Sabtu, 30 Jun 2012

Seminar Isu-Isu Perhubungan Perusahaan 2012 : Khas untuk Pekerja Sektor Swasta

Assalamualaikum.....

Inginlah kita kongsikan di sini serba sedikit tentang apa yang dibincangkan dalam seminar separuh hari yang kita hadiri pada awal bulan Jun yang lepas.

Walaupun mungkin sedikit sahaja pembaca blog kita yang terlibat dalam isu ini, namun harapnya ia dapat memberi sedikit input kepada masyarakat awam.

Secara pengenalannya, Jabatan Perhubungan Perusahaan atau dalam Bahasa Inggerisnya Industrial Relations Department (IR) adalah sebuah jabatan di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua pekerja sektor swasta di Malaysia BOLEH merujuk kepada jabatan ini sekiranya ada masalah dengan undang-undang pekerjaan.



WALAU BAGAIMANAPUN....

Untuk pekerja yang berpendapatan RM1500.00 ke bawah sebulan, mereka dilindungi oleh Jabatan Tenaga Kerja sepenuhnya. Jabatan Tenaga Kerja dulunya di kenali sebagai Jabatan Buruh.  Apa sahaja kemusykilan, seperti contohnya :

- Tidak dibayar overtime, dipaksa overtime,
- Di berhentikan tanpa notis dan tanpa siasatan yang sewajarnya,
- Tidak dibayar gaji,
- Tidak dilindungi oleh PERKESO dan KWSP,
- Gangguan seksual
- Di anak tirikan majikan,
- dan sebagainya.....

Untuk semua masalah di atas dan masalah-masalah lain, pekerja-pekerja sektor swasta yang terasa mereka dianiaya dan ditindas oleh majikan, perlu segera membuat laporan di Pejabat Tenaga Kerja. Perlu kita ingatkan, semua laporan mestilah di buat dalam masa 60 hari selepas tarikh kejadian. Lebih cepat, lebih bagus. Dan kalau boleh, bawalah bukti2 yang berkenaan, seperti contoh slip gaji, surat dari majikan, borang tuntutan overtime yang diluluskan tapi tidak dibayar, jadual kerja dan sebagainya. Ini akan lebih memudahkan urusan.


Ok, berbalik kepada kisah Perhubungan Perindustrian, ianya adalah untuk pekerja-pekerja sektor swasta yang berpendapatan lebih daripada RM1500.00 sebulan.

Tak banyak tuntutan yang boleh kita buat, tapi setiap pekerja mempunyai kontrak pekerjaan semasa masuk kerja. Itulah yang akan menjadi panduan anda dalam membuat tuntutan dan juga untuk memudahkan pihak IR membantu anda dalam tuntutan tersebut. Yang paling kerap terjadi ialah pemberhentian pekerja tanpa prosedur yang sepatutnya. Biasanya pekerja boleh menuntut notis berhenti kerja dan juga beberapa tuntutan ganti rugi, bergantung kepada kes.

Ok..meh tengok gambar....

Antara hands-out yang diberi

Sedang menunggu tetamu kehormat


Tetamu kehormat sedang berucap bagi merasmikan seminar


Antara buku-buku perudangan yang diberi...


Pergi dengan Akma, colleague sejabatan...

Tetamu kehormat yang merasmikan seminar pada hari itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Senator Datuk Maznah Mazlan.

Sebenarnya majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan pendaftaran adalan pada pukul 8.00 pagi. Tapi kebetulan kita dengan Akma lewat sket sampai. Kami tiba tepat2 jam 8.30 pagi. Yang peliknya, kami antara orang yang awal. Hai lahh..Malaysia...

Since datang awal, kami dengan sesuka hati memilih meja di belakang sekali. Tujuan utama ialah supaya mudah keluar sekiranya perlu ke tandas dan sebagainya... Heheheheh.

Tapi, manalah tahu rezeki kami kan, yang YB Datuk nak lalu di tepi meja kami dan berhenti bersalaman dengan kami sambil bertanya khabar serba sedikit. Wahh...terperanjat kita. Bukan mudah seorang VVIP nak turun padang dan bermesra kan... She's really friendly, so humble and yet so intelligent. I adores her more since that.

Selebihnya, di adakan dialog di antara majikan dengan IR dan juga wakil2 kesatuan Pekerja atau Union dengan IR. Sangat menarik isu-isu yang diketengahkan.

Mesti ramai yang dah menguap banyak kali baca entry nie kan... Maaflah.. Kita hanya ingin berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan maklumat asas....



Jumaat, 29 Jun 2012

Mudahnya Memasak Nasi Ayam Hainan

Assalamualaikum.....

Selamat hari Jumaat untuk semua. Kejap jer dah penghujung minggu kan...

Aduhh..tajuk di atas tu memang tajuk riak dan takbur kan...? Alahai, janganlah salah anggap. Tujuan kita adalah untuk menyatakan bahawa anda pun boleh memasak Nasi Ayam Hainan yang sedap. Err..kalau pun tak setanding dengan yang lebih sedap, tapi Insyaallah resepi ni akan diterima oleh selera sejagat.



