Isnin, 30 April 2012

Neighbour's House Warming

Assalamualaikum.....

We have been invited for a House Warming party recently. A new neighbour just a few steps away from our house. His name is Mr Chong. Me and hubby has no problem and doubt attending the party because we kind of get used with Chinese party. Usually when Chinese family or friends invite Malay as guests, they know what type of food that should be prepared. Well, after all, we are Malaysians, rite?

But my other Malay neighbours have limited experience with this sort of party. So, they do have doubts. But our kind Mr Chong keep on convincing them and reminding them to not forget his party. So sweet this Mr Chong.



Foods for Malays... Malay caterer.... Sedapp...


Among the guests....


Sabtu, 28 April 2012

Alhamdulillah....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi nafas hingga ke hari ini. Masih di beri peluang untuk menebus kesilapan. Masih diberi masa untuk menyiapkan diri agar dapat menghadapNya dengan cantik. Masih lagi diberi landasan agar terus menabur bakti kepada ummah.... Beratnya tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu, pekerja dan sahabat, berat lagi tanggungjawab menggalas gelaran khalifah di atas muka bumi.

Terima kasih kepada yang wish... Hanya Allah jualah yang membalasnya kepada kalian. Semoga kalian dirahmati 100x kali ganda daripada doa kepada diri ini...

Amiin...

Entry sepatutnya secheduled for Sat. Blogspot dah pening....

Jumaat, 27 April 2012

Makan di Port Dickson : Sate Telok Kemang

Assalamualaikum.....


Wah, ramai nampaknya yang cuti panjang kan. Maklumlah, Selasa minggu depan Public Holiday. So, ada yang ambil kesempatan untuk bercuti pada hari Isnin agar bersambung dengan weekend. Certain schools pun dah siap2 ganti untuk cuti on Monday kan....

Ha, sesiapa yang rasa nak bercuti di Port Dickson, N. Sembilan, bolehlah ambil tahu sikit pasal tempat2 makan di PD yer.

This time kita nak promot sate. Kat PD memang berlambak2 orang jual sate kan. Tapi, penduduk PD, ada 2-3 tempat jer yang selalu dipilih untuk beli sate. Salah satunya ialah sate di Telok Kemang nie lah. Sate nie, dah lama bertapak kat sini. Sejak dari kita sekolah tadika lagi. Maybe more than that. So, about more than 30 years dah bertapak disini. Kenapa disukai ramai? Entahlah... Semuanya sedap. Tp lately nie dia jarang nak prepare sate daging. Ada 2 jenis jer, sate ayam and daging. Memang sedap sebab semua rasa dan rempah seimbang.

Lokasi dia :
- Kalau dari Bt 4, atau pekan PD menghala ke Dataran Telok Kemang, sebelah kiri, sebelum balai polis Telok Kemang.
- Seberang jalan daripada stesyen minyak Caltex yang segan nak hidup tu. Means, Caltex sebelah kanan, dia sebelah kiri. (from pekan PD yer)
- Dr Dataran Telok Kemang, jalan slow, pandang kanan selalu. Bila nampakkk jer balai polis Telok Kemang sebelah kanan, dah boleh beri signal untuk cari parking.

Meh tengok gambar.

Pacak gerai tepi jalan jer.

Gerai yang join dengan sebuah warung makan. Boleh duduk makan sate panas2 kat sini.

Caltex yang segan nak hidup seberang jalan.

Gerai yang sempoi giler...

Sate ayam dan rakan2. Even nasi impit dia pun sedap sangat.

Lagi satu posing maut oleh sate.

Tapi, orang berniaga kan...adatlah. Ada juga sesekali dalam puluhan tahun kami makan tu, adalah sekali dua rasa dia lari sikit dari biasa. Kuah pun adalah sekali dua yang lari balancing. Tapi sangat, sangat, sangat jarang. Maybe x sampai 1% pun dari total pembelian kami tu.

So, bolehlah kalau nak cuba. Penduduk asal PD memang tahu sangat pasal sate nie di samping tentera2 yang selalu beli kat sini juga...

Oh yer, kedai tu ada jugak mee goreng, nasi goreng semua... Tapi bukan macam kedai tom yam lah. Sekadar menu goreng2 biasa tu jer. Nak selesa, tapau dan makanlah di hotel beramai2 dengan ahli keluarga, atau boleh lepak di tepi laut sambil makan sate.

Selamat mencuba yer...



SEGMEN BLOGLIST NASZ BULAN MEI 2012

Assalamualaikum.....


Segmen lagi nie yer..... Hehehehehhehe

This time Segmen NasZ pula. Teringin pula nak tgk blog kita ada dalam bloglist NasZ


NasZ kata :

1.  Buat satu entry baru dengan copy gambar header saya kat atas, pastekan ke entry tersebut dan linkkan ke post ini.

2.  Salin tajuk ni, "SEGMEN BLOGLIST NASZ BULAN MEI 2012"
3.  Tulis sebab korang nak join bloglist Nasz Bulan Mei 2012. Jangan lupa untuk VOTE saya setiap hari di  http://goo.gl/ZdZT9.


4.  Publishkan dan letakkan link entry tersebut ke dalam ruang komen di bawah.


Kita nak join sebab nak tumpang populariti NasZ. Semoga trafik blog kita semakin mantap agar kita boleh share postings blog kita kepada public dengan lebih meluas. Semoga ramai yang mendapat manfaat.

SEGMEN : BEN ASHAARI DAN BLOG AKU !

Assalamualaikum.....



Baru jer habis meeting, jiran sepagar kita suruh cepat2 join segmen nie. Terima kasih yer awak...

Satu persamaan dalam satu perkataan antara blog kita dengan blog Ben ekk? Apa ekk? Santai dan simple, tu mesti ramai yang guna dah kan. Anyway Ben, kita rasa salah satu persamaan antara blog ini dengan blog Ben ialah :


SHARING



I think both blogs kita dengan Ben, share macam2. Share experience, share knowledge, share gossips, share emotional postings, share recipe (erkk..ada kan..? Dulu Ben masak megi), and share a lot more subjects...

Sesiapa nak join, boleh klik sini dengan harapan sempatlah hendaknya...

Khamis, 26 April 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum.....


Lauk pada salah satu weekend yang lepas. Lauk simple. Bahan2 yang mudah dan cara masak pun mudah. Siapa kata memasak gulai mcm nie susah kan... Erkk, tapi nampak pucat jer kan...? Anyway, memang laku betul lah. Hubby suka makan dengan gaul kicap sikit and Adam pula, makan begitu jer dengan nasi.

