Hari nie santai2 jer lah yer. Dah nak raya nie, dah tak kecur dah kot kalau tengok food. Maklumlah, aroma rendang dan imej ketupat dah memenuhi ruangan mata kan...
Kita dengan hubby berbuka di Hotel Sri Petaling(HSP) minggu lepas sempena birthday hubby. Lagipun hubby tak berapa sihat sangat, so cari tenpat yang dekat2 jer lah. Faktor yang lain ialah teruja bila hari sebelumnya tu kami menonton TV9 rancangan Safiyya yang memaparkan tentang keistimewaan juadah di HSP nie.
Kita dah buat reservation tengahari tu. Syukurlah masih ada meja kosong. Harganya ialah RM55++ seorang. Kalau booking awal, boleh beli voucher yang berharga RM55 nett. Tapi voucher tu dah habis.
Kami tiba agak awal sebab dekat jer dengan office. Tapi memang kat meja dah siap nama kita diletakkan. Mudah kan...
Pinggan pertama, bukan main penuh lagi. Ha, yang membuatkan penuh tu sebenarnya ialah kupang yang besar tu. Nasi Arab kita ambil satu senduk kecil jer, sekadar nak rasa. Hubby terus terjah kambing panggangnya dulu. Lauk pauk dia memang sedap. Patutlah penuhh jer meja di situ.
Tapi nasi Arab yang diwar2kan tu kita rasa kurengg sikit. Dry. Lebih sedap lagi Nasi Arab Pak Lim di Kuantan atau Nasi Arab Damsyik di Seremban. Kalau nak baca entry dan review kita, sila search jer. Ada kotak search di sebelah kanan blog nie, anda taip jer nasi arab. Akan keluarlah resultnya.
Kambing panggang dia memang beraturrr orang di kaunternya. Memang sedap. Lembutt dan cukup dengan perisanya dan rempahnya. Cuma kita bukanlah peminat tegar daging kambing. So, sekadar rasa sekeping jer. Selebihnya kita beratur untuk ambilkan hubby.
Ha, ini adalah menu istimewa di sini juga. Namanya Mongolian Grill. Sebenarnya ia adalah hirisan berbagai jenis sayuran yang dimasak secara bakar bersama ketulan daging ayam. Adalah disertakan dengan rempahnya. Alahai, senang cerita sayur campur kalau orang Melayu. Kalau Jepun, dipanggil teppanyaki. Tapi sebab rempahnya ada sedikit pengaruh dan di create di Mongolia, itulah dinamakan Mongolian Grill tu. Taste good sebenarnya. Fresh dan sangat healthy.
Ada banyak kuih muih yang disediakan. Dalam banyak2 kuih tu, cekodok jagung nie juga yang direbut oleh pengunjung. Memang sedap betul. Lembutt jer dan terasa manisnya jagung dalam cekodok nie. Chef bawak keluar dari dapur panas2, orang semua dah cekup. Kira letak jer habis, letak jer habis... Owh, yang dalam sudu tu ialah smoke salmon. Erm, nothing to shout about. Yang seketul legam tu ialah kuih kole kacang. Sedapp..lembut dan lemak. Cukup perisanya. Teringat nenek. Nenek yang suka kuih kole kacang nie sebenarnya. Pada hal kalau nak buat tu rasanya tak susah mana pun kan. Vitamin M jer yang banyak.
Lagi desert. Bubur cha-cha yang lemak dan manisnya sedang2 jer. Kadang2 kalau terlalu manis, tak tertelan rasanya kan.. Puding honey dew dan puding mangga yang kita share dengan hubby. Kacang botak tu kita suka. Bila tabur dalam bubur cha-cha tu jadi sedap pula rasanya.
Tunggu waktu berbuka.
Birthday boy yang menyengih dalam kesakitan...hihihihi. Berkerut2 dahi nak menahannya.
Overall, harganya memang berbaloi dengan apa yang dihidangkan. Kami berpuas hatilah juga. Cuma tetaplah lauk pauk kampung tu tak boleh menandingi Restoran Rebung.
eh akak dah nampak sikit kurus!
BalasPadamSuhami : Itu ayat bodek, atau ayat perli...? hihihihi
BalasPadamAssalammualaikum aziela,
BalasPadamSelamat menyambut hari raya maaf zahir dan batin..
Beraya dimana tahun ni..
Betullah akak nampak kurus hehe, kan Atok kan? hehe....ni akak yg belanja birthdya boy ke? hehe....mesti berselera makan hehe....lauk pauk mcm menarik tp kenapa akak amek sikit2 je? haha kalau saya da byr harga RM 55 tu mesti kena amek mkanan byk2 sikit haha biar berbaloi hheheheh
BalasPadam