Sebenarnya dah lama kita nak kongsikan tentang isu ini....
Sebelum anda baca hingga habis entry ini, klik SINI dulu untuk baca kisah benar yang berlaku ke atas seorang wanita.
Kita dah dapatkan kebenaran daripada empunya blog ALAM SARI untuk berkongsi kisah di blog beliau itu...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ok..dah baca? Apa pengajaran yang anda dapat...?
Paling jelas dan nyata : BERSYUKURLAH.....
Sebagai seorang manusia, kita nie semua sering terlupa bersyukur. Betapa bertuahnya kita kerana ada itu, ada ini. Betapa berharganya kasih sayang yang kita terima. Betapa completenya kehidupan kita sebenarnya.
Tapi apa yang kita lakukan..?
Kita sering jaja tentang ketidakpuasan hati kita semua merata-rata. Kita canang yang orang itu salah, orang ini salah. Paling teruk sekali kita menyalahkan takdir... Wahh..takdir itu daripada siapa? Dah lupa rukun Iman terakhir? Rukun Iman terakhir ialah ... : PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR. Makanya, bila disalahkan takdir, kita salahkan siapa sebenarnya? ASTAGHFIRULLAH....
Kita pun sama seperti orang lain. Seorang manusia yang tidak sempurna. Namun Alhamdulillah, kita bersyukur kerana kita telah belajar dari kesilapan yang lalu.
Tahu tak, sepanjang kita bersekolah rendah dan menengah, kita selalu angkuh kepada kehidupan. Kita complaint itu dan ini, sana dan sini. Sehinggalah pada satu ketika sewaktu berusia 17 tahun, pada tahun menduduki SPM...
Kita berbual dengan kawan2 rapat, beberapa kali kita menyatakan yang hidup ni sebenarnya satu perjalanan yang sama. Semua orang dilahirkan, menjadi kanak2, jadi remaja, bercinta, berkahwin, mendapat anak, menjadi tua dan akhir sekali mati. Sama saja. Bosan kan hidup nie...? (Astaghfirullah...)
Ada ketika yang lain, isu yang sama, kita katakan pula bahawa, seronoknya hidup orang lain. Macam2 peristiwa berlaku dan ditempuh mereka. Kita punya hidup amatlah sederhana dan tenang. Tiada kocakkan air. Boringnya....
ALLAHU AKBAR....
Maka bila Allah berfirman "...... Kun Fa Ya Kun....." maka jadilah..!!
Sejak itu, hidup kita tak pernah sunyi dari peristiwa.
Sejak itu kita sering mengalami suka duka yang tak henti2. Tiada rehat, tiada tergendala.
Walau apa pun, kita tahu bahawa ALLAH ITU MAHA MENDENGAR...
Dan sekarang? Alhamdulillah, segala non-stop peristiwa dalam kehidupan kita, menjadikan kita seorang wanita yang lebih cekal dan lebih tabah dari masa lalu.
Alhamdulillah...
Maka anda semua!
Berhati-hatilah dengan apa yang anda pohon. Berhati-hatilah dengan apa yang anda complaintkan...
Semoga Ramadhan ini membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita perolehi...
kak ziela,
BalasPadamsetuju dengan kata kata akak tentang syukur..
maaf kalau saya salah ya..setelah baca kisah tersebut. saya berpendapat keinginan isteri tu nak pegang duit bukan bermaksud dia tak bersyukur. bukan bermaksud dia tak menerima qada' dan qadar. cuma manusia ni dilahirkan dengan nafsu dan bermacam jenis keinginan.
yang membezakan adalah bagaimana kita translate keinginan tersebut. adakah dengan berusaha.adakah dengan duduk diam tanpa berbuat apa apa..
just pendapat saya.. :D
Konsep syukur di bulan puasa sngt masyuk kak
BalasPadamtq
Ya Allah....terkesan sgt dgn kisah kwn tu & entry ini :(
BalasPadamatok setuju...janganlah sekali-kali kita mengkomplen tak tentu pasal....nnt akibatnya pergi kat kita jugak kan...
BalasPadammeh tinggal bpa ari lagi, joint contest atok
http://anaknegori.blogspot.com/2012/07/contest-sapo-nak-kad-rayo.html
Bersyukur atas apa yang kita terima dan dapat sekarang...tetapi adakalanya kita sbg manusia biasa alpa dan tidak sedar akan kesilapan yg kita lakukan.
BalasPadamTq for sharing...
Rai : Agree juga dengan Rai. From the other side of coin, itulah manusia. Cuma, kalaulah dia tahu bahawa pertukaran untuk dia memegang duit adalah nyawa suaminya...?
BalasPadamIffah : Sekadar berkongsi dik..
Mrs Eady : Semoga kita ambil iktibar kan...
Rahmah : betul wak...memang selaluu sangat lupa diri
Terasa insaf baca kisah kat blog ni...ye la sy pon tergolong dlm orang2 yg suka komplen....semua tak puas hati....
BalasPadamtp cuba bayangkan dgn org yang lagi tak bernasib baik mcm kita. Semalam masa tazkirah solat terawih, ada ustaz ckp jgn sedih kalau kasut/selipar kena curi masa pegi surau, tapi bersedihlah kepada orang yg xda kaki. Sebab kita yang tak ada selipar masih boleh berjalan huhuhu....
*erk, ada kaitan tak? hehehe
Azham : Kita manusia, memang fitrah kita selalu terlupa. Kisah selipar, definitely berkaitan...
BalasPadam