Selasa, 31 Julai 2012

Layakkah Aku Dapat Lebih...??

Assalamualaikum.....

Sebenarnya dah lama kita nak kongsikan tentang isu ini....

Sebelum anda baca hingga habis entry ini, klik SINI dulu untuk baca kisah benar yang berlaku ke atas seorang wanita.

Kita dah dapatkan kebenaran daripada empunya blog ALAM SARI untuk berkongsi kisah di blog beliau itu...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok..dah baca? Apa pengajaran yang anda dapat...?

Paling jelas dan nyata : BERSYUKURLAH.....

Sebagai seorang manusia, kita nie semua sering terlupa bersyukur. Betapa bertuahnya kita kerana ada itu, ada ini. Betapa berharganya kasih sayang yang kita terima. Betapa completenya kehidupan kita sebenarnya.

Tapi apa yang kita lakukan..?

Kita sering jaja tentang ketidakpuasan hati kita semua merata-rata. Kita canang yang orang itu salah, orang ini salah. Paling teruk sekali kita menyalahkan takdir... Wahh..takdir itu daripada siapa? Dah lupa rukun Iman terakhir? Rukun Iman terakhir ialah ... : PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR. Makanya, bila disalahkan takdir, kita salahkan siapa sebenarnya? ASTAGHFIRULLAH....

Kita pun sama seperti orang lain. Seorang manusia yang tidak sempurna. Namun Alhamdulillah, kita bersyukur kerana kita telah belajar dari kesilapan yang lalu.

Tahu tak, sepanjang kita bersekolah rendah dan menengah, kita selalu angkuh kepada kehidupan. Kita complaint itu dan ini, sana dan sini. Sehinggalah pada satu ketika sewaktu berusia 17 tahun, pada tahun menduduki SPM...

Kita berbual dengan kawan2 rapat, beberapa kali kita menyatakan yang hidup ni sebenarnya satu perjalanan yang sama. Semua orang dilahirkan, menjadi kanak2, jadi remaja, bercinta, berkahwin, mendapat anak, menjadi tua dan akhir sekali mati. Sama saja. Bosan kan hidup nie...? (Astaghfirullah...)

Ada ketika yang lain, isu yang sama, kita katakan pula bahawa, seronoknya hidup orang lain. Macam2 peristiwa berlaku dan ditempuh mereka. Kita punya hidup amatlah sederhana dan tenang. Tiada kocakkan air. Boringnya....


ALLAHU AKBAR....

Maka bila Allah berfirman "...... Kun Fa Ya Kun....." maka jadilah..!!

Sejak itu, hidup kita tak pernah sunyi dari peristiwa.

Sejak itu kita sering mengalami suka duka yang tak henti2. Tiada rehat, tiada tergendala.

Walau apa pun, kita tahu bahawa ALLAH ITU MAHA MENDENGAR...

Dan sekarang? Alhamdulillah, segala non-stop peristiwa dalam kehidupan kita, menjadikan kita seorang wanita yang lebih cekal dan lebih tabah dari masa lalu.

Alhamdulillah...

Maka anda semua!

Berhati-hatilah dengan apa yang anda pohon. Berhati-hatilah dengan apa yang anda complaintkan...

Semoga Ramadhan ini membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita perolehi...


Isnin, 30 Julai 2012

Wanita Mati Gantung Diri - Apa Cerita Sebenarnya?

Assalamualaikum.....

Mungkin dah ramai yang tahu tentang kisah yang dilaporkan oleh berita di TV9 malam tadi dan juga terpampang di dada2 akhbar hari ini. Seorang wanita, Eksekutif Pentadbiran di TV9 di temui mati tergantung pada kipas oleh suaminya sendiri. Anda mungkin mahu membaca kupasan daripada wartawan sensasi, Mazidul Akmal Sidik mengenai kes ini di SINI.

Atau anda boleh ke blog Hazrey, juga pengamal media tentang entry beliau di SINI.

