Assalamualaikum.....
Sebelum kita bertambah busy dalam seminggu dua nie (tengok kalendar dah x muat nak selit tugas dah nie..), eloklah kita bercerita dulu tentang kisah Aidilfitri kita anak beranak untuk tahun nie. Orang lain semua dah tempek macam2, tapi kita baru nak mula story.
Seperti ada yang kita ceritakan, lebih kurang 2 minggu sebelum raya, hubby kita asyik mengeluh sakit pinggang. Kejap2 dia suruh kita tekan belakangnya di certain2 point yang dia rasa akan buatkan dia rasa selesa. Ketika yang lain pula dia akan minta Adam untuk tolong tumbukkan belakangnya. Certain tempat dia suruh tumbuk kuat dan certain tempat dia suruh perlahan jer.
Apabila ke klinik, doktor memberikan ubat urat dan relax otot seperti biasa dan MC untuk rehat. Tapi tiada perubahan, malah kakinya pula asyik sengal dan kebas. Esoknya dia cuba ke klinik sebelahnya pula and this time dia diberi suntikan penahan sakit dan ubat untuk tahan sakit beserta meredakan inflammation dalam saraf.
Esoknya (Rabu) dia bekerja tetapi dalam keadaan menahan sakit. Tapi disebabkan ada ubat penahan sakit, maka dia rasa keadaannya sedikit baik dari hari sebelumnya. Tapi managementnya yang risau tentang keadaan dia. Dia disuruh balik untuk berehat. Hari berikutnya (Khamis) dia masuk kerja seperti biasa dan keadaannya sedikit baik dari hari sebelumnya. Yerlah, bila sakit tulang atau muscle nie, mana boleh baik dalam masa 24 jam. Ambil masa lama. So, pergerakan fizikalnya agak limited kerana dia perlu masa untuk membaiki keadaannya.
Tapi menurut management team beliau, dia kelihatan sangat pucat pada hari tersebut. So, mereka paksa dia ke hospital. Bila tiba di hospital, di emergency room lagi doktor dah test dia serba sedikit dan doktor suspect dia ada slip disc.
Slip disc? Takkanlah...? That serious?
Setahu kita, kalau orang ada slip disc nie memang lifenya akan sedikit terganggu. Ada yang kena buat major operation, ada yang sentiasa kena buat physiotherapy and ada juga yang terpaksa telan ubat tahan sakit seumur hidup. The worst case ialah bila ada yang tempah, malah lumpuh setelah melakukan operation. Na'uzubillah Min Zalik...
YA ALLAH...
Untuk memastikannya, hospital akan menjalankan ujian MRI ke atas beliau. X-Ray yang telah dilakukan oleh pihak hospital tidak membantu.
Oleh kerana wad penuh, maka hubby dimasukkan ke wad twin bedded. Maka tak dapatlah kita nak tidur di hospital menemani beliau kerana ruang yang terhad. Maka setiap hari kita akan berada di hospital dari awal pagi hingga tengah malam.
Sementara menunggu giliran untuk MRI, hubby hanya disuruh berehat, dilarang bergerak banyak dan kena pergi sesi physiotherapy sebanyak 2 kali sehari. Tetapi malangnya selepas 4 sesi, kakinya bertambah lemah. Nak naik tangga dah semakin lemah dan terpaksa berpaut pada railing tepi tangga. Doktor mula mengerutkan dahi bila keadaan hubby begitu.
Akhirnya selepas beberapa drama kerana miss communication antara pihak hospital dan service provider, MRI hubby diselesaikan pada hari Sabtu tengahari. Doktor datang wad petangnya untuk explain, tapi kami pula di dalam sesi physio, so kena tunggu Isnin pula. Tapi mengikut kata staffnurse, condition hubby agak 'teruk'. How bad it is, dia x dapat nak pastikan.
Menunggu Isnin dari hari Sabtu seumpama bertahun2 lamanya. Hati asyik dup dap jer. Berdoa sangat2 agar ianya hanyalah muscle pain atau pun minor saja. Tak dapat nak bayangkan apa yang akan mendatang.
Akhirnya...Isnin tiba juga.
BERSAMBUNG....
bahaya kan kak slip disc ni.. ada sorang kawan saya kena operate sebab slip disc..masa tu baru 25+ umur dia.. muda lagi la kiranya.. tapi alhamdulillah dia da makin sihat skang.. tu pun beberapa tahun gak dia rehat dari aktiviti lasak..
BalasPadamRai : Memang menakutkan sangat Rai. Tak semua orang menerima penyudah yang menggembirakan...
BalasPadam