Selasa, 11 September 2012

Aidilfitri 2012 Yang Penuh Pancaroba : Raya Ke-4, Slip Disc Second Opinion

Assalamualaikum.....

Maaflah sebab lama sangat drag pasal kisah nie. Tapi untuk personal recrd dan juga untuk rujukan manalah tahu kalau ada sesiapa yang bermasalah yang sama di luar sana. So, kita akan habiskan cepat kisah ni. Tapi kita memang menulis panjang lebar. Kalau boring nak baca, anda skip2 jer lah yer.

Hari Raya ke-4, pagi2 lagi dah bersiap. Angkut beg segala bagai dan terus ke Pantai Hospital. Niat di hati, nak buat laser operation tu di Pantai. Mudah sikit untuk kami sekeluarga menjaga sebab dekat. Lagipun mudah sikit hubby nak travel.

So, jumpa dengan orthopedic surgeon dan after a few tests, doc tu pun cerita yang dia quite confirm its truely slip disc. Dia kena buat another MRI sebab MRI di Kuantan masih di Kuantan lagi.

Tapi dia explain. Katanya hospital tu x ada teknologi untuk Nucleoplasty. Dia akan buat open surgery. Dia kata dia dah biasa buat and dia lebih confident lagi. Operation akan ambil masa yang lama. Maybe about 8 hours sebab ada 2 level bones yang terlibat. Tapi apa2 pun, dia suruh buat MRI dulu. So, bila dengar explanation doctor, hati kami dah jadi berbelah bagi. Doctor tu x der exp guna laser technology so dia pun x confident. Dia kata mcm mana nak potong tulang hanya sekadar tebuk? Kalau laser tu terpotong saraf mcm mana? Saraf sangat halus. Risiko untuk tempang malahan lumpuh seumur hidup memang sentiasa ada. Tapi dia jamin, kalau dia buat, tak akan lumpuh. Paling worst pun, tempang jer.

Tempang JERRR...!!!!????

Kami masih blur. Terpaksa digest everything. Buat pilihan yang tepat. Open surgery atau Nucleoplasty.


Hubby admitted that nite sebab doc tu nak pantau pain level dia. Tapi kita x tidur hospital mlm tu. Balik rumah and siapkan packing baju and segala keperluan sekiranya kami decide untuk teruskan di Kuantan.

Esok paginya kita ke hospital kembali dengan Adam. Menunggu masa untuk berjumpa doktor. Dalam hati dah buk bak buk bak. Tanya2 sana sini, majority menegah kami buat open surgery. Kalau boleh buat laser, buatlah laser katanya. Tapi kami tetap nak tunggu final discussion dengan doktor.


Adam yang dah kenyang, berselubung sementara menunggu.

Akhirnya, jam 5 petang, kami dipanggil. Doktor kata tak ada pilihan. Tulang hubby dah terlalu menghimpit saraf. Saraf dah compressed almost 50%. So dia akan schedulekan operation minggu depannya.

Bila kami tanya proses pemulihan macam mana? Dioktor kata biasanya lepas 5 hari dah boleh jalan ke toilet.

HAA..!!! LIMA HARI?

Maknanya hubby akan kesakitan dan terbaring dalam jangka masa yang lama. Doktor juga kata, biasanya MC minimum adalah sepanjang 6 bulan sebab kena jaga dengan extra careful kerana saraf2 dah terusik amsa operation. Ambil masa panjang untuk pulih dari kecederaan kena usik tu.

MAK OII... 6 BULAN MC??

Dengar mcm tu jer, dah boleh bayangkan kesakitan berlarutan dan panjang yang hubby akan hadapi. Terus kita minta discharge petang tu juga sebab nak pergi tanya doktor lain. Doktor tu pun galakkan kami dapatkan kepastian sebelum buat keputusan.

So, sementara menunggu discharge, kami buat perbandingan...

Nucleoplasty
- Luka kecil kerana masuk tiub sahaja
- Tempoh operation 2 jam sahaja.
- Selepas 8 jam dah boleh jalan
- Kesakitan minimal
- MC pendek. Paling lama pun 2 bulan jer.
- Kos RM22k (11k untuk satu tulang)
- Risiko tempang dan lumpuh

Open Surgery :
- Luka besar. Belakang badan kena belah sepanjang 8 inci.
- Tempoh operation 8 jam
- Selepas 5 hari baru boleh jalan
- Kesakitan... memang sakit
- MC panjang. 6 bulan.
- Kos RM12k.
- Risiko tempang dan lumpuh.

So, kami pilih Nucleoplasty. Lebih cepat sembuh dan tidak lama menanggung sakit. Risiko pun sama. Tapi mostly beri pendapat, laser surgery sangat tepat. Tak pernah lagi ada kes lumpuh atau tempang dalam rekod. Kos di tanggung oleh insuran syarikat, jadi ianya bukan issue.

Oleh itu selepas discharge maghrib tu, kami singgah rumah Mommy kejap dan khabarkan tentang keputusan kami dan terus bertolak ke Kuantan. Tiba di Kuantan dan pukul 1.00 pagi.

Esoknya, ada big day menunggu...




8 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan semua nyer dan semoga bersabar dalam menempuh dugaan yang sgt besar ini..amin ~

    BalasPadam
  2. ya ALLAH selamatkanlah hubbynya,, amiin,, moga baik sumenye ye,,

    BalasPadam
  3. KA doakan kesejahteraan dan moga dipermudahkan semua urusan yer. Bertabahlah kerna pasti ada hikmah sebalik semua dugaan yg diturunkan. Salam kenal dah follow u 488 dan KA will always support u ye!

    BalasPadam
  4. Kakcik dah buat pembedahan slip disc di hospital Sg. Buloh, Selangor. Sebab kakcik kakitangan kerajaan, kakcik cuma bayar RM8,100 untuk beli alat (skru) dulu dan kemudian dapat claim balik dari Jabatan. Pembedahan memang memakan masa yang lama dan kakcik bercuti sakit lebihkurang 2 bulan.

    Mulanya nak buat di hospital swasta dan kosnya lbhkrg RM22K juga.

    BalasPadam
  5. Mrs Eady : Thanx dikk

    Nurmujahida : Terima kasih. Amiin.

    Kesuma Angsana L Terima kasih KA.

    kakcik : Terima kasih kerana sudi follow saya kembali dan singgah drop komen yer kak...

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan untuk akak, hubby dan keluarga. Aaminn.

    BalasPadam
  7. Assalam puan,bagaimana keadaan huby puan setelah mnjalani rawatan?untuk pengetahuan puan sy juga pesakit slip disk.. dan skrg tgh mncari rawatan yg bersesuain..kalau x keberatan puan boleh konsikan..terima kasih...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com