Pemurah Sungguh Blog 1001 Resepi !

6 comments
Assalamualaikum.....



Sebelum kita mulakan bicara, kita ucapkan Selamat Hari Jumaat kepada semua.  

Kita nak cerita sikit tentang blog 1001 Resepi yang mana ownernya ialah Kak Ida yang baik hati tu. Entry kita nie adalah rentetan daripada sticky post di blog kita My Rainbow nie yang masih lagi melekat kuat.

Umum maklum bahawa sticky post tersebut adalah untuk kita join GA daripada 1001 Resepi. Sebenarnya, hadiah2 yang menarik tu akan diberikan kepada pemenang yang tersenarai sebagai top referral untuk blog 1001 Resepi. Seharusnya blog My Rainbow nie tak mungkin tersenarai. Maklumlah, follower pun ciput, promotion pun x hebat. Channel yang kita guna semata2lah blog ini sahaja, berbanding dengan peserta lain yang mempromosikan blog 1001 Resepi melalui berbagai2 channel seperti contohnya laman sosial. Dan kita pula tak ada akaun untuk apa2 juga laman sosial atas sebab2 tertentu.


So, dah tau takkan menang, kenapa join juga?



First of all, tujuan utama kita berblogging adalah untuk berkongsi maklumat, pendapat, kesedihan, kegembiraan, peringatan dan sebagainya dengan public di luar. Pokoknya, apa saja yang boleh dikongsi.

Jadi, blog 1001 Resepi nie adalah antara maklumat yang berbaloi untuk kita kongsikan dengan semua kerana bloggernya juga adalah seseorang yang tidak lokek berkongsi.


Yer, semata-mata itulah tujuannya kita join GA nie.


In fact, kalau x ada GA nie pun, kita tetap berkongsi tentang blog 1001 Resepi nie. So, langsung tidak pernah berharap untuk menang apa-apa sekali pun sebab kita bukannya promosikan 1001 Resepi untuk menang GA. Yang penting, hadiah hakiki yang kita terima adalah bila ada 5-6 orang pembaca yang sudi berjanji untuk terjah blog 1001 Resepi selepas membaca entry GA sticky post kita tu. Kegembiraan kerana ada juga pembaca yang sudi berkongsi minat dengan kita dalam dunia blog. Itu sudah cukup memadai.

Namun, hari ini blog ownernya iaitu Kak Ida telah membuat sedikit kelonggaran untuk memenangi GA tersebut. Boleh baca di SINI.

Kata Kak Ida, beliau akan menjemput top 10 blogger terpilih berdasarkan top referral dan beberapa kriteria lain yang beliau tidak umumkan ke sebuah restoran pada hujung minggu hadapan. Di situ nanti barulah akan diadakan cabutan untuk memilih pemenang. Grand sungguh kan..? Macam ala-ala malam anugerah, gitew.

Tang mana PEMURAHNYA...? Ya Allah, dah tentulah sebab kelonggaran syarat yang diberi. Dahlah hadiah sangat2 menarik, dapat sponsor dari syarikat2 gergasi, pulak tu dihadiri dengan chef2 terkemuka dan dinner free juga di taja. Semata2 untuk GA, segala-galanya di sediakan. Ha, tak pemurah lagi ke macam nie.?

Yang menariknya, sponsor utama GA tersebut iaitu Baba's dan MyChef akan memberikan door gift yang menarik di samping menurunkan celebrity2 chef terkemuka negara iaitu Chef Ismail, Chef Florence, Chef Zam dan Chef Hanieliza. Chef Izzani dari Master Chef jer yang belum confirm hadir atau tidak. Wah, untuk event GA dalam blog siap ada event macam nie. Memang grand kan...?



Tapi, memang tidak disangka2, kita dapat invitation dari Kak Ida.

SUBHANALLAH... Syukur Alhamdulillah. Rezeki di pagi Jumaat. Again, bukannya mengejar hadiah, tapi yang kita kejarkan ialah bertemu muka secara nyata dengan owner blog 1001 Resepi yang pemurah dan penuh dengan karismanya tersendiri. Memang teringin nak jumpa beliau dengan harapan dapatlah kita sedikit tempias aura beliau dalam self-motivation yang tinggi. Tengok daripada GA ni pun dah cukup. Kak Ida dah mulakannya sejak berbulan-bulan yang lalu. Perancangannya, perlaksanaannya, penambah perisanya dan berbagai-bagai lagi.

Insyaallah, kita akan menghadirkan diri. Kita pasti akan kongsikan di sini kelak...

Sekali lagi, terima kasih 1001 Resipi.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

Unknown berkata...

murah rezeki kak ida tu kan.. saya dah lama follow senyap2 blog dia.. ambik resepi carrot cake bagai.. tp segan nak enterprem.. konon pemalu.. hehe..

asyifamustaffa berkata...

Salam kak,
sy pun dpt jemputan KKida...:)
moh kiter pgi eh....insyallah......:)

RamRamCute berkata...

seghonoknya dapat invitation daripada kkida...all the best to all participants ye..

Unknown berkata...

Hehe...syukur dpt invitation...rezki akak mmg murah hehee.....nanti balik dr event tu ada modal nak blogging hehe....sy boleh baca hehehehe

Aziela berkata...

Rai : Akak jer tak reti segan kan..hahahahhahah

Asyifa : Eh, awak jadi pergi x..?

Rahmah : Seronok wak, sampai jakun kejap rasanya... Maklumlah, first time, heheheh

Azham : Amiiinnn...

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Salam.. Tahniah ye, insyaAllah kita jumpa di sana. Sy ni dlm teruja, malu2 juga sbnrnya. Pemalu konon2nya. Hehehe.. :-)