Lipatan Hidup : Kesan Psikologi Zaman Sekolah

7 comments
Assalamualaikum.....

Wah, sejak mula mengimbas zaman sekolah nie, dah mula melarat pula. Teringat dulu, perubahan diri dari sekolah rendah, ke sekolah menengah dan seterusnya.

Masa di sekolah rendah, kita rasa kita dengan kawan2 berkawan tanpa mengira latar belakang. Tiada perbezaan antara jantina, bangsa, pekerjaan ibu bapa, permormance dalam pelajaran, mahupun berapa sen bawa duit belanja ke sekolah.

Masa zaman tu, murid2 sekolah tidak dibahagikan kepada kelas pandai dan kurang pandai, kumpulan pandai dan tidak pandai. Semua murid bergaul mesra betul2 macam rojak. In fact, setiap kumpulan dalam setiap kelas mesti ada pelajar pandai dan kurang pandai. Jadi, semua orang saling membantu. Mengeratkan silaturrahim dalam caranya tersendiri. Melarat ke kehidupan tak formal. Bermain bersama, bergurau bersama, saling bantu membantu.

Dan masa tu kita, antara pelajar sederhana atas dalam pencapaian akademik. Tak pernah cemerlang, tapi tak pernah juga menghampakan ibu bapa. Alhamdulillah. Tak sangka pula kita boleh dapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang mana masa tu tahun pertama di perkenalkan UPSR di Malaysia. Memang tidak percaya, dan in fact seluruh ahli keluarga dari datuk nenek, pak cik makcik dan parents sendiri, hinggalah ke guru2 sekolah dan guru besar sekolah semua tak percaya kita yang menakluki UPSR di sekolah tu. Alhamdulillah.

Seterusnya semua di uruskan oleh parents dan makcik pakcik.

Sehinggalah dapat tawaran ke sekolah berasrama. Dalam kebingungan, dalam pasrah, kita penuhi juga permintaan keluarga.

Tapi semasa di sekolah menengah, kita antara pelajar corot. Yeap, tak segan untuk mengaku. Memang antara pelajar corot di kalangan rakan2 yang pandai dan lebih serba serbi. Paling sedih, keyakinan diri kita sangat rendah. Oleh itu, bila masuk Form 1, terus rasa amatlah kerdilnya di antara mereka2 yang lain. Susah betul nak develop diri sendirian berhad. Tambah2 lagi x ada moral support sebab family tak ada, kawan2 pun susah nak cari yang memahami dan paling ketara, most of the students kat sekolah menengah kita dulu datang dari latar belakang yang sangat jauh berbeza.

Family kita orang biasa, taraf ekonomi sederhana, dan taraf sosial pun sederhana juga. Tapi most of the students di sekolah menengah kita tu datang dari keluarga yang berada. Parents jenis taraf atas dalam kedudukan sosio-ekonomi dan politik. Malahan, anak menteri, cucu menteri pun ada dalam sekolah tu. Hanya sebilangan kecil jer yang sama kelompok dengan kita.

Bila dah bertahun2 berkawan, barulah sedikit demi sedikit lingkungan pergaulan meluas. Iyerlah kan, tak boleh lari ke mana lagi. Tapi, of course, jurang antara yang pandai, cantik dan kaya tetap wujud dengan golongan bawah nie.

Syukurlah sebab parents kita tak mengharapkan yang tinggi melangit. Setakat yang kita mampu, katanya. Kerana pada masa itu pun, dalam kampung kita tu, kita lah yang paling cemerlang. Anak dara glemer dalam kampung sebab kononnya pandai. UPSR cemerlang, masuk pula sekolah menengah itu, dan sentiasa terjaga budi bahasa.

Walhal, orang kampung x tahu betapa tensennya kita jadi pelajar corot kat sekolah.
Orang kampung x tahu kalau tersalah langkah sikit, kena marah dengan mak ayah.
Orang kampung tak tahu kalau tak jaga tingkah laku, nenek sebat pakai kayu api bawah dapur (masa tu nenek masak pakai dapur kayu lagi..)
Orang kampung tak tahu, kalau tak reti nak maniskan muka depan tetamu, mulut kena lenyek dengan cili api.

Tapi, betapa ganasnya zaman pembesaran kita, kita bersyukur kerana telah menjadikan kita seorang wanita seperti hari ini. Tak cemerlang, tapi bolehlah kalau nak hidup.

Habis jer SPM, dengan rasa rendah diri yang semakin menebal, hidup kita tetap diteruskan dengan...





Ok, nanti2 sambung ekk...

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 thoughts..

diari farisha berkata...

yeke skolah rendah dulu deorg xasingkan ikut kpandaian??farisha dulu, pelajar pandai duduk dikelas depan2...then meja pun ade 3 bhagian..kumpulan A untuk pelajar bijak! sedih!! udah le xbrape nk bijak..lastnyer duk group c je

Zurina berkata...

suspen2...sila samb cerita seterusnya!...xsabar nak baca...tgh syok2 baca dah bersamb pulak...huhuhu...;)

Dr K berkata...

Hmmmm..seronok baca kisah persekolahan ni kan...Tapi mmg betul, zaman sekolah rendah bagi saya ialah zaman kita tiada sempadan...tak kisah gender, tak kisah anak org kaya atau miskin...Yg tahu, happy aja ke sekolah ..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

eh, macam terkait pulak ngan entry akak hari ni..

Aziela berkata...

Farisha : Masa zaman akak yang dahulukala tu memang mcm tu style sekolah..

Zurina : hihihihi, dah panjang berjela pula rasanya. Baru intro jer nie kak..

Daddy Ziyad : Thanx follow sini doc. Probably kita sama zaman kot. Owh yer, kita mention Doc dlm entry Locker Baju kita...hehehehe

Sari Yusa : Tu lah tu...mcm related pula kan.. Chemical kita berdua power agaknya, hahahaha.

Unknown berkata...

sekolah pon mempengaruhi sikap n personaliti kan kak?

Aziela berkata...

Iffah : Sangat2. Tak semua benda kita belajar dari parents kan.