Tetapi, suami mangsa adalah seseorang yang kita kenal secara personal kerana pernah bekerja di syarikat kami dulu. Beliau dan mangsa adalah pasangan yang sangat sopan dan berbudi bahasa. Macam tak percaya perkara ini terjadi kepada beliau.

Manusia boleh berubah dek kerana faktor2 yang tak dijangka. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Buffet Ramadhan di Kuantan : Rocana

Assalamualaikum.....

Actually ini adalah masa puasa ke-3. Kita dengan hubby jer. Kami tiba di Kuantan dari Melaka dah petang. So, nak pergi mall, atau kedai2 yang sedap, dah tentulah dah penuh kan. Ternampaklah signage buffet nie kat hotel yang baru sebulan di buka di seberang jalan Berjaya Mega Mall. Hotel Rocana. Harganya RM40 nett seorang.

Hubby suruh call, tanya ada apa yg special dalam menu. Bila di tanya, katanya siap ada kambing panggang di samping lauk pauk kampung yg lain. Malas nak merayau Kuantan lagi, kami pun decided untuk cuba jer di situ. Badan pun dah penat memandu jauh.

Hotel baru, ok lah. Tapi buffet tu, kami 2 orang jer masa tu. Rupa2nya orang semua x tahu lagi sebab hari tu baru start. Kita tengok food dulu yer...

Desert yang ada termasuklah buah-buahan, puding roti, kuih muih tradisional, berbagai jenis agar-agar dan bubur. Ada coctail buah yang sedap juga.


Berbagai jenis kerabu yang dibuat fresh. Entah macam mana kita suka betul dengan kerabu telur dadarnya. Hampir separuh portion tu kita ratah...hehehehhehe


 Yeap, ada tahu sumbat juga. Malangnya tak sempat nak rasa sebab dah rasa full sangat.


Kari Kambing. Kita tak makan. Hubby jer makan.












Ok...lauk pauk utama nyer hanya itu. Lupa, ada lauk labu masak lemak juga.

Frust juga rasanya sebab kami di tipu. Dalam phone tadi katanya siap ada kambing. Kami complaint pada Food & Beverage Manager hotel yang berbual dengan kami kemudiannya. Mungkin staff baru, maka informasi yang diberi salah. Katanya grilled lamb adaah menu untuk hari lain.

Overall, food quality is good. Lauknya semua sedap. Cuma bergedilnya hanyalah kentang semata and so dry. Sorry, but my bergedil is 10 times better than that.

For us, kami x akan repeat lagi kat sini kot sebab frust kena tipu. Furthermore, kalau nak bawa Adam pun mesti dia tak enjoy sebab food choices yang attractive untuk youngsters tak berapa banyak.


Jumaat, 27 Julai 2012

Ayam Percik di TCRS

Assalamualaikum.....

Sebenarnya, kita makan untuk lunch sebelum bermulanya puasa hari tu. Lepas check-up di hospital, mak bawa kita makan di The Chicken Rice Shop di Seremban Parade. Aman sungguh makan di situ sebab lengangg jer. Kalau di a few outlets tu, termasuklah di Alamanda, kadang2 sampai nak kena rebut table.

Order nasi ayam and kebetulan masa tu hari pertama menu ayam percik mereka mula dipasarkan. Kami trylah juga...

 Kami ambil set untuk 2-3 pax. Banyaklah juga. Dan, kita pun x boleh nak makan sangat masa tu sebab tengah tak berapa nak sihat. Last2, habiskan pie tee yang marvellous tu dengan sedikit nasi jer. Balance semua tapau....

Ayam Percik The Chicken Rice Shop

Ayam percik nie, mak kata dia tak suka. Tapi kita suka.. Cuma satu jer spil...rasa manis nyer dominant sikit. Kalau kurangkan manis sikit, maybe kenalah dengan selera kami kot. Tapi rempah dan serainya memang terasa sedap. Kalau nak makan untuk berbuka, sesuailah. Menyelerekan juga... Lagipun light jer kan...makan sup2 jer kat sini.

