Sabtu, 16 Februari 2013

Tak Suka Gaya Bahasa Blog Saya? Shooh!

Assalamualaikum.....

Sebenarnya kita ada receive komen dari Cik Anon yang komplen gaya bahasa kita yang sangat rojak dalam blog nie. Dan yes, kita delete terus.

Anon tu tak suka kita rojakkan Bahasa Melayu dan English dalam blog ni.

Bukan maksudnya kita tak boleh menerima teguran. Teguran itu kita terima dengan hati yang terbuka. Tapi bukanlah dengan cara baling batu sembunyi tangan tu. Tak nak tanya ke kenapa kita menulis dengan bahasa rojak?

Mungkin ada di kalangan anda pun sependapat dengan Anon nie. Kita mohon ampun dan maaf.

Blog ini adalah blog santai kita. Macam mana kita berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling kita, cara itu jugalah kita pamerkan dalam blog ini sebab kita value follower kita seperti sahabat rapat kita sendiri.

Siapa yang tak boleh menulis dengan Bahasa Melayu standard kan? Semua bangsa Melayu dan rakyat Malaysia pun boleh. Tapi, back to the objective of blogging.

Kita berblog untuk berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, tips dan apa saja dengan pembaca sekalian. Untuk mencapai objektif itu, kita rapatkan hati pembaca sekalian dengan blog ini dengan tidak berformal.

Kalaulah objektif kita untuk menaiktarafkan Bahasa Melayu, atau untuk mendidik English di kalangan pembaca semua, sudah tentu approach dan isi kandungan My Rainbow ini berlainan, bukan? Dan nama blog itu pun bukanlah My Rainbow.

So, sekali lagi kita mohon maaf kepada pembaca yang menyampah dengan bahasa rojak kita. Kalau benar bahasa kita menyakitkan matanya, kita tak ralat kalau dia pangkah blog ini daripada dikunjungi.

Sekurang-kurangnya kita bahagia dengan jalan menuju objektif blog ini. Hasil kita, luahan jiwa kita, perkongsian minda kita.

Terima kasih anda semua kerana walaupun menyampah dan benci dan kondem, anda masih sudi bersusah payah mengetuk keyboard untuk meninggalkan komen.



.

37 ulasan:

  1. waalaikumsaalm........... biarin lah kak.. namanya juga blog. positif thinking :)
    .

    BalasPadam
  2. saya ok jer dgn blog myrainbow... abaikan jer komen yg x patut tu....

    BalasPadam
  3. Blog kita adalah peribadi kita.
    Blog kita adalah luahan isi hati kita.
    Blog kita juga bukanlah karangan peperiksaan.
    Blog kita juga bukanlah surat rasmi.
    Jadi suka hati kitalah nak tulis apa kan?

    Bahasa rojak tak salah.
    Saya pun tulis rojak jugak.
    Pada saya bahasa rojak jauh lebih baik drp bahasa SMS.

    Saya benci baca bahasa SMS.
    Bahasa orang malas.

    Aziela tak perlu nak minta maaf.
    Mereka yang patut minta maaf sebenarnya.

    BalasPadam
  4. begitu la respond segelintir pembaca. Kita blogger2 ni terima jea ler BUT cik anon tukang komen tu jangan sampai menyakiti org lain..!!

    BalasPadam
  5. Saya rasa, stail penulisan blog ni takde lah rojak pun...sikit2 aja selit English...tu biasa la..Takkan nak karang ayat standard peperiksaan bak kata bro Zoul tu..kan?

    Dan betul, saya menyampah dgn anon. Kalau jujur dan ikhlas, serta ada keberanian, komen lah dengan ID tersendiri..ini tidak, umpama baling batu sembunyi tangan.

    BalasPadam
  6. Salam sis Aziela yang Manis
    TA dtg nie ..
    ala melas sey bakyu ku iki....

    enyong meneh akeh tohmahan ney nag e-mail..seng orak-orak ngenah...
    angger pak di tot key aku wes sui mandek NGEB BLOG...

    sis....bahasa ta lagi depa tak paham sis hehehehhe hanya segelintir pembaca sahaja yang paham.....

    sis keep blogging...TA support sis AZIELA...go go go go sis AZIELA caiyuk......!!!!!!!!!!

    p/s Bro abil...huhuhuhuhu...

    BalasPadam
  7. saya okey je dgn blog akak..xde masalah pun..jgn pedulikan sgt kata2 anon tu..