Resipi? Mak aihh..sonang yang amekk...

Ayam ikut suka banyak mana, santan ikut nak kuah banyak mana. Yang penting mesti ada cili padi, serai dan kunyit hidup. Tumbukkan semua hingga betul2 lumat. Biar biji2 cili tu sekali hancur kita tumbuk yer. Stail kita masak pula, nenek pesan, tumbukkan sekali 2-3 ulas bawang merah kecil untuk tambah perisa. Jangan lupa 2-3 batang serai yang agak besar, tumbukkan pecah2 sikit. Anyway, resipi original orang N9, tak ada bawang tau....

Jangan ditumis bahan tumbuk, sebab cara N9 masak, tak ada tumis2. Masukkan potongan2 ayam yang dicuci bersih dalam periuk, curah semua bahan tumbuk atas ayam tu, dan tenggekkan atas api. Ini kita panggil, kecutkan ayam dalam periuk. Jangan tambah air atau apa2 pun. Just keringkan air ayam dan dari bahan tumbuk tadi tu. Gaul2 sikit. Bila dah kering air, baru masukkan santan cair. Gaul dan biar mendidih. Bila dah start mendidih, masukkan ubi kentang, asam keping dan garam. Lepas tu dah tak boleh stop kacau yer. Api kasik kecikkan sikit, gaullll jer sampaiii betul2 masak. Lagi lama kacau kuah atas api slow, lagi sedap jadinya sebab kuah dan isi ayam sebati. Agak2 10-15 minit sebelum angkat, masukkan santan pekat. Kacau lah hingga ayam masak, hingga kentang empuk.

Siap..boleh hidang...

Masak nie untuk lunch. Kebtulan tak masak banyak sangat pun. Tinggallah 2-3 ketul jer balance. Ingatkan nak masak lain untuk dinner. Tapi malam tu Mummy dengan Ba (parents in law) singgah rumah, terus dinner. Kelam kabut kita siapkan lauk lain, tapi lauk nie juga yang dicapai dulu oleh mereka. Hmm..tandanya sedaplah kan... So, boleh lah masak macam kat atas tu...

Selamat memasak....

Sebutan Bahasa Melayu oleh Penyanyi Melayu : Menjelakkan!

Assalamualaikum.....

Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf!

Tapi memang kita tak boleh terima langsung kalau ada penyanyi Malaysia yang Melayu, tak boleh nak sebut betul2 perkataan Melayu. Kalau tak boleh pronounce perkataan dengan huruf 'R', kita masih boleh terima sebab itu keunikan azali manusia. Ada yang memang tak boleh sebut 'rrrrrrrr' betul2. Main layang2 lidah jer kalau sebut.

Tapi yang memualkan, kenapa mesti tak boleh sebut perkataan 'T'? 'T' bertukar jadi otromen 'ch' pulak... Contohnya : Untukmu.... jadi Unchukmu....

Perghh...Mat Saleh American pun x macam tu punya teruk seh....

Serius, bila dengar lagu yang penyanyinya mengada2 macam gitu, kita akan terus switch channel lain.

Rasa sangat terhina bila bangsa Melayu sendiri tak boleh nak sebut betul2. Bajet kiut ke macam tu..? Peleeaseeeee!!! Orang lain perjuangkan Bahasa Melayu, rakyat asing beria belajar bahasa melayu, Bangsa Melayu sendiri menghina bahasa ibunda.

Sekali lagi. Maaf kepada sesiapa yang tidak setuju....

Rabu, 25 April 2012

Ikan Kembong Masak Kicap ; Muncul bila idea memasak hilang....

Assalamualaikum.....


Makan seorang diri. Tak nak masak, tapi kena paksa diri bermesra dengan senduk dan kuali. Tapi idea dah tak ada, plus nak makan yg ringkas. Jadi masak tengah goreng ikan, hiris bawang besar, bawang putih dan kicap. Ikan dah masak, campakkan bawang dalam sedikit minyak goreng ikan. Kita plak main campak jer cili padi bulat2 tu. Tak ketuk, x hiris, x tumbuk. Agak2 dah garing, titiskan jer kicap ikut suka dalam bawang tu. Dah siap, ceduk bawang dari kuali, selimutkan pada ikan goreng.

Kadang2, selera orang tua macam kita nie nak yg simple jer. Owwhh..sedihnya rasa dah tua nie...

WW : Ingat Hensem Sangat La Tu...

Assalamualaikum.....


Sendiri posing, sendiri snap, sendiri perasan...

Apa2 pun...rinduuuu sangat dengan dia. Dah 2 minggu x jumpa. I love u always darling...

Selasa, 24 April 2012

Susahnyaaa Dashboard Blogger yang Baru Nie...!

Assalamualaikum.....

Kita baru sahaja menggunakan, atau lebih tepat Paksa Guna Dashboard Blogger yang jenis baru nie semalam. Sebabnya, tak pernah pun pilih nak guna bila review dulu. Nampak macam susah. Tapi sejak semalam, dah automatik upgraded (ke, updated?). Selalu kan kalau pakai yang lama tu, dalam dashboard tu dah jelas postings blogs yg kita follow, comments, compose, stats, designs dan sebagainya. Tapi utk yang baru nie, kita dok terkial2 godek dah. Bolehhh la kalau nak cari yang lain2. Kena biasakan sikit la.

TAPI.....

Kenapa kita tak jumpa postings dari blog kawan2? Ala, yang entry2 terbaru dari blogs kita follow tu la... Nak click kat mana? Nak BW pun susah nie... tolong lahhh....

Isnin, 23 April 2012

Perkongsian Yang Betol-betol Hangat!

Assalamualaikum.....



Kaki Wayang iaitu owner blog Betol-betol Hangat bertanyakan kita mengenai perkembangan blog ini. Untuk menjawab pertanyaan beliau itu, kita tepekkan screen shot dari Nuffnang ini.

Yer, jawapannya memang pertukaran feed dengan blog beliau sangat, sangat, sangat, sangat, sangat keberhasilan. Tengoklah referral untuk blog kita. 90% daripada blog beliau. Itu belum tengok analytic lagi. Dulu, nak tengok jumlah visitor pun menitik air mata. Yerlah...setakat ciput puluh2 minimum jer. Sekarang? Alhamdulillah...adalah bunyi tus, tus dah.. Syukur, Alhamdulillah.

