Perginya Seorang Pahlawan Sejati : Kanang Anak Langkau

10 comments
Assalamualaikum.....

Kita terbaca di blog Kaki Sembang.

Terperanjat sangat....

Familinya pun terperanjat sebab dia dikatakan sihat2 saja. Walaupun usia beliau telah meningkat, namun beliau tetap gagah.

Entah kenapa, kisah beliau menjadi seorang pahlawan negara sangat menyentuh hati patriotik kita.

Kita berulang kali membaca pengalaman beliau di dalam buku beliau : Kanang.

Kalau ada yang belum pernah baca...baca lah. Penceritaan dariapda dirinya sendiri. Hinggakan apa yang berlaku di dalam mimpi semasa dia koma pun dia ceritakan juga. Segala pantang larang di hutan, semuanya diceritakan. Setiap kali tetak kepala komunis hingga berkecai otak, dia harus jilat sedikit darah di parang itu untuk mengelakkan badi mayat. Itu kepercayaan agama beliau. Nak melangkah kerja, biawak atau ular melintas dari kanan ke kiri, maka batalkanlah perjalanan. Petanda tak baik...mengikut kepercayaan beliau.

Namun, keberanian beliau itu yang kita kagumi. Sangat kagum.

Masih adakah lagi perwira negara seperti beliau? Mungkin ada, tapi tak berkesempatan untuk membuktikannya kerana negara sudah aman, mungkin?


Apa-apa pun... beliau memang harus dijadikan teladan.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 thoughts..

Raudhah berkata...

novel nya memang sangat best sebab patriotik sangat.

Dr K berkata...

Yup, Kanang anak Langkau,...mmg antara hero sebenar tanahair..org macam ni dianugerahkan Datuk pun saya tak kisah...

Azian Elias berkata...

hero negara..

Aziela berkata...

MV : ya kan...

Aziela berkata...

PRK : Dah baca juga yer...

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Lebih daripada itu dia layak, saya rasa

Aziela berkata...

Azian Elias : True, kak..

Aziela berkata...

Azian Elias : True, kak..

gadisBunga™ berkata...

tokoh pahlawan negara.

saya nak cari buku dia.

TiranaAduka berkata...

pahlawan sejati