Kenakalan Anak Masa Kecil : Berkubang

13 comments
Assalamualaikum.....

Kadang2 kita dan hubby tergelak2 seronok bila mengenangkan kenakalan Adam semasa dia kecil. Kadang2 bila kami hanya berdua, makan di kedai2, dan nampak anak2 kecil yang dipangku ibu bapanya pun kami boleh tersenyum sendiri. Seronok agaknya kalau ada anak kecil lagi. Tapi, anak kami dah besar. Rezeki kami seorang saja. Namun syukur yang amat Ya Allah kerana Adam sangat menyinar dalam keluarga kami.

Teringat dulu2 masa Adam berumur 2-3 tahun. Weekend, macam biasa balik ke Melaka. Masa tu tinggal di rumah teres setingkat, so porch pun muat2 sebuah kereta dan halaman yang bertanah pun kecill sangat. Bolehlah kalau nak parking penyidai kain yang ada roda tu.

Nak di jadikan cerita, sebelah rumah kami tu, kawan sekerja hubby yang tinggal bersama adik2nya. So, bila malam2 atau weekend, diorang melepaklah kat depan rumah.

Timbullah idea hubby nak buat kolam kecilll tu. So, mereka pun sajalah suka2 mencangkul tanah yang keras sebab ada banyak batu, sedikit demi sedikit. Berhempas pulas mereka mengorek dan mencangkul, dapatlah satu kaki jer kedalamannya.

Tapi, ada suatu ketika pada hari Sabtu, hubby kena kerja. So, kita kat rumah hanya berdua dengan Adam. Selepas jemur kain di luar, Adam tak ikut masuk rumah. Kita pula masuk rumah terus sibukkan memasak di dapur. Tak teringatlah Adam nie masih di luar. Bajet konon dia tengah menonton tv. Maklumlah, hujan baru lepas berhenti. So, tanah basah dan cuaca sejuk.

Dalam setengah jam kemudiannya, kita mula rasa pelik. Apasal senyappp jer. Selalunya Adam kalau senyappp jer lama2 nie, mesti ada 'projek' yang dibuatnya. Bila panggil2 pun dia tak menjawab. Puaslah kita cari seluruh pelusuk rumah. Hati dah berdebar sebab tak jumpa dia.

Bila nampak pintu tak bertutup lagilah dah fikir macam2. Cepat2 kita berlari ke luar.

Rupa2nya, Adam  sedang sibuk 'mandi-manda' dalam lubang yang hubby korek separuh jalan tu.

SUBHANALLAH!!!

Menjerit terus kita macam bapak Tarzan kat situ. Bayangkan dia dengan muka tak bersalahnya pandang kita sambil elok duduk dalam lubang yang dipenuhi air hujan tu. Siap main simbah2 air lagi.  Baju seluar dah kuning oren dah sebab mandi dengan air tanah tu. Siap kepala pun ada tanah2 tu.

Kelam kabut kita bawa dia masuk rumah. Terus mandikan dan bersihkan dia. Nak marah pun x boleh sebab salah kita juga tak tutup pintu. Tapi, seminggu lepas tu, nampak dia sihat, tak demam... kami dah boleh tertawa mengenangkan kejadian tu.

Sayangnya zaman tu tak ada blog lagi. So, taklah terkinja2 nak ambil gambar. Cuma gambar dalam memori nie memang masih jelas lagi dengan rupa paras dia berkubang macam kerbau dalam lubang tu.

Sejak kejadian tu, terus hubby kambus semula lubang tu. Tak jadi buat kolam.

Dan, kawan sekerja hubby yang memang rapat sejak hubby study tu terus plan bawa Adam mandi manda di Janda Baik hujung minggunya tu. Baru puas Adam berkubang dalam sungai di Janda Baik tu.


.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

13 thoughts..

Salwa berkata...

Bahaya kolam-kolam kat rumah ni kan. Budak bnukan leh kire. Semuatempat dia nak explore. Hehe.

Kakzakie Purvit berkata...

Mujur juga kolam tak dalam lagi, selalu yg kes lemas selisihlah... sebab main kolam macam itulah Ziela..

Kakak dulu masa kecik ada main parit tau Ziela, dekat dgn rumah kakak main ramai-ramai tapi tak dalam - kalau ingat balik gelihati:)

Izwa Kamaruddin berkata...

syokkk :)

RamRamCute berkata...

hahaahha..adam..adam... ::-)

Mrs Velentine berkata...

hehehe...adam2..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

hahahaha.. akak leh bayangkan cemana rope Adam berkubang. Mesti cam pelik jer dia tengok maknya jerit cam bapak tarzan, kan.. hehehe

Intan Akma berkata...

kak zila sampai ati kata adam berkubang cam kerbau..haha..terus kambus balik yang tak tahan tu..tak pasal2 dapat penat

Cho Zila berkata...

alahai menakutkan.. berdebar akak bacanyer walaupun tau takder per2kan...

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Lawatan ptg tirana aduka

fardhila fawwazy blogspot berkata...

hihi..lucu..adam sronok jmpa kolam tu:)

che mid berkata...

Salam.. awat mamanya tak ikut terjun sekali temankan Adam, tentu dia lagi sukeeee..!

Zurina berkata...

seronok bila tkenang kisah lama...:)

Unknown berkata...

Comelnya Adam...pastikan Adam baca nukilan ini satu hari nanti hehe :)