Masa zaman belajar dulu, kita pernah buat kerja part time. Ikut kawan. Kerja yang pertama nie ialah kerja kilang. Jadi operator pengeluaran di kilang bernama ALPS di Nilai. Masa tu baru habis matriks, nak naik ke main camp. So, umur dalam 19 tahunlah.
Sebenarnya masa tu cuti sem yang panjang. Dalam 3 bulan kot. Kebetulan ada temuduga terbuka kilang nie di Port Dickson. Kita pun bersungguh2lah datang interview. Tapi, of course kita menipu kan..hehehehehhe. Bawa pergi sijil SRP jer. Itupun panel tu korek2 juga, kenapa result bagus tapi x sambung belajar. Huishh..macam2 cerita rekaan keluar masa tu.
Akhirnya, diterima juga. Pergi kerja ada bas ambil depan rumah. Pukul 6.30 pagi dah tunggu bas kilang tepi jalan.
Saja seronok masuk kerja kilang. Nak rasa suasananya macam mana. Kita pun memang buat bodoh jer lah...seolah2 memang belajar takat SRP jer. Sebabnya, ramai minah kilang lain kat situ pun belajar takat Tingkatan 3 jer. Attitude? Masya Allah. Patutlah ramai yang hina minah kilang. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Samsengnya, mengalahkan pekerja senior. Memang ada sekumpulan pekerja wanita yang muda tapi tak habis sekolah nie suka buat havoc. Ada yang jadi ketua dalam group nie. Kiranya siapa dalam group diorang nie memang tahap glemer dalam kilang la kot.
Bila kita masuk sebagai pekerja baru, kita berkawan dengan makcik2 jer. Kebetulan di kampung kita pun ada sorang makcik juga. Tapi dia kawtim juga, simpan rahsia yang kita sebenarnya pelajar universiti. So, makcik nie kenalkan kita dengan kawan2nya. Seronok kawan dengan makcik2 dan kakak2 nie. Mind setting mereka memang matang, walaupun mereka bukannya orang terpelajar. Group minah samseng nie langsung tak tegurlah kan. Pandang sinis jer. Maklumlahh...kita kan plain jer. Pakai tudung, senyum2 sopan jer..tak macam diorang, mekap2 dan free hair dan lincah. Oh yer, masa zaman tu, golongan wanita yang bertudung nie masih minoriti lagi.
Makan di kantin kilang, setiap pekerja di beri kupon. RM2.00 sehari seorang. Kalau beli food harga lebih, top-up dengan duit sendiri. Tapi at least ada subsidi lah kan. Bila loceng bunyi, beraturlah untuk beli food. Tapi, kalau kumpulan minah samseng tak habis sekolah nie sampai, memang mereka selamber jer potong barisan. Terusss ke depan sekali. Kalau ada yang tegur, boleh gaduh besarlah kat kantin tu.
Kemudiannya, ada 2-3 technician kat situ yang umurnya dalam 20an la kot cuba2 nak bermesra. Tapi semuanya segan2. Tahap dari jauh jer. Mungkin sebab antara pekerja yang berumur belasan tahun tu, kita sorang jer yang 'senonoh' sikit kot. Tapi akak2 dan makcik2 yang geng kita tu selalu protect kita. Diorang main warning2 technician tu semua. Memang fun suasana tu.
Kerja kita adalah buat benda yang rutin. Patchingkan part electronics yang kecill sangat. Minggu pertama, paling tinggi kuantiti kita dapat buat ialah 600++ pieces sedangkan makcik2 dan kakak2 yg expert tu boleh siap sampai 3000 pcs sehari. Aduihh...sakit pinggang di buatnya. Bila machine rosak jer, kena nyalakan lampu siren. Technician pun datang, godek2 machine. Oleh kerana kita orang baru, dapatlah machine lama. Selalulah rosak. Selalulah technician datang. Sambil repair, sambil berbual. Sikit2 jer lah..
