Isnin, 21 Januari 2013

Kenangan di Kampus : Program Pertama di Gunung Senyum

Assalamualaikum.....

Dah beberapa bulan kita berdiam diri daripada bercerita tentang pengalaman kita kan. Macamlah ada yang menunggu. Perasan betul kita nie kan. Tapi tu lah, saja nak share. Sesiapa yang pernah rasa, pasti akan tersenyum2 sendiri. Buat adik2 yang masih menuntut, mungkin entry ini boleh jadi pemangkin semangat kan. Disamping sebagai rekod juga.

Di hujung2 semester pengajian di tahun terakhir (tahun 2) matrikulasi itu, kita entah macam mana terpikat untuk menyertai sebuah program mendaki gunung yang dianjurkan oleh senior2 di main campus. Terujalah nak ikutkan. Masa tu kena bayar RM30.00 sorang jer sebab yang lain2, persatuan support. Pergi bawah Women Affairs Secretariat. Tak pernah dengar pun society tu sebab diorang kat main camp, tapi dah ada peluang, ikut jerlah kan. Semua perempuan. Dah nama pun Women. Bayaran tu termasuk transport, makan dan khemah. Yess, campinggg owkay. Lagilah excited. Tak pernah camping seumur hidup, inilah first time.

Ada briefing, kami pergilah. Dapat senarai nak bawa apa dan segala macam lagi. Excited sungguh. Kawan2 yang kita kenal, adalah 3-4 orang jer. Yang lain2 tu semua, kenal kemudianlah nanti.

Apa-apa pun, program nie adalah untuk perempuan jer. Ada a few ex-seniors lelaki yang kita tak pernah kenal join sebagai langkah berjaga2 sebab diorang dah expert dengan kawasan ini. Peserta lebih kurang 20 orang semuanya.

Bergerak pagi. Tiba di Jabatan Perhutanan agak awal juga. Kami set-up khemah dan diberikan peralatan dan bahan2 memasak. Kena masak sendiri tau. Dibahagikan kepada kumpulan kecil. Satu group ada 4 orang jer.


Petang hari ketibaan tu, sempatlah kami berjalan2 disekitar situ dan bergambar-gambar. Mujur dah siap2 bergambar sebab lepas pada tu, balik jer dari hutan, terus lemah longlai rasanya.


Taklimat dan solat semuanya secara berjemaah di surau. Malam tu, semuanya lena dalam khemah. Tapi, tengah2 malam kami semua dikejutkan dengan segera dan diminta pindah masuk ke surau untuk keselamatan  kami semua. Rupa2nya hujan sedang mengganas dengan lebatnya.

Kami diperkenalkan dengan pegawai2 renjer. Seorang tu namanya Pak Din. Agak berumur, tapi sangat cekap dan tegap. Seorang lagi, muda sedikit. Kami panggil abang jer...hehehehehe. Tapi, abang nie, sangat pandai memasak tau. Alahai..drift pulak dah.

Hari pertama, sebaik selesai solat subuh jema'ah pertama, kami semua dah berbaris untuk memulakan perjalanan. Eh, tipu. Gelap lagi, mana boleh masuk hutan. So, kami sarapan dulu. Masak nasi lemak lagi tu. Bila tanah dah terang sikit, baru kami mula bergerak.

Hari pertama kami kena takluk Gunung Senyum. Sebenarnya program di gunung nie, bukan untuk mendaki, tapi lebih kepada 'caving' (men-gua), ataupun eksplorasi gua. Ada sangat banyak gua2 yang boleh kita lawati di sini.

Gambar2 di bawah, snap dari album jer. So, maaflah, banyak yang kabur.

Antara gua2 yang kami teroka ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Ular Putih, Gua Taman 1 dan 2, Gua Angin, Gua Rangkak dan bermacam2 lagi. Setiap gua ini ada tarikan mereka yang tersendiri. Yang pasti, setiap kali anda tiba di setiap gua, pasti....anda akan berzikir Subhanalllah tanpa henti. Begitu agungnya kekuasaan Allah s.w.t.



Rasanya masa nie, di Gua Ular.

Tak ingat gua yang mana satu.

Kumpulan kami.

Rombongan kami.

Acara memasak kami.


Di samping itu, sepanjang perjalanan kami akan diperkenalkan dengan jenis2 tumbuhan dan herba yang ada. Apa kegunaan herba2 itu dan berbagai2 lagi maklumat.

Menjelang petang, kami semua tiba semula ke kawasan perkhemahan dalam keadaan yang sangat letih. Walaupun nampak ada satu bas rombongan orang lain yang baru tiba, memang kami langsung tak ambil peduli kerana yang penting masa tu ialah untuk mendapatkan rehat yang cukup. Kami diberitahu, esoknya kami akan menyambung perjalanan ke gunung di sebelahnya iaitu Gunung Jebak Puyuh. Khabarnya perjalanan itu lebih mencabar.

Esoknya, kami bersiap lebih awal lagi kerana perjalanan agak jauh. Laluan trekking pun agak mencabar. Oleh itu, kami semua tak bawa kamera sebab ianya mungkin boleh rosak.

Pertama sekali, kami harus menyusuri kaki Gunung Senyum untuk mulakan pendakian ke Jebak Puyuh. Adalah perjalanan dalam 40 minit, kami memulakan pendakian. Oleh kerana group kita yang terakhir sekali, maka kita dan rakan2 sering tergelincir di laluan sebab tanah telah menjadi lembut dan licin setelah dipijak oleh berpuluh2 orang di hadapan kami. Sehinggalah tiba di suatu lereng bukit yang laluannya sangat kecil, kita dan seorang rakan tergelincir dan terus menggelongsor ke dalam gaung. Jeritan kami, tak perlu nak ceritalah. Terbayang tubuh kami terdampar ke dasar gaung jer masa tu. Syukurlah kita sempat berpaut pada salah satu batang pokok dan menahan kaki di pangkal pokok yang berdekatan. Ranger dan pengiring senior kami yang lelaki mula mengeluarkan tali dan menarik kami ke atas semula.

Tapi, itu semua tidak meruntuhkan semangat.

Bila kami hampir tiba di kaki Gunung Jebak Puyuh, rupa2nya kami harus mengharung sebuah paya yang sangat besar. Dahlah masa tu baru lepas hujan, air paya pula memang sangatttt keruh. Kami semua mengharung paya dengan perlahan dan senyap dalam barisan. Air paya sehingga ke paras dada dan untuk yang rendah, dah sampai leher. Beg galas semuanya harus dijunjung atas kepala. Di tengah2 paya, ada batuan yang ada terowong kecil. Kami harus merangkak dalam terowong gua tu untuk tiba ke sebelah sana, sambung harung paya dan barulah tiba di tebing. Dalam gua terowong itu, ramailah yang terjerit terpekik. Apa taknya, kami semua merangkak di atas, di celah dan di sebelah lintah dan pacat yang merata2 di lantai terowong itu.

Tapi, bila kami masuk ke gua2 di situ, segala ketakutan, kepenatan dan geli geleman tadi semua hilang. Subhanallah...begitu banyaknya keindahan alam dan keajaiban dunia yang kita belum pernah jumpa.

Tapi, bila nak balik, kami terpaksa melintas lintah dan pacat tu lagi dan mengharung paya lagi dengan menjunjung beg. Cuma this time, ada ular air yang ikut sama2 meredah paya dengan kami. Semua orang dah pucat dan menggigil takut, tapi syukur tiada kejadian buruk yang terjadi.

Petang tu, kami berebut2 guna tandas dan bilik air sebab ada group lain juga baru tiba. Dah lah masa tu hujan..so kemana2 semuanya dengan baju hujan dan windbreaker jer. Sempatlah group kita di ngorat oleh a few guys tu...hahahahah. Rupa2nya mereka adalah kakitangan dari salah sebuah hospital di Johor.

Anyway, malam terakhir tu, kami berBBQ dengan real campfire bersama rangers. Sporting betul rangers tu semua.

Memang kita jatuh cinta dengan caving sebab ini, tapi tak ada kesempatan untuk pergi tempat lain. Oh, the next year tu, kita datang lagi dengan a few friends secara persendirian dan a few times. Dalam group yang kecil. Dah close dengan rangers dan pernah pula sekali tu kita dan kawan2 dapat peluang menjadi wakil rangers. Kami yang bawak tourists group ke gua2 tersebut, siap dengan explanation sebijik macam rangers. Dah hafal..hahahahhaa.

Yang paling sweet sekali ialah di Gua Kolam 7. Selalunya dalam kolam tu tak ada air, cuma bentuk batu tu seakan2 kolam 7 tingkat. Tapi ada sekali tu, kami sangat beruntung sebab tiba2 semua tingkat kolam tu penuh air. Abang renjer suruh selawat dan baca doa sikit sebelum masuk dalam kolam tu. Sekadar mohon perlindungan Allah. Tapi, memang best betul berenang2 dalam kolam 7 tingkat tu. Keluar dari situ, serius rasa lebih tenang, semangat lebih jitu dan segala aura positif semakin baik.

Kalau ada yang masih aktif, stamina masih tinggi, bolehlah cuba caving di sini.


Untuk maklumat terbaru, boleh lawati blog Hutan Lipur Gunung Senyum.





.

35 ulasan:

  1. Bila baca catatan ini, terasa bagaikan turut sama... :)

    BalasPadam
  2. wah! seronok baca pengalaman sis. suka juga dgn aktiviti begini, tapi rasanya health akan limitkan capability saya. tak sanggup juga rasanya kalau kena berenang dengan si ular air adoilah boleh pengsan kat situ juga...

    BalasPadam
  3. salam sis aziela
    satu pengalaman yang manis dan sukar untuk di lupakan...terima kasih sis sudi kongsikan buat tatapan semua disini....
    Pekabar sis..?
    TA selsema sedikit ....alhamdulillah .......masih mampu menaip dan mengunjungi sahabat semua....

    happy blogging sis

    BalasPadam
  4. best buat aktiviti macam ni. pernah masuk gua dulu sekali, sekitar lenggong..

    banyak gua prasejarah kat situ...

    BalasPadam
  5. Seronoknya.. baca pun rasa best...

    BalasPadam
  6. aduh kak.. adventurenya akak..saya dulu pernah join sekali je aktiviti trekking.tapi takde yg mencaving pun. cuma turun naik bukit.penatnya masya allah.. tapi best sangat..

    BalasPadam
  7. Ziela ni boleh tahan lasak. Kakak tak ada peluang macam itu semua. Seronok kakak baca. Nampak letih tapi mesti adventure kan..

    BalasPadam
  8. Kakcik : Ye ke Kakcik? Terima kasih kerana 'bersama' saya.

    BalasPadam
  9. Rys Areesa Nasir : Kalau sekarang pun, my health is my concern too. Masa telah merubah banyak perkara kan.

    BalasPadam
  10. hihihi..hihihi...nampak cermin mata lagi besar dari muka kak zila..hihihi..

    BalasPadam
  11. Tirana Aduka : Blog memang untuk berkongsi, kan. Patutlah TA agak kurang ceria kebelakangan nie. Jaga diri dan jaga kesihatan yer. Yang penting nak pergi majlis kan..?

    BalasPadam
  12. Pengalaman bbq dgn real campfire tu mmg best kan...Dulu zaman sekolah camping pengakap ada buat..:)

    actually mmg banyak lokasi gua kat negara kita yg best..saya satu pun tak pernah masuk! hihihi

    BalasPadam
  13. Wan Ahmad Izudean : Banyak yang kita belajar bila masuk gua kan. Terima kasih singgah blog akak yer.

    BalasPadam
  14. makchaq : Syukurlah saya boleh beri feel melalui tulisan ini.

    BalasPadam
  15. Rai : Akak pernah turun naik bukit dan pernah daki gunung juga. Tapi, usually ada something attractive dekat atas kan.

    BalasPadam
  16. tersenyum di bukit senyum tuu.., ehHHee

    BalasPadam
  17. Salam ziela,
    Tk kena libasan batman (kelawar) masa expedisi dlm gua tu ke?

    BalasPadam
  18. duluuuuu mmg aktif kalau bab mendaki gunung & merentas lautan, ecewah... sekarang ni dah surrender.

    Nice entry :)

    BalasPadam
  19. Seronoknya akak!!! Saya sekali je pernah join aktiviti berkhemah hehe....saya ni payah sikit nak join aktiviti kat tempat luar hehe, sebab saya memerlukan tandas dan tempat tidur yang selesa kalau ada apa2 aktiviti hehe..... sebab tu la xda pengalaman menarik mcm akak hehe....

    tp sekarang bila dah besar ni, rasa teringin nak mencuba tu ada pula hehehe....

    BalasPadam
  20. entri yang adventurous! saya tak pernah masuk gua walau teringin sangat nak masuk gua... :D

    BalasPadam
  21. seronok join program sbegini...dl msa kt u pun penah join program gni..kejang urat sluruh badan lepas tu...tapi dh kendur balik urat saraf...badan rasa ringan sgt...best...skrg dh *** xlarat lg...:)

    BalasPadam
  22. seram2 sejuk baca... tak sangka Ziela ni kuat jugak semangatnya... hari tu kata gayat, hehehe

    BalasPadam
  23. Bestnya camping dan hiking! Cemas jer baca kisah awak nyaris masuk gaung tu.

    Btw, Gunung Senyum tu dalam daerah mana..?

    BalasPadam
  24. Wak Gelas : tersenyum awal2 jer wak...hahahhaha

    BalasPadam
  25. aby : Memang salah satu gua tu namanya Gua Kelawar, tapi kami dah diberikan taklimat agar berhati2. So, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  26. sudipVSsenduk : Syukur sempat melalui pengalaman tu.

    BalasPadam
  27. Azham : Bila ada kawan dan masih sihat, apa salahnya mencuba kan. Good for your career tau.

    BalasPadam
  28. GB : La, sayangnya GB tak join akak dulu.

    BalasPadam
  29. Zurina : Alhamdulillah dah pernah rasa kan.

    BalasPadam
  30. Seri kandi : Gayat tu sekarang kak...dulu2 redah jer semua..hahahahha

    BalasPadam
  31. wah..bestnya...macam berada di situasi kakak juga

    BalasPadam
  32. Mv masa sekolah tak aktif ikut yg mcm ni...huhu..anak mak

    BalasPadam
  33. Kancil : Cikgu mesti selalu pergi macam nie kan.

    BalasPadam
  34. MV : Akak pun masa sekolah tak aktif, cuma bila di kampus jer.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com