Khamis, 6 Disember 2012

Movie Review : Ponti vs Omi

Assalamualaikum.....

Back to back. Lepas tengok Breaking Dawn itu hari, terus sambung tengok Ponti vs Omi pulak. Disamping menonton filem Hollywood, filem tempatan pun kita mesti sokong juga kan.

Kita pilih cerita nie sebab Afdlin Shauki. Afdlin selalu beri satu kelainan dalam filem2nya. Kita suka. Selain daripada tu, sebab Adam pun request nak tengok.

Sinopsis ialah pasal Nabil yg transform jadi Pontianak dan Johan yang transform jadi orang minyak. Bezanya, Johan memilih secara sukarela sebab hasutan syaitan iaitu boss besar org minyak (Harun Salim Bachik).
Nabil pula, terrbunuh diri sendiri sebab nak berkaraoke di warung kopi Farah Fauzana yang sedang sarat mengandung sulung. Patutnya Farah yang mati dan jadi Pontianak, tapi dah Nabil pulak ter mati. Salah sasaran. Jadilah Nabil pontianak kerana terpaksa.

So, mereka berdua sama2 belajar menjadi hantu dalam bidang masing2. Of course dalam belajar, ada test. Sebabkan dengki ngan diorang oleh rakan2 sepengajian, mereka ditest melaksanakan misi dan skill hantu mereka di Kg. Puaka.

Kg Puaka nie ketuanya ialah Afdlin, jadi Pak Rejab. Penuh dengan pawang2 dan bomoh2 handal. Semua hantu takut nak masuk kampung nie sebab 'dipagar' dengan jampi berkuasa. Heheehehhe. Pak Rejab nie pun sikit punya power. Bini dia ada 3. Nama bini2 dia, Satu, Dua dan Tiga sebab mereka ialah wanita cantik yang berasal dari pontianak. Pak Rejab dah paku tengkuk diorang. Heheheehe.

Disebabkan kaya rayanya Pak Rejab nie, adik iparnya iaitu bomoh handal sudah cemburu dan dengki. Nak take over. So, dia dan bininya iaitu adik Pak Rejab menjalankan misi take over. Mcm mana? Kena tengoklah endingnya kan.



Pak Rejab dan Assistant

Farah Fauzana yang sedang mengamuk di warungnya.

Ponti dan personal tutor, Senior Ponti. 

Adik ipar Pak Rejab dan adik Pak Rejab. 

Cerita nie memang cerita tahyul. Nama pun komedi. Seram pun memang tidak lah. Sangat2 bahan hiburan ringan berserta moral story yang biasa2. Tapi, berani lah Afdlin buat filem nie. Confirm bnyk yg kritik. Pada kita, nak kritik buat apa lagi. Dah nama pun hiburan ringan. Mmg dari awal cerita nie cerita tahyul. Bukan macam certain filem yang konon berkualiti dan bagus, tapi di bawah sedar sebenarnya membodohkan penonton. At least cerita nie jujur.

Afdlin, sama macam Mamat Khalid. Filem2nya jujur.

Yang menarik ialah semua pelakonnya hebat2 belaka. Tengok Farah Fauzana jer dah rasa teruja sangat2. Walaupun sedikit, tapi kualiti lakonannya much..much..much more better dari filemnya Jin Notti. Itu belum tengok lagi Adibah Noor dan anak2 daranya. Belum tengok lagi Sharifah Shaheira dan Sharifah Amani. Tapi kesian Nabil. Dahlah muka pontianak dia yang paling buruk antara pontianak lain, dia nak bercakap pun susah sangat sebab pakai gigi double dengan taring. Itu belum terperanjat lagi tengok wanita jelita Vanida Imran baca jampi tu.

Tapi kan, pelakon perempuan semuaaa gorgeous. Pelakon lelaki, tak ada yang boleh buat desert. Erkk..!!

Sesiapa yang nak tengok cerita nie, harus buka minda anda. Buang sifat pesimis. Maintain optimis. Kalau tak boleh, tak perlu tengoklah. Tunggulah lagi 2 tahun nanti keluarlah kat tv masa raya. Tengok pun, tak ada hasil, melainkan anda rasa nak berhibur dengan aspek baru industri filem Malaysia.




22 ulasan:

  1. Kalau macam tu kakak rasa tak sampai 2 tahun dah keluar tv. Tak pun kakak rasa sebulan-dua akan adalah VCDnya...

    BalasPadam
  2. agaknya afdlin memang sengaja nak menghodohkan pelakon lelaki tak? hahaha!!

    ok, kite nak tengok!

    BalasPadam
  3. okay..dah optimis utk tgk cerita ni..hehe

    BalasPadam
  4. saya minat juga kat mamat Afdlin ni.
    paling suka cerita PapaDom.
    tapi saya memang tak suka cerita2 hantu camni.
    tunggu ajelah keluar kat Astrofirst.
    Lepas tu beli DVD pirate.
    Kalau rasa berbaloi baru cari yang original.

    BalasPadam
  5. hihi..skang cpt je...xyah 2 taun..2mggu da kuar utube..hihi

    BalasPadam
  6. teringin nak tengokkkkk..tapi takde temannnn..

    www.macziha.blogspot

    BalasPadam
  7. rajin sungguh akak tengok wayang.. best jugak kan kalau berhoneymoon kejap dengan suami..kalau orang muda belum kahwin masuk panggung haram.. tapi kalau da kahwin tu digalakkan.. hahaha...

    BalasPadam
  8. sikit hari keluar astrofisrt, keluar dvd & online.. hehhee

    BalasPadam
  9. pilem kiter byk citer mcm ni ekkk
    nnt nk carik tgk gak la

    BalasPadam
  10. Kak Zakie : Hahahahha...yer lah kak.

    BalasPadam
  11. GB : Ada kemungkinan juga kan...

    BalasPadam
  12. zouldahan : Papadom tu memang saya suka sangat juga, doc.

    BalasPadam
  13. Mira : Akk dh lama tak menempel kat utube

    BalasPadam
  14. aziehajiha : Tgk sorang2 pun layan gak nie...

    BalasPadam
  15. Rai : masa belum kawen mmg x pernah masuk panggung dgn dia. Now, dia pun seronok sebab dia boleh ZZZzzzzz. Boleh?

    BalasPadam
  16. MV : Depends pada perception masing2 la MV.

    BalasPadam
  17. saya mmg amat amat jarang nak tgk filem Melayu...jujurnya, filem Melayu adalah sangat cliche...Namun saya setuju, filem arahan Afdlin Shauki...Mamat Khalid..mmg berbeza..dan saya tonton filem2 mereka...Teringat filem Papadom..saya sgt suka watak afdlin dalam movie ni

    BalasPadam
  18. sy suka semua cerita afdlin. dia pandai buat cerita. lawak pun tak lah bodok dan tipikal sgt kan. tp nak tgk movie ni erkk.. tak dpt lah agaknya

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com