Selasa, 31 Januari 2012

Cekodok Taugeh Versi Kampung

Assalamualaikum.....

Lama sungguhhhhh buat cekodok nie. Buat cekodok sebagai bekalan anak-anak ke Tournament Karate-Do mereka tahun lepas. Kita ada mention dalam entry tu di SINI.

Buat untuk bekal dan sarapan mereka sebenarnya. Kita tambahkan dengan tortilla tuna untuk mereka seorang 2 ketul. Manalah tahu, tak dapat makan nasi ke apa nanti....

Pukul 4.00 pagi kita dah bangun untuk siapkan sarapan. Maklumlah...amatur macam kita nie, nak buat cekodok pun terhegeh2. Selain daripada tu, kami keluar rumah pada jam 6.30 pagi. Maknanya sebelum jam 6.00 pagi dah selesai packing semua barang, botol2 air, dan makanan. Itulah yang bangun awal sangat tu. Kita memang x berapa suka buat kerja rushing2. Orang bintang Taurus macam kita, memang buat kerja slow sikit sbb tak nak ada yang tertinggal atau tak menjadi....

Anyway, cekodok taugeh jer. Syukur cekodok kali nie disukai ramai. Kita nie buat cekodok main agak2 jer bancuhannya. Kadang2 keras, kadang2 lembik tertepek. Yang ini x keras, tapi agak cair sikit sebab nak kasi rangup2 bila kunyah. Maklumlah, anak dan bapak x suka taugeh, so nak kasi mereka sudi makan, kita gorenglah kasi rangup.




Nak resipi ker? Alamak...lupa laa letak tepung dan air berapa banyak. Sukatan pandai2lah semua orang adjust sendiri yer. Cuma, kita tumbukkan kasar2 cili padi sedikit, ikan bilis, dan bawang merah, gaulkan dengan tepung dan air serta tauge. Goreng dalam minyak yang panas tau....

Hmm..krap lrup krap krup mengunyah cekodok nie. Tak sedar tangan asyik mencapai ke dalam tupperware panjang nie...

Kalau tengah sejuk2 makan cekodok, best kan....? Ngeeeee.....



Ketibaan Yang Di Tunggu.....

Assalamualaikum.....

Ada 2 benda yang kita tunggu telah tiba. Yess....!

Pertama :

Kerepek Ngaku di entry INI. Terima kasih banyak2 Nana... Ya Allah...memang sedap. Lemak2, manis2, kat hujungnya ada rasa sedikit pahit yang sangat mild sebagai penyedap. Oh yer, tak sempat nak ambil gambar, yang ada botol yg dah tinggal serdak, bukti kesedapan kerepek nie...

 Kerepek nie, bukan kita makan sorang tau. Kita share dengan kawan2 sbb nak kawan2 rasa kesedapan kerepek nie. Boss kita ckp dia pun nak order buat raya. Erkk...raya Melayu, buah ngaku nie ada lagi ker...?



Yang Kedua :

Yesss.....dah terima FM seperti yang dijanjikan oleh Cik Bambam. Kalau yang baru dan tak sempat baca storinya, meh baca kat SINI tentang keseronokan kita. Dan bila tadi adik posmen hantar, kita terus tersengih2 non-stop. Untuk pengetahuan semua, inilah hadiah pertama yg kita dapat sepanjang berblog. Sepatutnya tahun lepas masa raya dapat lagi satu dari Atok, tapi agaknya posmen Negeri Sembilan tu berkenan sangat. Tu lah bila CB minta alamat, kita bagi alamat opis jer. Lebih dipercayai gitu....
FM bunga Rafflesia... Uisshhhh....berseri2 bunga nie tau.

CB, tengkiu sesangat....... Muahhh

Hmm...saper lagi nak bagi adiah kat kita...???

Alamak, kita pun nak buat GA gak lah... Tp tgh pk nak bagi FM yg mana satu.... Nnt lah, bila dah decide, amik gambar semua, kita war2kan yer. Cuma masalah yg ada, tak reti nak buat banner GA... Kalau buat GA tak yah banner, boleh ker?

Isnin, 30 Januari 2012

Maggie Goreng Sayur

Assalamualaikum.....


Dah lama tak berentry makanan kan......

Sajerlah nak tepek story pasal maggie goreng sayur yang sempoi nie. Maggie nie kita masak pada jam 3 pagi, iaitu menyambut kepulangan hubby ke Melaka dari Kuantan. Hubby drive jauh kan...penat2 kerja dari pagi sampai ke malam, habis kerja terus drive ke Melaka, mestilah dia penat dan lapar. Kita gandingkan dengan air nescafe panas. Tak ada isi ayam, daging atau seafood pun. Memang purposely masukkan sayur yang banyak dalamnya untuk memudahkan penghadaman. Maklumlah, dah masuk awal pagi kan.... Perut pun nak rest juga...

Anyway, resipi sempoi :
Maggie perisa ayam 2 bungkus
Air masak 2 gelas
Telur ayam sebiji
Sayur sawi 2 tangkai
2 sudu minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah besar saiz kecil 1 biji
Cili hijau 2 biji (kita letak cili padi 6 ulas)

Cara-cara:
1. Tumiskan bahan tumbuk dalam minyak sehingga wangi.
2. Masukkan tangkai sawi dan gaulkan dengan bahan tumis hingga sedikit layu.
3. Masukkan air dan biar mendidih.
4. Masukkan satu peket perencah mee segera perisa ayam dan gaulkan hingga sebati. Tak perlu letak garam lagi. Tapi kalau tak nak guna perencah, masukkan sedikit garam dan satu sudu kecil serbuk pati ayam.
5. Bila dah sebati, kecilkan api dan masukkan telur, mee segera dan daun sawi.
6. Gaulkan sekali sekala sehingga mee agak2 lembut. Teruskan goreng sehingga kering airnya.
7. Tutupkan api dan hidangkan panas2.

Ha, senangkan.....

Memang sedap dan menyegarkan....

Hubby dengan Adam memang suka sangat kalau dapat makan nie. Tapi tak boleh selalulah kan.... Be moderate....

Selamat mencuba semua....

Tenggelam Sekian Lama, Hari ini Muncul Kembali....

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua adik2, kakak2 dan kawan2 sekalian?

