Jumaat, 25 Januari 2013

Cuti Tersepit!

Assalamualaikum.....

Hari ni ialah cuti tersepit.

Untuk orang2 macam kita yang berstatus weekend family, cuti tersepit nie adalah menguntungkan. Bila Khamis menjadi cuti umum, Rabu malam selepas habis kerja, boleh terus pulang ke Melaka dan meng'honeymoon'kan diri dengan hubby dan Adam. Kalau cuti hari ini, boleh terus sambung ke hari Isnin sebab ada cuti umum gantian Thaipusam.

Lagipun, memang melibatkan kos yang tinggi bila kena ulang-alik ke Melaka hanya untuk bekerja satu hari. Selain daripada itu, kualiti untuk dihabiskan dengan keluarga lebih bernilai dari segalanya bila ada peluang.

Tapi, mengenangkan tahun 2013 baru saja bermula dan banyak bulan lagi yang perlu ditempuhi, maka apa saja cuti yang tak perlu harus di jimatkan. Adam pun dah besar, dah 11 tahun. Teenager. So, bolehlah kita longgarkan sedikit kebergantungan dia dengan kami. Sebaliknya, sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu dan seorang kakak, kita harus bersedia untuk bercuti sekiranya ada di antara mereka ini memerlukan khidmat. Tapi, setiap tahun memang ada saja.

Sebagai contoh, oleh kerana hubby di timpa masalah slip disc tahun lepas, maka hampir keseluruhan cuti kita dihabiskan untuk beliau. Syukur Alhamdulillah majikan kita memahami. In fact, cuti tanpa gaji pun diluluskan.  Tahun sebelum itu pula, adik kita jatuh sakit dan tak lama kemudian, mak pula. So, kita uruskan mereka juga. Tak sampai hati nak biarkan orang lain uruskan. Kita lebih puas hati bila kita sendiri yang memantau perkembangan mereka. Hatta ibu bapa mertua sekali pun, kita yang akan ke hadapan.

Tapi, kalau dah majikan tidak berkira dan menjaga kebajikan, maka hari2 bekerja biasa, haruslah diberikan tumpuan 200% kan? Selagi boleh dikorbankan masa rehat, selagi itulah diberikan kepada syarikat.

Oleh itu, hari ini pejabat agak sunyi kerana hampir 50% petugas mengambil cuti tersepit ini untuk bercuti panjang dengan keluarga. Oleh kerana itu juga lah, kita cover kerja beberapa rakan yang bercuti. Bersedia jer, tak ada yang urgent. Tetaplah perlu perhatian lebih hari ini.


Anda semua macam mana pula?




P/S : Kalau ada follower baru yang ingin tahu tentang masalah slip disc, boleh search dalam blog ini yer. Entry tahun lepas, sejak bulan puasa hingga selepas raya. Atau, boleh taip 'slip disc' dalam kotak search di sebelah kanan.


.



17 ulasan:

  1. Betul Ziela, kalau bos kita jenis tak berkisah kita pun kenalah fikir yg sama. Kalau tak perlu tak payahlah cuti. Sebab kita tak tahu apa akan jadi sepanjang tahun ini. Ini baru bermula 2013 kan..

    BalasPadam
  2. ehh cuti tersepit pun boleh eh.. hahaha.. best la sambung cuti.. :)

    BalasPadam
  3. bgus klau semua org bfikiran tbuka mcm aziela...saling tolak ansur...wak kerjapun seronok kannnn...;)

    BalasPadam
  4. salam aziela
    Pening boss klu ramai yg brcuti, kena reshufel blk plan yg boss dh buat. Ape pun slamat brcuti pnjang

    BalasPadam
  5. Ade jugak ye kak cuti tersepit.. hehehe macam2 kan..

    BalasPadam
  6. saya bukanlah weekend wife tapi kalau ada cuti tersepit begini memang cari peluang la nak balik kl kan.

    maka sudahnya, seawal malam rabu lagi saya dah terbang balik ke subang. cutin panjang. wewwwww!!!

    BalasPadam
  7. Saya tak suka cuti tersepit camni.
    Ramai yang menyambung cuti dengan MC.
    Hari Selasa tempohari.
    Ada satu cikgu muda.
    Datang utk minta MC hari Jumaat.
    Cuti advanced.
    Katanya nenek tengah nazak di kampung.
    Nak balik Pendang.
    Kalau dpt MC hari Jumaat,
    dia bercuti dari petang Rabu sampai hari Isnin.
    Yang saya heran tu,
    nenek sakit masih boleh excited semcm aje...

    BalasPadam
  8. Deqla Manjew : Boleeeeehhhh. Heheehehehe

    BalasPadam
  9. aby : Betul tu. Sebab tu lah MC dan EL boleh kurangkan markah prestasi kan.

    BalasPadam
  10. Cik Nurul : Adaaaa....hahahahahhaa

    BalasPadam
  11. zouldahan : Ishh...tak pandai berlakon sungguh cikgu tu yer... Oppss!

    BalasPadam
  12. Tirana Aduka : Tu dah tulis tu. Trimas yo kang!

    BalasPadam
  13. Hehe.....saya plak tengah bercuti semester di rumah...minggu lepas pergi MRSM Kuala Krai untuk satu minggu sesi mini "praktikum" dan sekarang saya mahu berehat sepuas-puasnya sebelum bermulanya semester baharu di UPM pada 18 Februari ini :)

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com