Kami bungkus juga untuk adik kita yang kena chicken pox tu. Kesian dia, tinggal berapa bulan jer lagi nak naik pelamin, kena attack chicken pox pula. Dahlah tu, mukanya pula yang kena attack teruk. Susahnya nak make-up kan nanti.

Owh, tak lupa juga, bungkuskan untuk Adam. Bukan main seronok lagi dia bila balik sekolah dapat nasi ayam TCRS.

Apa planning buka masa weekend nanti? Mesti perancangan besar kan... akan dengan family ramai2 lah yang seronoknya...

Khamis, 26 Julai 2012

Buffet Ramadhan Chakri Express Alamanda

Assalamualaikum.....

Last Monday, hubby kita turun KL from Kuantan. Kebetulan dia on leave. SAja nak buka sama2 katanya (walhal Isnin pagi tu kita baruu jer gerak dari Kuantan ke KL).

So, habis jer kerja, kami bergerak ke Alamanda. Konon dah aim nak makan Kenny Rogers. Di samping tu, kita nak singgah MPH usha novel baru dan nak beli groceries di Carrefour.

Sampai di Alamanda, baru pukul 6 petang. So, jalan2 dulu. Hantar repair jam dan shopping di MPH. Almost 7, baru ke Kenny Rogers. Seronok betul tengok Kenny Rogers kosongg jer. Sekali bila kata nak buka, diorang kata dah full kena reserve. Aiseh...sedihhh sangat.

We then decided makan Nandos pula. Sampai di Nandos, dapat table kecikk jer sebab kitorang 2 orang jer. Sangat tak selesa. Hubby ajak usha outlet lain sebab dia nampak macam ada buffet kat luar tu. Sekali bila tanya, rupanya Chakri Express buat buffet.

 Harga di banner RM58++. Semalam kita cerita dalam entry Rebung kan, kalau ++ nie ada extra charges kan? Ha, resit kat bawah nie buktinya. End up jadi RM67.00. Tapi tak adalah ralat sangat sebab we all dapat harga promosi. Harga RM58++ tu utk 2 orang. Buy 1 free 1. Untuk minggu nie (minggu pertama Ramadhan) jer and mesti masuk before 7pm. So, utk sesiapa yang nak pergi Alamanda, worth try la.




Anyway, antara menunya :

Tom Yam Noodles.

Nasi putih dengan pilihan lauk pauk ala Thai.

Ikan bakar

Sate

Desert air longan

desert coctail buah nangka madu

Selain daripada itu, ada juga otak2. Tapi kami x ambil sebab dah biasa makan. Tom yam dia memang sedap. Almost sama macam yang kami pernah makan di Bangkok. Nasi putih ada dan ada nasi goreng nenas in which kita tak suka. Nasiblah ambil 1 sudu jer sekadar nak rasa. Lauk pauk dia pula, ada 2 jenis udang yang cara masaknya tak sama dengan org kita sama. Ada sotong masak kicap kot, and ada sayur2an. Ada macam gulai sayur Thai. Ok juga lah rasa dia. Tapi nasi dan lauk pauk tu tak berapa menarik selera kita. Atau maybe masa tu dah kenyang dengan tom yam dan sate kot, hahahahhaah.

Ikan bakar tu ada berbagai jenis. Pari pun ada. Tapi kita ambil sepotong ikan keli. Sedap lah pula. Nampak jer hitam, tapi rasa dia sedapnyaaa. Juicy sangat isi dia, and luar ikan tu garing.

