Khamis, 27 September 2012

Semoga Fauziah Kembali Kedalam Cinta Abil

Assalamualaikum.....

Kita nak sambung sedikit kisah Abil untuk isterinya Pn Fauziah.


Abil dan Fauziah adalah orang yang berpendidikan. Mereka kaya dengan kasih sayang dan mereka berusaha menjadi seorang hamba yang taat dengan perintah Allah.

Maka oleh itu, ujian ini di tangani segera dengan bijak oleh Abil. Abil mula mengumpul dananya sendiri, menjual rumah di KL dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau yakin dengan keputusan ini. Objektifnya ialah memberikan penjagaan yang terbaik untuk isterinya, Fauziah. Seringkali beliau tekankan di dalam blog, mahupun dalam wawancara media, keputusan dan tindakannya adalah kerana Fauziah itu isterinya. Dan ia memang tanggungjawab beliau untuk memberikan yang terbaik kepada isteri beliau.

Tapi mengakulah Abil... Tindakan anda adalah kerana kasih dan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Fauziah. Cinta anda kepada Allah dan Rasul sehingga memungkinkan cinta untuk isteri ini menuntut pengorbanan dalam hidup.


Sejak Jun 2011, Abil menyediakan kelengkapan Fauziah di rumah sama seperti di hospital. Beliau menuntut untuk menjadi jururawat dan juga doktor untuk isterinya. Segala2nya dengan peralatan dan cara yang tersusun dan profesional. Kebersihan Fauziah dan kebersihan rumah sangat di titikberatkan sehingga tiada habuk langsung pun yang bebas di rumah beliau. Subhanallah...



Memangku Fauziah dan mendukungnya setiap hari untuk menonton tv.

Selain daripada rawatan moden, Abil juga mengusahakan rawatan tradisional dan sebagainya. Beliau sering mengurut Fauziah sebagai bantuan untuk merangsang sistem saraf isterinya. Beliau juga memastikan, isterinya hanya akan minum air zam zam yang di ambil bekalannya 2 minggu sekali.

Rawatan lain ialah kasih sayang.

Ya, kasih sayang Abil boleh membantu sel2 otak kembali aktif. Insyaallah. Sebagai contoh, dulu Fauziah hanya ada muka kosong apabila Abil memberitahu sesuatu, contohnya sebelum beliau keluar rumah. Tapi sekarang, Fauziah dah pandai merajuk sekiranya Abil lupa inform sebelum keluar rumah. Abil terpaksa ambil masa untuk memujuk Fauziah. Maknanya, emosi dan otak telah mula berhubungan. Syukurlah, Alhamdulillah.



 Yang bagusnya Abil ini ialah, tidak tertumpu dengan penjagaan isteri semata2, beliau juga seimbangkan dengan penjagaan diri beliau sendiri. Sedar hakikat beliau harus sihat untuk menjaga isteri, maka riadah fizikal dan riadah hati tidak pernah di lupakan.

Tengoklah gambar tu. Abil suka menyakat Fauziah seolah2 Fauziah sihat. Bergurau senda dengan isterinya, menyakat, memujuk, bercerita, menyanyi dan sebagainya adalah salah satu terapi yang akan membantu.

Walaupun doktor kata ianya tak akan sembuh, tapi Abil berusaha kerana yakin dengan kuasa dan ketentuan Allah. Ajal maut telah tertulis, tetapi siapakan tahu apa yang menjadi rahsia alam?



Sweetnya..

Banyak komen yang kita baca dalam blog Abil memberikan kata2 semangat untuk beliau. Memuji beliau kerana tidak mengabaikan isterinya. Memang betul. Berapa ramaikah lelaki yang sanggup menjaga isteri yang sakit begitu? Sedangkan isteri yang sihat, menawan dan telah banyak sama2 berkorban pun dengan mudah di tinggalkan, inikan pula bila tak mampu menjadi seperti manusia normal.

Maaf kaum lelaki, tetapi dah banyak yang terhidang di hadapan mata. Salah seorang kenalan kita yang menghidap penyakit kronik, jarang mendapat sokongan dari suaminya. Dia sendiri yang berusaha untuk mencari duit untuk penyakitnya sendiri. Bila media datang ke rumah, sang suami berlakon dengan muka sedih konon2 tengah menguli karipap untuk jualan bagi menampung kos rawatan isteri. Realitinya, tak pernah pun! Tapi bila isterinya menghadap Ilahi, tak berapa bulan kemudian, beliau telah menikah dengan perempuan lain. 

Tapi Abil.....

Abil x pernah nak tunjuk muka sedih. Tengoklah gambar2nya. Bukan gambar memancing simpati. Gambarnya tersenyum bahagia, tetap memadu kasih dengan Fauziah. Gambarnya adalah gambar yang melambangkan beliau redha dan ikhlas dengan dugaan ini.

Syukurlah kerana Abil tidak membuang masa mudanya dengan begitu sahaja.