Entah kenapa suatu hari tu, salah seorang samseng wanita nie approach kita dengan garangnya. Dia sound kita jangan kacau balak dia. Wah! Bila dia sebut nama balak dia, haram kita kenal. Tak kenal langsung pun. Malas nak kecoh, diamkan jer. Angguk2 jer lah. Sajer nak tengok sampai mana 'rosaknya' budak2 nie.
Bila cerita dengan makcik2, baru kita tahu balak dia tu ialah mamat technician. Laa... Dah la tu...rupa2nya satu kilang tahu minah nie perasan sorang2. Hahahahhaha.
Tapi, lepas sebulan, kawan kita pujuk kita ajak masuk kampus. Dia kata boleh ambik satu subjek. Speed course kiranya. Langsai juga 3 credit hour at least kan. Ok lah. Kita pun resign. Seminggu notis. Bila mengadap HR yg interview kita, HR tu pun gelak2. Katanya dia dah agak kita ialah student yang sedang cuti. Cara kita bawak diri dalam kilang tu lain dari pekerja lain, katanya. So, dalam exit interview tu siap berdiskusi pula kami tentang masalah sosial yang melanda kilang tu. Agak parah juga. Tapi masih boleh di baiki. Alhamdulillah, ada hikmah dan ada hasilnya kita di situ walaupun sebulan saja. Dan kita dah minta maaf sebab kelentong dia masa interview. Kami gelak besar jer masa tu.
Minggu terakhir di kilang, dengan cepatlah tersebarnya berita tentang diri sebenar kita. Terasa macam identiti terbongkar masa misi undercover pula.
Tapi, bila terbongkarnya identiti itu, tak semena2 kita pula jadi glemer. Bila beratur di kantin, geng samseng wanita tu terus tarik kita beratur di depan sekali. Dapat special place. Tapi kita patah semula ke belakang lepas nasihat sedikit2. Kalau hidup tak ada peraturan, memang susah yang kita dapat dalam hidup, kan? Sabar sikit tak apa. Yang penting, jangan ambil hak orang lain. Allah boleh ambil hak kita bila2 masa jer.
Alhamdulillah mereka menerimanya. Syukur Ya Allah.
Makcik2 dan kakak2 yang kamcing dengan kita pula bukan main lagi basuh balik budak2 nie. Katanya kita yang terpelajar nie pun tak menyombong, tapi budak yang tak habis sekolah pula berlagak bagaikan boleh menongkat langit.
Kita tak suka mereka bandingkan kita, tapi semoga gadis2 manis yang samseng tu akan berubah. Kalau pun tak banyak, sedikit pun mampu membuka langkah ke arah yang lebih baik.
And, secara tiba2 entah mana2 technician pula yang sebelumnya malu2 terus jadi ramah tamah. Tak pasal2 dapat surat peminat daripada department2 lain. Subhanallah. Sesungguhnya manusia biasa itu banyak kelemahannya.
Bayangkan, waktu kita mula2 masuk sangat underground. Tak siapa sudi nak berkawan sebab penampilan sederhana. Tak glamour2 gitu. Tapi bila tersebarnya taraf pendidikan kita, secara tiba2 terus jadi tumpuan. Manusia, di zaman apa sekali pun, sekiranya hati tidak ikhlas dengan Islam, pasti material duniawi menjadi tarikan. Kalau bukan rupa yang cantik, pangkat yang tinggi atau harta yang banyak, pasti ramai yang tidak mampu melihat intan di antara butiran pasir.
Sedihnya di zaman itu, di kalangan itu, minda masih terbatas dengan material dunia.
Sedihnya kerana kita melihat keruntuhan akhlak di hadapan mata kita sendiri. Waktu solat Jumaat pun dipenuhi dengan perkara lagha (maksiat) oleh sebilangan kecil pekerja. Walaupun kilang yang kepunyaan Jepun itu telah menyediakan bas untuk pekerjanya ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Insya Allah dan Alhamdulillah. Rata2 kilang di zaman sekarang sudah tidak menghadapi gejala sosial yang serius seperti ini. Perkongsian dari rakan2 HR dan juga dari hubby sendiri yang memang bekerja kilang membuktikannya. Hilang terus tu tak la kot, tapi ketara kurangnya.
