Khamis, 8 November 2012

Kuantan ke Kelantan Menyulam Kasih

Assalamualaikum.....

Bukan maksudnya kasih tak pernah tersulam, tapi sebagai manusia biasa, kadang2 kita lupa untuk menyiram dan membaja.

So, pada suatu weekend yang mana Adam tak dapat kami ambil kerana bersekolah, maka kami honeymoonlah 2 orang. Kita ke Kuantan dan kami decide untuk travel lagi. Pada mulanya, sekadar ke Terengganu. Sebab nak release tension sikit dan hubby nak cari port memancing.

Jumaat lepas kerja, terus gerak dari KL. Tiba di Kuantan dah tengah malam sebab hujan lebat sepanjang jalan. So, trafik sangat perlahan dan kenderaan pun banyak. Hubby dah tunggu di kedai nasi lemak di Sg Soi dan dah order siap2 untuk kita. Kita sampai di kedai, terus ngap jer. Giler menggigil tahan lapar sampai tengah malam. Bila balik rumah, dah letih. So, ingat nak rehat and gerak early morning esoknya. Tapi rasa macam buang masa. So, gerak juga malam tu. Entah macam mana, hubby boleh pula bertahan drive masa tu. Ingat nak overnite di Dungun. Call sana sini, ada yang penuh, ada yg tak angkat call. Yerlah, dah pukul 3.00 pagi pun masa tu. So, teruskan perjalanan dan hubby dah tak tahan sangat mengantuk dan akhirnya terdaya drive hingga ke Rantau Abang jer. Kita memang dah hanyutlah kan... Syukurlah masih ada chalet yang kosong tepi laut tu. Seadanya saja. Janji dapat tidur dan mandi.

Esoknya, lepas Subuh lagi kami dah usha2 pantai. Hubby try balik pancing, tapi ombak besar sangat, so tak ada ikan yang mencakup langsung pun. Last2, kami keluar cari breakfast dan terus ke KT.

Singgah di satu warung tepi masjid sebab tengok ramai yang singgah. Roti tempayan menu nyer. Kami pun berhenti nak try....

Wah, memang best lah. Terbaek.. Sarapan dengan roti tempayan cicah kuah kari. Ada Kari ayam, kari daging dan kari kambing. Menu lain pun banyak. Tapi, nantilah kita buat entry khas untuk makan2 nie yer.

Lepas breakfast, hubby menyuarakan pendapat. Dah alang2 awal, tak ada apa nak kejar, apa kata teruskan ke Kelantan. Dia nak shopping lagi di Rantau Panjang. Kalau ada peluang, dia nak menyeludupkan diri kami ke Mundok lagi. Hehehehhehe.

Lepas timbang kilo, kati, gram dan sebagainya, ok lah. Maka terus ke Rantau Panjang. Try ikut Machang dan terus ke Tanah Merah. Jalan ikut sebelah border, hingga ke Rantau Panjang. Hubby terus menghala ke port naik sampan nak ke Mundok. Syukur beroperasi seperti biasa. Bukan main ramai lagi orang sampai penuh parking. Tentera yang berkawal pun ramai juga, so rasa selamatlah sikit.

 Kena naik sampan nie. Nampak jer sungai nie luas dan menakutkan, tapi sebenarnya cetek jer. Bila musim kemarau, boleh timbul dasar sungai. Kira nak jalan kaki menyeberang pun bolehlah.


 Tapi, nak meniti atas titi nie kita seram sikit. Maklumlah, kita kan 'ringan'. Buatnya patah ke, nayaaaa jer. Pelantar tu pulak terapung tu..so gayat sikitlah..


 Berlatarbelakangkan Malaysia, hehhehehe.


 Dah nak sampai Thailand. Duduk dalam sampan pun, main tenggek2 jer..


 Nampak Malaysia dari Thailand. Sawadikaapp...


Kedai2nya buruk2 macam nie jer kat situ. Cuma adalah barang2 yang murah2 sikit.

Kita dengan hubby konon nak cari periuk belanga jenama Zebra tu. Tapi, tak jumpa pula apa yang kami nak. Setakat periuk melamin tu, rasanya better lagi beli kat Pengkalan Kubor kot. So, hanya beli 2-3 kilo beras pulut dan berpasang2 kain telekong. Hehehehhehe. Malas nak ke Pasar Siti Khadijah. Beli kat sini jer. Dapat murahh.

Dah 3 jam di sini, kami bergegas ke Pengkalan Kubor pula. Beli mangkuk dan periuk tingkat untuk Mommy. Ngam2 satu jam sebelum di tutup. Siapp jer beli, terus gerak semula ke Rantau Abang. Singgah makan di Pasir Mas dan tiba di Rantau Abang ngam2 sebelum 12.00 tengah malam.

Esoknya, check-out dan terus pulang semula ke Kuantan.

Tapi kami sampai awal dan boleh rehat awal lah kan. Esoknya kerja macam biasa. So, rasa puas hatilah juga dengan short trip nie. Dapatlah juga release tension sikit... Alhamdulillah...

13 ulasan:

  1. wah mcm tue jer sempadan ke thailand ek..

    BalasPadam
  2. tahan suami akak memandu ya..kalau suami saya..saya hanyut..dia pun sama nak hanyut..hahaha..

    eh cetek ke air tu..cam ngeri je.. sungguh pun suami orang kelate tapi tak penah dia nak bawak soppink kat rantau panjang tu..hehehe..

    BalasPadam
  3. wah! kuat staminanya...round d world tanpa henti...sampai ke mundok lg tu...hehe. Tmpat tu baru buka smula ...d tutup beberapa bulan yg lepas sbb ada kes budak jtuh perahu...mati lemas. jaraknya dekat...tp aliran airnya deras dan bpusar...tu yg gerun...:)

    BalasPadam
  4. nak pergi tp entah bila kan.. mcm best je.. jauh ke nak menyeberang tuh..

    BalasPadam
  5. 1st time saya dengar nama Mundok ni..hihihih..kiranya macam Sg Golok la ya..masuk tak payah passport? Teringin nak gi tempat macam ni...memang selamat ke, risau jugak dgn kejadian bom sana sini

    BalasPadam
  6. Pernah jugak naik sampan kesana kikiki

    BalasPadam
  7. MV : yer, macam tu jer, hehehehehe. Ini kan yang tak formal punya nie..

    BalasPadam
  8. Rai : Itulah akak pelik. Selalunya memang sama2 hanyut.

    Cetek sbb akak pernah pergi amsa musim kemarau.

    Maybe bukan taste hubby Rai kot... lagipun hubby akak mmg kaki shopping.

    BalasPadam
  9. Zurina : Ooo..patutlah hari tu lengangg jer. Betullah..air dia deras..

    BalasPadam
  10. HaniAsyira : Dekat jer. Seminit dah sampai.

    BalasPadam
  11. Daddy Ziyad : Ha, x payah passport. Seludup diri sendiri. Selamat, Insyaallah. Sebab pekan sangat kecill. Mcm sedikit Kota Bharu terpisah dek sungai.

    BalasPadam
  12. untunglah akak dgn husband masing2 suka berjalan hehe...seronok betul ada adventure mcm ni hehe...rindu Kelantan hehe :)

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com