Kepada Sdra Azri, iaitu Kaki Wayang. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membantu kami blogger2 ciput nie melangkah lebih jauh lagi. Nak kata blog nie baru, tidaklah. Tapi kita akui, promosi untuk blog nie, memang sangat kurang. Antara sebabnya ialah kerana kita tidak ada akaun facebook (tutup akaun), twitter dan lain-lain laman sosial. Tambahan lagi, jadual kehidupan profesional dan peribadi di alam nyata ini sangat menghimpit masa yang ada hingga menyukarkan pergerakan kita untuk BW. Mujurlah ada pertukaran feed dan segmen2 yang membantu sedikit sebanyak.

Kita tak pasti pertukaran feed ini berapa lama, tapi ianya dah cukup membantu blog My Rainbow ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Sdra Azri.

Happy Birthday Miss Banu

Assalamualaikum.....

A very Happy Birthday to my friend : Miss Banu. Partner in crime yang sangat sporting and sangat excellent. Eventhough belum pernah bersua muka dan berpeluk cium, tapi she's a great person.

Wish all your dreams come true. May your life filled with everlasting happiness. Amiinnn.....

Sabtu, 21 April 2012

Makan di KL : Theobroma Chocolate in LCCT

Assalamualaikum.....


This food stopover happenned so many weeks before which I can't remember. What do I remember is that hubby was going to Macau and I sent him there. It was very early in the morning, about 5.00 a.m. Despite the time, LCCT was in a chaotic situation. I don't know why, but checking-in was a battle at the counter. 2 counters open, suddenly became 1, 4 lines for 2 counters became 4 lines for 1 counter. So, you can imagine how we push oursleves to struggle just for checking-in!

Done the battle, hubby said we need to sit down and catch our breath. Fine! We lepak at this Theobroma Chocolate and catch a couple cups of drinks and 2 snacks.


This is hubby's choice. Soo creamy and full with chocolate.



My sandwich. Messy, yes. But yummy, definitely!




Hubby's snack. Pumpkin soup, I think.



My drink. I can't remember, because it was not chocolate types of drink..

It was not bad, but I really think it was a waste of money. Hubby paid (luckily...) around RM60.00 for all of the above.

Phewww.... I won't regret if we do not repeat our trip here. 




Khamis, 19 April 2012

Sambal Sotong REX

Assalamualaikum.....

Sejak dua menjak nie kita asyik join segmen dan asyik buat segmen..hehehehhehe. Owhh..jangan lupa join GA pertama kita di SINI yer. Maklumlah, GA pertama, mungkin banyak kekurangannya. Tapi seronok sangat baca birthday wishes dari participants. Rasa disayangi pula (walhal kita paksa...heheheheheh). Owhh..jangan rasa terpaksa yer. Kalau ikhlas, sudi2kanlah yer.

So, dah lama tak post entry makan2. Almaklumlah, jarang makan diluar dah sekarang sebab busy sangat. Sejak Adam masuk darjah 4 nie, rutin hidup satu keluarga ikut berubah sekali. Makan ikut mana sempat. Ha, salah satunya menu di bawah nie lah.

Dalam dunia blog masak memasak nie, pasti ramai blogger yang dah kenal dengan sotong dalam kicap yang di tinkan berjenama REX. Kat kedai2 dan supermarket memang banyak. Rupa paras dia macam di bawah nie.


Google..

Owhh, jangan pula bila nampak ada tulisan Cina tu, terus 'ban'kan. Itu strategi marketing syarikat REX tu. Ianya tetap halal. Kalau x caya, nanti belek2 tin, nampak terpampang cop halal Jakim.

Family kita dah lama sangat2 makan sotong nie. Asalnya, arwah atuk kita suka sangat. Adalah lebih kurang 15 tahun lepas dah start ada sotong nie dalam list groceries. Sejak atok introducekan menu nie kat kitorang, the whole family suka dengan sambal nie. Makan dengan nasi putih, ulam timun potong pun tak per. Tapi hubby not really fancy with this dish. Adam suka, confirm nasi dia dari separuh portion, bertambah jadi 2 pinggan.

Selain sardin dalam tin, sotong nie juga sesuai untuk lauk emergency. Senang sangat nak memasaknya. Meh tengok resipi kita yang sempoi nie yer. Maaflah, pakai cili padi. Tak boleh nak lari, sebab half N9 and half Jawa, hihihihi.


Sambal Sotong REX resipi Atuk

1 tin kecil sotong REX
10 biji cili padi ( terpulang pada tahap kepedasan masing2)
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah kecil
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara2 :
1. Tumbukkan lumat cili padi. Hancurkan biji2 tu sekali.
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah ke dalam lesung dan tumbuk bersama cili padi tadi. Tapi, tak perlu tumbuk hancur bawang2 nie, cukup sekadar hancur kasar2 saja.
3. Tumiskan bahan tumbuk hingga sedikit garing (jangan garing sangat yer)
4. Masukkan seluruh isi tin sotong REX tu. Sekali dengan kuah kicapnya sekali.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Hidangkan panas2.

Ha...senang sangat2 kan? Kalau untuk yang bujang tu, memang senang sangat. Kalau x suka cili padi, nak pakai cili merah hidup pun boleh, nak pakai cili kering pun boleh. Pilihan cili, terpulanglah pada selera masing2.


Ha, lega sikit sebab ada santapan mata hari nie... Silalah cuba yer.


Psst... jangan lupa ini yer... 1st Giveaway Miss Banu and Aziela

Rabu, 18 April 2012

SEGMEN : BLOG PILIHAN ZAMANI 84

Assalamualaikum.....




Rajinnya kita join segmen kan.... Ha..sambil2 jer nie. Maklumlah kerja tengah banyak...

Selalu juga singgah kat blog Zamani nie... Meh lah join u alls...

Selasa, 17 April 2012

SEGMEN NASZ : B-L-O-G-W-A-L-K-I-N-G

Assalamualaikum.....



En Naser buat segmen lagi. Kita suka join segmen En Naser. Tapi, kena tengok keadaan. Sometimes tgh2 busy memuncak, tak mampulah nak BW. Buat apalah memberikan janji kalau dah tahu tak mampu nak tepati. So, bila kita join nie, bermakna, Insya'Allah kita akan BW dengan penuh semangat. Apa halangan dan rintangan yang akan datang, Allahua'alam. Yang penting, nawaitu kita ikhlas..kan?

Suka BW sebab boleh dapat kawan baru. Cuma yang buatkan kita kadang2 rasa demotivated utk BW tu bila mengenangkan ada blog yang berat nak loading. Yg ada 'hujan' bunga2 ke, love ke, atau mcm tu, termasuk dengan widget dan kartun2 comel yang ramai dalam blog tu, walaupun sangat cute dan comel, tapi di luar kemampuan masa yang kita ada untuk menunggu dan di luar kemampuan pc kita yang sepatutnya khas untuk bekerja... Jadi, kita minta maaf siap2 kepada yg kita x mampu nak tinggalkan komen yer.

Cuma harapnya, sesiapa yg masuk sini akan mendapat manfaat daripada blog kita walaupun sedikit.

Selamat bersahabat, semua.

Yang belum join, boleh join di SINI.

Isnin, 16 April 2012

Weekend Yang Meletihkan... Lagi!

Assalamualaikum.....

Cerita pasal weekend.

Jumaat : Selepas balik kerja, terus berdesup ke PD. Duduk sekejap untuk ambil Adam, berdesup pula ke Melaka. Sampai Melaka dah almost midnite. Kemas rumah sikit2 sambil putar washing machine. Tidur pukul 2.00 pagi at last bila semua baju dah basuh finally. 3.30 pagi bangun semula. Dapat tidur satu jam setengah. Terus keluar, seret Adam pagi2 buta tu. Tunggu hubby sampai dari Kuantan. Last2 sampai rumah semula dah pukul 5.00 pagi.

Sabtu : Terus tunggu Subuh dan terus bersiap sebab hubby ada breakfast meeting dengan kawannya. Kami kena follow. Tunggu hubby dengan kawannya siapkan kerja di depan kilang sampai pukul 4.00 petang. Memerap dalam kereta. Lepas siap, balik rumah Mummy, siapkan Adam punya homework and project. Completed, pukul 10.00 malam. Rasa sangat longlai sebab tak ada rest langsung. Kepala sangat berat, badan rasa sangat lesu, tapi kaki masih mengheret. Pukul 10.30 tiba di rumah, boys semua terus tertidur. Kita masih x dapat tidur sebab terlalu penat. 2.00 am juga tidur.

Ahad : Bangun pagi, breakfast ala kadar di rumah, terus ke rumah Mummy. Bindingkan project Adam, lunch and rempit ke PD. Lepas letak Adam di PD, berdebus ke Kuantan. Tiba di Kuantan, pukul 8.30 malam. Setelah selesai dinner, jam dah pukul 9.45. Pukul 11.00 malam tidur.

Isnin (Today) : 3.30 pagi bangun dan bersiap. 4.00 pagi gerak ke KL dari Kuantan. Baru keluar rumah, polis tahan kat roadblock. Polis takut2 tanya : Nak pergi mana? Kita kata nak ke KL, kerja. Otomatik polis tgk jamnya. Sempat ker? Polis tu tanya. Kita kata, Insyaallah. Polis2 tu pesan : KALAU NAMPAK ADA 'BAYANG2' JANGAN BERHENTI YER.... Perghh.baaiiikkkk jer. Kita ckp tq, dan terus rempit ke KL. Sampai opis, 8.45 pagi. Stuck dalam meeting room sebab hari ni ada interview. 17 candidates today. Keluar bilik interview, dah almost 6.00.

Sekarang : Rasa macam nak terus tidur kat sini......

Jumaat, 13 April 2012

Harga Sate Kambing Sebenar....

Assalamualaikum.....


Sila rujuk entry INI yang mana kita tunggu jawapan dari pembaca blog tentang tekaan harga sebenar sate kambing mengikut resipi asli dari China sewaktu kita berkunjung ke International Food Fair di Kota Bharu Kelantan yang lalu.



Harga sebenarnya ialah RM2.00 secucuk!

Yer...kita sudah ada pemenangnya....


Yer...pemenang yang meneka dengan tepat walaupun teragak2 sebab dia bagi range harga.  Terima kasih banyak2 kepada yang sudi join. Walaupun beberapa kerat jer, tapi kita gembira ada yang sudi respon.

Terima kasih sekali lagi.

Oh yer, kepada pemenang, sila emailkan alamat anda kepada kita di aziela.adam@gmail.com yer...

Pertukaran Feed dengan Kaki Wayang

Assalamualaikum.....

Secara rasminya hari ini, kita telah diterima untuk bertukar feed dengan blogger Kaki Wayang untuk blog beliau iaitu http://informations-the.blogspot.com/ yang mana ianya membawa maksud kita telah pun mendapat jiran sepagar yang baru.

Blog Betol-Betol Hangat ini sentiasa memaparkan berita-berita hangat yang terkini. Seangkatan dengan Cik Lulu yang sentiasa updatekan blogger tentang berita2 terbaru, blog Betol-Betol Hangat ini juga membawakan berita dalam cara beliau yang tersendiri. Bukan setakat itu sahaja, ada juga diselitkan dengan sedikit kisah peribadi beliau yang penuh misteri. Kadang-kadang, dalam pada beliau bercerita, beliau meninggalkan kita di dalam arus tanda tanya yang berterusan. Ha, sedar tak sedar, akal kita semua keep on moving healthy sebab berputar untuk mencari jawapan.

Jadi, marilah kita semua bersama-sama berkenalan dengan blog ini.

Khamis, 12 April 2012

Edisi Segmen! Saya Nak Bertukar RSS Feed Dengan Blog Kaki Wayang!

Assalamualaikum.....



Yess.....!! Telah di lamar. Walaupun melalui segmen, tapi kita rasa sangat berterima kasih yang tidak terhingga sebab blogger otai macam Kaki Wayang nie sangat bermurah hati untuk membantu blogger underground macam kita nie...

Segmen nie terbuka kepada semua. Mengikut rakan sepagar kita, pengalaman beliau bertukar feed dengan Kaki Wayang teramatlah berhasilnya. Maka apabila kita mendapat peluang seperti ini, haruslah jangan dilepaskan.

My dear blogger Kaki Wayang,

Walaupun blog akak nie tak berapa nak 'menyelerakan', namun isi kandungannya pasti menyelerakan.

Walaupun follower akak dah ramai yang follow blog Kaki Wayang, namun mungkin ada yang masih terselit belum kenal Kaki Wayang. Izinkan akak introducekan blog Kaki Wayang walau dalam lingkungan yang kecil.

Walaupun pertukaran feed ini nampak seperti berat sebelah kerana sudah pasti akak yang menumpah tuah, namun semoga Allah jualah yang membalas keikhlasan Kaki Wayang itu.
Amiin, Ya Rabbal Alamin...


Ok..bila nak mula nie..? Tak sabarnyaaa....

Mengapa Acheh di Landa Musibah lagi..?

Assalamualaikum.....

Mulut tempayan memang boleh ditutup. Tapi mulut manusia mana kan mungkin?

Itulah pertanyaan yang menjurus kepada komen dan pendapat yang agak pesimis.

Pada pendapat kita, dah rezeki mereka bertumpah darah di Acheh, yang mana tanahnya adalah laluan gunung berapi, tentulah itu ujian yang nyata. Selagi belum habis lahar terhambur, selagi itulah gegaran akan terus berlaku. Bila habisnya? Wallahua'lam. Kita nampak yang bencana, tapi tahukah kita rahmat dan nikmat mereka?

Dimana saja kita semua berada, pasti ada dugaan yang tersendiri dan rahmat yang tersembunyi. Hentikanlah fitnah dan nista untuk penduduk Acheh. Mereka seagama dan sebangsa dengan kita. Doakanlah yang terbaik.

Hukuman, balasan, dugaan dan ujian itu semua ketentuan Ilahi....




P/S : Tak ada ke yang sudi nak join GA kita lagi..? Sob..sob... Menagih kasih dari pembaca sekalian...

Pengalaman Merasai Tempias Gempa Bumi Acheh 2012 di Malaysia

Assalamualaikum.....

Gambar pinjam dari adik HOT kat SINI



Bergegar lagi kan semalam...?

Kita ambil kesempatan untuk berehat di KL jer semalam walaupun cuti. Tak balik PD, tak balik Kuantan, tak balik Melaka pun. Tujuan memang untuk berehat semata2, maka kita pun berehat di samping masak untuk perut sendiri dan kemas kain baju lebih kurang.

Tapi petang, sambil2 bergolek membaca novel, tiba2 rasa badan bergoyang2 seolah2 ditolak2. Ingatkan kita ker yang pening dan mamai. Tp x mungkin sbb perut x lapar, maknanya bukan gastrik atau masuk angin dan x mungkin sebab tidur banyak sangat sbb mmg x tidur pun. Rumah kita di KL nie adalah di tingkat 12. Seriau kan..? Lepas tu dengar bunyi bising2 dari jiran2 turun tangga. Perghh..larat betul nak turun tangga dari tkt 12. Jenguk kat tingkap, adalah beberapa kelompok kecil di lot parking. Ada juga yang dah mula keluar, gerakkan kereta jauh dari bangunan.

Kita malasss sangat nak keluar sebab nak kena bersiap dan packing bagai. Lagipun rasanya tak kuat sangat nie. Call hubby di Kuantan, tanya pendapat beliau kalau x keluar ok ker? Kita comparelah dengan condition dia kat kat Jepun dulu. Dia kan duduk Ichinoseki dulu...dekat2 area Iwate tu juga. Dia kata kalau gempa bumi dulu, stereo atas meja pun boleh jatuh ke lantai... So, kita malas lah nak trun sebab air dalam cawan pun setakat beralun jer...x berkocak pun. Tapi hubby gelak. Dia kata structure bangunan di Jepun memang bersesuaian dengan gempa bumi. Malaysia mana ada buat bangunan ikut spec gempa bumi... Alahaii...cuak pula bila dia cakap mcm tu. Anyway, habis bercakap, gegaran pun hilang. Heheheh...rilek ler lagi.

Petang pula, sambil2 duduk bersila atas lantai tengok tv dan tunggu update, kita rasa badan bergoyang lagi. Macam berwirid pula.... Mula lah pegang dinding. Tapi kejap jer..x lama macam yang pertama tu.

Well...itu ajerlah gegaran yang terasa. Tapi family di Port Dickson semua dah cuak. CNN reported (according to a friend), tsunami dijangka tiba di pantai Port Dickson dalam jam 2.00 pagi. Adam kejap2 call kita..panik. Tp kita pesan soh diorang standby jer. Kalau polis soh pindah, baru gerak... Dlm kepala, imagine Kuantan atau Melaka. Melaka ok sket kot. Dekat sket and rumah kita pun atas bukit tinggi and agak jauh dari pantai. Lebih kurang 30km dari laut. Tapi dekat PD, lebih kurang 2 km dari pantai jer. Sekolah Adam pula, lebih kurang 500m dari pantai. Boleh nampak lautlah kalau dari sekolah dia tu. So, memang dekat sangat.

Tapi, syukur ALHAMDULILLAH.... kita semua masih di dalam lindungan Allah... Semoga akan terus berkekalan begini.. Amiin.

Selasa, 10 April 2012

Esok, Rabu 11 April 2012 Adalah Cuti Umum Untuk Seluruh Malaysia

Assalamualaikum.....

Kepada mereka-mereka diluar sana yang masih tidak mengetahui atau masih meragui, kita sekadar ingin memberi peringatan bahawa esok ialah hari kelepasan am kepada seluruh rakyat Malaysia sempena pertabalan DYMM Di Pertuan Agong yang baru. Sila google maklumat ini yer...

Cumanya, sebagai HR di syarikat, kita terima banyak pertanyaan dari petugas tentang kepastian ini. Untuk itu, kita dah rangka makluman untuk mereka, tunggu ditampal dan di emailkan sahaja, tapi malangnya tidak mendapat sokongan dari pihak atasan. Tak tahu kenapa, top management kata tak perlu notis tu sebab ini memang pengumuman kerajaan. Takkanlah staffs tak tahu. Hmm..apa nak kata, kan? Tak semua syarikat mengiktiraf pendapat HR. Pada mereka, HR Dept nie hanya membazirkan duit syarikat saja. Well... yang sebenarnya, HR adalah pemangkin niaga dan aset syarikat. Betul lah apa yang dikatakan oleh orang2 atas tu, tapi biasalah, kita nie kan HR terlebih rajin, bajet nak jaga kebajikan dan agar memudahkan petugas la kan.

Oh yer, ada beberapa syarikat yang tidak boleh menghentikan operasi mereka, namun mereka terpaksalah bayar kerja lebih masa seperti mana yang sepatutnya, ataupun memberi hari cuti ganti kepada pekerja mereka. Tapi secara dasarnya, semua cutilah.. Bank, sekolah, pejabat pos, KWSP, PERKESO dan sebagainya : tutup.

Anyway, sekadar makluman juga, cuti ini hanyalah untuk tahun 2012 saja. Maka untuk tarikh 11 April tahun2 akan datang, tiada cuti umum yer..!

Selamat bercuti semua....

Isnin, 9 April 2012

Segmen : Saya Nak Edit Blog Free! By Hana

Assalamualaikum.....

Selain dari segmen sendiri, segmen orang lain pun kita join juga kan...

