Rabu, 9 Januari 2013

Equatorial Cameron Highlands : Penghabisan Indah

Assalamualaikum.....

Mehlah sambung sikit pasal EQ (Bukan Eqbal Zack yer).

Esoknya, nak bangun bukan main liat lagi. Tapi mengenangkan kami semua kena rush bergerak ke PD, paksakan diri bangun dengan menggigil tu. Mandi of course guna heater. Selepas Subuh, bising2 dekat Adam and hubby suruh mereka bersiap, kita ambil kesempatan untuk lepak di balcony luar. Malam tadinya tak lepak sangat sebab gelap dan penat.

Subhanallah...cantikkk sangat.






Inilah balkoninya. Cantik kan.... Kalaulah dapat tinggal sini lama sikit, ada family member yang lain, dah berangan dah, bestnya pagi2 breakfast dengan semua orang kat sini. Minum kopi panas, Milo panas dengan roti bakar sapu butter jer pun dah nikmat rasanya kan. Tambah2 lagi kalau dapat masak soto panas makan dalam kabus macam nie. Tengoklah Adam tu, tak nak pakai jaket. Menggigil tahan sejuk. Aihh..mcm mana nak study kat obersee nie Adam...?



 Pemandangan dari balkoni ke bawah. Kebun sayur...hijau dan hijau... Rasa macam tak nak berganjak dari situ.


 Ini, hubby snap. Sebahagian EQ dan apartment lain...



Hubby yang dulu bergelumang dalam salji dengan hanya pakai t-shirt pagoda pun tak tahan sejuk kat sini. Dua lapis baju tebal. Apakah tandanya tu, hubby sayang?


Memang, masa check-in, Receptionist tu mention kata unit apartment nie view nya memang cantikkk. Tapi, pagi nie baru kita akuinya. Dah terang kan...barulah nampak. Tapi sayangnya, untuk view ini, hanya apartment 2 bilik di blok kami ini saja. Maknanya unit ini limited. Kalau nak 3 rooms pun x ada. Nampak gaya, kalau bawak family semua, kena ambil 2 unitlah. Nak bentang toto atas lantai, imposssibleeee. Sejuuukkkk.... trrrrrr.


So, lepas bergambar, kemas2 semua barang, straight away ke Coffee Shopnya. Pukul 8.00 pagi kami start breakfast. Itupun table kosong dah tak banyak. EQ Cameron ni, memang bilik2nya tak termasuk breakfast, so siapa yg breakfast kat sini, maknanya purchase voucher tambahan. Tapi, macam ada satu group besar mcm buat family day kat sini...so ramailah orang kat Coffee Shop tu.

Tapi kan, menu banyaaakkkk dan rasanya semua pun sedap2 belaka. Err, tapi kita rasa omelette dia tak kick langsung.

 Nasi lemak sepinggan. Err..tipu jer. Sepiring jer. Saja nak rasa. Side dishnya ialah seketul kecik ayam kari, bendi goreng cili dan kacang panjang tumis. Untuk kita, nasi lemak nie lulus, cuma tak lah extra sedap. Tapi yang pentinya, kenikmatan sayuran tu. Mak oiii...fresh sangat rasanya. Pagi tu, ada banyakk lagi hidangan sayur2an kat buffet spread. Cuma tak larat nak makan jer.


 Ini pula, omelette 2, kami share sama2. Mujur tak minta each one, sebab tak kick langsung omelette dia. Dalam mangkuk yang kaler hijau lumut tu ialah mushroom soup. Ha...mushroom soup kaler ijauuu owkeyh. Tapiii, rasa dia..sangattttt sedap. Memang jauh beza dengan mushroom soup instant tu. Pakai mushroom fresh kan. Siap boleh kunyah lagi helaian mushroom dia. Alamak haiii... floating. Lepas tu, plate favourite hubby. Ada baked beans, jagung stim dalam susu dan sausages. Ada juga berbagai2 pancakes. Strawberry, blueberry and toasts.


Ini pulak...something different sikit. Fried potato wedges yang tak oily. Lepas tu ada salad chicken cubes with macaroni and cheese. Lagi satu tu, beef potato pie. Daging cincang yang di masak dan dibakar dengan mashed potatoes atasnya. Heavenly fresh.

Since kami nak straight away pulang dan jalan jauh, maka semua orang pulun makan kenyang2. Memang heavy sungguhlah meal kami. Dah kenyang, terus check-out dan bertolak pulang. Sempat beli sayur satu plastik jer. Ladang strawberry pun x singgah. Singgah souvenier shop untuk Adam beli keychain buat rakan2 sekolah dia.

Next time lah...datang lagi with proper plans and with all periuk belanga.

Finally, kami tiba di PD pukul 4.00 petang. Lewat satu jam untuk tuition Adam. Promise, next time tak lewat lagi dah.




.


27 ulasan:

  1. Demi Adam semuanya ini kan. Harap mood Adam dah pulihlah selepas itu kakak rasa.

    BalasPadam
  2. seronoknye kalau dapat posting cameron. huhu

    BalasPadam
  3. semalam bru suami cakap nak gi cameron lagi :)

    beshnye...saya x pernah jemu pegi CH!

    BalasPadam
  4. akak ingat view dari flight tadi, hehehe.. memang cantik, Subhanallah..

    makan pun sedap2 tu, syoknya!!

    BalasPadam
  5. Mmg best masak sayur yg kita beli kat CH ni...terasa fresh nya...

    BalasPadam
  6. salam sis aziela
    Terima kasih sudi kogsikan.
    Kirim salam pd hubby sis tau.tq

    BalasPadam
  7. Waa bestnya kat balkoni tu..betullah kalau bawa family ramai2 lagilah meriahkan.
    tak sabar pula nak pegi CH ni, menu yang kat bawah tu nampak sedap tu.

    BalasPadam
  8. kedudukan hotel tu di atas puncak mmg memukau pemandangan trutama di pagi hari....

    BalasPadam
  9. lama kkida tak ke cameron highland...nantilah nak ajak cik abang gi...:) tengok kebun sayur n kebun teh yang hijau aje...bestkan...

    BalasPadam
  10. wah...atok nak plan p CH lagi...tapi tak tahu bilo...sekrang ni dah x sesejukss dolu

    BalasPadam
  11. kita lak yang beranganni... cam bestjer kan... tambah2 semalam tengok adam dan hawa kat CH.. romantikjer rasa..

    BalasPadam
  12. Kakcik : Memang sangat2 bermakna, Kakcik.

    BalasPadam
  13. Kak Zakie : Demi Adam. tepat sekali. Alhamdulillah, ada juga sedikit membantu. Tapi kena take time sikitlah kot. Dia belum dapat feel sekolah lagi tu kak..

    BalasPadam
  14. L : Sure seronok ke? Certain youngsters tersiksa kot sbb takder shopping complex and panggung wayang. Hehehehehehe

    BalasPadam
  15. Wina : Tak pernah jemu...sangat betul.

    BalasPadam
  16. Seri Kandi : Dalam flight, saya tak mampu nak snap2 kak. Mabuk...hehehehehe

    BalasPadam
  17. Daddy Ziyad : Ishh..drooling pula bila teringat sayur fresh tu. Eh, doc duduk sini juga ke hari tu?

    BalasPadam
  18. Nadia Johari : Nanti honeymoon kat sini eh..

    BalasPadam
  19. Tirana Aduka : Terima kasih singgah yer. Hubby dah jawab salam TA, tapi dia pelik2 sikit. Hihihihihi. Maklumlah, dia bukannya blogger.

    BalasPadam
  20. ummiross : Omelette tu jer tak sedap, kak.

    BalasPadam
  21. NzA : Ha, saya terlupa pula dia di puncak bukit, kak. Hahahahah.

    BalasPadam
  22. Kak Ida : Alahai kak..apalah sangat CH compare dengan London kan..hihihi. Journey akak lagi meriah dan seronok.

    BalasPadam
  23. Suhami : Try dulu tok...tengok boleh tahan tak duduk dalam suhu 18'C tu menmalam... Hehehehehhe.

    BalasPadam
  24. Cho Zila : Alahai...memang besttt. Pergilah nanti yer..

    BalasPadam
  25. saya tak pernah lagi bermalam di Cameron Highland hehe...setakat singgah je beberapa tahun lepas....

    Wah akak, memang cantik la view dari apartment akak tu, tapi tak gayat ke? hehehehhehe

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com