    BalasPadam
  8. biela guna gaya bahasa santai jer.. sebab itu blog kita.. depends on us..

    BalasPadam
  9. Hahahaha....abaikan shaja Cik Anon itu.. tak mendatangkan pekdah pun kalau di layan...blog kita suka hati kitalah nk cakap macam mana..nak olah macam mana...apa nak kena guna bahasa berbunga ke?? Hehehehe....

    BalasPadam
  10. ANON? DARE YA... ORE NO SUKI NA KOTOBA WO TSUKAU YO. AHOKKKKKK KA OMAE.

    BalasPadam
  11. nad tgk ok je penulisan blog akk..awesome

    BalasPadam
  12. salam kenal & follow sini

    bg saya..biasa ja,tiada masalah sesetengah perkataan ingeris digunakan...

    yg saya tak boleh terima..bahasa remaja yg sgt2 rosak spt aku jadi aq,itu jadi itew...sekarang jadi skunk..

    BalasPadam
  13. Saya tak pernah ada masalah dengan blogger yang menulis bahasa rojak. Langsung tak kisah. Cuma saya TAK boleh terima jika tulis dengan bahasa SMS.

    Teruskan dengan penulisan yang menjadi style sendiri, jangan tiru orang lain.

    *Saya setting kat comment, yang ANON tak boleh komen. Saya benci ANON.

    BalasPadam
  14. wajib ke guna bahasa yang betul dalam blog.. apa punya anonlah...

    yg penting akak suka baca blog Aziela tau, jgn merajuk dgn anon2 yg macam tu, dia dengki tu...

    BalasPadam
  15. sis....
    jagan majuk tau...
    KEEEP BLOGGING

    go go go go go sis AZIELA caiyuk...!!!!!!!!!!

    Cara Menegur ketika dalam solat Jumaat- TiranaAduka

    BalasPadam
  16. @miztia-respect Makasih ya Miz Tia. Tapi, kok didiamkan, lagi berleluasa kan?

    BalasPadam
  17. @hajar Terima kasih. Baik, akak akan abaikan.

    BalasPadam
  18. @zouldahan Terharu baca komen Doc. Terima kasih kerana sokongan itu.

    BalasPadam
  19. @TiranaAduka Uwaaa...isin nyong, TA. Seng Anon tegel kui.

    BalasPadam
  20. @BaNu Syah Thank u darling. Bersemangat kembali akak.

    BalasPadam
  21. @Anonymous Anatawa Anon des! Hihihihi. Arigato gozaimas shujin!

    BalasPadam
  22. @Nadia Johari Awesome ker dik? Biasa2 jer sebenarnya. Thank u support blog akak yer.

    BalasPadam
  23. @❤Kamsiah❤ Terima kasih join family My Rainbow. Yer, saya pun susah nak faham bahasa sms yang trend baru nie.

    BalasPadam
  24. @azieazah Terima kasih Kak Azie. Mungkin saya akan setting macam Kak Azie kalau dah tak boleh bertahan nanti.

    BalasPadam
  25. @Seri Kandi Tanah Jauhar Uwaa...thank u Kak Sari. Saya segan dengan Kak Sari sebab blog akak lebih high standard dari My Rainbow.

    BalasPadam
  26. @TiranaAduka Makasih ya TA. Ok..dah hilang majuk, hihihihi

    BalasPadam
  27. salam,
    lambat kkida menyampuk...biarlah aziela...buat mana yang you rasa selesa...ini blog peribadi...nak campur aduk 10 bahasa pun takpa...:)

    BalasPadam
  28. huhuhuhu..
    alhamdulillah ..dah ilang majuk tu...
    penat tau pujuk...ahakzssssssss.....
    tak mo majuk lagi tau...

    wes tuo bakyu isin kambek bocah bocah seng komen nang kene...ahakzs..!!!!!!

    BalasPadam
  29. @kkida @ 1001resepi Iyerlah kak, saya rasa blog saya dah campur koman2 pun 5 bahasa dah.

    BalasPadam
  30. @TiranaAduka Hahahaha... saja jer nak manja2 sitik.

    BalasPadam
  31. Sabar yea akak....si Anon tu berani cakap in the name of "freedom of speech" tapi sayangnya dia tak berani nak menggunakan identiti sendiri untuk menyokong pendapat dia...tak apalah akak....kami semua yang rapat dan tahu gaya penulisan akak dapat terima cara penceritaan akak, no matter in English or Malay :)

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com