Assalamualaikum.....
Dah lama pula tak buat pasal entry makan kan. Antara reasonnya, kami jarang explore tempat makan lately nie. Maklumlah, sibuk dengan berbagai urusan. So, makan pun mostly di rumah. Err...rumak mak atau rumah Mommy.
Kebetulan, after kerja a few days sebelum ke Kuantan 2 minggu lepas, ajak hubby singgah rumah Mak Uda kita untuk beraya. Kami x sempat beraya lagi dengan mereka sebabkan masa pertembungan tak selari. Adik kepada mak kita memang agak jarang balik kampung. Sibuk katanya. Kitalah yang muda nie kena datang melawat sebagai tanda kasih dan hormat.
Baru balik kerja, so perut rasa lapar. Segan pula nak makan rumah dia, so hubby ajak lepak mana2 untuk duduk minum dan alas perut.
Jumpa kedai nie di tepi jalan dari arah Sg. Buloh menghala ke arah Ijok, sebelah kiri. Sebelum junction masuk ke Guthria Highway. Gah betul signboard dia kan. Raja Udang.
Ada jenis2 nya.
Ada yang kosong, ada yang bertelur mata nie, ada udang 2 ekor, ada udang lebih.. Tanyalah dulu apa bezanya berdasarkan menu yer.
Tapi verdict kita, x kena dengan selera kita. Kuahnya cair bair. Dah jadi macam kuay tiaw bersup kicap. Rasanya pun tak kena dengan selera kami. Kalau tak adalah cili jeruk tu, memang tak mampu nak tolak masuk anak tekak. Perut tengah lapar pun, tak mampu nak mengaburi tekak dan selera.
Pada kita, char kuay tiaw yang sedap haruslah yang pekat dan basah2 sedikit saja. Nama 'char' tu maksudnya goreng. Kalau goreng, kenapa sampai banjir berkuah?
Setakat nie, belum jumpa lagi yang betul2 menepati selera. Pernahlah makan yang sedap masa kecik dulu, tapi kedainya dah tutup untuk pembangunan di Seremban.
Selalu ajak hubby ke Penang sebab teringin nak xplore char kuay tiaw yang sedap. Tapi selalu x berjaya. Hubby kata tak ada apa di Penang. Kita belum puas explore Penang. At least boleh bawa Adam ke Bukit Bendera, tengok Fort Cornwillis (salah eja kan..?), nak tengok toy museum, nak explore food variety... Hai lah, walau pun a few times request pun, masih tak di layan oleh hubby. Kalau dia kata ok pun, macam main2 jer. Sajer nak nyakat kita.
Siapa boleh bawa kita ke sana? Hubby x nak bawak, kenalah ubat hati lara sendiri... Er, Miss Banu kat Penang kan..? wink..wink...
nampak macam sedap je kak.. nanti nk try la.. tq for the info! ;)
BalasPadamsedapnya..mcm nk try mkn kt situ je
BalasPadamcm best
BalasPadamheee
tp xske sngt char kue tiaw
char kue tiow sedap yg saya makan kat kedah..antara menu yg tak boleh tinggal tiap kali ke sana..hehe.. tapi susah kan nak jumpa yg sedap kat sini..
BalasPadamcairnya kuahnya tu kak..tengok pun tau..hish..mana dia belajar buat char kue tiow cam ni..teruk betul cikgu dia..boleh hukum gantung cam ni ni..
rmi org kate kt Mali's corner tu sedap...sy lak ske mkn kue teow kt psr tani stadium s.alam...bg sy, sedap & knyang...hihi
BalasPadamCheetah : Err... sedap?
BalasPadamdya bunga : ok..nnt try yer
Iffah : Tak per...
Rai : ha...kan. Kalau dah biasa mkn char kuey teow, memang recognize..
Mira : Akak teringin juga nak rasa yang kat Mali tu
Baru je minggu sudah pegi Raja Udang ni,sedap sangat.anak smpai jilat pinggan.malu dibuatnya,heheheh
BalasPadam