Jumaat, 29 Jun 2012

Mudahnya Memasak Nasi Ayam Hainan

Assalamualaikum.....

Selamat hari Jumaat untuk semua. Kejap jer dah penghujung minggu kan...

Aduhh..tajuk di atas tu memang tajuk riak dan takbur kan...? Alahai, janganlah salah anggap. Tujuan kita adalah untuk menyatakan bahawa anda pun boleh memasak Nasi Ayam Hainan yang sedap. Err..kalau pun tak setanding dengan yang lebih sedap, tapi Insyaallah resepi ni akan diterima oleh selera sejagat.



Sebenarnya resepi nie adalah fusion (fusionlaaaah sangat..) dari hubby, mommy dan kita punya trial and error sendiri. Adalah juga start masaknya 5 tahun lepas, tapi secara aktif masak nasi ayam nie dari 2 tahun lepas.

Hubby tak berapa suka dengan nasi ayam Melayu yang ada kaler kuning tu. Dia and family in-laws suka dengan Nasi Ayam Hainan. Dan bila kita cuba masak, memang mudah rupanya. Dan memang sedap...

Ok, meh tengok resipi. Owh, resepi nie, untuk masak satu periuk nasi. Boleh makan sekeluargalah yer.


Nasi Ayam Hainan : Aziela


Nasi :
- 4 cawan beras (dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya setengah jam dalam air biasa dan kemudian di toskan) - boleh guna apa-apa saja jenis beras.
- 4 cawan air untuk masak nasi (ikut jenis beras yer, kalau jenis yang perlu air banyak, lebihkanlah airnya)
- 1 labu bawang putih dicincang halus (kalau boleh jangan tumbuk dan sama sekali jangan blend)
- 4 helai daun pandan yang disimpul
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu butter
- 2 sudu minyak masak
- sedikit garam

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan butter dengan api sederhana bessar.
2. Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan warnanya berubah menjadi kuning gelap. Hai-hati jangan sampai hangus.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata bersama daun pandan dan pati ayam.
4. Taburkan sedikit garam. Jangan banyak sangat yer, secubit pun dah cukup.
5. Pindahkan beras yang telah bersalut rata dengan bawang putih tadi kedalam rice cooker.
6. Masukkan air secukupnya seperti mana biasanya kita memasak nasi dan masaklah dalam rice cooker seperti biasa.
7. Jangan lupa kacau sedikit nasi bila dah kering airnya supaya gebu.

Sementara tu, mari siapkan bahan2 lain.



Ayam
2 ekor ayam yang dipotong 4. (Quarter chicken)
15 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris
2 sudu biji ketumbar disangai
2 batang serai dititik
2 sudu minyak masak
sedikit penumis (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
Sedikit kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili
Garam dan gula sebagai perasa
Air yang banyak.


Cara-cara:
1. Tumiskan dengan minyak bahan-bahan penumis dan kemudian masukkan 1/3 bawang merah.
2. Bila dah sedikit wangi, masukkan juga separuh bawah putih dan separuh halia. Tumis lagi hingga wangi.
3. Bila dah wangi, masukkan air yang banyak dan rebuskan ayam 2 ekor tersebut. Tunggu sehingga ayam masak, tapi jangan lama-lama sangat.
4. Biarkan air rebusan di dalam periuk tersebut dan matikan api. Toskan ayam yang telah masak tadi.
5. Bawang merah, bawah putih, halia, serai dan biji ketumbar tadi, ditumbuk halus.
6. Dalam bekas lain, gaulkan ayam yang telah ditoskan bersama bahan tumbuk, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili serta garam dan gula.
7. Perapkan selama setengah jam.
8. Kemudian ayam tersebut bolehlah digoreng sekadar untuk menggaringkan bahagian luarnya kerana ayam tersebut telah pun masak.



Sup

- Air rebusan ayam tadi
- Beberapa batang lobak merah yang dikerat 4 atau 3 dan dibelah 4 atau 6.
- Beberapa batang celery, atau boleh guna daun sup.
- Bawang goreng.

Cara-cara :
1. Didihkan semula air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan lobak merah dan batang celery atau taburkan daun sup.
3. Rasa garamnya.
4. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Nota : Terpulanglah apa lagi yang anda suka untuk dimasukkan dalam sup ini, seperti kaki ayam, atau ubi kentang dan sebagainya.


Sos cili :
- 5 biji cili merah segar
- 7 biji cili padi merah
- 2 cawan air
- 1 sudu cuka atau asam limau
- Garam dan gula
- Setengah sudu tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu air.

Cara-cara:
1. Blend cili merah dan cili padi sehingga hancur dengan air.
2. Masukkan dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan cuka atau asam limau dan perasakan garam dan gulanya.
4. Bila dah ok, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata hingga didih.
5. Siap untuk dihidangkan.

Bahan ulam :
- Daun salad
- Timun yang dihiris
- Tomato hiris




Inilah hasilnya.... Memang sedap dan lembut. Wangi sangat baunya.

Nak sedap kan, bila nak makan, baru kita goreng ayam yang diperap tu. Wangi dan makan panas2 dengan nasi panas yang lembut, sup yang panas dan manis dengan rasa lobak merah serta sos cili yang terangkat tu.

Ok, kami agak kurang sambutan dengan sos kicapnya, sebab tulah kita tak buat. Tapi actually kalau anda nak kuah kicap pun, senang jer. Ambil saja beberapa senduk kuah sup, masukkan dalam periuk kecil. Didihkan dengan kicap pekat sedikit, kicap manis dan beberapa hiris bawang merah. Nak ada kick, tumbuklah sedikit cili, dan didihkan sekali. Mudah jer. Jangan lupa perasakan garam gulanya sekali.

Dah a few times masak di Melaka dan kawan2 hubby pun makan bertambah-tambah. Yang paling penting, ianya favourite Adam.

And, gambar di atas tu masa masak di PD untuk family kita. Takut juga sebab ayah tu pakar memasak nasi minyak dan yang seangkatannya. Tapi ayah approve.. Dia kat not bad at all... Syukur Alhamdulillah.

So, untuk yang nak masak special sikit kalau ada tetamu, inilah penyelesaiannya. Mudah dan cepat. Nampak jer berjela tu, tapi kalau masak nasi putih, lauk 3-4 macam pun, berjela juga resepinya kan.

Esok dah weekend, tak nak try ke...?


9 ulasan:

  1. dya nk try buat lah..selalu buat nasi ayam yg biasa tu je..hihi

    BalasPadam
  2. Haha....pandai akak promote makanan kegemaran hubby akak ni hehehe....

    sy minat masak tapi tak pernah try....sbb malas dan kat rumah selalu xda bahan2 yg cukup...hehehehe

    BalasPadam
  3. salam..wah..sedap nyer nasi ayam tu...

    BalasPadam
  4. Mira Adzlia : Sedaapp Mira...try ler...heheheh

    dyabunga : Try, jangan x try

    Azham : Hahahha...dah jadi kegemaran semua dah dik..

    Minah Bunga : Sedap yang...

    fieda : memang sedap..hehehehhehe

    BalasPadam
  5. kisahnye ayam hainan

    resepi ayam je lain skit

    ley cube ni

    BalasPadam
  6. lawo sangat gambar Ziela tu yg kena ciplak, hehehehe.. bleh jadi nasi ayam singapore gituh

    BalasPadam
  7. Gambar ni cantik.. tu pasal ada yang amik guna tanpa kebenaran.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com