Rabu, 12 September 2012

Terima Kasih Mrs. Eady

Assalamualaikum.....

Terharu sangat dengan ingatan ikhlas dari Mrs. Eady atau Pn Izwa. Terkejut kita bila beliau menulis entry tentang kisah hubby kita.

Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga kepada yang mendoakan hubby. Berkat doa kalian, hubby dah semakin sihat dan semakin ceria. Alhamdulillah. Terasa berbaloi dengan segala penat lelah kita menguruskan segala-galanya.

Tujuan utama kita berkongsi adalah untuk berkongsi tentang maklumat yang kita ada sedikit sebanyak. Itulah juga objektif blog ini bila kita mula menulis. Untuk berkongsi apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada sesiapa saja di luar sana.

Mungkin setiap kes dan keadaan berbeza. Tapi pengalaman kita mungkin dapat menambah sedikit sebanyak options yang anda ada.

Sebenarnya, kita semua pun sama. Bila berhadapan dengan masalah, selagi ada upaya kita akan menghadapinya.

So, anda semua berupaya memotivasikan diri anda sendiri dan secara tak langsung menjadi motivasi kepada orang dalam lingkungan hidup anda semua juga.

Semoga ukhuwah kita akan berkekalan.

Amiin.

7 ulasan:

  1. hanya dengan pertolongan kecil ini je yg mampu saya hulurkan kak...

    BalasPadam
  2. semoga hubby bertambah sihat lagi,,amin

    BalasPadam
  3. dah lama tak jenguk sini. sori ye? Busy sikit. Alhamdulillah hubby puan dah sihat. semoga terus sihat hendaknya. Amiiinnn.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. hubby Aziela dah semakin sembuh ye. Semoga semuanya akan kembali seperti biasa, dan semoga kegembiraan akan terus bersamamu dik.

    BalasPadam
  5. di ketika akak kesusahan..nora tak tahu..maaf ye kak...

    nora pun baru je blogwalking menziarah ke sini..asyik kelaur masuk hospital je kerjanya nora n anak2

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com