Yer, tajuk itu adalah me'refer'kan diri sendiri. Hehehehehe....

Terima kasih juga kepada yang sudi singgah walaupun x ada entry. Apakan daya, masa amat terbatas, kemudahan juga amat sukar.

Yang sebenarnya, kami sekeluarga pergi bercuti. Di mana? Ermm.... nantilah kita update. Yang pastinya entry bercuti akan jadi drama bersiri yang amat panjang...... Apa taknya, cerita 2 hari pun boleh jadi berminggu2, inikan pula cerita seminggu, yer tak?

Berikan kita sedikit masa untuk pelan2 kayuh beskal yer....

Khamis, 19 Januari 2012

Terseliuh...

Assalamualaikum.....

Maaflah blog, semalam sunyi sepi. Er,, pembaca tak ada yg tunggu2 entry kan? So no problem lah. Cuma kesian kat blog jer sbb dia sunyi smalam.

Anyway, semalam kita MC sbb pergelangan tangan terseliuh. Selasa malam dah rasa sakit. Semalam pagi terus ambik ubat tahan sakit, surut bengkak dengan ubat urat lah, apa lah.... Petang, massage pula...

Alhamdulillah hari nie dah ok. Ada la juga rasa sengal2, tapi tindakan pantas semalam, cepatlah redanya. Now, menaip dgn perlahan menggunakan wrist yang berbalut...hehehhehehe

Oh yer, esok nak buat GA lah rasanya....

Ke, lepas holiday CNY? Oh..kena tengok kondisi tangan...

Selasa, 17 Januari 2012

Di Dera Suami

Assalamualaikum.....

Huhuhuhu...kita yang kena dera...huhuhuhu....

Zalim kan hubby kita....huhuhu....

Kita borak2 dengan Adam dalam kereta waktu balik dari kerja minggu lepas. Masa tu kan kita seronok sangat2 sbb hubby dan Adam jemput kita balik dari kerja...

Dalam borak2, ceritalah pasal Lady Ayu dengan Kamalia, kata mereka ajar bahasa Jepun dalam blog diorang nie. Tak banyak, tapi taulah jugak sikit2. Cakap dengan Adam, papa Adam nie, bukannya nak ajar. Ajarlah Adam sikit2, nanti dah besar pandai...

Hubby terus kata...ha, mesti ingat ni, ingat tu. Seriuslah, ajar mcm cikgu ajar dalam kelas, masa memandu. Mana lah nak ingat. Mcm mana nak tulis. Dahlah kita nie jenis yang tak boleh membaca atau menulis dalam kenderaan bergerak. Pening. Malam pulak tu. Kepala dah sakit, badan dah letih. Sampai tertidur2 dibuatnya.
Siap dia paksa belajar grammar. Gohan taberu, nomu, entah mcm mana entah. Kalau sambung dengan apa, jadik nomu, kalau cakap mcm mana, jadik lain. Serius x ingat.

Lepas2 tu, x der lagilah nak ajarnya... Adoila...nak kena belajar dari lagu pulak....

Namedaga, afureru kanashii, kisetsuwa. Darekani, dakareta, umeii wo miruu...

Ha.... sampai nak muntah2 belajar sekali harung non stop. Tak juga ingat.... huhuhuhu

So, Ayu dengan Lia, tolonglah ajar kami sikit2 yer... Dah tau dah, samuii, yuki, fuyu, sensei, auomori ...hehehehhehehe


Arigato gozaimas sensei...

OP/S : Teruk betol kita nie kan. Hubby x ajar, kita komplen, dia dah ajar pun komplen gak.. Ishhh, x bersyukur langsung.. Astaghfirullah....

Memang sedap kerepek NGAKU nie..

Assalamualaikum.....

Ok, masih ramai lagi yang belum pasti apa itu buang Ngaku. Buah nie biasanya ada masa Chinese New Year jer...

Kita pun tahu dari Nana di SINI.

Nana banyak cerita pasal ngaku nie. Dia kata buat kerepek memang sedap. Kebetulan, Sabtu lepas, kita tengok ada orang jual kerepek nie di Melaka. Satu balang RM15.00 tau. Tp, nak rasa punya pasal, beli juga lah, sbb x sempat nak membeli buahnya dan nak proses bagai.

Oh, buahnya mcm kat bawah nie. Gambar, kita cilok dari blog Falsya kawan Nana juga. Ada dlm bloglist Nana.

Ha, mcm pernah tengok kan? Tu lah... tapi kita semua x tau makan mcm mana.

So, bila beli tu, satu balang kejappp jer abis. Rebut2 anak beranak beramai2. Tiba2, buka blog Nana semalam, Nana kata dia jual. Wehh...cepat2lah kita membelinya. X sabar nak tunggu Nana pos kan kerepek tu. Harap2nya selamatlah sampai....

Mcm mana rasanya? Mcm rasa kerepek pisang + kerepek ubi + kerepek binjai sesikit. Lemak2 dan crunchy sangat2. Memangs edap betul.

Nak rasa? Ha, apa lagi, order kat Nana sebelum buah nie kehabisan di pasaran.

Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]

Assalamualaikum.....

Alahai....kena tag dengan Dya plak kat SINI.
Hr nie last day tau. Tutup pukul 12 malam. So, sempat lagi. Meh cuba tingkatkan trafik. Apa salahnya kan....

Errr...x nak tag sesaper yang khusus. Kita nak tag semuaaaaaa yg baca entry nie...hehehhe. Dah baca? Sila buat entry ekk...

Ohh... segmen tu kat SINI.

"SEGMEN NASZ : AKU DAN RAKAN-RAKAN BLOGGERKU"

Assalamualaikum.....

Wahh....dah lama Naser tak buat segmen. Kali nie, ada segmen dari dia.

Biasanya, kalau join segmen dari Nasz nie, Insyaallah akan jumpa ramai rakan blog baru yang komited dalam dunia blog. Kadang2, join segmen dari blog tersoor pun, mcm susah nak lekat pulak kawan2 tu.... Maybe Nasz punya follower satu 'kapal' kot.

So, kalau nak meriah2 sikit blog anda, mari terjah blog Nasz di SINI.

NasZ minta berikan nama dan link blog2 kawan2 yang kita ada di alam blogger nie. Tujuannya supaya kita boleh juga berkongsi dengan blogger yang lain, keseronokan yang kita dapat bila kita terjah mereka nie semua.

1.) Bla-bla-blub-blub
Jiran sebelah kawasan blog kita. Ownernya ialah Pn Rahmah. Sebenarnya kami adalah sahabat baik kerana bekerja dalam satu pejabat yang sama. Percaya tau tak, walaupun dari pagi sampai ke malam kami bersama2 bekerja, berbual dan segalanya, namun cerita2 di dalam blog tetap eksklusif. Tak sama dengan apa yang dibualkan bersama2. See, banyak faedahnya bila ada blog nie kan.. Lagi satu, kita sangat kagum dengan beliau. Beliau adalah seorang manusia yang IKHLAS. Susahnya nak cari sahabat yang ikhlas seperti beliau di zaman sekarang. Kalau yang tak betul, beliau akan tegur, kerana itulah caranya bersahabat. Nak bersahabat dengan dia? Sila klik link di nama blognya itu yer...

2.) Dunia dari Dapur Kak Jee
Ini adalah blog artis.
Nak tau dia artis apa, kenalah masuk blog dia. Tapi rasanya ramai dah yang jadi follower dia. Dia mmg ramai peminat sebab sangat dekat dengan follower dia semua...
Mula2 masuk sebab nak tengok makanan. Kak Jee masak macam2 makanan yang mengikut selera kita memang mengecurkan... Tapi entry masak2 tu kebelakangan nie dah kurang sbb Kak Jee sangat sibuk. Kak Jee adalah pengguna produk 4Life yang telah mebantu beliau berjalan semula daripada di sorong oleh kerusi roda hanya dalam masa 1-2 bulan sahaja. Menakjubkan, bukan? Dan beliau dengan ikhlasnya membantu orang lain yang mencari penawar untuk penyakit2 mereka. Kami di pejabat pun dah rasa seronok minum air teh apple dari produk 4Life nie. Memang sangat bermanfaat. Selain daripada itu, seronok betul baca ulasan beliau terhadap gossip artis.. Maklumlah...wartawan.. Opss...

3.) Cik Bambam
Mula2 masuk blog CB nie, kiat rasa jakun sket sbb dia ada ramai follower dan rakan2 yg dekat dengan beliau. Bila satu hari dia komen dalam blog kita, melompat2 rasanya seronok sbb org popular komen. Dalah masa tu blog kita nie tak ada follower sangat, dan of course tak ada yg komen. Sehingga sekarang, bila baca entry dia jer, mesti rasa girang gembira. Ada mandrem dalam entry beliau nie..hahahhahaha. Ok, kita fitnah dia...huhuhuhu. Bukan mandrem, tapi beliau bijak tackle perhatian pembaca. Sila cuba.

4.) Apo2 Yolah
Blog feveret. Owner ialah Atok! Satu hari, satu entryyy jer dlm blog beliau. Samalah dengan CB kat atas tu, entah apa mandrem dia letak, sampaikan tiap2 hari mesti nak cari entry blog dia. Ok, kita fitnah orang lagi...huhuhuhu. Tak ada mandrem, tapi tetap nak baca tetiap hari. Oh yer, kalau entry CB riang gembira, entry atok selalunya boleh buat kita ketawa berdekah2. Tak percaya? Percayalahhh...

5.) More than Words

Ini adalah rakan baru blogger kita, tapi rasa macam dah lama dah. Beliau adalah Lady Ayu yang berada di Jepun mengikut suaminya. Seronokk sangat belajar bahasa jepun dengan beliau dari blognya. Antara destinasi impian kita. Kita tak dapat pergi, tapi dengar dia bercerita dengan tengok gambar2 pun dah teruja dah. Oh yer, kat tempat beliau sekarang musim salji tau. Nak tengok salji, terjahlah sini yer...

6.) Azham Vosovic
Yer, macam nama Rusia kan. Nak tau dia asal dari mana, kenalah berkenalan dengan beliau. Seorang pemuda yang halus jiwanya, tapi seorang sahabat yang disenangi ramai. Dia suka cerita seram tau.... Tapi blog dia kalau baca, kita kena keluarkan minda separa sedar kita yang kreatif. Ha...magic kan..? Tu lah kita suka tu...


Ok...dah siap

Oh yer, tarikh tutup ialah pada 23 Januari 2012...

Selamat berkenalan semua...

Isnin, 16 Januari 2012

I like U, Hattan...

Assalamualaikum.....

(Google)

Banyak sangat entry tentang perceraian Hattan. Kita tak wujud plak pandangan negative pada dia, walaupun dah sah-sah sesetengah orang tu ada.

Kita suka la jugak dengan artis2 nie. Tapi kita tak la fanatik. Sesetengah tu kita ingat2 la lagu diorang. Sekadar hiburan sewaktu memandu.

Tapi Hattan nie different sket. Pada pandangan peribadi kita, dia adalah seorang manusia normal. Lelaki Melayu yang masih ada batas2nya.

Sebenarnya, kita pernah buat program Baktisiswa masa belajar dulu di kampung halaman Hattan iaitu di Sri Menanti, Negeri Sembilan. Bandar Di Raja dan tanah berdaulat. Oh yer, kita pun org negori gak, tapi kg den lain...  Dan masa tu Hattan dan berkahwin dgn isteri pertama dia.

Pada suatu hari, kami sedang menjalankan aktiviti di padang depan istana. Petang2 la. Tak ingat apa programnya. Tapi, Hattan yg tengah round2 agaknya sbb kebetulan dia balik kg, boleh berhenti tepi padang sambil lepak tgk kitorang buat program. Maybe program dgn anak2 yatim masa tu. Masa tu dia pakai kereta yg ala2 kereta sukan kaler kuning. Tak ingatlah nak tegur dia, sbb tgh sibuk. Lg pun, dia duk nun kat tepi padang sana. Mula2 x tau itu siapa, tp org2 kg kata itu Hattan... Oooo...baru tau.

Bila balik rumah, tanya mak ayah angkat kita. Diorang kata Hattan rajin balik kg jengah family dia. Dia pun x sombong. Elok rajin orangnya.. Wahhh...dah berubah pandangan kita pada dia sebab kita dulu ingat dia mamat rockers biasa jer...

Drpd situ, kita ada sedikit interest pada dia. Seorang lelaki Melayu yang biasa. Kalau salah, dia kata salah, kalau perlu di ajar, dia hukum. Oleh sbb itu, walaupun dah bercerai, anaknya tetap bersama dia. Ada suatu hari , 2 tahun yg lepas, kita isi minyak di stesyen minyak Shell betul2 seblah kereta dia. Masing2 sibuk nk balik kg untuk beraya masa tu. Dan dalam kereta mewahnya, ada anaknya dan seorang lagi lelaki.

Dan kita yakin, apa saja tindakan Hattan, ada sebabnya. Kelemahan dia ialah dia selalu lupa ciri penting untuk mencari calon isteri dek kerana terpesona dgn kerlipan bintang di langit.

So, kita sokong dia. Sebab komitmen dia dalam seni, kita kagumi.

Sleepy Monday

Assalamualaikum.....

Tukar! Tak ada Monday Blues. Now, every Monday, confirm mcm mayat berjalan kat opis.

Last nite, agak sadis gak, walaupun x seteruk last week's Monday.

Hubby kena balik Kuantan, pukul 4 pagi. 3.00 pagi kena gerak dia. Tak berani nak tidur, takut tak terjaga, sbb tiba di rumah dari hantar Adam kat PD pun dah jauh malam....

So, melipat kain baju satu bakul besar, basuh kain dan jemur kain 2-3 round pagi2 buat tau, kemas segala periuk belanga, goreng cekodok pisang untuk hubby ngap masa drive nnt, nampak ada carrot, buat pulak cekodok carrot, lepas tu siap buat sambal 'Nenek' lagi untuk cicah.

Bila hubby bangun, cekodok bekal semua dah siap letak dalam kereta, baju2 dan beg dia semua kita dah masukkan dalam kereta, dah bancuh kopi 'o' kaw satu tumbler untuk dia, letak dalam kereta.

Lepas dia pergi, kita sambung basuh kain dan sidai kain, start packing sikit2 untuk trip hujung minggu nie...

Dapat tidur x sampai 2 jam.

Now, mengheret diri untuk melalui hari ini. Semoga dapat diakhiri dengan jayanya...

ZZZzzzzz.......

Jumaat, 13 Januari 2012

Memang Betul Peringatan Orang Tua2

Assalamualaikum.....

Selalu kita dinasihati :

JANGAN KETAWA BANYAK SANGAT, TAKUT DUKA YANG HINGGAP...

Susah bila blog luahan hati pun dikomen dan di kritik...

Kagum dgn blogger yang tabah mengharung segala cubaan....

Di Tag oleh Rakan Blogger

Assalamualaikum.....

Kita telah di tag oleh dua rakan kita, Pn Rahmah, dan oleh Cik fizafantagiro untuk Peraduan Blog Paling Cun oleh Muashri. Peraduannya ada di SINI.

Tapi kita nak minta maaf banyak2 sebab kita rasa kita tak layak langsung join contest tu. Maklumlah, template kita nie, memang basic dari blogger. Sangat2 basic. Jangan kata nak ubah itu ini, penambahan pun x ada... hehehehehhe. Maklumlah, kita ni stail oldtimer. Lagipun tuan contest kata, blog akan di adili dari segi kekemasan, kecantikan dan kekreatifan blog itu. Ughhh...langsung x masuk book...hihihi

So, terima kasih yer Pn Rahmah dan Cik fizafantagiro sbb sudi tag kita...

Gembiranya hari nie...?

Assalamualaikum.....

Yieehaaa....seronok..seronok.....

Seronok sgt sbb hubby dh balik dr China mlm tadi. Macamlah x biasa kan, padahal memang dah biasa jumpa seminggu sekali jer. Tapi everytime kalau dia pergi outstation tu, mmg lain sikit rasanya. Maklumlah, kalau o/station, x boleh selalu call dan berhubung, sbb dia sentiasa sibuk dari pagi hingga pagi semula...

Tapi yg paling seronok, walaupun tidur jam 4 pagi tadi, tapi hubby sudi hantar kita ke opis. Utk makluman, rumah kami di Melaka yer... So, kesudian dia hantar kita ke opis di KL hari nie memang cukup menggembirakan. Tambah gembira, ptg nanti, dia nak datang jemput kita balik kerja dengan Adam. Now dah on d way ke PD utk pick up Adam dari sekolah tgh hari nie.

Memanglah ramai yg akan rasa pelik.. Apa yg seronok sangat? Tiap2 hari pun husband u all hantar, jemput kan...

Tapi kita nie lain sbb kami duduk berjauhan. Selalunya, memang kita yang berdikari sendiri, uruskan husband dan anak pun kita juga. So, sesekali (read : setahun sekali) hubby hantar dan jemput nie, memang membuatkan hati kita berbunge2 hari nie...

Oh yer, utk mereka yg hubby selalu hantar dan jemput tu, bersyukurlah dan hargailah hubby anda. Kalau boleh, minta lah hubby anda hantar dan jemput tiap2 hari walaupun anda boleh pergi kerja sendiri. Bukan apa, mengeratkan kasih sayang....

Note : Sukaaa sangat tgk jiran sepagar kita .... Sooo loving... Owh...adore u guys...

Khamis, 12 Januari 2012

Bencana di Pejabat : Perkembangan Lanjut

Assalamualaikum.....

Kalau nak tahu lebih lanjut dan gambaran yang lebih jelas tentang bencan di pejabat yang kita tulis semalam, silalah terjah ke jiran maya kita di SINI.

Dan hari ini, beliau ada menceritakan susulan yang amat jelas tentang situasi terkini.

Sila baca di SINI

Makan di Melaka : Apple Burger

Assalamualaikum.....


Dah lama x citer pasal makan2 kan. Okeyh..kejadian nie dah lama. Seminggu sebelum adik kita tunang. Dia pun dah sebulan selamat jadi tunangan orang.

Siang tu dah merayau sampai ke Air Hitam, Johor utk cari barang2 hantaran dia. Mlm tu, balik semula ke Melaka. Sebelum proceed utk shopping kain dan tudung dia, kami makan dulu. Badan pun dah letih, perut pun dah lapar.

Sebelum2 nie, adalah sekali pernah makan kat sini. Yang selalu makan kat sini ialah hubby dengan kawan2 kerja dia. Tapi bila kita dgn Adam ada, tak nak plak dibawanya ke sini. Sampai dah lupa mcm mana rasa food kat sini.

Anyway, kedai nie, betul2 di tepi jalan, sebelah Straights Meridian Hotel, selepas Masjid Negeri. Speciality kat sini ialah burgernya yang dihidangkan bersama hirisan epal. Itulah sebabnya dinamakan Apple Burger. Selain burger yang berbagai jenis, dia ada hidangkan Asam Pedas, dan juga berbagai menu masakan panas yang lain.





Kami ambil tempat duduk di luar. Saja nak ambil angin malam. Penat2 tu, duduk luar, berangin jer... Memang lega sikit rasanya.


Ini adalah dish hubby. Dia memang suka burger nie. Namanya WIRED BURGER. Bukan bermaksud dalamnya ada wayar, tapi daging burgernya dah dihiris kecil2 dengan wayar special yang di bakar. So, rasanya memang lain sikitlah. Jadik macam daging hancur, tapi tak hancur. Moist jer rasanya...

Maaflah yer.... Gambar x terang sebab duduk dalam gelap. Apa taknya, duduk kat luar kan. Cahaya yg ada pun ala2 romantik gitu. Lagipun pakai camera fon jer, macam biasa. Camera digital, memang dah lama jadi tukun atas meja kat rumah. Tak kuasa nak memenuhkan handbag yang sendat dek brg2 sendiri, dan hubby dan anak...


Adam memang suka sangat order air yang meruntun jiwa nie. Maknya boleh rasa sesudu kecik jer. Maklumlah...sob..sob.... Tp syukurlah kita mmg x berapa suka dgn aiskrim segala bagai nie...


Ini adik kita punya dish. Ida order nasi goreng cili api. Dia nie taste memang mcm kita, tapi lagi obses lagi. Nak pedas, nak cili api manjang... Nampak mcm x senoreh (loghat n9), tapi rasanya sedapp sangat. Caya lahhh


Alahh...senget plak gambar nie. Sila telengkan kepala anda yer... Tak sempat nak edit dah.. Ini adam punya set hot dog. Tapi apsal ntah fries dia rasa sedapp jer. Even sampai habis makan pun, fries dia x lembik mcm fires McD delivery ke rumah tu. Sodap yooo...


Ahaa...yang ini baru kita punya. Kita nak try asam pedas dia. Kita ambik Asam Pedas Daging Tetel. Asam Pedas dia memang masam, tapi tak pedas sangat utk tekak kita. Utk yg x makan pedas tu, oklah... And kuah dia ala2 cair gitu. Tak macam asam pedas Melaka pure. Asam pedas Melaka biasanya kuah dia pekat dengan bahan2 tumisan dia. Ini, stail family PD punya asam pedas. Kalau mak ada, dia sure suka. Tak pedas, masam2, and kuah cair2 sikit. Dia kata kuah cair2 nie sedap kalau buat hirup2.

Disebabkan owner dia tahu x pedas sbb mmg ada customer yg x makan pedas, maka dia siapkan ulam2 dengan sambal belacan, ikan masin bulu ayam yang sangat rangup serta telur masin setengah biji. Sambal belacan dia sodapppp sangat. Bukan yg blender punya tau. Mmg rasanya cukup original, confirm dia tumbuk pakai lesung batu. Pedassss.... Perghh..baru nikmat makan. Kebanyakan kedai asam pedas Melaka, kalau yg bisnes malam, diorang x bagi sambal belacan tau. Set yang biasa hanya ada telur masin dan ulam timun jer. So, something different la kat sini...

Ok...recommended juga. Tengok ada stall char kuay tiaw. Mcm sedap jer... Next time try la pula...




Rabu, 11 Januari 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST FEB 2012

Assalamualaikum.....

Nampak Ben buat segmen yang menarik. Memang betul menarik... Tak percaya? Klik SINI.

Apa2 pun, meh tayang gambar model dulu....

Aisehhh....tak leh upload gambar la pulak.... Ok..kita copy jer lah direct...

BEN ASHAARI


So, kena karang ayat2 menarik untuk memikat blogger yer...

Harap u all terpikat yer...

Selamat datang ke blog kita. Buatlah macam rumah sendiri, sebab blog kita x moden sangat, x tradisional sangat, sedang2 biasa untuk u all rasa seperti di rumah sendiri. Jangan stress sebab kita paparkan kehidupan biasa di sini...

Selain daripada kisah semasa dan isu2 lain, yang paling banyak dan menariknya di blog kita ialah tentang TEMPAT MAKAN! Yesss...!! Ada banyak kisah2 tempat makan yang ada di blog nie, selain daripada beberapa tips dan panduan ke tempat2 yg pernah kita pergi...

Untuk bulan ini, Insyaallah kita akan aktif ber'entry'. So, trafic u all, akan ada hasilnya juga. Amiinnn...
Yang paling penting, kita mmg suka pomot blog kawan2. Sesiapa yg sign up agreement dengan kita, kita akan jadi jiran sepagar sejati. Tak caya, tanya jiran kita kat SINI.

Semoga jalinan ini bukan sekadar di bulan Februari...

Dapat FM...Yeayyy....

Assalamualaikum.....

Seronok sbb dapat FM dari KK. Kita saja2 join teka teki dari Cik Bambam. Konon confident org pertama jawab, sebab masa jawab tu, walaupun dah lewat sehari dari tarikh entry, tapi x der org lain lagi jawap. Rupa2nya bila Cik Bambam published komen, sah2 kita antara yg ujung2...heheheheheh.

Tapi CB baik hati sangat2. Dia bagi kita saguhati juga, selain daripada hadiah utama yg cantik sangat tu...

Meh tengok SINI.

Bencana di Pejabat

Assalamualaikum.....

Kecoh, seram sejuk dan panik kami di Jabatan Sumber Manusia pagi nie.

Akuarium di sini didapati melimpah dengan air hingga banjir satu bilik mesyuarat. Entah siapalah yang tutup paip air tak ketat, ataupun ada yang buka, lupa nak tutup?

Puncanya masih menjadi misteri. Kelam kabut call cleaner soh datang bersihkan air tu sebab kami takut opis di tingkat bawah mendapat bahana.

Malangnya kami terlewat......

Kami di tkt 1, sementara penyewa di ground floor adalah syarikat yg menjalankan kajian dan ujian. Betul2 di bawah kami ialah makmalnya yang super sensitif. Mcm mana anda lihat betapa berhati2nya orang yg kerja di makmal, itulah mereka. Sehelai pun pakaian kita tak boleh melepasi pintu lapisan kedua mereka. Semuanya harus ditukar kepada baju makmal dan bersarung sepenuhnya. Lapisan ketiga, satu lagi lapisan baju dan seluruh tubuh hingga yang tinggal ialah 2 biji mata sahaja. Begitulah sensitifnya mereka kerana bahan kajian adalah sangat sensitif.

Bila kami siasat makmal mereka, segenap dinding dan syiling adalah seperti air terjun yang deras mengalir.

Terduduk kami...

Termenung sebentar....

Habislahh......

Hingga sekarang, kami masih susah hati....

Berapa jutalah agaknya kerugian yang terpaksa kami bayar kepada mereka.....

CNY 2012 : Sekolah Cuti Berapa Hari?

Assalamualaikum.....

Waa...excited kan tengok cuti CNY tahun nie. Direct 4 hari sebab bersambung dengan weekend.

Tapi, entah siapa beri information katanya sekolah cuti direct seminggu...!!

Bila dengar mcm tu, hubby pun dah beria2 plan holiday. Konon sebab last year, x sempat langsung nak pergi holiday mana2. Lagipun mmg kita saja x nak pergi holiday, kasi satu pengajaran sebab tak perform dalam sekolah last year.

So, kita dah siap booking segala bagai di destinasi pilihan kami. Dah bayar deposit dan dah uruskan segalanya dengan susah payah sebab last minute kan. Dah sah2 cuti panjang, ramailah yang ambik kesempatan berholiday juga.

Tapi tiba2, mak kita kata sekolah Adam x bagi keputusan lagi cuti sampai bila. Ah sudahh...!!! Mcm mana nie..? Tadi kita call admin sekolah dia pun, diorang kata x dapat beri keputusan lagi sebab permohonan masih tergantung. Mohon apa, pada siapa, apa yg tergantung, kita x taulah....

Lepas tu, nak ditambah panik, baru teringat, sekolah Adam nie, 98% pelajar Melayu. Yang lain adalah sorang dua India dan Iban Kadazan jer... Maklumlah, bandar tentera Port Dickson tu....

So, u all ada information x sekolah cuti berapa lama?

Kalaulah sekolah x memanjangkan cuti, wajarkah kita meninggalkan anak kita di rumah tanpa bercuti bersama, atau kita tulis surat kat sekolah untuk mohon cuti bagi Adam?

Aduhhh....

Decision, decision, decision....

Selasa, 10 Januari 2012

Tarikan Magnet Yusri KRU

Assalamualaikum.....


(Sumber gambar : Google)

Yusri KRU....

Siapalah yang tak kenal beliau kan. Seluruh negara mengenali beliau. Bukan sahaja kerana nyanyian dan lakonan, tapi juga oleh kerana ketampanannya, kebolehannya mengarah dan berniaga sekaligus meletakkan beliau dalam kategori Most Eligible Bachelor (bachelor ekk..erkkk..erkk..tercekik).

Anyway, rasa terpanggil pula untuk buat entry ini sebab nak berkongsi rasa dengan pembaca yang lain.

Kita katakan magnet sebab beliau sentiasa menjadi perhatian. Sesetengah aritis, menjadi perhatian untuk musim2 tertentu, tapi beliau belum pernah sunyi dari perhatian. Apa saja yang terjadi dalam hidupnya, dihidangkan kepada awam.

Tapi anda perasan tak? Isteri pertama Yusri ialah Erra Fazira. Dan semua orang tahu yang Erra bukanlah pelakon kaki lima. Beliau adalah primadona Malaysia. Kisah dan gossip percintaan mereka pun x lama rasanya. Tiba2 terus nak kahwin. Dan kita tak pernah terlintas di fikiran bahawa Erra akan berkahwin dengan Yusri.

Dan sekarang, selepas menduda, Yusri memilih Lisa Surihani. Siapa Lisa Surihani, adik2 sekalian? Yer betul... Pelakon wanita yang hebat dan paling glemer pada musim ini.

Ok, magnet Yusri memang sangat berkuasa hingga mampu menarik dan membuatkan pelakon2 wanita hebat dan jelita dalam negara kita yang menjadi buruan lelaki pelbagai jenis dunia ini, melekap padanya dan menyerah untuk menjadi seorang isteri kepada beliau.

Kenapa agaknya?

Ada udang di sebalik mee kah?

Ada politikkah?

Apa lagi 'kekuasaan' Yusri yang kita tidak tahu, yang hanya wanita2 ini saja tahu?

Ataukah sekadar : Sudah ketentuan Ilahi dan rezeki beliau?

Allahu'alam bissawab....

Note : Tanda soal tetap berlegar dalam minda...

Shopping di Stesyen Minyak

Assalamualaikum.....

Waaa...hari nie kita dah rasa fresh sikit... Mlm tadi dah dapatkan tidur yang berkualiti. Lelapp jer mata, terus hanyuttt sampailah azan Subuh pagi tadi.

Tapi tak laa balik rumah terus tidur sebab adan dah terlalu penat. Nak tidur pun susah. Siap masak dulu semua sebab tak sempat nak singgah mana2. Kalau ikutkan, nak beli jer apa2 kat mana2 petrol pump station... Kalau dah membeli kat situ, koman2 habis jugak RM20.00. Hisshhh!! Ha, story about petrol pump station...

Kita dengan hubby, memang suka membeli belah di stesyen minyak. Hubby masa drive, dia suka ada tit bits. Utk hilangkan mengantuk. So, lama2 dah jadi macam habit pula. Kadang2 sampai garam gula, sabun syampu semua nak capai dari rak kat stesyen minyak tu.

Sebenarnya tak bagus tau, sebab mahal barang2 kat stesyen minyak nie. Setaraf la kiranya dgn 7-E tu. Tp nak gie supermarket tu, bagi kami yg weekend family nie, agak payah sikit kalau semata2 nak garam sebungkus.

U all mcm mana?

Isnin, 9 Januari 2012

DSAI Tidak Bersalah. Apa sebenarnya?

Assalamualaikum.....

Hampir semua blog kengkawan bercerita tentang keputusan mahkamah untuk DSAI. Beliau tidak bersalah. Kenapa? Sedangkan selama ini segenap penjuru media di Malaysia menyajikan rakyat tentang bukti kukuh dari Saiful. Segala testimoni doktor dan sebagainya. Oh yer, keputusan DNA macam dikelirukan di mata umum.

Hmmm, kita bukan pengulas politik. Kita rasa tak adil untuk mengulas sebab kita semua tak tahu apa yang betul sebenarnya. Segala fakta2 yang dibentangkan dihadapan kita semua, baik dari parti pembangkang mahupun kerajaan adalah berdasarkan verbal communication semata2. Tiada pun bukti bertulis yang dihidangkan kepada kita semua... Maka kita rasa semua rakyat Malaysia tak berhak mempertikaikan keputusan ini, mahupun menyalahkan mana2 pihak sebab sebenarnya kita semua masih berada dalam kegelapan.

Tak berani nak mendalami sebab takut lebih tertipu.... Siapa yg menipu? Anda semua pun tahu apa itu dunia politik...

Kecohnya Di LCCT

Assalamualaikum.....

Pagi tadi, seawal jam 4 pagi, kita dgn hubby dah tiba di LCCT. Flight hubby pukul 6.30 pagi, so kena check in pukul 4.30 pagi.

First time kita di LCCT seawal ini. Sangat penuh sesak dengan org ramai. Hiruk pikuk dan tak menggambarkan langsung waktu dinihari masa tu walaupun kebiasaannya kita semua enak di hayun mimpi indah pada waktu itu.

Kita nampak ada ramai dan banyak kumpulan berbangsa India yang telah siap memakai pakaian tradisi mereka. Ada juga yang memakai t-shirt bertulis Batu Caves, Malaysia. Yang nyata mereka semuanya berkaki ayam. Mereka menuju ke India, sudah tentu untuk menjalankan urusan keagamaan.

Tapi, lane yang kami, eh... yang hubby chec-in tu, amat panjang dan tak lama sangat x bergerak2. Rupa2nya mereka yang nak ke India nie, check-in secara berkumpulan, jadi ramaiii sangat. Seorang penumpang berbangsa Cina yang sama2 beratur dgn kami kata, seorang check-in utk 60 orang! Tak taulah betul ke tidak. Tapi kalau betul...mak datukk...ramainya..! Kenapalah Air Asia tak buka kaunter lain? Keadaan ini menyebabkan satu lane di satu kaunter jadi berlapis2.

Timbullah kekecohan bila dah sampai di kaunter.. Aku dulu, ko kat belakang, ko beratur lane salah, mana ada marking untuk lane, dan perbalahan diteruskan. Ada satu kumpulan Cina yang bertekak dengan pelancong luar bila dia tiba2 menyerbu ke depan. Kasihan pelancong tu, mereka memang dah beratur lama, sedangkan Cina nie tadi potong barisan. Malu sangat. Tapi mujurlah ada sepasang suami isteri berbangsa Cina juga yang baik hati, memberi laluan kepada pelancung itu mendaftar di hadapannya.

Haihh... kisah check-in di kaunter Air Asia, lebih huru hara dari bus stand. Taulah tambang murah, tapi kenapa cincai sangat?

Segmen Review Belog : Azzah Sayur Lemak

Assalamualaikum.....



Bila baca blog sayurlemak nie, rasa terpanggil pula untuk join segmen. Uishhh, lama sungguhlah kita tak join segmen. Tiba2 rasa ada mood, tu yang join tu.

Perlulah kot blog kita nia sambung dipromot dan direview lagi... Bila pula kita sendiri nak buat segmen agaknya...

Anyway, jom join reramai. Klik SINI.

Makan Di Melaka : Subaidah, MITC

Assalamualaikum.....

Kat Melaka, tak banyak restoran mamak mcm di KL. Apa tah lagi yg 24 jam. Tapi antara pelopor dan femes ialah Restoran Subaidah betul2 di hadapan MITC, Ayer Keroh. Restorannya standing on its own building. Besar, luas dan selesa. Kemudahan WiFi, tandas yang berjaga, dan surau disediakan.

So, kadang2 bila hubby tiba di Melaka jam 4-5 pagi dari Kuantan, kami akan lepak disini. Yerla, memandu jauh, saja nak refresh. Makan tosei di awal pagi, atau maggi goreng. Tosei kat sini memang sedap. Tapi nak kena ada sambal kelapanya tu.

Gambar2 di bawah diambil pada jam 5 pagi. Riuh rendah dengan pelanggan...







So, kalau rasa sampai Melaka awal sangat atau sekadar nak menikmati teh tarik sambil melayari internet, bolehlah singgah di sini....



Tidur Runcit?

Assalamualaikum.....

Apa itu Tidur Runcit?

Tidur Runcit ialah istilah sukahati-anak-tekak-kita-punya-bahasa yang bermaksud tidur secara berdikit2.

Yer, itulah yang kita alami sejak 24 jam lalu. Tidur 15 minit di dalam kereta dalam perjalanan di bandar Melaka dan lagi 15 minit dalam perjalanan ke LCCT pagi tadi dan kira2 1 jam di hentian rehat lebuh raya pagi tadi.

Sekarang?

Yer.... Masih lagi beralun2 macam dalam perahu kecil di tengah lautan.

Sabtu lepas, sepupu kita dan adik kita datang ke rumah kita di Alor Gajah tu. Maka malam tu, kami buatlah BBQ secara kecil2an dan secara ekspress. Parents in law pun ada. Agak meriah lah rumah. Adik dan family serta sepupu kita tidur di rumah kita malam tu. Yang memenatkan ialah segala persediaan dan sesi mengemas, kita jalankan seorang diri sebab semua tetamu pun dah letih. Tidur lebih kurang jam 3 pagi.

Ahad, bangun waktu Subuh dan teruskan proses mengemas, menyediakan sarapan dan laundry. Kemudian kami semua keluar kerana menyelesaikan berbagai urusan hingga ke petang di bandar Melaka. Petangnya sampai rumah, proses melipat kain baju dan jahit menjahit baju seragam Adam. Lepas Maghrib, terus keluar semula kerana ada urusan. Pulang ke rumah, dah melepasi tengah malam. Terus sambung mengemas sebab tetamu semua dah balik dan perlu tinggalkan rumah. Packing luggage hubby sebab hubby sedang terbang di awan biru sekarang menuju ke Macau. Pukul 3 pagi, bersiap untuk ke LCCT. Selesai check-in dan segalanya, kita menuju ke pejabat. Singgah di hentian untuk lepaskan sedikit rasa mengantuk.

Jadi, itulah kisahnya kenapa terjadinya peristiwa Tidur Runcit. Jangan amalkan dan saya doakan anda semua tidak akan mengalami peristiwa ini.

Tak sabar nak balik rumah malam ini dan rehatkan tubuh dan minda secukupnya...


** Apalah kisah perhimpunan di Jln Duta agaknya pagi ini..?

Jumaat, 6 Januari 2012

Wanita & Lelaki : Siapa Yg Suka Shopping?

Assalamualaikum.....

Pagi nie dengar morning show di station radio Light FM. Fine, I like oldies sometimes. It's soothing.

Anyway, topicnya ialah Siapa Yg Lebih Suka Shopping? Men or Women.

Sangat banyak komen yang masuk. Ada yg kata definitely ladies, tapi ada yang kata men pun suka shopping, tapi different barang and benda.

Kalau nak kata typical wanita suka shopping, it's not true. I know a lot of women yg x suka shopping. One of them is me. Yes, I tak suka shopping. Kita hanya akan beli barang keperluan sahaja. Selalunya akan buat list dan stick to the list. Kadang2 sampai kalau nampak brg keperluan tu kat supermarket dan perlu beli sbb kat rumah dah habis, tapi x ada dalam list, I'll write it down in the list so that I stick to the list. Haa...dahsyat kan...

But hubby lovesssss shopping. So much. Handbags, shoes, shirts, apparel, pinggan mangkuk, periuk belanga, and all of it. Sometimes, kita yg jadi penat nak ikut. So does my father. Boleh spend the whole day dari pagi sampai ke malam di IKEA.

So, my opinions, it's not the gender! It's the individual...

So, apa pendapat u all? Siapa yang lebih suka shopping...?

Rabu, 4 Januari 2012

WW : Halal Food in China & Taiwan

Assalamualaikum.....










Mix pictures. Hubby's bussiness trip.

Selasa, 3 Januari 2012

Makan di KL : Seoul Garden, IOI Puchong

Assalamualaikum.....

Sebelum bermulanya episod kisah makan2 kita di tahun 2012 nie, mehlah habiskan dulu mana2 yang tertunggak dalam folder dan dalam draft nie. Lagipun sejak akhir2 nie, blog kita nie pun kurang rancak sket. Mehlah kita amik mood sket.

Aktiviti nie berlangsung dalam bulan Nov 2011. Uishhh...lama sungguh kan.... Tapi coretan sekadar untuk kenangan dan perkongsian saja....

Kami decided untuk lunch disini. Kita dengan geng2 kita di opis tu selaluuu sangat menjadi 'penjaga' opis. Selalunya lunch kami akan beli di kafe dan bawa masuk untuk makan di dalam pantry opis. Antara sebabnya ialah ada kerja yg banyak menunggu, takut boss atau client call tp x ada org angkat fon, dan juga malas nak melawan cuaca dalam perjalanan nak ambil kereta di parking lot kalau nak keluar. Gila jauh parking kami. Meredah bukit dan lurah, kolam ikan dan sebagainya. Ambik kereta jer dah setengah jam...bila nak sampai kedai, bila nak makan, bila nak balik, kan..?

So, kebetulan satu hari tu kami nekad utk redah jer dek kerana dah terlalu lama menjaga opis. Bukan itu saja, kebetulan ada ahli2 kabinet geng cari makan yang lengkap..maka buatlah lawatan luar biasa sket.

Kami try makanan Korea di Seoul Garden, IOI Mall Puchong. 2nd time utk kita, bertime2 utk a few dan 1st time utk the rest. Tp 1st time kita di Plaza Pantai, Jln Pantai Baharu yang sebelah Mid Valley tu. Tetap benda yang sama.

Konsep restoran nie ialah kita masak bahan mentahnya sendiri dan ikut citarasa sendiri. Oh yer...ianya adalah buffet. Harganya lebih kurang RM30.00 untuk seorang dewasa. Ada berbagai2 jenis daging lembu dan ayam yang di perap dengan berbagai perisa. Ada juga makanan laut yang diperap. Ada juga sedikit option makanan yang siap dimasak macam mee goreng ke, nasi goreng... Oh yer, kimchi memang ada...




Ada sos pelbagai rasa. Yang pedas ada, tak pedas pun ada. Periuknya 2in1. Kat tengah2 tu untuk yang rebus2. Kelilingnya untuk bakar membakar. Kalau makan ramai2, memang seronok....





Disebabkan masa sampai tu kami terlalu lapar, dan makan sambil berbual dan bermesra alam, maka lepas makan tu baru kami perasan yang kami makan hingga terlaluu kenyang. Kira2 full sampai ke level leher semulalah... Uisshh...buruk perangai sungguh kami kan...

Anyway...food choices so and so. Rasa pun so and so. Berpatutanlah dengan harganya. Tapi kalau big group macam the whole family dengan children segala, rasanya kurang sesuai....

Apa-apa pun, kesedapan makanan menjadi maksimum bila kegembiraan menjadi perasa tambahan....




Permulaan 2012

Assalamualaikum.....

Bermula dengan campuran segala rasa. Ada gembira, ada duka. Tidak menjangkakan warna2 gemilang kerana kehidupan akan terus berputar seperti biasa.

Adam start sekolah esok, so dia masih bergumbira hari ini.

Tapi seluar sekolah Adam belum jahit lagi...lencana sekolah pun tak sempat jahit lagi.. uwaaa.....

Nampaknya malam nie rumah akan jadi kedai jahitan. Bermulalah episod malam menjahit sedunia...!!

Err...Permulaan tahun dengan jahitan...?
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink