Ahad berlalu dengan tenang.
Akhirnya Isnin menjelma. Sepanjang masa kami berdoa dan memohon agar operation ini berjalan dengan baik dan berkesudahan dengan baik. Tapi risau dan bimbang tak pernah surut. Mak dan Ayah tiba pukul 8 pagi. Katanya mereka gerak jam 3 pagi dari PD. Kasihan ayah. Dalam pada tak sihat, digagahkan juga ke Kuantan untuk menantunya. Mommy dan Ba juga pagi2 lagi dah sampai.
Selepas semuanya ada, doktor masuk bilik dan explain yang operation akan berlangsung selama 2 jam. Dalam pada itu, staffs OT(Operation Theatre) dah masuk wad untuk bantu hubby bersiap. Sayu sangat hati kita melepaskan hubby...
Hubby akan mula di sorong ke OT.
Tapi 2 jam berlalu, tak balik lagi. 3 jam, 4 jam pun tiada berita. Hati dah rasa tak sedap. Terus turun ke bawah dengan Mommy dan tunggu di koridor depan OT tu jer. Tanya sana sini pun tak dapat berita juga. Puas memujuk hati dan berdoa.
Akhirnya, nampak troli hubby di tolak keluar. Rasa macam nak menangis dan sujud syukur disitu juga bila nampak hubby yang sedang meniarap, angkat kepala sambil tersengih2 pandang kami. Subhanallah. Syukur Ya Rahman...
Kami kembali ke bilik. Hubby tak boleh bangun dari katil dalam tempoh 24 jam. Nak tut dan tut pun kena atas katil. Hubby dah berkerut muka tak suka bila dengar macam tu.
Parents kami pun lega..
Kanak2 ribena semua pun ok...
Bakal nurse sedang berdiri. Ada lagi nurse yang teman. Legaa..
Inilah sajer yang di tebuk. Garisan pen marker oleh doktor.
Alhamdulillah. Semuanya ok. Pengalaman hubby :
- Tiada bius. Bius hanya di kulit untuk mereka masukkan tiub saja.
- Sepanjang procedure, memang sakit. Sakit as ngilu sebab tulang itu dikorek.
- Disebabkan meniarap, hubby dah jadi macam orang wrestling, always tepuk2 tilam sebab sakit/ngilu.
- Tak boleh bius pun sebab lebih mudah detect pergerakan hubby. Lokasi tulang terlalu hampir dengan banyak saraf. So, pain is good, gerak sana sini means good, saraf berfungsi dengan baik.
- Owh, ada 3 orang nurse yang ditugaskan khasss untuk memujuk hubby. Best kan......! Nurses semua cun.
Yang buatkan hubby lama tu sebenarnya preparation sebelum dan selepas. Itu saja.
So, bila hubby dah ok semua, Alhamdulillah, mak dan ayah segera bergerak pulang ke PD. Takut dah malam nanti Ayah tak boleh nak drive. Lagipun Adam perlu ke sekolah esoknya. Isnin dah cuti sebab tunggu papa dia. Family hubby lepak sampai malam. Nasiblah kita beli food lebih. Tak perlu keluar banyak kali. Kami makan dengan selesa. Hubby pun makan macam biasa. Tak ada pantang, tak ada puasa. Tak bius, patutlah tak perlu puasa sebelum operation.
Walaupun doktor tak benarkan bergerak, tapi malam tu hubby dah jalan pergi toilet. Degil. Tak selesa nak tut atas katil katanya...
Walaupun rasa bimbang, tapi ada rasa lega sebab hubby dapat berjalan dengan baik. Katanya tak sakit pun bila diri dan jalan. Cuma bila nak duduk dan bangun tu ada rasa sikit sakit. Biasalah tu kan..
Apa2 hal pun... Alhamdulillah...
Syukur Ya Allah.
alhamdullilah semuanyer ok. harap cepat sembuh ye, KA sentiasa doakan yag terbaik for u & family ! support u
BalasPadam