Sebenarnya resepi nie adalah fusion (fusionlaaaah sangat..) dari hubby, mommy dan kita punya trial and error sendiri. Adalah juga start masaknya 5 tahun lepas, tapi secara aktif masak nasi ayam nie dari 2 tahun lepas.

Hubby tak berapa suka dengan nasi ayam Melayu yang ada kaler kuning tu. Dia and family in-laws suka dengan Nasi Ayam Hainan. Dan bila kita cuba masak, memang mudah rupanya. Dan memang sedap...

Ok, meh tengok resipi. Owh, resepi nie, untuk masak satu periuk nasi. Boleh makan sekeluargalah yer.


Nasi Ayam Hainan : Aziela


Nasi :
- 4 cawan beras (dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya setengah jam dalam air biasa dan kemudian di toskan) - boleh guna apa-apa saja jenis beras.
- 4 cawan air untuk masak nasi (ikut jenis beras yer, kalau jenis yang perlu air banyak, lebihkanlah airnya)
- 1 labu bawang putih dicincang halus (kalau boleh jangan tumbuk dan sama sekali jangan blend)
- 4 helai daun pandan yang disimpul
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu butter
- 2 sudu minyak masak
- sedikit garam

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan butter dengan api sederhana bessar.
2. Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan warnanya berubah menjadi kuning gelap. Hai-hati jangan sampai hangus.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata bersama daun pandan dan pati ayam.
4. Taburkan sedikit garam. Jangan banyak sangat yer, secubit pun dah cukup.
5. Pindahkan beras yang telah bersalut rata dengan bawang putih tadi kedalam rice cooker.
6. Masukkan air secukupnya seperti mana biasanya kita memasak nasi dan masaklah dalam rice cooker seperti biasa.
7. Jangan lupa kacau sedikit nasi bila dah kering airnya supaya gebu.

Sementara tu, mari siapkan bahan2 lain.



Ayam
2 ekor ayam yang dipotong 4. (Quarter chicken)
15 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris
2 sudu biji ketumbar disangai
2 batang serai dititik
2 sudu minyak masak
sedikit penumis (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
Sedikit kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili
Garam dan gula sebagai perasa
Air yang banyak.


Cara-cara:
1. Tumiskan dengan minyak bahan-bahan penumis dan kemudian masukkan 1/3 bawang merah.
2. Bila dah sedikit wangi, masukkan juga separuh bawah putih dan separuh halia. Tumis lagi hingga wangi.
3. Bila dah wangi, masukkan air yang banyak dan rebuskan ayam 2 ekor tersebut. Tunggu sehingga ayam masak, tapi jangan lama-lama sangat.
4. Biarkan air rebusan di dalam periuk tersebut dan matikan api. Toskan ayam yang telah masak tadi.
5. Bawang merah, bawah putih, halia, serai dan biji ketumbar tadi, ditumbuk halus.
6. Dalam bekas lain, gaulkan ayam yang telah ditoskan bersama bahan tumbuk, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili serta garam dan gula.
7. Perapkan selama setengah jam.
8. Kemudian ayam tersebut bolehlah digoreng sekadar untuk menggaringkan bahagian luarnya kerana ayam tersebut telah pun masak.



Sup

- Air rebusan ayam tadi
- Beberapa batang lobak merah yang dikerat 4 atau 3 dan dibelah 4 atau 6.
- Beberapa batang celery, atau boleh guna daun sup.
- Bawang goreng.

Cara-cara :
1. Didihkan semula air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan lobak merah dan batang celery atau taburkan daun sup.
3. Rasa garamnya.
4. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Nota : Terpulanglah apa lagi yang anda suka untuk dimasukkan dalam sup ini, seperti kaki ayam, atau ubi kentang dan sebagainya.


Sos cili :
- 5 biji cili merah segar
- 7 biji cili padi merah
- 2 cawan air
- 1 sudu cuka atau asam limau
- Garam dan gula
- Setengah sudu tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu air.

Cara-cara:
1. Blend cili merah dan cili padi sehingga hancur dengan air.
2. Masukkan dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan cuka atau asam limau dan perasakan garam dan gulanya.
4. Bila dah ok, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata hingga didih.
5. Siap untuk dihidangkan.

Bahan ulam :
- Daun salad
- Timun yang dihiris
- Tomato hiris




Inilah hasilnya.... Memang sedap dan lembut. Wangi sangat baunya.

Nak sedap kan, bila nak makan, baru kita goreng ayam yang diperap tu. Wangi dan makan panas2 dengan nasi panas yang lembut, sup yang panas dan manis dengan rasa lobak merah serta sos cili yang terangkat tu.

Ok, kami agak kurang sambutan dengan sos kicapnya, sebab tulah kita tak buat. Tapi actually kalau anda nak kuah kicap pun, senang jer. Ambil saja beberapa senduk kuah sup, masukkan dalam periuk kecil. Didihkan dengan kicap pekat sedikit, kicap manis dan beberapa hiris bawang merah. Nak ada kick, tumbuklah sedikit cili, dan didihkan sekali. Mudah jer. Jangan lupa perasakan garam gulanya sekali.