Sebulan saja, tapi memberi impak yang besar dalam hidup kita. Kita mula bertanya diri sendiri, apa sumbangan kita untuk membasmi masalah keruntuhan akhlak ini? Sejak itu, bila masuk ke main campus, kita mula bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat.
Nanti kita susulkan cerita2 itu yer.
.
Waaaa best entri ni.
BalasPadamMula-mula gelak sakan tengok tudung tu.. he he che mid pun pakai tudung mcm tu..
Paa tu gelak pasal keje kilang. Masa tunggu SPM che mid keje kilang buat jajan chickedees.. balik rumah habis satu badan berlumur serbuk jajan.. tapi sambil keje sambil ngunyah ha ha.
Pasal masalah sosial ni pulak, rasanya sekarang pun ada tapi banyak diambil alih oleh foreign workers.. baik lelaki atau perempuan. Kena pulak si Bangla rupa mcm shah rukh khan, si minah Indon pun apa lagi..itu antara pengalaman che mid masa jaga HR dulu.. kita sebenarnya dari cabang yang sama Aziela..
hahaha...best pengalaman awak ni...Boleh lihat dgn mata kepala sendiri dan rasai pengalaman bergaul dgn mereka yg macam tu....Dan belajar melalui pengalaman...
BalasPadamMemang kita sedih, sebab non Muslim di negara kita kadangkala lebih respeck dan hormati agama islam( contohnya kilang awak tu sediakan bas utk solat Jumaat), tapi sikap sesetengah non Muslim tu sendiri yg memalukan...
Ada tak saja saja gi jenguk kilang lama tu sekarang? :)
che mid : Saya dah agak kita dalam bidang yang sama, CM. Hahahahha. Seronok kan kerja kilang. Tapi kalau jadi HR, agak peningg sikitlah kan.
BalasPadamhihihi...pengalam zaman memuda dulu2 kalau nak dikenang2 memang melucukan dan sukar untuk kita lupakan...tabikk lah kat awak sebab berani nak masuk bekerja eventhough temporary basis ke dalam kilang...
BalasPadamDaddy Ziyyad : Itulah sebabnya masuk situ. Bukan sebab nak income pun. Muslims dalam Malaysia nie masih banyak yang perlu di baiki. Tapi memeang dah developed soo much compared to zaman dulu. Now tak pergi dah. Tak boleh senang2 masuk kilang orang, Doc. Tapi ada la risik2 dengan engineer dia yang berkawan dengan hubby. Hahahahha
BalasPadamMV tak pernah keja kilang tapi seronok baca enrty ni
BalasPadammemang zamantu orang pandang tinggi budak U kan.. maalumler masatu tak seramai sekarangni... suka baca... macam kita lak berada kat situasi itu.. cam dalam drama...
BalasPadammmg xpenah de pengalamn keje
BalasPadamrase gerun lak nk stat keje kak
debar
salam sis aziela
BalasPadamPengalaman yg membuatkan ta tersenyum sambil melihat gambr sis..
Mesti tensioon sis aziela masa tu.adoi.
salam. seronok baca kisah nostalgia ini...
BalasPadamwak ondway to Kuantan arini yee..ehHHhee, jumpa mak disana disanaa
BalasPadamwah wah wah..nostalgia sungguh..awat tak tangkap gambar kasik clear...
BalasPadam;D
best jugak cz dpt pengalaman yg brharga...akak je yg xkerja cz mama akak ni jenis yg amat2 risau...so dok jelh kat rumah.....
BalasPadambest baca citer nie..kelakar dan berguna perkongsian pengalaman nie. sy pun pernah gak keje kilang dulu, masa tunggu result spm dan stpm...dpt gak duwet poket sendiri
BalasPadam