Assalamualaikum.....
Ha, teringin pula nak sambung. Ari tuh dah cerita pasal bawah katil kan.. ini nak cerita pasal locker pula.
Kejadian nie berlaku masa kami di tingkatan 5. Dah besar okehh...17 tahun dah. Tapi, sekolah arahkan, setiap hari Ahad pagi, kena pergi kebun. Setiap kelas di berikan sebidang tanah di kawasan2 tertentu dan kena usahakan tanah tu. Tak kiralah nak buat apa sekali pun, janji jadi cantik. So, setiap murid dalam kelas tu mesti saling membantu untuk mencantikkan landskap sekolah.
Since kami rasa SPM lebih penting dan berkebun tidak menjanjikan penempatan di universiti, maka kami selalu skip sesi Ahad pagi nie.
Setiap Ahad pagi, memang warden akan cek setiap bilik dengan pengawas, mcm biasa. Dan kami advance sikit. Boleh kata 95% pelajar form 5 yang skip, akan menyorok dalam locker. Sesiapa yang lockernya kat tingkat atas dan tak dapat menampung berat dia, akan berpusu2 mematikan diri dalam stor di bilik hujung yang pada ingatan warden telah pun dikunci, walhal kami dah berkurun2 keluar masuk suka2 hati stor tu.
Selalunya memang x jadi masalah langsung.
Tapi sepandai2 tupai melompat kan....
Satu hari tu, salah seorang rakan kami masuk locker lewat. Dia paling last sekali. Kebetulan masa warden masuk bilik dia ( dia bilik sebelah ), warden nampak pintu locker dia perlahan2 tertutup 'sendiri' padahal bukaan yang tinggal untuk tertutup habis hanyalah 2 inci sahaja.
Habisss.....
Baiknya hati beliau, beliau tak mention langsung pun yang satu floor semua ada dalam locker juga. Tapi, atas semangat setia kawan, kami sama2 tampil dan mengaku. Maka, petangnya, berbarislah semua pelajar senior nie di kawasan lapang depan bilik warden dan di denda. Dendanya 'naik motor'. Menggigil kepala lutut menahan motor imaginasi tu.
Tapi yang bagusnya, tak ada cikgu lain ataupun pelajar lelaki yang nampak. Maklumlah, form 5 ialah king of the school walaupun ada pelajar form 6. Siapa yang berani buka mulut sindir kami, siaplah menanggung nahas kena torture, walaupun pelajar lelaki. Hehehehhehe
And, kawan yang kena tangkap dengan warden tu..? She's a doctor now. Graduated from Ireland.
Nak jadi doktor? Nyorok dalam locker asrama.
Eh, silap ek, Daddy Ziyad? Lariiikkk!!!
ahahahhh kelakar!
BalasPadamsaya x pernah ade pengalaman duduk asrama..
bab2 nyorok dalam locker tau laj.. cuma jrg buat..
BalasPadamrugi tak nyorok dlm locker..eh eh..dulu tak sekolah asrama laaaa :)
BalasPadamseronok atok baca entry cenggini...hakak patut adakan 1 segmen kenangan lalu :)
BalasPadamsnok bace kak
BalasPadammaknenye y nakal tak smstinye takley berjaya kan?
Dulu masa kat asrama pun Lin buat macam ni. Hahaha.
BalasPadamRasa2nya, saiz sekarang ni, muat tak kalau masuk dalam locker tu.?! hehehehe
BalasPadamhehehehe.. locker tu muat ek????
BalasPadamkelakar2...
Wina : Sweet memories, hahahahha
BalasPadamHani Asyira : Kitorang expert...
Mrs. Eady : Sekarang pun boleh lagi nie...hehehehehhe
Suhami : Alahai, ciput jer lah tok...x banyak pun.
Iffah : Tepattt sekali. Sometimes nakal tu yang menjadikan dia 'orang'.
ciksuzlin : Kan..kan..kan....
Abil Fikri : Isshh, mestilahh muat. Tp locker pun saiz yang dikemaskini lah..
Sari Yusa : Selesa jerrr dalam locker tu, siap boleh lena lagi, hahahhaha