadam
  5. dulu ai lepas dpt lesen 3 bln baru berani drive...penakut hahaha

    BalasPadam
  6. hehe...kalau dah pakar macam tu....mesti senang dapat lesen memandu hehe...tak sabar nk tggu sambungannya hehehe

    BalasPadam
  7. Rahmah : Sampai dah tak selera pegang stereng

    Gen2Merah : Langgar anjing? Hahaha...lawaklah cikgu

    Suhami : Tak sangka dalam ladang ada JPJ, hensem tu lain cerita tok (ahaks..)

    iEdA : Kalau x ada blog, mungkin pengalaman tu terkubur jer...

    Lasy Ayu : Hahah...itu baru normal..bukan x normal mcm akak nie

    Azham : Haaa...lainnn pula cabarannya dikkk...tungguuu!

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com