Ok, this time nak join segmen kat atas nie. Kalau terpilih, blog kita akan di edit secara free. Ishh..boleh ker agaknya adik Hana nie melayan feel akak yer... Hehehhehe. Sajer jer meriahkan segmen adik Hana nie...

Ok, siapa lagi interested, boleh join kat blog Hana yer...

Pakaian Ketat dan Siksa di ABPBH 2011

Assalamualaikum.....

Waahh..dah selesai kan ABPBH 2011 malam tadi...

Tahniah kepada Aaron Aziz kerana menjadi artis paling popular. Sememangnya nama beliau meletup2 segala kan...? Dan sememangnya beliau layak.... Rasanya semua pemenang adalah layak. Kita paling terharu bila Fizz Fairuz di umumkan. Alhamdulillah... Tibalah masa beliau untuk menikmati kejayaan setelah lama berkorban dalam dunia seni. Tahniah Fizz Fairuz.

Pakaian artis2 semua cantik2. And this year agak sopan sikit compared tu tahun2 lepas... Alhamdulillah... Cuma kesiannya tengok artis2 wanita yang tersiksa benar nampaknya memakai pakaian yang serba ketat. Fasha Sandha sebagai contohnya, hingga terpaksa dipimpin mendaki tangga menerima anugerah. Even Farah Fauzana pun nampak macam kurangs elesa dengan pakaian yang ketat dan kasut yang melangit tinggi tumitnya. Kesian juga pada Najwa Latif. Walaupun seluarnya tak berapa ketat, tapi bila kamera pusing di belakang beliau, jelas ketat seluarnya dari bahagian pinggang ke paha. Dan Najwa juga nampak agak kurang selesa dalam persembahan tersebut. Nasib baiklah Black tu gentlemen...goyang lebih sikit to cover her.

Cuba tengok sikit gambar2 nie yang kita pinjam dari Abang Nara di http://www.beautifulnara.com/








Oh yer, jangan lupa teka harga sate kambing di entry SINI.  Nanti ada mystery gift tau...

Sabtu, 7 April 2012

Bye Bye Utara, Timur Melambai

Assalamualaikum.....

Apa yang terjadi dalam perjalanan? Yer, bila dah masuk negeri Perak, asyiklah ternampak signboard yang ke Grik tu. Kita tanya hubby, nak tak jalan2 ke situ? Baru hari Khamis, cuti masih berbaki sampai ke hujung minggu. Hubby dalam separa sedar sebab terlalu mengantuk, hanya serahkan pada kita untuk buat keputusan. Yess...satu lagi laluan baru untuk diterokai.

Kita terus menghala ke exit Kuala Kangsar/Grik. Perancangan kita ialah untuk meneroka lebuhraya Grik menghala ke Kelantan di pantai timur. Hubby dan anak2 memang x pernah langsung ikut laluan nie. Kita jer pernah sekali, itupun kira2 20 tahun yang lepas. Hadiah dari mak dan ayah sempena keputusan SPM cemerlang masa tu : Holiday seluruh semenanjung Malaysia. So, kita nak repeat semula laluan tu sebab 20 tahun yang lepas, laluan tu di kira masih terlalu baru. Pasti sekarang dah berubah.

Perut dah semakin lapar, badan dah semakin letih, tapi belum jumpa lagi tempat makan yang meyakinkan kami untuk mencuba. Akhirnya, kami tiba di pekan Grik dan berhenti untuk makan di sebuah restoran mamak pertama yang kami jumpa. Agak bernasib baik sebab lauk2nya sedap dan restorannya sangatlah bersih. Hatta bilik airnya pun sangat bersih. Mungkin kalah toilet di beberapa hotel ternama. Tengah2 menjamu selera, mata terpandang pula signage klasifikasi kebersihan restoran tu adalah A. Wow, jarang jumpa restoran dengan gred A nie..

Kami teruskan perjalanan dan memulakan pendakian meredah banjaran Titiwangsa. Sangat menakjubkan pandangan segala kehijauan tumbuhan yang memenuhi pandangan. (Apsal pakai ayat buku sastera lak rasanya nie ekk ?). Dan bila di puncak, kami dapat lihat ada satu kawasan rehat. Mula2 kita malas nak berhenti, tapi hubby ajak juga lepak2 sambil minum air. Ok lah... Perut memang masih sangat kenyang lagi. Cantik betul pemandangan kat sini. Udara pun sejuukkk jer. Ala-ala suhu dalam pendakian ke Cameron Highland tu.

Ini kan, kalau mat saleh tengok sure jeles. Subhanallah..cantikk

Konon2 nak suruh diorang action menahan langit di kepala.. tapi mcm x jadi jer...

Ha, korang buat tabik spring jer lah anak2  yer...

Ehh, ada pulak nursery di situ... Sempatlah snap2 sikit...


Kemudian kami teruskan perjalanan. Sungguh x sangka, sekejap jer lepas tu kami dah sampai ke Jeli. Oh yer, kami merentasi sebahagian dari Tasik Banding tau....

Kita x ambil gambar sebab tak tahu perjalanan berapa jauh lagi. Kalau boleh tak nak sampai hari gelap di laluan nie. Tambahan pula hujan renyai2. Tapi, kita googlekan gambar sebagai panduan imej.

Sebagaimana orang berbasikal nie merentas jambatan, begitu jugalah kami memandu merentasinya..chewahh

Ini dari sudut tepi. Jambatan yang sama. Nak nengok lagi, google yo lah... Banyak bonar gambar ehh...

Kami tiba di Jeli, agak lewat petang. Rasanya selepas Asar. Ada 2-3 tempat kami tengok ada banyak gerai2 orang jual2 barang Thailand. Radio pun dapat siaran Thailand jer masa tu... Memang confirm ada di sempadan lah rasanya tu. Nampak signboard ke Rantau Panjang. Terus hubby belok, cuba ke Rantau Panjang terus. Memang dekat betul rupanya Rantau Panjang dengan Jeli. Sempatlah hubby belikan juga jaket bola untuk anak2. Harga memang murah! Selepas tawar menawar, kami dapat kurang 50% lagi dari harga yang dah habis murah kami dapat di Padang Besar tu. Ish..ishh... Syukurlah kami x jadi beli kat Padang Besar hari tu....

Memang letih betull...

Kami terus cari hotel yang pernah kami duduk dulu. HOTEL HARMONI yang terletak di tengah2 bandar Kota Bharu. Kita pernah mention dalam entry di SINI. Kami ambil family room. Ada 1 katil queen size dan 2 katil single. Ngam2 untuk kami ber-4. Selesalah tidur. Selepas berehat sebentar dan membersihkan diri, keluarlahkan, cari makan pula.

