Alkisahnya, Jumaat yang lepas kita ada up entry tentang lunch di sini bersama Azad Jazmin, pelakon filem Ngangkong dan Kongsi tu. Err, sebenarnya, kita dengan kawan2 yang mengendeng dengan dia.
Anyway, hari nie nak cerita tentang makan di situ. First time sebenarnya kita ke Bandar Baru Bangi. Kesian kan...? Tapi seronok lah tengok deretan kedai2 yang sangat menarik kat situ. Tapi oleh kerana kekangan masa, kami straight away mengisi perut. Sahabat yang bawa kami ke situ, terus bawa ke restoran nie dan memang berbaloi sungguh sebab makanannya sedap2. Tapi, harga agak mahal sikitlah. Ini kerana restoran nie siap ada signage kat belakang kaunternya yang mention harga makanan dia agak mahal kerana bahan mentah dan seafood di ambil direct dari Sg. Besar, Selangor.
Ok, mari tengok makanannya serba sedikit.
Sayur mayur beserta ulaman yang segar2. Sambal pun bermacam jenis.
Disebabkan kami tiba agak lewat, lauk banyak yang dah habis. Tapi yang ada pun masih menarik lagi.
Siakap bakar. Melangkah jer ke situ, dah jumpa ini dulu.
Sotong bakar. Mak oii...menggoda sungguh.
Pilih...pilih. Mana satu pilihan selera?
Deretan ikan dan sotong yang dibakar.
Inilah hidangan kita. Nasi separuh, urap kacang botol, peria katak dan bendi rebus dengan sambal belacan buah kuini.
Dan....sotong yang menggoda tadi. Aduhaii....lembuut sangat dan sangat obvious sotong ini memang fresh.
Sotong kita tu harganya RM11. Ada berbagai saiz. Harga sotong dan ikan, di tulis guna marker di hujung piring. So, sebelum ambil, tengoklah dulu yer. Nasi dan sayuran kita tu harganya RM3.00.
Memang boleh repeat.
amboi menggodanya...lapar pulak saya tengok lauk2nya...
BalasPadamrasa nak pergi je..
sotong tu..aduhhhh
sedapnye..huhu
BalasPadamterbaekkk!!
BalasPadammenu kampung jugak terbaekkk khen
BalasPadamsedpanyer tgk
terlioq ni
Cik Eka : Akak pun rasa nak repeat bila teringat sotong dia tu...
BalasPadamMira : Uishh...memang sedap
Rahmah : Hahahhaha...muka x malu saya snap2 kat situ wak...
Lady Ayu : Alahai..sian Ayu... Nanti balik sini, makan puas2 naa...
argh...seafood!
BalasPadambestnya, nak makan la nanti bila balik UPM semula hehehehe
Salam.Puan Aziela kat mana ni ya.bole beri alamat penuh?tq
BalasPadamAssalamualaikum.. Untuk maklumat lanjut yang terkini mengenai Restoran D'Limau Nipis sila lawati www.limaunipis.com.my atau http://blog.limaunipis.com.my atau Facebook Restoran D'limau Nipis. terima kasih....
BalasPadam