Isnin, 13 Ogos 2012

Novel Review : Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Assalamualaikum.....


Maaf Jika Aku Tak Sempurna atau bahasa pendeknya MJATS adalah hasil penulisan Acik Lana. Beliau adalah salah seorang penulis novel yang mempunyai ramai peminat. Kalau baca novel di blognya, memang meruntun hati. Klik saja nama beliau di atas untuk ke blognya yer.

Sebenarnya buku nie dah lama kita tamat membacanya, cuma nak buat review jer terbuat2. Ada beberapa novel lagi yang sedang menunggu giliran untuk di review. Insyaallah.

MJATS mengisahkan tentang Melina yang terasa dirinya manja terlampau disebabkan dia anak bongsu dan satu2nya anak perempuan bagi pasangan Datuk dan Datin yang kaya. Oleh kerana itu, beliau terbabas dalam kancah pergaulan sosial. Ibu bapanya sudah kehabisan cara untuk membentuk beliau. Dari cara lembut, hinggalah cara kasar. Walaupun begitu, Melina tetap menjaga kesuciannya untuk lelaki yang berhak saja.

Oleh kerana dah tak terkawal lagi, maka bapa Melina terpaksa memohon bantuan rakannya yang mengusahakan kebun sayur di Cameron Highlands. Rakannya mempunyai seorang anak lelaki yang baru tamat pelajaran di luar negeri dan sedang mencari pekerjaan. Sementara tunggu mendapat kerja yang sesuai, Luqman membantu bapanya bercucuk tanam di kebun sayur.

Apabila bapa Melina meminta Luqman membantunya menjadi bodyguard Melina, Luqman sangat berat hati. Iyerlah, takkan serendah itu bapa Melina meletakkan tarafnya padahal dia berkelulusan universiti luar negeri. Tapi, setelah dipujuk, atas dasar persahabatan bapanya dan bapa Melina (dan juga gaji bulanan sebanyak RM10k), Luqman bersetuju juga.

Maka bermulalah episod pergerakan Melina yang dikawal ketat oleh Luqman. Luqman yang mempunyai ciri2 pemuda Melayu terakhir itu, sering 'menyelamatkan' Melina daripada kancah pergaulan sosialnya sehingga menimbulkan rasa benci yang mendalam kepada Luqman dari hati Melina.

Pada suatu malam, tragedi berlaku. Bapa Melina terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau cedera parah hingga membawa maut. Namun, beliau sempat meninggalkan wasiat bahawa Melina dan Luqman mesti disatukan dalam ikatan perkahwinan. Maka berkahwinlah mereka dalam paksaan.

Dalam melalui alam rumahtangga, Luqman mula jatuh hati pada Melina. Cuma nak melembutkan hati Melina dan 'membentuk' Melina menjadi seorang wanita dengan nilai2 yang murni memberi cabaran besar kepada Luqman.

Akhirnya, mereka berdua menyimpul kasih bersama. Tapi happily ever after tidak wujud dalam realiti. Masih ada lagi gelombang ganas yang perlu direnangi. Apakah kesudahannya?

Antara bahagian yang kita suka :

1.) "Kerja apa pakcik?"
  "Jadi driver dan bodyguard anak pakcik"
Luqman ternganga. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Takkanlah serendah itu Datuk Zakri memandang kedudukannya? Dia bukan kemaruk sangat jasa baik lelaki itu, malah yang meminta pertolongan Datuk Zakri adalah ayahnya. Takkanlah dia yang lulusan luar negara mahu menjawat jawatan driver?

2.) Luqman menyelak veil panjang yang menutup belakang tubuh Melina. Terketar2 jarinya mahu menyematkan jarum di bahagian belakang baju yang terkoyak panjang mengikut aliran zip baju.
(Baju bersanding Melina untuk majlis di Cameron Highland bolehkan rabak kat zip belakangnya. Mak andam dah cabut masa tu.)

3.) Luqman memegang dada. Sumpah, sikit lagi jantungnya mahu melompat keluar. Masih terasa debaran saat matanya dan mata Melina bertaut sebentar tadi.

4.) Melina mengeluh dalam diam. Sikit lagi dia nak meninggal tadi. Kenapalah Luqman ni romantik sangat?

5.) Suara Luqman yang amat dirindui kini bergema memecah kesunyian malam. Dan saat itu Melina sedar yang hatinya jatuh bergolek kepada Luqman buat pertama kalinya ketika lelaki itu menyanyikan lagu untuknya. Dan kini, hatinya tergolek lagi! Melina ketap bibir. Jiwa dan semangatnya melayang pergi dengan suara gemersik Luqman.

Ok..setakat ini saja. Actually the list can go on, tapi nanti x bestlah pula anda nak menerokai isi kisah percintaan ini kan...

So, kalau ada masa, bolehlah baca novel nie. Believe me, ia akan menyemarakkan rasa cinta di hati anda.

8 ulasan:

  1. macam best jer.. Nurul cuti sabtu ahad hari tu, masa habis ngan baca novel jer.. hehehee

    BalasPadam
  2. Dah beli tp belum sempat baca...
    ha ha ha...sedang baca cahaya Qaseh...

    sabar tunggu :)

    BalasPadam
  3. dayah suka jugak baca novel..
    tapi sejak dah pandai blog nih lupa daratan sikit..asyik baca blog org je..
    (bukan apa,syok baca realiti kehidupan)
    hehe..

    BalasPadam
  4. salam kak...lama awe tak pegang novel ni

    BalasPadam
  5. hi sayang!!

    Nice review! Hehe. Bkn nice sbb pujian ttg mjats smata2 tp sbb susunan ayat yg indah dan kemas.

    Alhamdulillah.. Tqvm laling. Appteciate it a lot. Still byk nk kne bljr n improve. Insyaallah acik cb lebih baik in future.

    Teruskan menyokong acik ye. Lebiu very strong. Muahhhh!

    BalasPadam
  6. Nurul : Best kan cuti2 layan novel...

    Zaidalifah : Best tak Cahaya Qaseh?

    Iffah : Sweet kan..

    Hidayah : Sometimes realiti tu perit. Nak rehat minda, escape ke novel pula..hihihihi

    Hawa : Yerlahhh..orang tu sekarang da makin sibuk kan...hehehehhehe

    Suhana : Bestt kan...

    Rasiah @ Acik Lana : Tak sangka Acik sudi singgah sini. Gembira sangat dengan komen Acik. Akak hanyalah pembaca jer, susunan ayat tak boleh lawan Acik yang expert lagi. TQ so much.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com