Hubby nampak orang ramai di stadium. Tak taulah ada apa, tapi kami berhenti di situ. Jalan2. Kita sebenarnya tak berapa setuju sebab dah letih sangat rasanya. Ingat nak cari kedai ke, restoran biasa jer. Makan macam biasa, tapi hubby nak jalan2 juga. Katanya rugilah datang jauh2 kalau tak explore betul2. Dan kita sangat bersyukur sebab ada suami yang bijak dan berwawasan nie (eh, masuk bakul angkat sendiri?) sebab kami memang seronok di situ.

Ha.... sebenarnya kat situ ada Ekspo Makanan Halal Antarabangsa. Perghhh.... macam kat obersiee pulak kan. Meh tengok satu2.


Ini adalah makanan halal dari China. Dalam polisterine tu adalah mee yang mereka uli tepung disitu, lepas tu main tarik panjang2 sampai jadi halus. Alaaa..mesti u all selalu tengok kat tv kan...


Inilah mee nya. Di rebus tepung tu, lepas tu dia campurlah dengan kuahnya... Sedapp sangat.

Oh yer, peniaga di gerai dari China nie ada 3 orang lelaki. Sorang tu adalah Chinese Muallaf Malaysia, dan yang dua lagi tu adalah rakyat China. Memang langsunggg tak paham cakap apa pun. Hubby cakap sikit2 Mandarin dan Hokkien languages dengan diorang. Bukan main seronok lagi diorang borak. Jadilah sikit itik serati dengan itik jawa bercakap. Hubby siap buka h/p, tunjuk gambar dia makan di restoran mereka di China. Cook di sini rupanya dari cawangan restoran tu juga di bandar yang lain. Lagilah seronok diorang sebab hubby adalah pelanggan mereka di China.

Selain daripada tu, ada baaanyaaakkkkk sangat makanan dari Thailand. Segala makanan yang selalu kita nampak di TV tu, terpampang depan mata. Yer lah, nak pergi ke Hatyai ataupun Yala nak merasa food tu, takut pulak dengan bom2 segala tu. Seronok sangat2 kita membeli kat situ. Oh yer, pricenya tak murah yerr... Tapi oklah, berbanding dengan kos nak pergi ke seberang sana kan...

Ini, entah apa nama noodle entah... Kita punya. Sedapppp sangat. Kucai tu kena makan buat alam dengan mee ni tau... Perahkan limau dulu pada mee tu. Udang pun banyak.

Ini Adam punya mee tomyam. Mak oii..menyengat. Tapi sedap. Isi pun banyak.

Ha...ini special. Sate kambing. Cuba teka satu cucuk berapa? Siapa dapat teka tepat atau paling dekat, kita akan pos kan souvenier. Letak dalam ruangan komen yer...

Tapi hubby cakaplah... Henkuii! Terpana sekejap orang2 di gerai tu. Diorang memang faham apa maksudnya dan diorang pun x menafikan kebenarannya...

Walau apa pun, despite the looks, the taste was soo incredible. Sangat sedap dan ternyata sangat berbeza dari sate di Malaysia. Even the teaste of the mutton was soo different. 


Yang di atas tu, antara pilihan makanan yang lain.

Teh tarik yang di jual di situ. Ada 2-3 gerai yang jual teh tarik. Kita tertarik dengan 'plastik' bungkusannya. Plastik tu direka macam tangkai jer. Bijak sungguh! Penjimatan plastik yang ketara dan air pun x tumpah. (Sila abaikan iklan kotak berwarna merah dengan pasangannya yg berwarna purple tu. Tak baik utk kesihatan yer..)

Oh, di situ ada disediakan satu kawasan berbumbung yang disiapkan meja dan kerusi. Kami bernasib baik sebab dapat table. Tak lama lepas kami sampai, bukan main lagi ramai orang yang cari table x dapat kat situ.
Dah kenyang, jalan2 plak kat kawasan gerai2 yang menjual berrrr macam2 batang. Kain baju toksah cakaplah. Siap barang dapur dan barang tukang pun ada sekali tu... Eisshh..meriah betul Kota Bharu.

Lepas kenyang, dah meltkan calorie sikit, kami terus balik hotel. Tak larat dah nak jalan lagi. Tidur lena sampai ke pagi....

Jumaat, 6 April 2012

Meloncat Lagi ke Pulau

Assalamualaikum.....

Eheeemmm, dalam pada bersungguh nak teruskan perjalanan pulang ke Melaka, kami masih lagi tersadai di utara. Maklumlah, sayang betul rasanya nak meninggalkan negeri2 utara nie. Sampaikan sanggup tidur dalam kereta di kawasan R&R. Sebaik selepas Subuh, hubby teruskan driving. Dia offer untuk makan breakfast di Pulau Pinang. Waahh...anak2 bukan main seronok lagi bila dapat chance menyeberangi Jambatan Pulau Pinang. Sangat damai dan nyaman. Maklumlah, hari masih awal lagi. Matahari baru nak terbit masa kami atas jambatan tu. Sebenarnya, Adam daripada malam sebelum tu lagi dah request, nak makan roti nan cheese di Penang. Tapi hubby dengan kita mmg dah tak larat langsung nak teruskan driving.

Anyway, hubby pusing2, kami akhirnya berhenti di Nasi Kandar Pelita. Maaflah. Gambar tak ada sebab battery semua dah kong. Kita google jer gambar kat bawah nie...

Siang, memang tak ada roti nan lah kan. So, kami bantailah apa yg ada. capati, tosei, roti canai, megi goreng, nasi lemak..semuanya ada. Tapi one each lah...kongsi2 sbb nak rasa semua food dia. Hmm... memang memuaskan hati. Kebersihan, layanan, kecekapan, semuanya tip top. That's y lah kalau mahal pun, kedai mamak tetap ramai orang...

Selepas pusing2 lebih kurang, kami nak teruskan perjalanan pulang. This time, naik feri pula. Kita dah many times naik, so budak2 nie dgn hubby jerlah yang keluar menghirup angin laut atas feri tu. Seronok diorang.

Bila dah tiba ke tanah besar, kita ajak hubby ikut jalan dalam pulang ke Melaka. Maksudnya, jalan di sepanjang tepi pantai. Lagipun kami tak ada nak kejar apa. Bolehlah nak educatekan budak2 tu dengan berbagai2 knowledge. Diorang boleh kenal nama negeri, nama daerah, nama pantai, produk industri kecil dan buah2an tempatan. Tapi, belum keluar dari Penang lagi, hubby dah terkuap2 x tahan. Kita pulak drive. Malangnya tak tahu jalan. Kat Jaya Jusco baru tu, adalah 3-4 kali tawaf nak cari jalan keluar gamaknya. Tekad juga teruskan jalan ikut jalan dalam. Dah masuk Perak, tapi takkk juga jumpa jalan pantainya. Takut lebih tersasar, masuk highway semula. Hubby dan anak2 memang langsung x sedarkan diri.

