Pencuri Umpil Kereta di Bazar Ramadhan : BERHATI-HATI..!!

10 comments
Assalamualaikum.....


Kita terpanggil untuk berkongsi kisah jiran sepagar kita, Pn Rahmah yang beliau ceritakan di SINI.

Manalah kita sangka ada pencuri di Bazar Ramadhan kan? Bulan RAMADHAN...!!! Tapi yerlah, manusia ni memang berbagai jenis.

Kawan baik kita nie singgah di Bazar Ramadhan Wangsa Melawati pada satu hari minggu lepas untuk membeli juadah puasa sedikit. Memang sekejap sangat. Dalam 10 minit jer rasanya. Kemudia dia dan suami bergegas pulang. Tak perasan lagi kereta dah di umpil. Tiba di rumah, tak boleh lock kereta. Baru perasan beg2 kerja yang ditinggalkan dalam kereta semuanya dah hilang. Bila di teliti, rupa2nya lock pintu kereta dah rosak di umpil. Maknanya pencuri tu memang expert.

Setelah berhari2 mereka suami isteri kembali ke bazar itu untuk 'menyiasat', maka di dapati ada satu kumpulan yang memang mencurigakan. Terdiri daripada 4 orang lelaki. 3 daripadanya telah berusia dalam lingkungan 40an dan seorang masih remaja lagi.

Modus operandi mereka:
1. Sebaik kereta yang di target kosong, seorang akan mengekori pasangan atau empunya kereta ke bazar Ramadhan.
2. Yang lain akan mula mengintai cermin2 kereta bagi memastikan habuan mereka.
3. Expertise tadi akan mula menjalankan kerja mengumpil dan mencuri.
4. Sekiranya owner kereta akan kembali semula, lelaki yang mengekori mereka tadi akan segera memberikan signal kepada rakan subahatnya.


Hah... profesional kan...?

Maka, bukan di Bazar Ramadhan Wangsa Melawati sahaja, tapi di mana2 saja pun kita semua harus berhati2. Parkinglah kenderaan anda di tempat orang ramai atau salah seorang jer keluar. Pandai2lah anda semua selamatkan harta benda masing2.

Selamat bershopping yer...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

seram nyer!

Mrs Velentine berkata...

bahaya ni

Salmi Khairil berkata...

teruk betul diaorang nie..tak de kerja lain..buatlah kerja yang berfaedah sikit di bulan puasa nie

NzA berkata...

menakutkan je....

RamRamCute berkata...

hihihi...TQ awak...saya dapat ambil gambar dan no plate kereta 'MALAUN' tu tapi saya takut kalau-kalau mereka 'aim' saya pulak nanti...tak sanggup rasanya...

Miss Syahbanu berkata...

fuhh mcm2 skrg nih..bulan ramadhan pun nk buat kerja2 yg x elok kan..

Unknown berkata...

Ei, jahatnya....takut betul kan....kawan akak tu dah panggil polis utk mengintip mcm mereka tak? huhuhuhuhu.....

Aziela berkata...

Mrs Eady : Dah rasa x selamat kan...

Mrs Valentine : Kita kena extra carefull sekarang

Salmi : Bulan Ramadhan pulak tu kan...

NzA : Boleh trauma jadinya kak

Rahmah : Awak blurkan jer no plat kereta tu wak...

Miss Banu : Dah tua2 bangka pulak tu...

Azham : Dia akan buat police report soon...

Unknown berkata...

time ksh sbb mengingatkan...mmg menakutkan..huhu

Nur-nba berkata...

Terima kasih Kak Aziela atas ingatan ni.. :)