Hari ini, cuti umum untuk beberapa negeri di Malaysia sempena sambutan Thaipusam. Office kita di KL, so cuti. Adam sekolah di N. Sembilan, cuti juga. Hubby kerja di Kuantan, tak cuti. Rumah di Melaka, tak cuti. Eh, rumah mana ada cuti2 kan.
Bila cuti, mulalah terasa macam nak berendam dalam air laut. Adam pun suka. Tapi, hubby tak benarkan. Sob..sob... Hubby selalu kata bahaya kalau mandi laut. Masalahnya, kita membesar di tepi laut. Laut dah sebati, walaupun tak pandai berenang. Walaupun sekadar boleh berenang 2-3 stroke, tetap kepuasan berada di dalam air laut tu lain ketenangannya. Kita dan Adam boleh tidur terapung atas air laut berjam2 dengan lenanya. Sambil memandang langit, menikmati keindahan awan bersama burung-burung yang berterbangan, di alun dan didodoi atas air, telinga mendengar bunyi yang sayup dari dalam air dan hanya fokus kepada rentak nafas sendiri, memang satu terapi ketenangan yang paling murah dan mudah.
Sebab tu lah, bila kita mula snorkeling 8 tahun lepas, kita rasa sangat seronok. Malangnya hubby tak berkongsi minat kita. Dia sangat2 tak berkenan. Owh, sedihnya.
So, mengharapkan company akan buat snorkeling trip lagilah lepas nie kalau nak lepas gian pun.
Kita bergumbira di samping boss merangkap sahabat kita. Happy kan kami..?
Motif entry ini? Sekadar luahan perasaan agar hubby memahami yang hari nie kita nak bawa Adam pergi mandi laut kat Telok Kemang. Hehehehehhee
.
Salam aziela,
BalasPadamKesiannya , kami pula suka snorkerling. Terutama hero kami yg umo 11 thn tu cukup brani mnyelam. Bbrape entri kt blog aby crite kami snokerl.
Ajak hb pegi snokerl kt pulau kapas. Dekat jer
Bestnya mandi air lauttttttt
BalasPadamPatut la Sunyi jer blog hr ni
BalasPadamRamai bercuti rupanyer
Syoknyer blh g beach weols Tunggu this summer baru blh terjah....
Salam, lena berjam-jam atas laut???? Sedar-sedar atas Laut Merah camne?
BalasPadamhahaha sila paste link entri ni ke fb hubby ya.. :)
BalasPadamkalo dpt berenang mmg best..nak2 snorkeling kt tmpt air jernih gila2...cantik sgt. puas n penat :p
ndak pernah buat lagi...tapi suka menyelam tanpa menggunakan peralatan...kedalaman hanya 15 kaki je...lepas tu...hehehehe..sendiri mahu ingat...
BalasPadamakak boleh tidur terapung dalam laut? oh bestnya!!!
BalasPadamsaya takut air dan memang dah tentu tak reti berenang. ngeeee~
Swimming pool pun boleh jadi bahaya...baldi besar berisi air pun boleh bahaya...yg penting,kita kena alert dan sentiasa awasi...dan elak gi pantai yg kuat ombaknya,atau mmg byk kes lemas mcm kat desaru tu..saya teringin jugak nak snorkelling..hihi
BalasPadamSama ler kita. Memang frust dan sedih sangat bila hobi atau minat kita, encik suami tak berapa nak sokong.
BalasPadamTapi mula-mula dulu Kak Azie bengang juga, tapi lama-lama dah tak kisah. Kak Azie cari geng sendiri jer... hahaha
Ramai kawan buka klinik hari ini.
BalasPadamTapi saya cuti.
Bosan bekerja bila wife/anak2 cuti.
Saya juga suka laut.
Tapi saya tak suka basah.
Jadi duduk tepi laut ajelah sambil pegang kamera.
Selamat bercuti!
aby : Baru sebut jer pun, dia dah tarik muka, kang. Tak apalah. telan keciwa sendiri. Demi kebahagiaan suami, ku turutkan jua. Ecehh...
BalasPadamQashmere : Memang bestt...
BalasPadamLady Ayu : Sabar yer Ayu...
BalasPadamche Mid : Kalau lena macam tidur atas katil kat rumah tu, tak sempat lepas laut Malaysia, kot. Hihihihi
BalasPadamMunnafendy : Dia tak buka fb, dik.
BalasPadamKancil : Hanyaaaa 15 kaki??!!!! Wahh..tabik spring sama cikgu. Toing! Toing!
BalasPadamGB : Kalau ada chance GB mandi laut dengan akak, Insya Allah dalam masa 2 jam dah boleh tidur atas air. Tak tahu berenang pun x per.
BalasPadamDaddy Ziyad : Setuju...sangat2 setuju. Setuju lagi!
BalasPadamazie azah : Kalau boleh cari geng sendiri pun saya ok. Tapi hubby saya tak bagi juga kalau tak pergi dengan dia pun. Dia risau keselamatan kami. Huwaaa!
BalasPadamzouldahan : Ok, yang penting kualiti masa bersama family, yer doc? Sob..sob. Baiklah, saya faham....
BalasPadamTak pernah snorkeling lagi....banyak betul dalam wishlist saya semester ini hehehehe :)
BalasPadam