Dalam pukul 11 pagi, kita berhenti di satu R&R, kejutkan hubby dan anak2. Suruh diorang pergi mandi dan salin baju sebagainya. Alas perut dengan roti jer. Nasiblah teringat nak beli roti... R&R bukan main padatt lagi. Parking pun sampai berebut.

Selepas selesai segalanya, kita teruskan pemanduan. Tapi, ada sesuatu yang berlaku dalam perjalanan tu...

Next entrylah cerita yer...

Khamis, 5 April 2012

SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING

Assalamualaikum.....



Terima kasih sebab sudi datang ke sini.... Walaupun segmen yang sebelum nie x sempat habis BW lagi, tapi teruja sangat nak join segmen yang baru nie. Percayalah, kita akan habiskan juga...jangan risau.



So, terima kasih kepada yang datang. Bonus kepada yang follow blog ini adalah seperti berikut :

1.) Dapat panduan tentang tempat2 makan yang menarik sebab kita akan review kedai2 makan yang wajar diketengahkan, di mana2 saja kita pergi. Insyaallah.

2.) Dapat maklumat tentang tempat2 percutian sebab kita akan share secara detail tentang lokasi2 menarik yang kita pergi.

3.) Dapat panduan tentang alam pekerjaan sebab sekali sekala kita akan selitkan tentang asam garam employment world.

4.) Kepada adik2 yang baru habis belajar dan ingin mencari kerja, dalam blog nie pun ada dikongsikan tentang panduan menghadiri temuduga dan sebagainya...

5.) Kita tak pernah pilih kasih kepada mana2 pengunjung blog nie. Semuanyaaa kita sayang...

So, jangan segan2, mehlah jadi kawan kita di alam maya nie...

Atau, x berminat dengan blog kita, bolehlah join juga segmen nia atau cari kawan2 lain di blog NasZ. Klik SINI.

Selepas Langkawi, Kembara Bersambung

Assalamualaikum.....

Ada tragedi bila kami dah jejak ke Kuala Perlis.

Tayar kereta hubby pancit. Syukurlah kereta tu terjaga dengan baiknya. Memang budak yang jaga parking tu baik sungguh. Oh, contact no. dia ada di entry Langkawi yang terakhir yer. Dia yang tolong hubby pam tayar dulu sementara nak bawa ke petrol pump. Kemudian kami gerak ke Kangar untuk cari mana2 workshop yang masih buka. Syukurlah ada lagi yang buka. Kena paku. Tak tau kat mana, tapi rasanya bukan di Kuala Perlis.

Lepas dah tampal tayar pakai 'cacing', hubby tanya nak ke Padang Besar ke, Bkt Kayu Hitam? Fikir punya fikir, kami gerak ke Padang Besar jer. Tiba di sana dah petang sangat. Sajer jalan2 jer. Tengok2 kalau nak beli pakaian sikit ke, apa ke... Mahal2 juga harganya. Mungkin sebab dah nak tutup atau sebab musim cuti panjang. Nak beli jaket bola untuk Adam n Firdaus, tapi orang tu susah sangat nak turunkan harga. Last2, kami ke kedai lain, beli jersey utk budak 2 orang tu jer. Suruh orang kedai tu tampalkan sekali nama budak2 tu dengan no. kesukaan mereka...

Malas nak cari apa2 lagi kat situ. Tak berapa menarik pula. Lagipun kedai2 dah mula nak tutup. So, geraklah nak balik ke kereta. Aik,, tiba2 terserempak dengan boss kita kat situ. Hahahha. lawak sungguh. Adamlah yang perasan. Dia kata : Eh Ma, orang tu macam Aunty Lash lah...  Sekali kita tengok, la, memang betul. Dahlah reunion opis plak kejap kat situ.

Anyway, kami singgah di sebuah gerai untuk minum hilangkan dahaga dan rehat kejap. Lagipun tak rushing. Tak plan lagi nak kemana lepas tu. Dalam pada lepak2 tu, hubby boraklah dengan sorang pakcik nie. Pakcik nie bukan main friendly lagi. Datang dengan wife dia, and anak menantu cucu dia.



Pakcik tu 2 dari kiri yang berdiri pakai t-shirt gelap tu.

Wife pakcik tu...


Kami ambil kesempatan untuk tanyakan tempat nak makan malam di Kuala Perlis. Pakcik tu suggest kedai ikan bakar di Kuala Perlis. Maknanya kena patah balik semula ke jeti. Dia suggest kedai Mona. Beria2 bagi direction. Makcik tu siap bagi menu lagi utk order apa... Oklah...dah tahu tu, kami plan juga lah utk cuba. Sebelum balik, sempat lagi last minute shopping. Hubby sempat beli seluar utk dia and another t-shirts for children.

Kami patah balik ke jeti Kuala Perlis. Lokasi di hadapan hotel, ada deretan food court. Meriah sungguh kat sana malam2 rupanya. Siap ada kereta kuda lagi. Parking dah sah2 penuh. Tapi kami berjaya juga jumpa kedai yang pakcik tu maksudkan.


Mak oiii. Memang ramai sungguh pelanggan dia.. Tapi berjayalah dapat tempat. Meh tengok kami makan apa.


Ikan siakap bakar. Sangatt sedap!!

Udang nie rasanya buat masak pedas. Sedap juga.

ABC Adam

First time makan benda nie. Nama dia MENTARANG. Masak halia. Perghh.. marvellous!

Ikan bakar dan air asam yang kick!

Memang sangat2 puas hati lah.... Bill kami, makan 4 orang tak cecah RM100.00 pun. Murah gilerr...


Anyway, dalam perjalanan, decide apa nak buat. Nak tidur mana. Last2 kami antara 50-50, teruskan jer perjalanan balik ke Melaka. Nanti kalau teragak nak singgah mana2, kami akan decide later. Halaahh..dah penat kan. Tak sampai berapa kilometer, hubby dah tak tahan mengantuk. Kita plak take over drive. Berjayalah jejak ke sempadan Penang. Nampakkk jer R&R, terus berhenti kereta dan tidur. Tidur dalam kereta jer kami anak beranak malam tu... Bestt jer... hehehehehhe.


 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink