Sebelum berakhirnya SUKMA 2012 iaitu Sukan Malaysia ke 15 yang sedang berlangsung di Kuantan, kita nak share lagi satu tempat makan yang agak menarik di Kuantan. Lagipun, SUKMA akan berakhir pada hari Isnin minggu hadapan iaitu pada 16hb Julai 2012.
Sepanjang SUKMA ni, kita tengok Kuantan agak sibuk sikit. Sana sini pasti ada van atau kereta-kereta rasmi yang bertampal sticker kontinjen negeri ini dan itu. Dan kebetulan, blog kita juga dilawati oleh pencari-pencari maklumat di google untuk tempat-tempat makan yang menarik di Kuantan.
Kali ini, kita nak cerita tentang Sha's Cafe yang terletak di lorong Kg. Selamat. Kedudukannya berhadapan dengan lorong ke masjid Kg. Selamat tu. Kat sini, kalau nak lunch memang boleh layan. Oh yer, datang awal sikit, dapat lauk yang segar2. Jom tengok gambar.
Deretan ulam dan sambalnya
Lauk-lauk yang masih panas dan segar-segar. Deretan ini, lauknya authentic sikit. Spesell..
Ada lagiii.... Ini lauk-lauk yang biasa didapati di kedai-kedai makan.
Pahang memang terkenal dengan ikan patin. Patin masak tempoyak nie, memang umph!
Antara lauk yang special tu ialah Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Ikan Jenahak dan Gulai Ikan Talapia. Memang rambang mata nak buat pilihan. Lauk2 lain yang biasa tu, ada Gulai Siput Sedut, Ikan Keli Salai Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan beranika jenis sambal.
Namun, antara yang femesnya ialah sotong besar yang penuh sepiring seekor saiznya di masak seperti sambal, tapi bukan sambal. Macam berkuah, tapi pekattt. Mak Oii, lembut sangat isinya dan kuah sotong tu pun memang terasa kesegaran sotong tu. Tak tau macam mana dia masak sampaikan kuahnya saja pun kita boleh rasa macam makan sotong tu sendiri. Tapi masa kami datang nie, tak ada pula sotong tu. Sama ada hari tu tak ada stok, atau sotong tu belum keluar lagi.
Tapi...!!
Tanya dulu harga sotong tu yer... Harganya mengikut saiz tau. Ada sekali, first time hubby ambil sotong yang besar, geram punya pasal. Sekali bayar, harga sotong tu se ekor jer pun dah mencecah RM20.00.
Yang di atas ni adalah hidangan kami berdua. Kami makan nasi dengan ulam2 serta sambal tempoyak dan sambal belacan, seketul Patin Masak tempoyak, 2 senduk gulai siput sedut, sedikit sambal tempe + bilis, dan seketul telur itik bersama 2 gelas air teh o ais. Semua sekali berharga RM27.00.
Sebenarnya, harga makanan di kedai nie, agak mahal sedikit dari warung atau gerai-gerai biasa. Tapi, ramai juga orang yang serbu setiap hari sebab kualiti makanan yang memuaskan.
Nama kedai : Sha's Cafe
Bahagian lauk-pauk
Bahagian dalam kedai yang luas
Pandangan kedai dari depan.
So, bolehlah cuba di sini kalau anda berada di Kuantan. Ada juga orang Kuantan sendiri macam seorang officemate kita nie tak pernah makan kat sini. Nanti, kalau awak balik kampung, try bawak family ke sini, yer dik...
Anyway, jangan lupa ikuti perkembangan pungutan pingat negeri masing-masing di portal web rasmi SUKMA 15 2012.
ikn patin tu mmg menyelerakan...huhu
BalasPadamAlamak....ikan patin tu nampak menyelerakan....tp x pernah makan sbb selalunya mahal hehehee
BalasPadampernah dua tiga kali ke Kuantan (banyak kali sebenarnya, hehe) tak pernah tahu pasal Sha's Cafe ni. Tak tahulah bila nak terjah lagi bandar Kuantan ni. Selalunya kalau kedai tu mahal tapi makan sedap & kualiti, orang tak akan berkira untuk membayar, betul tak?? :-)))
BalasPadamAziela, jumpa di GA KKIDA esok ya... :-)
Aziela, event tu mula pukul 6 petang sampai 10 malam, itu yg KKida bagitahu akak... hihi.. berdebo2 nih
BalasPadamMira : Sedap tau lauk tu..
BalasPadamAzham : Kat sini dun worry. Ikan patin tu harga biasa2 jer.
Sari Yusa : Yerlah kak... Kak Ida pun dah reply e-mail saya dia kata pukul 6. Mesti saya yg paling comot nanti nie..
waaahhh sukanya tgk ulam ulaman tuh...
BalasPadam