Jumaat, 20 Julai 2012

Mantai di Pejabat

Assalamualaikum.....

Tau tak apa itu Mantai? Sebenarnya itu adalah istilah orang N9. Mantai tu adalah tabiat yang tak elok, hahahahahha. Ianya adalah makan besar sebelum bermulanya Ramadhan. Tak elok kan..? Tapii... yang sebenarnya ianya adalah waktu untuk berkumpul dengan semua ahli keluarga sebelum memulakan ibadah puasa. Jadi, bila semua ahli keluarga dah berkumpul, pastilah ada hidangan dan juadah2 istimewa untuk santapan.

Orang N9 biasanya ada yang bakar lemang, masak rendang, sup gearbox dan lain-lain lagi. Maklumlah, kami ni asal usulnya dari Padang tempat Minagkabau sana. Dulu2, masyarakat Minang nie kaya dengan kerbau. Maka bila ada hari kebesaran, juadah berasaskan daging lah secara tradisinya.

Kami di office nie pun, ambil berkat sedikit daripada tradisi tu. Sedar tak sedar, kami sepejabat nie dah macam adik beradik. Maka nak puasa nie, berkumpullah kami sekeluarga untuk makan2. Semua bangsa pun ada. Tapi dah katanya untuk sambut Ramadhan, kita bacalah doa sikit.

Menu pun tak adalah heavy. Biasa2 jer. Sate ayam dan daging, nasi impit, kuay tiaw goreng dan ayam KFC. 


Main menu. Sate ayam dan daging

Ayam spicy pedas....

Brand yg digemari ramai

Sedia utk di ngap..

Ustaz Hassan Adly baca doa...

Khusyu' dan tawaddu'...

Kami semua sefamili...


13 ulasan:

  1. bru thu pasal mantai nih.. :)
    Selamat berpuasa akak.. :)

    BalasPadam
  2. saya pun sempadan negeri sembilan, kg saya kt melaka -alor gajah mmg sambut mantai ni...mmg seronok bila mkn besar berkumpul ramai2 dgn keluarga..

    BalasPadam
  3. ohhh, ini dipanggil mantai ya... habis ke sate tu, banyak tu.. hihi.

    selamat berpuasa, Ziela.

    BalasPadam
  4. Ya Allah perutku yang semakin kedepan itu...oh tidak!!

    BalasPadam
  5. bagusnya pejabat buat .. non-muslim pun ikut sama.

    terima kasih kerana singgah dan follow blog saya.

    BalasPadam
  6. naniey : selamat berpuasa juga darling...

    cheetah : memang meriah dik oii

    ainnoraini : Memang meriah kan...Rumah saya pun kat situ gak kak...

    Sari Yusa : hahahahah..tepatt sekali. Kami siap tapau bawak balik berbondong2. Tamak kan...


    Rahmah : Tak nampak wak...tak nampak. Baeekkk jer gambar blur tu..

    al-lavendari : terima kasih tuan kerana sudi singgah sini..

    BalasPadam
  7. Slmt menyambut Ramadan dan berpuasa buat Aziela sekeluarga.
    meriah acara mkn2.....seronok bekerja bila rakan pejabat mesra mcm famili gini kan...

    BalasPadam
  8. Meriahnya keluarga di pejabat yang ceria...Salam Ramadhan yea Akak Aziela....semoga mendapat keberkatan Ramadhan sepenuhnya tahun ini ;)

    BalasPadam
  9. best nya. Banyak makanan! Sedap memantai ni! Lily baru tahu terms dan tradisi ini wujud di N9. Aktiviti mantai bagus sebab dapat mengeratkan silaturrahim kan?

    BalasPadam
  10. wah! bestnya...lg best sbb makan ramai2...ermmm...puasa2 ni...telan air liur jer la...;)))))))

    BalasPadam
  11. wah seronoknya...kat opis atok pun ado jamuan makan2 sebolum bulan puaso aritu...

    moh joint contest atok
    http://anaknegori.blogspot.com/2012/07/contest-sapo-nak-kad-rayo.html

    BalasPadam
  12. Mamasya : Selamat berpuasa juga untuk Mama dan keluarga di perantauan...

    Azham : Same to u adik..

    Lily : Ha...itulah untungnya blogging kan... Definitely kita terasa macam ada keluarga bahagia

    Zurina : Hahahah...makan ramai2 tu yg buat seronok tu kak..

    Suhami : Wah, atok pun mantai gak ko?

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com