Jumaat, 19 Oktober 2012

Jelajah Johor : Malam di Danga Bay

Assalamualaikum.....

Ok..sambung, sambung...

Di Danga Bay tu, mcm lengan pula malam tu. Dah 2 tahun since last datang sini, tapi kami perasan ada satu kawasan shop lots dah tak ada. Dulu2 ada shop lots yang ada kedai makan, kedai jual kain baju and segalanya. Boleh naik bas yang open tu dari situ jelajah Danga Bay. Tapi this time dah tak ada.

Dah ler dah malam, lapar, and rasa lost sangat. Paling mudah, nak makan di restoran Singgah Selalu, tapi langsung tak ada parking yang kosong. Last2, dengan niat nak isi perut, kami ke Dataran Bandaraya, menikmati steamboat dari gerai van bergerak yang berderet2 di situ. Walaupun x special, tapi syukur Alhamdulillah. Rezeki kami tetap ada.

Dataran Bandaraya JB

Tiba2 masa nak masuk kereta semula, nampak pula gerai burger Bakar nie. Kami semua tak pernah makan burger bakar. So, beli jugalah 2. Share bertiga sebab dah kenyang makan.




Malangnya, memang tak kena dengan tekak kami. Tak taulah burger bakar memang rasa macam tu ke, atau gerai nie yang x sedap. Tapi yang pelik, ramailah pula yang ordernya.

Keras dagingnya dan rasa pahit sebab dibakar sampai hangus kehitaman. Kerasss pula tu. Yang lembut hanyalah di tengah. I believe ada yang better than this. Yang juicy dan cukup segala rasa. Cuma kami jer yang tak jumpa lagi. Hubby kata 10 kali sedap lagi burger biasa kiosk Ramly burger di depan 7-11 di Melang, Kuala Pilah.

Anyway, kami tetap tidur dalam kekenyangan malam tu. Janji Adam untuk habiskan homework sebelum tidur, hanya tinggal janji. Penat sangat agaknya. Tak apalah. Lagipun, dia ada tempoh seminggu lagi sebelum hantar ke cikgunya.

Esok will be the last day untuk kami berada di tanah Johor. Kami messsti bawa balik sesuatu yang berharga dari Johor. Itu azam kami. Tapi, apa yang berharga..?

4 ulasan:

  1. apa yang berharga tu ya...?

    da tukar layout eh kak..header simple dan neat lah..arrangement pun saya rasa ok..

    BalasPadam
  2. laaaa.. kenapa tak bagitahu datang JB, sekurang2nya akak boleh bagi cadangan nak makan di mana & stay kat mana. Suria tu hotel lama sebenarnya, baru tukar jadi Suria Hotel, dulu nama dia lain (tetiba hilang ingatan lak nama hotel tu.. hehe). Sebenarnya kalau nak makan tmpat sedap2 kena keluar dari JB town tu. Paling sedap yg dekat ialah Stulang Laut. & Burger bakar tu, yg sedap ialah Burger Bakar No 1, yg lain semua meniru tapi tak pandai.. hampeh kan.. buat malu burger bakar yg lain jerrr..

    BalasPadam
  3. masa belajar dulu selalu pergi danga bay... cantik sgt...

    BalasPadam
  4. Rai : Intangible.

    Sari Yusa : Kita takder no tepon akak..uwaaa...!

    Nurul : Now tengah renovate la Nurul..sayangg

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com