Assalamualaikum.....
Nak buat entry baru, tapi dalam hati rasa bersalah sebab ada banyak lagi komen2 yang belum kita balas. Tapi memang macam2 pula halangan yang ada. Tak up entry, kasihan pula pada yang masuk sini tanpa sajian baru. Kita sendiri pun rasa boring masuk blog sendiri kalau tak ada cerita baru.
Anyway, pagi Isnin nie kita cerita perkara yang mudah jer lah.
Beberapa minggu yang lepas, kita dan rakan2 pejabat telah memanjangkan langkah untuk mencari lunch. Ha, dari Bukit Jalil, berhempas pulas kami melangkah ke Sunway Pyramid. Dah sampai situ, masing2 pening nak makan apa. Last2 kami decided untuk mencuba makanan di Simply Penang.
Kalau nampak perkataan Penang nie, terbayang Pulau Pinang. Terbayang pula nasi kandar dan rojak. Tapi bila ada word Simply, terbayang Hokkien Food. Hmm...apa yang ada ekk?
True enough, kebanyakan makanan yang terhidang dalam menu adalah nyonya style. Hokkien food. Ok lah...
Maka kami satu group pun order berbagai2 jenis. Ada yang nak kuay tiaw, ada yang makan nasi ayam Hainan, ada yang nasi goreng special dan ada yang makan nasi kari.
Tengoklah hidangan kami. Tapi, ada nampak gelas air tak? Taraaa...!!!! Air hanya tiba agak2 kami dah nak tersedak makan atau dah nak tercekik. So, satu deducted point di situ.
Lagi satu, nampak tak mangkuk tinggi, atau pun balang pendek tu. Yang di celah2 pinggan tu? Waiter tu kata free soup. So, bila sup itu dulu yang dihidangkan sebelum tibanya air atau makanan, maka kami jenguk2 balang tu, ambik bau, cedok2...sebab tak pernah makan. Apa rasa sup nie ekk? Sebab bau dan warna dia agak pelik. So, kami ala2 manusia yang baru jumpa balang yang jatuh dari angkasa lepas la... Cuit2 sana sini sikit. Satu balang tu adalah untuk 2 orang.
Jengg.... inilah dia supnya... Supnya adalah ala2 sup masam yang macammm tomyam tapi bukan tomyam. Pedas2 sikit. Ada cili api pecah2 dalam tu. Ada sayur sawi jeruk yang tak masam dah. Daannnn ada isi ayam.
Sekali sedut supnya, wah, boleh terima lah. Sangat sesuai untuk ibu2 mengandung yang tekaknya tengah payau atau untuk orang yang baru nak kebah demam yang belum ada selera makan. Jujurnya, ada kuah nie, ada ayam goreng, nasi putih...confirm boleh lancar pemakanan punyalah.
Kita order Nasi Nyonya dengan Ayam Kari dan Chicken Lor Bak. Lor Bak nie memang makanan Cina. Kat Melaka, ramai yang jual, tapi tak halal lah pula. Alang2 ada yang serve halal nie, tu yang kita cuba.
Ayam drumstick tu ialah yang di masak kari, tapi kuahnya di asingkan dalam mangkuk. Kiri atas tu ialah macam serunding ikan yang di lapiskan dengan sayur macam inti popiah tu. Dan of course Lor Bak yang panjang tu.
Lor Bak tu ialah isi ayam yang di gaul dengan rempah ratus dan ada cendawan cincang juga rasanya. Digulung di dalam kulit tahu dan di goreng. Makanya, kulit tahu jadi macam rangup2 tapi bila kunyah selepas rasa rangup, ada rasa ayam dan cendawan yang moist dan satisfying sangat.
Cuma, kita macam kurang sikit mula2 tu sebab kari tu sangat mild rasanya. Siap korek cili padi daripada sup yang tadi tu. Dah nak habis makan, baruuuu teringat ada sambal belacan. Cisss...rugi2. Sambal belacan dia sedaappppp pula tu. yerlah, bila nak makan, mangkuk dengan piring sambal tu dah letak atas meja luar dari pinggan. Tu yang boleh tak nampak sambal belacan tu.
Kita minum air limau asam boi. Mak oiii...freshh sungguh rasanya.
Basically, boleh explore lah. Memang boleh try lagi. Err, bila lah nak pergi lagi agaknya ekkk?
.
sedapnya...lain dari yang lain..kancil ndak pernah jumpa lagi...hehehe
BalasPadamwak pon minum air suam jakk.,ahHHKs
BalasPadamkena pandai pilih menu kot idak tak kena ngan tekak orang melayu yang suka pedas2ni... penah gak cuba tapi tak berapa nak berkenan..
BalasPadamKancil : Kancil bagaimana di sana? Jaga diri ya...
BalasPadamWak Gelas : Eleehhh Wak.. Yang siap ada air teh, air sirap dan bandung tu apa tu Wak...?
BalasPadamCho Zila : Ha, betul. Kalau dapat amcam nasi ayam tu, agaknya kurang sikitlah selera kot kan.
BalasPadamah...laparnya....nak pergi sana la nanti hehe!
BalasPadam