Dah a few times masak di Melaka dan kawan2 hubby pun makan bertambah-tambah. Yang paling penting, ianya favourite Adam.

And, gambar di atas tu masa masak di PD untuk family kita. Takut juga sebab ayah tu pakar memasak nasi minyak dan yang seangkatannya. Tapi ayah approve.. Dia kat not bad at all... Syukur Alhamdulillah.

So, untuk yang nak masak special sikit kalau ada tetamu, inilah penyelesaiannya. Mudah dan cepat. Nampak jer berjela tu, tapi kalau masak nasi putih, lauk 3-4 macam pun, berjela juga resepinya kan.

Esok dah weekend, tak nak try ke...?


Khamis, 28 Jun 2012

Terima Kasih En Hasrul Hassan

Assalamualaikum.....

Terima kasih diucapkan kepada blogger yang disegani ramai iaitu En Hasrul Hassan kerana sudi selitkan entry percutian di Langkawi kita di dalam blognya di SINI.

Maaf kerana lewat menyatakan ucapan terima kasih, tapi yang penting kita ikhlas. Percayalah...

Terima kasih juga kepada jiran sepagar yang sudi menyampaikan berita.

Segmen: Sayakah Follower Bertuah itu?

Assalamualaikum.....

Saya di tag oleh jiran sepagar kita di SINI. Menariklah hadiah dia. Sangat praktikal dan kita memang suka benda2 yang praktikal nie...


Ok..dah letak banner.

Cara2nya :

Cara untuk join:
1. Follow blog Brooch Wholesaler
2. Buat entry Sayakah Follower Bertuah itu?
3. Copy gambar yang first
4. Tag 3 rakan anda
5. Tinggalkan link korang pada ruangan komen supaya senang dijejak


Senang jer kan..

Disuruh tag 3 rakan, tapi kita tak nak tag sesaper sebab hadiah nie sangat menarik. So, kita nak tag sesiapa saja yang baca entry nie. Ha...jangan tak buat, sebab dah baca entry nie ekk... Amanah nie...

Jom join...

Adam's Birthday Dinner

Assalamualaikum.....

Adam turns 10 on 9th June 2012.

Owh, my boy is growing so fast.

He doesn't perceive himself as a boy anymore, he sees him as a man. He protects people he loves, he acts matured, he's developing his sense of responsibilities and he has objective in his life.

I have only 1 child and he is Adam. Sometimes I want to have the freedom to have the proud feeling of having him as my son, but yet I am so damn afraid that those will be taken from me. Allah is The Most Mighty, with the order of Kun Fa Ya Kun, anything can happenned.

But for all, Alhamdulillah, we have been given this far to cherish the love of our half....

Anyway, for the celebration, we had a simple dinner at pizza hut. No birthday cake because Adam doesn't fancy cakes so much.

Adam and Firdaus


Happy face, happy tummy


Island Supreme


Chicken Steak Grill, or something like that..


Adam finished his favourite bowl of lasagna


Hows this...?


Does he looks like me? NO? Yeah...realized that. Sigh...


Rabu, 27 Jun 2012

Novel Review : Kau Pemilik Hati

Assalamualaikum.....

Eisshhh...dah lamaaa sangat usha cerita nie.

Sebenarnya kita peminat tegar karya Ayumi Syafiqah nie. Start addicted dengan karya dia melalui blog beliau iaitu Biola Tidak Berdawai. Mula2, kita ingatkan dia memang seorang penulis profesional. Menggagau pergi ke merata2 kedai buku nak cari buku dia, tapi hampa.. Hahahahha. Bila tanya dia dalam blognya, barulah tahu yang manuskrip pertama beliau masih dalam proses. Setelah berbulan-bulan sabar menunggu...akhirnya masa yang di tunggu, tiba juga. Karya pertama beliau di terbitkan oleh pihak Kaki Novel. Memang berbaloi sungguh.

Atas niat untuk menghargai karya ini, kita order direct dengan penulis. Alhamdulillah, dah beberapa minggu terima dan habis membacanya pada hari yang sama. Sanggup tidur lewat masa tu.  Tapi memang berbaloi sungguh. Anyway, mehlah kita imbas sikit kisah dalam novel nie.

(Abaikan background meja kita yang bersepah tu)

Kau Pemilik Hati ialah kisah percintaan selepas perkahwinan. Heronya(Zafril) memang cintakan heroin (Qarissa), tapi heroin tu terpaksa kawen. Kenapa? Kena baca baru tau.

Tapi dalam pada menyemai percintaan mereka, Zafril sebagai suami sangat bersabar melayan dan membentuk isterinya ke arah mewujudkan sebuah institusi keluarga sempurna. Oleh itu, kesabaran Zafril akhirnya terbayar apabila usahanya sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Sayangnya, setelah cinta telah bertapak kukuh dalam jiwa dan raga Rissa, pengalaman hitam lalu dalam kehidupan Rissa tiba-tiba muncul. Zafril yang sekian lama bersabar dan ikhlas meladeni isterinya, pincang juga dalam melangkah sebagai pemimpin. Rissa kecewa. Tindakannya setelah kekecewaan melanda telah menggegarkan dunia Zafril. Oh, bukan saja Zafril, tapi seisi dunia yang mengenali Qarissa Puteri itu. Apakah tindakannya dan apakah kesudahannya? Selamilah dengan jiwa dan mata hati anda sendiri...





 Beli daripada penulis sendiri, inilah yang paling berharga. Tandatangan novelisnya serta baris2 luahan jiwa terhadap peminat yang entah siapa2 ini. Tak ternilai rasanya. Terima kasih Ayumi....



 Beli novel, bonusnya : Autograph berharga, penanda buku yang matching dengan cover buku yang sangat sweet dan penanda buku ekstra yang sangat eksklusif dan romantik.... ohh..berbaloi 100x!



Nak tayang penanda buku yang romantik nie... Belum baca buku, mood romantik dah tiba.

Personal review kita, secara ringkasnya, gaya penulisan yang standard untuk novel cinta. In fact memang tak sangka langsung yang penulisnya nie masih muda belia dan bergelar pelajar lagi. Kita memang betul2 ingatkan dia seorang penulis profesional yang dah ada deretan novel di pasaran.

Namun, as a human, adalah error sikit di sana dan sini. Proof reader pun x perasan kot. Cumanya, sesuai dengan usia penulis, setiap babak romantis di tulis dan dikembangkan dengan berhati-hati. Maklumlah, mind settingnya masih ada sempadan2 yang harus di patuhi. Tapi, yang paling touching sekali adalah antara babak-babak terakhir di saat Qarissa dan Zafril sama-sama menanggung duka. Puncanya, hanyalah kerana tidak berkomunikasi di antara satu sama lain. Kesengsaraan mereka itu adalah gambaran betapa dalamnya cinta mereka berdua untuk satu sama lain. Tak tahu macam mana Ayumi lakukan, tapi ianya memang berbekas di hati. U work your magic, girl...

Sedikit silap di sana dan sini, kita rasa adalah perkara biasa. Adalah a few, tapi since kita dah notedkan dalam phone yang mana sim card dan memory cardnya dah takkan digapai lagi, maka kenalah study semula.... Tp itu bukan utk tatapan public. Maaflah. Hanya untuk penulis sahaja nanti. (Eleehh..mcmlah BIG  sangattt... kecohh jer kita kan...hihihihi...)

So, untuk mereka2 yang menanti ulasan kita, harap ini memadai...

Kepada Ayumi : U r going to have a brighter roads ahead


WW : Meal for Unhealthy

Assalamualaikum.....

Selasa, 26 Jun 2012

"SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ"

Assalamualaikum.....



Hah...dah beberapa bulan dah kita join segmen nie. Dan untuk Julai nie, haruslah join lagi kan. This time kena jawab soalan pula. Soalannya :

"Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?".
Sebab entrynya pelbagai. Paling penting, bahasa yang mudah di fahami, dan sebenarnya kita suka dengan gaya NasZ bercerita dengan penuh sopan, walaupun ada kalanya dia marah....

Ok done..!

Movie Review : Abraham Lincoln The Vampire Hunter

Assalamualaikum.....

Aduhhh, dah tengah hari baru nak up entry. Sibuk yang amatlah hari nie. Ini pun terkelam kabut update sebab jap lagi ada meeting. Esok the whole day ada di luar... Hopefully dapat curi masa utk update.
Anyway, hari nie citer pasal movie jer lah yer....


Weekend yang baru lepas nie, kita spent weekend di Kuantan dengan hubby tanpa Adam. Hubby kena kerja over the weekend and Adam pula ada tuition di PD. So, x bawalah dia. Since Adam takder, we had a date Sat nite. Bolehlah tengok cerita nie, sebab classified as 18. Bdak kecik umur bwh dr no. tu tak boleh nengok. Kalau ikutkan taste kita, memang kita tak berapa suka dengan genre citer mcm gini, tp hubby suka, so apalah salahnya kita temankan.



 Cerita nie tentang Abraham Lincoln yang menyaksikan ibunya mati dibunuh vampire. So, dia terjumpa dengan seseorang yang sanggup latih dia untuk jadi vampire killer. Dia x nak guna senapang pistol semua sebab dia tak berapa mahir. Tapi dia expert guna kapak. So, mengapaklah dia sepanjang cerita nie.


 Bila dah banyak vampire yang dia bunuh, rupa2nya dia baru perasan mamat yang train dia tu ialah vampire juga. Tapi mamat tu jadi vampire sbb ditransformkan secara paksa bila vampire jahat tu bunuh wife dia.
So, dia pun nak balas dendam dgn cara train manusia biasa. Ini adalah kerana vampire tak boleh bunuh vampire.

Ha...kapak nie spesel tau. Dah coated dengan silver sbb nak bunuh vampire. Lepas tu selain dari kapak, ianya juga adalah senapang. Hahahha...funny and surprised bila dia suddenly tembak pakai batang kapak tu...

Anyway, darah memang menyinari filem nie dari awal hingga habis. Ada certain part yang kita tutup muka, tutup mata sebab x sanggup nak nengok....

Ada orang suka..? Sila lah... Not so bad lah....

Isnin, 25 Jun 2012

Handphone Itu Telah Berenang

Assalamualaikum.....


Pic from Google


Yer....berenang di dalam washing machine.

Alkisahnya...hp itu adalah kepunyaan hubby. Last Sunday, masa tengah menlaundry, kita basuh sekali seluar jeans dia. Dah keluarkan dah segala isi poket, tapi tak taulah kenapa boleh x perasan langsung hpnya masih terselit dalam seluar.

Bila dah habis berputar, bersabun dan sebagainya, kita keluarkan isi perut mesin tu semua untuk di jemur. Last sekali ialah seluar jeans tu. Elok jer angkat dari perut mesin, kedengaranlah bunyi yang seram itu. Bunyi keting..ting..ting....! Aduhhh...apa pula tu? Bila jenguk, sekali hp hubby daa...

Aduhai....habis bercerai berai batt, body hp dengan cover battery tu. Paling menakjubkan, cover battery tu siap terpiuh sekali sebab dah kena putar untuk proses 'pengeringan'.

Hubby pun x terkata apa. Terpaksalah kita beri dulu hp kita pada dia sbb dia nak guna utk kerja. Nasiblah ada spare telefon di office nie.

Malangnya, sim card dan memory card kita yang kita dah simpan untuk nak masukkan dalam hp lama di opis nie, bolehkan hilanglah pulak pagi nie...

Aduhhh.... banyak betul dugaan....

My Rainbow Akan Bersiaran Semula...

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...setelah 2 minggu blog kita nie menyepi, kita akan mula mengejutkan dia kembali daripada rehat yang lama.

Terima kasih banyak2 sebab masih ada yang sudi jenguk ke sini walaupun blog nie tiada entry terbaru.

Insyaallah nanti kita akan update sikit2 dan pelan2 sebab nak kena kayuh kerja2 pending di opis dulu..

Terima kasih kepada semua....

Selasa, 12 Jun 2012

Siaran Blog Tergendala

Assalamualaikum.....

Ahad, 10 Jun 2012

Mama, Nak Rambut Petak..!

Assalamualaikum.....




Hai...memang tak bolehlah bang... Kepala awak tu, rambutnya sentiasa di potong pendek. Nak adjust berfesyen memang x boleh nak tolong lagi dah.... Janji pendek dah lah yer.... Nanti adjustlah pakai gel rambut.

Err, memang anak2 zaman sekarang kecik2 lagi dah observe fesyen ekk...?



Psst : Jangan lupa tengok NONA di TV3 hari nie yer. Ada Ben Ashaari tau...

Sabtu, 9 Jun 2012

Novel Review : Dosa Semalam

Assalamualaikum.....



Novel ini, bukanlah novel yang baru. Agak sometimes juga lah. Buku ini dipinjamkan oleh jiran sepagar kita tu. Thank u yer waakkk.... Beliau pun ada buat entry tentang novel nie juga...


Kisah dia terrsangat menarik. Bukan kisah percintaan remaja, ingin kita ingatkan di sini. More towards kepada mereka yang dah matang.

Bahasa sangat mudah di fahami, kronologi cerita sangat bagus walaupun ada lompatan masa yang sangat panjang di beberapa bahagian, tapi pembaca tak kan rasa lost. Hati dibuai2 oleh feeling? Adaaa...mesti ada, tapi in a matured way. Bukan disogok oleh words penulis. Pembaca sendiri mesti cari behind the sentences feeling apa yang cuba ditimbulkan penulis. Sincerely, rasa seperti itu lebih mendalam.


Apa yang paling kita suka di sini ialah penulis melakarkan perjalanan seorang wanita yang di aniaya dan di zalimi pada awalnya, tapi wanita itu tidak berputus asa. Itu yang penting! Apa saja kesusahan kita, jangan putus asa. Langsung jangan...

So, wanita ini bangkit, teruskan kehidupan dia, semestinya. Tapi bukan sekadar teruskan kehidupan, dia malah membaiki kehidupannya demi mengejar masa depan cemerlang. Kalaulah boleh kita katakan yang ini sebenarnya bukanlah novel cinta, tapi yang betulnya ini adalah pemangkin motivasi untuk pembacanya. Serapkan dalam kehidupan seharian kita semua, tak kiralah di mana, lekuk dan lencung macam mana anda nak corakkan, semangatnya tetap akan sempurna untuk dikembarkan dengan perjalanan hidup kita semua...

Sangat rekomen untuk di baca. Terutama sekali bagi mereka2 yang berputus asa.

Jumaat, 8 Jun 2012

BEN ASHAARI DI NONA TV3, AHAD 10 JUN

Assalamualaikum.....

Kenal tak En Ben nie? Isshh..seganlah kalau x kenal blogger femes nie.

Tapi kita memang sangat respect pada keputusan dia untuk berhenti kerja makan gaji dan memulakan kerja sendiri di samping membesarkan anaknya sendiri. Bapa besarkan anak tau..? Bukan ibu. Berapa ramai lelaki yang macam nie? Tak kiralah zaman bila pun...

So, untuk tengok rutin dia, meh sama2 kita semua tonton Nona hari Ahad nie, di TV3. Mesti menarik.

Ohh, kalau nak baca entry Ben, sila ke SINI...

Khamis, 7 Jun 2012

Terima Kasih Kaki Wayang...!

Assalamualaikum.....

Kalau perasan, kita ada jalinan pertukaran link dengan blog Betol-betol Hangat yang dipunyai oleh Kaki Wayang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kaki Wayang kerana sudi membantu kita dalam dunia blogging ini. Ternyata jalinan yang kami usahakan memberi banyak manfaat kepada blog My Rainbow ini. Kita harap jalinan ini turut juga memberi sedikit impak positif kepada blog Betol-betol Hangat. Tapi, harapan jer lah... Apa taknya, kita blog yang kecik nie yang menumpang teduh dengan beliau. Terima kasih yang tidak terhingga.

Perkongsian selama lebih kurang 2 bulan ini telah memberikan kita kelebihan trafik dalam blog ini yang kebanyakannya datang dari blog beliau. Terima kasih yang tidak terhingga yer Kaki Wayang.

Compressor Dah Kongggg?? Tidaakkk....!!!

Assalamualaikum.....

Pic from Google


Balik dari kerja, start engine kereta, on air cond dan terasa angin panas jer menderu perlahan. Fine, take time kot nak sejuk. Maklumlah, satu hari berjemur bawah panas terik dengan cuaca yang semakin membahang sekarang, mungkin perlu masa lebih dari biasa sedikit untuk bertukar ke suhu sejuk.

Tapi makin lama makin rasa rimas. Dah macam sauna la pula rasanya. Buka tingkap, feww, angin panas di luar kereta ternyata lebih sejuk. Aduuhhh..sahlah air-cond kereta dah bermasalah. Berdoa sangat2 dalam hati agar bukan compressor yang ada masalah. Harap2nya bocor di hose atau oren nya dah reput jer lah...

Cari workshop, dengan bantuan rakan di telefon, jumpa!

Bila minta mechanic check, mechanic tu belek sana sini dulu. Dia pun pandang kita dengan muka kerek jer. Maklumlah, perempuan sorang, bawak kereta ke workshop yang tak pernah tempuh, dengan baju kurung ala2 kampung gitu, memang kena 'makan'lah dengan workshop kan? Biasanya perempuan memang senang kena ketuk oleh mechanic.

So, kita pun startlah buka bicara pasal engine. Pasal hose, pasal t-hose, pasal thermostate dan a few things dengan dia. Suruh dia check valve patah ke, atau sekadar gas tak mencukupi. Bila buka cerita macam tu, barulah dia nak maniskan muka. Ha, tolong sikit yer, jangan nak ***** ** kita pulak. Kita independent woman okayy... Pasal engine kereta, Insyaallah 40% tak boleh kelentong. Hands on jer tak pernah buat lagi, tau. Kalau tukar tayar pancit pun, memang pernah buat punya.

Dia check, memang ternyata compressor kita dah Innalillahh.... Aduuhhh!!!!!! Dah terbayang2 kepingan RM tumbuh sayap terbang beramai2 dari wallet... huk..huk..huk... Compressor kita tu pula, harganya dah mencecah 4 digit. Kalau re-con pun campur servis dan pasang, 4 digit juga perginya. Dahlah kita baruu jer keluar modal untuk renew insurans, both cars pulak tu....! Hadduiihhh...dugaan betul.

Tapi kalau nak drive dalam cuaca panas sekarang nie, memang agak memeritkan, tapi boleh lagilah bersabar sebab boleh buka tingkap. Cuma yang membimbangkan ialah kalau hujan lebat. Tingkap x boleh buka, so cermin mesti kabur dan menjejaskan pandangan. Merbahayakan nyawa. So, apalah sangat 4 digit yang terbang berbanding nyawa yang terbang kan...?

Yeap, kat atas tu lah rupa bentuk compressor kereta kita. Err, kalau minta hubby arrangekan, boleh tak? Er, bolehlah hubby sayang yer...? (Mesti dia kata : Settlekan sendiri..! Uwaaaa..!! )


Rabu, 6 Jun 2012

WW : A Plate of...?

Assalamualaikum.....

Selasa, 5 Jun 2012

Segmen Hasrul Hassan : Apa Blogger Buat Masa Cuti?

Assalamualaikum.....



Dah petang dah pun, tapi saja gatal nak update juga. Eihh..bukan update, join segmen jer. Saper nak join, boleh ke SINI..

Hmm...apa yang kita buat semasa cuti ekk? Cuti sebagai seorang insan dan sebagai seorang blogger lain.  So, since segmen mention as a blogger, tak banyak sangatlah yang ada pun.

Ada tak ada pun, percutian kita dan keluarga ke Langkawi pada awal tahun ini. Sesiapa yang nak tahu tentang Langkawi, bolehlah godek2 list kat sebelah kanan blog nie yer..

Yang penting, bila dah jadi blogger, percutian tu lebih terisi sedikit. Maksudnya, selain daripada untuk hati dan jiwa, pengisian kasih sayang untuk keluarga, masa kita dan minda kita sentiasa penuh dengan agenda untuk mengisi blog pula. Sesuatu yang menarik, make us alive dan juga memotivasikan kita untuk menjadi lebih kreatif.


Hubby dan anak-anak bersama En Rahim, Agen di Langkawi yang sangat profesional.
Terima kasih En Rahim.



So, macam mana dengan anda semua? Pasti lebih menarik kan? Apa lagi, marilah join segmen nie.

Perkongsian Tentang Puasa Rejab dari Pak Nil

Assalamualaikum.....

Perkara ini, kita pernah bincangkan di SINI dalam entry kita. Kemudian, kita terbaca lagi di entry Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali dengan Pak Nil di blog beliau.

Apa kata u all terjah ke entry Pak Nil untuk sedikit maklumat tambahan sebab Pak Nil ada rujuk dengan orang yang lebih ariff...

Isnin, 4 Jun 2012

Novel Review : Isteri Separuh Masa

Assalamualaikum.....


Gambar kredit kepada http://www.kakinovel.com/



Baca tajuk jer dah curious sangat kan...? Ada ke terminologi Isteri Separuh Masa, suku masa, sepenuh masa? Itulah yang menariknya. Kita terpanggil untuk tahu kisah sebenar. Suri Ryana persembahkan novelnya.

Hero namanya Nazrin Shah dan heroin namanya Medina Izwani. Tapi kita rasa yang superstar ialah Medina Izwani. Sebabnya selain daripada Nazrin Shah iaitu abang yang menjadi suaminya secara paksa rela, dunianya  juga wujudnya Zafril.

Tak bestlah nak copy paste ringkasan novel nie. Kalau ada yang nak tahu, sila ke website Kaki Novel yer. Kat situ ada detail sikit dan anda akan rambang jiwa kalau betul2 peminat novel.

Pada pendapat kita, permulaan novel dimulakan dengan agak rushing. Agak marathon sikit. Kemudiannya ia mula berkembang dengan cantik, flow yang menarik, terhias dengan emosi yang tepat. Watak Medina Izwani dikembangkan dengan sepatutnya. Tiada cacat cela.

Cuma, kita agak kurang berpuas hati sebab penulis (Suri Ryana) sedikit 'menyembunyikan' heronya iaitu Nazrin Shah. Mungkin kalau dikembangkan lagi watak hero nie, akan lebih syahdunya. Kisah romantis percintaan mereka terlalu sekejap untuk betul2 bertapak dalam emosi pembaca (seperti kita).

Tapi ada surprise dalam kisah mereka. Ada tragedi yang sangat memeranjatkan. Kita memang tak sangka plot tragedi seperti ini akan wujud dalam novel nie. Satu percikan warna yang gemilang. Tapi sayangnya, penutup novel juga agak sedikit rushing. Seolah2 tak punya masa lagi untuk menulis pengakhiran yang smooth dan landai.

Apa-apa pun, kita suka dengan gaya Suri Ryana. MAID lebih menarik jiwa kita rasanya. Nantilah kita up kan yer...

P.S : Penulis novel Kau Pemilik Hati, iaitu Ayumi Afiqah, akak akan buat review novel awak nanti yer...

Jumaat, 1 Jun 2012

Musim Membaca Novel telah Kembali...

Assalamualaikum.....

Kita akui, sejak dari mula pandai membaca, kita dah mula melekat dengan buku cerita. Maklumlah, menarik kisah2nya. Kita tak ada mak dan ayah nak bercerita kisah2 nabi ke, kisah2 kancil ke kat kita masa kecik2 dulu sebab kita dibesarkan oleh nenek dan atuk. Mak dan ayah kerja di daerah lain. Sama macam sekarang, seminggu sekali jer jumpa.

Anyway, kebetulan, makcik kita adalah librarian di sekolah rendah kita. Everyday nak kena balik lambat, tunggu Mak Ngah habis kelas. Sementara menunggu, habislah segala buku2 dalam library tu kita baca. Tak perlu macam budak2 lain, seminggu sekali jer boleh tukar buku, ikut jadual. Tapi kita, satu hari sampai 3 novel siri penyiasatan kita angkut bawa balik.

Bila naik sekolah menengah, kita jadi muka yang selalu jenguk library untuk buku cerita. Dari tingkatan 4 pula, kita masuk aliran Kesusasteraan Melayu. Sebab minat, kita score cemerlang subjek tu dalam SPM. hehehehheheh. Susah sebenarnya sastera nie tau, tapi syukurlah score juga.

So, hobi tu kekal sehingga sekarang. Biarlah tak shopping baju, kasut, barang kemas atau apa2 saja pun, janji dapat shopping buku. Kalau masuk kedai buku, rasa macam x nak keluar dari situ. Setiap tahun kita dengan kawan2 pasti menghabiskan masa seharian di Pesta Buku Antarabangsa. Gila betul dengan buku2 yang banyak tu.

Masa belajar di IPTA, lagilah galak kita melayan novel. Tukar2 dengan kawan2 lagi semua. Tapi banyak sangat buku2 kita yang dah lesap. Biasalah, ada yang pinjam, lepas tu org lain pinjam, dia tu lak pinjam.... langsung lenyap. Tu termasuklah kawan2 di asrama dan saudara mara sendiri. Demi jalinan persahabatan dan kekeluargaan, kita diamkan saja lah...

Masa zaman tu, yang femes ialah buku2 dari terbitan Creative Enterprise selain daripada keluaran DBP. Disebabkan minat yang mendalam, kita sampaikan mendaftar untuk menghadiri bengkel penulisan novel yang dianjurkan oleh Creative Enterprise sendiri. Masa tu kita memang subscribe majalah Gila-Gila, so, register dengan mengisi borang dalam komik tu. Uisshhh, masa tu semua karunis Gila-Gila memang femes dan kaya raya sebab diorang monopoli. Majalah Ujang belum wujud tau masa tu...


Adik2 kita bergambar dengan kartunis Boy PJ.
(Banyak kenangan kita dengan Abang Boy nie..)


Kesinambungan daripada bengkel penulisan tu, kami peserta bengkel yang seramai 6 orang masa tu di berikan assignment untuk menulis sebuah novel. Tapi, daripada 6 orang tu, sedikit demi sedikit menyusut sehingga akhirnya tinggallah kita sorang. Creative Enterprise offer untuk bimbing kami menulis novel. Sekiranya layak diterbitkan, kami akan di tawarkan kontrak. So, setiap minggu hari Rabu, kita terpaksa ke pejabat CE di Jalan Bangsar tu untuk submit bab baru. Masa tu tak ada internet kan... Kenalah taip pakai typewriter electric tu. Every week, editor akan ambil chapter baru, dan keluarkan chapter sebelum tu untuk review dan corrections. Last editor yang bertanggungjawab atas kita ialah Kak Liyana Afiera Malik (Penulis siri Yoyo dan 1,2,3 I Love You).

Kita hanya sempat submit sehingga ke bab 23 jer rasanya sebab harus dahulukan pelajaran masa tu. Selain daripada study, assignments dan tests, kita juga sedang aktif dalam persatuan. So, masa amat terhad. Dalam pada tu, bidang penulisan terpaksa dikorbankan.

Tapi lepas berkahwin dan ada anak, sedikit2 ianya semakin malap sebab kekangan masa, dan tiada sokongan.

Tapi, bila kita berkunjung ke blog Lady Ayu yang nun jauh di Tochigi, Japan tu, beliau bercerita tentang blog2 untuk online novel. Waaahhh, bagus sungguh untuk menghilangkan rindu kita pada dunia novel nie... Beliau siap ada satu blog list untuk blog online novel nie...

Maka sejak itu, kita dah jadi pembaca setia kepada novel2 online nie. Walaupun x semua, tapi yang mana corak dan gaya tulisannya sealiran dengan kita, kita follow. Sehinggakan kita dah pandai membeli novel2 nie melalui online sekarang. Tapi kalau ke bookshops, tetap akan sambar juga walaupun sebuah...

Di sebelah kanan blog kita nie ada satu bloglist yang bertajuk Layan Jiwang... Itulah antara blog2 novel online yang kita follow...

So, mungkin selepas ini kita akan selitkan sekali sekala review tentang novel yang kita baca. Sekadar review mengikut suka hati kita jer....

Harapnya, pembaca blog nie tak bosanlah yer...

Rasa Bersalah Calarkan Kereta Kawan... Uwaaa..!!!

Assalamualaikum.....

Picture credit to Google


Petang semalam, kita pulang kerja agak lewat. Hampir Maghrib. Salah seorang officemate kita offer untuk tumpangkan kita ke kereta kita yang di parking agak jauh, kira2 10-15 minit berjalan kaki. Lagipun, hari dah gelap dengan hujan yang turun sejak tgh hari.

So, masa nak masuk kereta, kita memang betul2 tak perasan tebing sedikit di tepi jalan raya tu tempat kereta beliau di parking. Dahlah nak cepat mengelak dari hujan. Dengan pantas kita buka pintu kereta dan kelam kabut masuk sambil tangan menarik pintu untuk di tutup...

Sekali tu dengarlah bunyi.. Zreeettttttttttt!!!!!!!

ADUHHH!!!!

Cepat2 kita keluar kereta semula sambil menjerit...! Alamaaaakkk....pintu tu dah scratch dengan tebing tu. Rasa nak nangis sungguh2. Dah lah menumpang dia, kita pulak jahanamkan kereta dia. Dan yang paling mengharukan ialah : Kereta tu adalah golongan kereta mewah yang baru beberapa bulan di beli oleh beliau...!

Aduhh, nak terduduk rasanya.

Beliau kata x apa lah... tapi kita tahu macam mana rasanya. Mesti dia rasa sangat ralat dan sedih. Dia kata sikit jer, tak nampak pun sebab bawah pintu jer, but still.....!

Pagi nie kita tanya lagi pada dia. Kita offer untuk bayar kos repaint pintu dia, tapi dia kata tak perlu. Tak nampak pun katanya....

Tapi kita tetap rasa bersalah.....
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink