Mohon Doa Tulus Ikhlas Untuk Abil Fikri dan Isteri Tersayang.

16 comments
Assalamualaikum.....

Beberapa hari yang lepas, kita semua dah membaca perkhabaran ringkas Abil Fikri tentang perkembangan terbaru isterinya yang tersayang iaitu Kak Gee. Sesiapa yang belum baca, sila klik SINI.



Sejak membaca entry itu, entah kenapa hati ini tak tenang.

Seringkali teringat2 kepada mereka berdua.

Kita tak pernah lagi bertemu mereka. Belum berkesempatan menziarah. Tetapi, komunikasi melalui alam maya ini pun dah cukup mengeratkan persahabatan yang tidak pernah terzahir di mata kasar.

Tengahari tadi, sebelum Zohor, kita gagahkan juga untuk menghubungi En Abil Fikri dan bertanya khabar tentang Kak Gee.

Menurut En Abil, pada pandangan mata kasar manusia, selain daripada apa yang ditulis oleh beliau di dalam entrynya, isteri kesayangan beliau telah sampai ke peringkat final stage. Keadaan Kak Gee masih kurus, tinggal kulit dan tulang saja kata beliau. Kak Gee juga telah menjadi semakin pendiam. Hatta panggilannya kepada suami tersayang pun sangat susah terzahir.

Walaupun begitu, tiada tanda2 kronik seperti suhu badan yang meningkat atau tanda2 jangkitan.

Kak Gee menurut En Abil sangat tenang. Sangat calm.

Sebaik mendengarkan itu, entah kenapa hati kita rasa pilu. Air mata tanpa di undang terus bertamu. Belum putus lagi doa kita untuk mereka berdua.

Kak Gee, kuatkan semangat. Bangunlah Kak Gee. Sebarkanlah kekuatan cinta kalian ke seluruh pelusok dunia.

Mengikut kata En Abil, ahli keluarga mereka berdua pun dah berada bersama mereka. Sekadar persediaan. Tetapi, doa dan harapan tak kan putus, kan.

En Abil ada berkata bahawa talian internetnya ada sedikit masalah, jadi beliau tak dapat nak updatekan perkembangan terkini. Oleh itu, atas dasar persahabatan sesama insan, kita kongsikan dengan anda semua. Sebarkanlah..... Memang inipun tujuan blog kan.

Kawan sekerja kita tadi ada beritahu kisah rakannya yang mana disahkan akan pergi bila2 masa sahaja kerana organ tubuhnya mula berhenti berfungsi satu demi satu, hanya kerana demam denggi. Tetapi, berkat doa dan harapan yang tidak pernah putus, di saat para doktor mengesahkan beliau hanya menanti ajal, secara perlahan2 dan tiba2, setiap organ itu mula berfungsi kembali satu demi satu. Dan sekarang beliau bahagia dengan keluarganya meneruskan kehidupan.

Subhanallah....

Miracles do happen.

Marilah kita panjatkan doa bersama2.


.




Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

16 thoughts..

Dr K berkata...

Saya doakan yg terbaik buat Kak Gee & Abil...saya pernah bertemu saudara Abil sekali, Nov lepas masa gathering di Seremban...Sama sama kita doakan..

Kakcik Seroja berkata...

Allahhu Akbar. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka.

RamRamCute berkata...

semoga Abil terus tabah dan Kak Gee terus kuat..insyaallah kuasa Allah tu besar..kita sebagai umatnya tidak terjangkau apa yang telah tersurat dan tersirat..amin

Chik Att berkata...

Moga Allah kurniakan yg terbaik buat abil dan isteri ....

aby berkata...

lps membaca tulisan aziela,
aby jd speechless ...

utk abil, semoga dia tabah mengharungi ujian hidup ...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

hari tu akak ada juga baca tentang perkembangan terkini Gee. Bila baca perkhabaran dari Aziela ni makin luluh hati akak ni, huhu..

semoga urusan mereka dipermudahkan di hari Jumaat yang mulia ini, Aminn.

wakgelas berkata...

wak pon doakan terbaik jugakk.,uhHUu

ummiross berkata...

Allahuakbar sebak membacanya. Sama2 kita doakan moga isteri En Abil kembali sihat jangan putus asa.

Kisah kedua tu pun menyentuh hato, yeah,miracles do happen, dan ia milik Allah SWT, jangan berputus asa dari rahmatNya.

Aziela berkata...

Daddy Ziyyad : Kita doakan yang terbaik.

Aziela berkata...

Kakcik Nur : Mcm mana keadaan Kak Gee Kakcik? Kakcik ada melawat kan?

Aziela berkata...

RamRamCute : Amiiin....

Aziela berkata...

Chik Att : Amiiin.

Aziela berkata...

aby : Amiin.

Aziela berkata...

Seri kandi : Amiin

Aziela berkata...

Wak Gelas : Yer kan Wakk...

Aziela berkata...

ummiross : Yer kan Ummi....