Syukurlah Abil sempat menuntut dengan salah seorang Mufti Negeri Sembilan dan mendalami Islam dan Al-Qur'an.

Syukurlah Abil berpegang kuat kepada amalan Al-Qur'an dan Sunnah. Beliau pasti akan khatam AQ setiap 6 bulan sekali.

Syukurlah Fauziah sering di dendangkan dengan alunan ayat suci setiap hari dan setiap ketika.

Syukurlah Fauziah di rawat oleh suami sendiri dengan amalan As-Syifa'.

Alhamdulillah.... Alhamdulillah..... Alhamdulillah......

Namun, yang kita nampak ialah Abil tegak berjuang untuk isterinya.

Kita berikan kata-kata pujian dan kata-kata semangat untuk beliau.

Mungkin boleh juga diselitkan dengan kunjungan ke rumah beliau, atau menghulur apa yang mampu sebagai tanda sokongan kita semua dengan usaha seorang Abil Fikri ini.

Tapi, tangan kanan memberi, eloklah tangan kiri tak tahu. Yang penting dengan niat yang ikhlas. Keikhlasan itu adalah seumpama seekor semut hitam yang merayap di atas seketul batu hitam di malam hari yang gelap gelita.

Lagipun, bak kata Ustaz Abdul Hadi Kamil dari Yapeim tempoh hari, sedekah amal jariah kita tu sebenarnya mengundang rezeki lebih.

"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh tujuh tangkai dan pada setiap tangkai itu pula terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui."
- (Al-Baqarah : Ayat 261)

Sekiranya terbuka hati anda untuk mengembangkan benih rezeki anda, klik SINI untuk melaksanakannya.

Betul, ramai lagi di luar sana yang lebih memerlukan sumbangan. Terpulang kepada anda. Tiada sesiapa pun memaksa dan tiada sesiapa pun yang menjatuhkan kategori kronik atau tidak ke atas sesuatu kes.

Tapi, Abil tak pernah kedekut dengan pembaca blognya. Dalam pada menghadapi getirnya ujian, beliau sempat pula mendidik pembaca blognya dengan sikap dan sifat terpuji berserta dengan perkongsian ilmu tentang amalan yang baik.

Contohnya :

Pada suatu hari, isterinya pernah bertanya kepada beliau sekiranya beliau sedang marah, adakah beliau akan menampar isterinya? Dalam pada menjawab dengan gurauan, sempat Abil berkongsi ilmu. Ada ulama yang berpendapat, memukul muka adalah larangan keras dari Allah. Sepatutnya, kalau muka rosak, kena denda. Contohnya, sebatang gigi yang patah, dendanya ialah se ekor unta harus dibayar kepada mangsa. Maka jawapannya, dia tidak akan menzalimi isterinya sendiri.

Subhanallah...

Berapa ramai suami zaman sekarang yang memukul isteri, sepak, terajang, tumbuk, malahan MEMBUNUH isterinya sendiri?

Abil juga berkongsi banyak petua rumahtangga dalam blog beliau. Contohnya :
- Amalan agar suami sentiasa cintakan isteri
- Amalan agar isteri cintakan suami sentiasa
- Petua untuk seri wajah
- Petua memujuk isteri yang merajuk
- Petua mengambil hati suami
- dan bermacam-macam lagi...

Nak tahu?


Panjangnya entry kita kan? Rasa macam boleh buat rencana dalam surat khabar rasanya..

Tapi memang kita berniat nak kongsi semua nie. Mungkin ada yang tahu, tapi x mendalami isi tulisan Abil. Ada banyak panduan yang tersirat di dalam blog ringkas tersebut.

Terima kasih En Abil kerana mengizinkan kita copy gambar2 tersebut.

Insyaallah, kami semua doakan semoga Allah berikan yang terbaik untuk En Abil suami isteri. Allah Maha Mengetahui. Rahsia alam ghaib tak mungkin diketahui oleh manusia biasa...



7 ulasan:

  1. alangkan kita tak dapat dengar suara kejap pun da rasa rindu kan.. apa la perasaan abil yg tak dapat dengar suara fauziah ni bertahun tahun dah.. besar sungguh pengorbanan dia..

    BalasPadam
  2. pertama kali baca kat surat khabar pun eka menanges,
    kuat sangat en abil kan..

    mana nak cari lelaki macam ni

    BalasPadam
  3. Rai : deritanya bila orang yang dirindu depan mata tapi rindu masih bersarang.

    Cik eka : Memang susah nak cari yang macam nie...

    BalasPadam
  4. En. Abil seorang suami yang tabah dan penyayang..beruntung Puan Fauziah bersuamikan beliau..hidup beliau tidak pernah lekang dengan kasih sayang walaupun diberikan dugaan yang maha hebat pada mereka berdua..kasih mereka hingga ke syurga.

    BalasPadam
  5. ye, selalu baca. encik abil mmg kuat dan tabah orgnye

    mcm2 rawatan die buat utk kak gee

    memang mengharapkan keajaiban berlaku je

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com