Sambil2 menunggu nak masuk waktu berbuka, nampaklah gambar di bawah nie kat wall kedai tu. Kita tunjuk hubby, kita kata itu dish orang Siam makan dengan daun kaduk. Hubby pula pelekeh kita. Dia kata daun kaduk dengan daun sireh pun kita x reti nak bezakan. Lepas bertekak2 kaduk, sireh, kaduk, sireh, kami panggil waiter untuk jadi pengadil. Yess...kita menang! Daun kaduk. Waiter bawa menu tunjuk dish tu nama dia ulam kaduk apa entah. Tapi nama siamnya Mieng Kham kalau x silap. Adalah a few times kita tgk kat tv orang makan dish nie. So, kami orderlah sebab nak try. Satu set nie harganya RM17++ (ada ++ yer).


 Jom kenal komposisi dish nie. Pusing ikut arah putaran jam. Atas sekali, helaian daun kaduk. Next ialah isi kelapa yang di hiris halus dan di sangai sampai brownish. Jadi rangup bila di makan. Bawah ialah limau nipis di hiris halus, hirisan cili padi, halia yang di dadu dan bawang merah di dadu. Kiri pula kacang tanah yang di sangai buang kulit serta udang kering yang disangai. Tengah2 tu sos dia. Ada rasa manis dan lemak.

Cara makan dia.


Sapukan sos atas daun dan isi dengan bahan2 yang disediakan ikut selera sendiri.

Last, dropkan lagi sos atas dia

Bila dah complete, lipatkan untuk bungkus isi tu dan terus masuk mulut.

Surprisingly, memang sedap. Combination semua bahan tu jadikan dish nie sedap sangat. Biasanya kalau daun kaduk tu nak makan sebagai ulam saja, memang kurenggg, tapi bila buat mcm ni, sedap la pula. Next time definitely boleh try lagi.

Walaupun harga buffet nie berbaloi, tapi kalaulah diberi pilihan, kita prefer ke Restoran Rebung walaupun harganya lebih mahal sedikit. Apa-apa pun, terduduk kenyang juga lah kat sini. Cuma kenyang dia tu tak lah sampai padat perut sebab menu dia light jer.

Rabu, 25 Julai 2012

Nak Berbuka Puasa Masakan Kampung?

Assalamualaikum.....

Bila tiba bulan puasa nie, tak banyak sikit, selera kita pasti terarah kepada lauk pauk tradisional. Sebab tu lah juadah2 di pasar ramadhan kebanyakannya menu tradisi. Bukan itu saja, restoran2, hotel2, dan kedai yang menawarkan juadah berbuka puasa biasanya menyajikan menu tradisional.

Antara restoran yang tekak kita confirmkan sedapnya ialah Restoran Rebung di Bangsar. Anda boleh ke website restoran itu di http://www.rebung.com.my/ untuk mengintai tentang restoran itu.

Secara peribadi, memang dah lama betul kita dengar tentang restoran nie dan memang teringin sangat nak pergi dan mencuba makanan di situ. Syukur ada rezeki bila menghadiri majlis penyampaian GA 1001resipi Woww yang dah banyak kali kita ceritakan. Mesti ada yang dah naik jelak. Maaflah, tak berdaya nak tulis semuanya dalam satu entry sebab confirm akan jadi panjang berjela. Kita nie kan suka tulis entry panjang2...

So, kesempatan mencuba makanan di situ memang peluang yang di tunggu. Secara keseluruhan, tiada langsung kualiti makanan yang mengecewakan. Daripada kerabu, kuih muih hinggalah ke bahagian bakar dan panggang, semuanya melampaui kualiti yang kadang2 restoran di hotel pun tak mencapainya.

Paling perfect ialah semua lauk pauk tradisionalnya. Masak lemak daging salai, rendang daging, asam pedas, semuanya mempunyai kombinasi rasa yang tepat.









