Selesai malam tadinya dengan tahlil, maka hari Sabtu tu ialah majlis pernikahannya.
Pernikahan dijadualkan selepas Zohor. Macam biasa, berhempas pulas memasak untuk lunch. Dan seperti semalam, disebabkan tiada komplen dari sesiapa tentang nasi, maka secara rasminya tugas memasak nasi untuk majlis nikah diserahkan kepada kita. Berganda lebih banyak dari semalam, namun syukur ianya berjalan lancar.
Tugas menyediakan minuman dan makanan untuk yang membantu di dapur pun tetap diteruskan. Cuma kita memang tak usik langsung pasal hal2 mengemas rumah. Itu, adik yang ke-3 uruskan. Dia menyapu, mop, lap dan mengemas segala macam tinggalan kenduri malam sebelumnya, sementara kita sibuk mengerjakan apa yang boleh di dapur. Adik lelaki pula pagi2 buta dah ke pasar untuk mengangkut daging berpuluh2 kilo serta barang2 dapur lain.
Majlis nikah dalam sejarah sebab satu2nya yang bernikah atas meja. Pengantin lelaki ada masalah lutut semasa jatuh ketika bermain futsal 2 tahun lepas. Tendon lututnya putus, ke cedera ke...macam tu lah. Tak macam ligamen yang boleh disambung, tendon harus di replace dengan mengambil sedikit dari bahagian peha dan di tampal di lutut. Beliau tak berapa yakin nak melalui prosedur itu. Ini, mengikut penjelasan dialah...kita pun x berapa pasti.
So, disebabkan tak boleh bersila, kenalah majlis dijalankan atas meja. Pelamin memang dah siap di pasang semalam lagi. So, terpaksa letak meja depan pelamin. Syukurlah rumah mak nie, dining hall tu macam stage, so sedang elok pasang pelamin.
Pengantin perempuan. Adik bongsu kita dah nak jadi isteri orang, sob..sob...
Dengan mak ayah dan Adam yang menempel.
Dah banyak kali terjadi, setiap kali anak2 berkahwin, mesti mak dan ayah terlalu sibuk uruskan makanan hingga tiada masa langsung untuk bergambar dengan pengantin. Alhamdulillah, this time mungkin agak teratur sikit (sebab dah buat planning baik), maka dapatlah tarik mereka untuk bergambar. Kalau tidak, dari majlis kita, hinggalah ke adik yang ke-3, memang tak ada langsung gambar mereka. Sedih kan..sob..sob. This time, selain dapat tarik mereka bergambar, mak dan ayah nampak macam relax sikit. Tak kelam kabut macam selalu dan mak ada time untuk duduk sembang dengan jiran2 sekampung sementara menanti majlis berlangsung. Brilliant kan kakak dia, manage wedding sampai mak dan ayah senang hati kan.. Pergh..! Perasan!
Mak dengan Makcik Siah Siran dan Makcik Nah Ahmad. Adam wajib untuk cukupkan bilangan genap.
Ayah di apit oleh Imam dan Bilal untuk proses dokumentasi.
Pengantin lelaki dah bersedia dengan Imam dan saksi 2 orang.
Ini pula, acara confirmation ke dua belah pihak.
Di sebelah bawah tu ialah ketua kampung yang terlindung oleh brother baju grey tu sedang mewakilkan ayah selaku tuan rumah, menyambut rombongan pihak sebelah. Masa ini, segala perjanjian yang dipersetujui masa majlis pertunangan setahun yang lalu disebut semula dan di periksa bahawa ianya ditunaikan. Tradisi di kampung kita, wang hantaran menggunakan cash money. Maka cash money itu dikira dihadapan public untuk mengesahkannya. Duit tu dah disusun dalam album untuk memudahkan pengiraan. Memang ada beberapa keluarga yang guna cek dulu, tapi ada beberapa kejadian yang tak sedap berlaku selepasnya, maka kampung kita stick to cash money.
Alhamdulillah, selesai.
Ok, cium tangan hubby yer dinda...
Berakhir sudah majlis pernikahan.
Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan lancar. Syukur Alhamdulillah.
Mommy pun datang juga. Thank you Mommy....
Sebaik selesai, kita dengan hubby bawa pula Mommy, Ba and Firdaus check-in di Avillion Admiral Cove. Memang dah bookingkan satu malam untuk mereka berehat di situ sementara majlis bersanding selesai esoknya.
Bawa dulu diorang makan nasi lemak di pekan PD, tapaukan pula mee goreng mamak dan kuey tiaw goreng kerang mamak yang power kat pasar lama PD tu. Maklumlah, budak2 tengah aktif nie, kan ke kuat makan. Nanti kita dengan hubby tak ada, so tak nak Adam dan Firdaus menyusahkan atok neneknya pula.
Settle down mereka semua, kita dgn hubby berkejar semula ke rumah dan sambung berbagai2 persiapan untuk majlis kemuncak esoknya.
selamat pengantin baru..berseri2 adik
BalasPadamMV : Tq MV...
BalasPadamalhamdulillah..da selesai..
BalasPadambetul kak..masa saya nikah dulu pun tak sempat nak gambar dengan mak ayah..sbb sibuk sangat nak menguruskan majlis..terkilan sungguh.. sudahnya sampai skang saya tak peduli sangat dengan gambar2 kawin tu..
selamat pengantin baru adik :)
BalasPadamSelamat menempuh alam rumahtangga buat adik tersayang..;)
BalasPadamSiap ada meja kat depan pelamin lagi..hihihih
alhamdulillah selesai kan
BalasPadamRai : Itulah akak tak nak adik akak pun mcm tu.
BalasPadamMrs Eady : Tq..tq...
BalasPadamDaddy Ziyad : Dahla alas meja tu senget pulak tu, Doc. Hahahahahha
BalasPadamHaniAsyira : Selesai babak 2. Alhamdulillah.
BalasPadam