Ok, kita bukan nak bodek, tapi ini realiti. Kalau tak sedap, memang kita akan mention. Owh, anda akan jumpa entry makan x sedap dalam blog nie. In fact ada a few dah. So, mengikut aras kualiti rasa diri kita sendiri, pure lauk kampung kat sini. Original macam mana di masak oleh nenek2 dan opah2 di kampung. Nak cakap mak, sekarang nie mak2 kita semua dah moden2 sikit kan. Lauk pun dah banyak fusion. Tapi kalau pangkat nenek2 tu, dia akan strictly follow cara tradisi.


Sempena Ramadhan nie, Rebung buat special buffet promosi. Harganya ialah RM65.00 nett untuk dewasa dan RM43.00 nett untuk kanak2 (5-11 tahun). Nampak macam mahal? Nett tau, bukan ++. Percayalah, kalau ada ++ dibelakang harganya, expect extra berpuluh ringgit dari harga yang dipaparkan. Ataupun cubalah comparekan variasi dan kualiti makanan di Rebung dengan pilihan lain yang sama harganya. Atau, boleh cuba bandingkan kualiti dan variasi yang sama di tempat lain, harganya berbezakah?


Details :
Buffet Ramadhan
Terkenang masakan nenda dan juadah kampung ketika berbuka puasa?
Kembalikan nostalgia anda dengan menikmati berbagai juadah berbuka puasa di Restoran Rebung, Rembau House atau Rebung Villa bersama rakan dan keluarga.

Dewasa : RM65.00 nett
Kanak-kanak : RM43.00 nett (5-11tahun)

Telefon : 03-2283 2119    /   03-2282 4776


Kita dah cuba beberapa tempat dan ini antara yang terbaik. Kita dan hubby agak cerewet, so kami selalu jujur dengan selera kami.

Untuk keselesaan, surau memang disediakan.

Jangan lupa cuba pulut duriannya, atau kuih buah melaka yang di uli langsung di depan anda, atau roti jala bersama kuah kari.

GIVEAWAY SALAM RAMADHAN 2012

Assalamualaikum.....

Saja nak join bila tengok jiran sepagar kita join. Macam best pula...

GA by adik Cik Bintang nie hadiahnya adalah sesuatu yg sedaaappp. Apa itu? Sila lawat blog beliau untuk tahu yer...

Kena buat entry tentang Makanan Yang Saya Suka Makan Bila Berbuka.

Err, sebenarnya kita tak ada makanan yang khas kita suka bila berbuka puasa. Ikut mood lah biasanya. Tapi sejak umur dah meningkat nie, lebih suka cari nasi dengan lauk yang simple. Tak lah sampai nak 6-7 jenis lauk. Kadang-kadang 2-3 jenis lauk pun dah cukup untuk kita. Kuih, bubur, manisan dan lain2 tu pun tak berapa menarik minat KECUALI......

POPIA BASAH

Yer... kita memang sukaaa popia basah. Especially yang pedasss dan penuh isinya tu. Tapi nak jumpa popia basah yg sedap, memang susah...


Owh, panjang pula entry. Jom lah friends, join GA nie. Maybe untuk kita semua kongsi cerita tentang menu kegemaran anda. Sambil2 tu, boleh support GA nie kan...

Automatic Car Wash

Assalamualaikum.....

Me and Adam were rushing for some programs few weeks ago in Kuantan. Hubby was having a training at a hotel there and while waiting, me and Adam tried to fill-up our time with as much activities as we could.

First, I need to wash my car. Since we are not really familiar with Kuantan, we 'tour' around Kuantan's town for a few times to find a suitable car wash center. At last, I saw the signage of automatic car wash by the road side at the main junction of Jln Telok Sisek and Tg Lumpur.

Nice.... I've never had any experience with this system before.

So, we have to queue. I mean all the cars that needed the wash, need to queue.

The charge was cheap. It's only RM4.00 for external body wash and if you wish to vacuum, you have to add another RM4.00 in which the total bill would be RM8.00. I chose the external and internal wash (means vacuum as well).


When our turn was up, they were 2 workers splashed waters all over our car at the entrance. Adam and me giggle in the car because it was quite a funny moment. We were tried to avoid the water splash, but actually we were sitting in the car. Definitely nothing can reach us inside. These workers scrub the tyres and rub the car's body for initial cleaning stage.

Then I have to drive in slowly and stopped at the second station. This time, another 2 workers splash the soap mixture on us (the car, I mean). At this point, we were about to enter the station as the picture below. Once in, I need to let the car free from any gear and brakes. Let the machine brings the car at its pace.









Once we were out from the machine's station, they will be another worker at the exit to dried up the car. And taraaaa.... you will drive out your car sparkling clean after that.

But since I took up the vacuum package, I drove my car to another station for them to finish their job. There was a long bench at the station for us to sit and relax and chit chatting with other car owners while waiting the process complete.

It's fast, it's cheap, but of course the quality is not at the same level with those car spa which could be found at the shopping complexes' basement. But hey..! At least u will drive a clean car within a short time, right?

Oh no....it's supposed to be a Wordless Wednesday... There goes my WW this week. Sigh!

Selasa, 24 Julai 2012

Contest "Sapo Nak Kad Rayo?"

Assalamualaikum.....



Ha, tahun lepas Atok bagi kad raya. Kita agak bertuah sebab terpilih untuk terima, tapi malangnya tak sampai2. Address semua Atok hantar memang dah tepat. Awal plak tu Atok hantar. Tapi bila tetap tak terima, kita anggap posmen tu berkenan agaknya. Takperlah adik/abang posmen, saya halalkan...

So, tahun nie nak join lagi. Apa?? Tak kenal? Laaa haiii... Waghih den ni ha.. Kolo cakap loghat nisimblan tu, bukan main pokek laie.. Hahahha..yang pastinya, setiap entry beliau memang menarik. Kalau x menangis kerana pilu, pasti anda menangis kerana gelak banyak sangat...

Nak join gak..?

Bolehhh.. bulan puasa nie, nafsu tamak tu kita kena buang yer...

Klik SINI kalau nak join...



Kita tetap kena tag orang juga. Pn Bable, saya tag awak yer...


Oh yer...pesanan untuk Atok :

Sorilah tok, cucu takdo fesbuk.

Ramadhan dan Nafsu

Assalamualaikum.....

Apa khabar semuanya? Syukur Alhamdulillah, setakat hari ini, kita yakin semuanya sedang berbahagia dengan bulan Ramadhan. Dapat bersama-sama mengumpulkan sebanyak mungkin pahala dan berperang sehabis daya dengan nafsu masing-masing. Nafsu manusia dalam bulan Ramadhan nie double active tau. So, kita mesti double triple lagi usaha untuk melawannya kan.

Masa puasa nie lah nampak nasi goreng sampai terliur, padahal tiap2 hari tengok tak pernah ada selera pula.

Masa bulan puasa nie lah ada berita hangat pasal gossip pasangan bercinta kat opis sebelah. Bila tengah tunggu azan asar, sempat lagi nak mengumpat kan...?

Masa bulan puasa nie juga lah kita cepaat jer naik angin dengan anak kita yang baru belajar nak puasa. Bila dia merengek2 lapar dan dahaga, kita pula nak tunjuk garang kan...

Owhh..nehi..nehi...

Jangan yer kawan2 sekalian..! (Jangan yer Aziela. Pesanan utk diri sendiri juga).

Jadi, apa yang perlu? Ibadah sebanyak mungkin. Mudah? InsyaAllah... Yang pasti niat untuk beribadah dah ada, tinggal pelaksanaan saja...

Dah mula rancang menu berbuka ke...?

Sabtu, 21 Julai 2012

Mari Mulakan Ramadhan dengan Bantuan Ikhlas Anda Kepada Adik Soleh

Assalamualaikum.....

Mesti dah ramai yang come across tentang kisah Nora dan anaknya Soleh kan. Blog Nora nie adalah antara blog awal yang menjadi rakan kita di alam maya nie. Kenal beliau secara dekat, belum lagi. Tapi di alam maya nie, kita belum pernah skip mengikuti perkembangan beliau.

Dengan dugaan anak kecil yang sedang menghidap penyakit kronik, dan situasi kewangan yang tidak memudahkan keadaan, maka tibalah masa kita semua menggunakan kuasa sebagai blogger untuk menyebarkan maklumat ini.

Kita guna pula kuasa sebagai seorang Islam yang sedang melakukan ibadah di bulan puasa untuk melipat gandakan saham di hari akhirat dengan mengikhlaskan jiwa membantu Nora setakat yang terdaya.

Blogger Mak Bed telah pun mengarang entry yang cukup sempurna untuk menceritakan tentang keadaan sebenar. Tak perlu kita copy paste di sini. Dengan penuh rasa rendah diri, kita mohon anda berkunjung ke ENTRY MAK BED dan bantulah apa yang boleh..

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelum ini. Amiin.

Selamat Beribadah di bulan Ramadhan ini...

Jumaat, 20 Julai 2012

Mantai di Pejabat

Assalamualaikum.....

Tau tak apa itu Mantai? Sebenarnya itu adalah istilah orang N9. Mantai tu adalah tabiat yang tak elok, hahahahahha. Ianya adalah makan besar sebelum bermulanya Ramadhan. Tak elok kan..? Tapii... yang sebenarnya ianya adalah waktu untuk berkumpul dengan semua ahli keluarga sebelum memulakan ibadah puasa. Jadi, bila semua ahli keluarga dah berkumpul, pastilah ada hidangan dan juadah2 istimewa untuk santapan.

Orang N9 biasanya ada yang bakar lemang, masak rendang, sup gearbox dan lain-lain lagi. Maklumlah, kami ni asal usulnya dari Padang tempat Minagkabau sana. Dulu2, masyarakat Minang nie kaya dengan kerbau. Maka bila ada hari kebesaran, juadah berasaskan daging lah secara tradisinya.

Kami di office nie pun, ambil berkat sedikit daripada tradisi tu. Sedar tak sedar, kami sepejabat nie dah macam adik beradik. Maka nak puasa nie, berkumpullah kami sekeluarga untuk makan2. Semua bangsa pun ada. Tapi dah katanya untuk sambut Ramadhan, kita bacalah doa sikit.

Menu pun tak adalah heavy. Biasa2 jer. Sate ayam dan daging, nasi impit, kuay tiaw goreng dan ayam KFC. 


Main menu. Sate ayam dan daging

Ayam spicy pedas....

Brand yg digemari ramai

Sedia utk di ngap..

Ustaz Hassan Adly baca doa...

Khusyu' dan tawaddu'...

Kami semua sefamili...


Tetamu Datang Mengejut? Jangan Risau, MyChef Kan Ada...

Assalamualaikum.....

Ha, ini kisahnya bila malam tadi hubby kita call kata nak balik KL. Bukannya dia tak kerja hari nie, tapi semalam katanya habis kerja awal, so dia nak spend time dengan kita di KL. Masa tu dah hampir pukul 8 malam dan kita masih belum tiba di rumah lagi kerana ada banyak kerja di pejabat.

Bila hubby secara mengejut kata nak balik KL, tak sampai hati pula rasanya nak biarkan dia makan di kedai bila dia sampai nanti. Lagipun esoknya sebelum Subuh dia kena bertolak balik ke Kuantan semula. Apalah sangat yang susahnya kalau nak tanak nasi kan..? Tapi masalahnya, nak masak lauk apa pula? Dahlah peti ais tu hampir kosong kerana tak sempat shopping bekalan untuk bulan puasa lagi. Yang ada hanyalah sedikit sotong jer. Ishh, hubby nak makan sotong jer ke..?

Sekali tu...TING! Teringat ini...

-
-
-
-

 Perghhh, bila teringattt jer ada stok beberapa kotak MyChef di dalam freezer, terus hilang rasa panik.
Kebanyakan kotak2 yang lain kita dah distributekan pada sanak saudara dari Selangor, N9 dan Melaka. Ha, rata tau kita bawak MyChef nie.

Bila ada jalan penyelesaian, kita pun balik rumah lenggang2 kangkung jer. Tanak nasi dulu, lepas tu barulah nak mandi, nak itu, ini, kupas bawang rilek2 depan tv dan sempatlah makan2 buah sambil berehat melepaskan lelah.

Sementara tunggu hubby sampai, sempatlah kita masak sotong tu. Buat goreng kunyit jer, hiriskan bawang merah dan cili api, goreng bersama dengan sotong tu. Tak ada kacang panjang pun atau sayur lain. Dah siap sotong, eh ada masa lagi. Kupas pula ubi kentang 3-4 biji dan rebus empuk. Kentang tu kita tumbukkan dengan bawang merah kecil yang dihiris dan goreng garing bersama bawang putih goreng sedikit. Goreng garing sampai kehitaman sikit sebab hubby suka kalau ada sedikit rasa pahit. Campurkan dengan lada hitam, helaian daging dari seketul ayam bahagian dada yang di goreng dan sedikit tepung gandum. Kepal2kan, masuk fridge dulu.

Bila agak2 dah dekat time, baru kita buka kotak Semur Daging Betawi nie.

So, disebabkan kat rumah tak ada microwave, dan dah dapatkan kepastian dari pihak MyChef sendiri bahawa ianya boleh juga dipanaskan dengan cara dikukus atau di masak di dalam kuali dan periuk dengan menambahkan sedikit air, kita pun rasa yakin untuk cuba cara tradisional iaitu atas kuali jer.




Disebabkan ramai yang dah memuji kesedapan resipi Dato' Chef Ismail ni, iaitu Semur Daging Betawi, kita pun teruja juga nak mencuba. Semur Daging Betawi nie, dia macam daging masak kicap la basic kejadiannya. Tapi, memang ada perbezaannya. Oleh kerana nak ada sedikit kuah, kita pun memandai2 tambahkan setengah cawan air dengan harapan janganlah kuahnya jadi hilang rasa.

Kita biarkan masakan nie mendidih beberapa minit. Masa tengah mendidih atas kuali nie, semerbak harum bau aromanya ke pelusuk dapur. Memang kecur betul. Tapi tak makan lagi. Sabar, tunggu boss besar sampai dulu.


Inilah rupanya. Tak nampak sangat yer...


Ini jerlah gambar yang ada. Pandai2lah telek sendiri yer..


Dah siap Semur Daging Betawi nie, kita sambung boreng bergedil pula. By the time hubby melangkah masuk rumah, badge terakhir bergedil dalam kuali hampir siap. Hubby yang tengah penat memandu jauh dari Kuantan, tengah lapar pula, tapi masuk rumah di sambut dengan bau-bau yang menyelerakan, terus tersenyum lebar.

Berselera sungguh hubby kita makan. Mujurlah ada MyChef. Kalau tidak, memang hambar jer lah menu dinner malam tadi. Hubby kita puji sungguh MyChef. Katanya memang seperti masakan di rumah. Rasa daging pejal yang dihiris nipis dan lembut itu memang rasa sangat sedap bila di makan dengan nasi putih panas. Dagingnya pun sangat juicy dengan kuahnya yang seperti berempah tapi macam kuah kicap. Tak tau nak explain. Cuma yang pasti, kalau dihidangkan untuk sahur, Insyaallah terbuka selera....

Nak rasa? Ha, cepat2 cari di hypermarket2 terpilih. Sebenarnya tak semua pasaraya ada. Kalau nak periksa mana outlet yang ada produk nie, sila jenguk ke blog MyChef dan tengok di side bar kanannya yer...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink