Khamis, 4 April 2013

Aktiviti Memancing di Homestay Kong Kong, Masai (Johor)

Assalamualaikum.....

Let's continue. Kita sambung dengan aktiviti2 nya pula yer.

Sebenarnya, sewa homestay ni adalah termasuk dengan 30 minutes boat ride. Nanti kita akan dibawa naik bot pergi melawat ke kawasan2 sekitar. Untuk bot memancing pula, tidak termasuk dalam package homestay. Sebabnya ada yang tak tahan memancing dari dalam bot. Mabuk. Err, termasuk kita. Muntah belilah jadinya... Kita pernah memancing dari dalam bot dengan hubby di Langkawi dulu. Tak tahan betul. Kalau bot tu bergerak tak per lagi. Tapi kalau berlabuh, bot teroleng2, aduh hai...

Ok, mari kita senaraikan aktiviti kami di situ :

Sabtu :

4.00 pm : Tiba ( Yang lain dah tiba jam 2.00ptg). Makan, rehat dan siapkan peralatan memancing.
5.00 pm : Yang lelaki naik bot untuk memancing. Yang perempuan sibuk di dapur dan kemudiannya rehat2 saja. Kita ambil kesempatan untuk berehat di rumah rakit yang awesome.

7.30 pm : Ahli memancing tiba ke rumah untuk solat dan berehat. Makan dan bersiap lagi untuk trip malam.
8.30 pm : Hubby jer yang ikut trip malam tu sebab ayah, abang ngah and Adam dah 'pengsan' kepenatan. Penat travel tak hilang lagi.

Ahad :
5.00 am : Hubby tiba ke rumah semula bersama hasil tangkapan yang memuaskan.
7.30 am : Breakfast dan kami ada boat trip. This time hanya kita, adik ipar dan adik kita serta kanak2 jer join. Yang lelaki tak ikut.
11.00 am : Kami check-out dan bergerak pulang.




Yana dan Adam duduk di hadapan bot. Yana seronok sangat, tapi Adam x seronok. Dia kata bosan. Yang sebenarnya dia lapar sebab dia tak sempat breakfast lagi...hehehehehe


Ada kapal besar. Apa nama kapal nie ekk? Dredging ship ekkk? Macam untuk construction.


Kami lalu bawah jambatan higway baru Pasir Gudang ke Desaru tu.

Sebenarnya, kami target untuk at least dapatkan ikan tebal pipi. Memang ramai yang tak biasa dengar pasal ikan nie, tapi biasanya kalau orang Johor yang biasa pergi pasar mesti tahu ikan nie. Ikan nie di pasaran lebih kurang harganya RM20++ sekilo. Boleh tahan juga.

So, untuk dapatkan ikan tebal pipi nie, biasanya mereka gunakan umpat ruat/wat2 bakau. Liat sikit dan tahan lasak sikit berbanding wat2 pasir atau umpon/pon2 yang biasa tu. So, kita booking umpan siap2 daripada En Haffas. Senang, tak perlu risau pasal umpan lagi dah.

Hasil agak memuaskan walaupun tidak berapa menggembirakan. Banyak ikan duri. Sangat banyak. Kiranya tong air batu yang kami bawa tu, penuhlah juga. Ala, tong macam tong air batu Coleman saiz besar tu.



Inilah hasil tangkapan hubby bersama En Haffas malam tu. Ini tong ikan nelayan, so nampak macam sikit. Walhal bila di pindahkan dalam tong besar Coleman kami, penuh sampai ke atas. Syukur Alhamdulillah.

Selain daripada ikan duri (yang sangat sedap untuk masakan asam pedas), mereka dapat naikkan sembilang yang besarrrr. Mengkin dalam sekilo lebih beratnya. Kaki pancing gelarkan 'gemang'. And ada juga ikan gelama terselit sedikit.



Inilah ikan tebal pipi tu. Nak lebih jelas, boleh google. Ada banyak sangat maklumat tentang ikan tebal pipi. Warnanya memang ke'emas'an. Golden gitew. And of course untuk di masak asam pedas, stim, atau untuk masak kari. Tapi kami kan orang N9, mesti mak masak lemak cili padi nanti.

Last but not least, hubby bergambar bersama En Haffas. Riang ria jer muka mereka berdua nie kan....

Insya Allah, kita akan letakkan pakej harganya nanti yer...


22 ulasan:

  1. suami saya suke memancing tp sebab isteri dia nie tak sudi nak teman dia mancing, maka terkuburlah minat itu hewhewhewww :)

    p/s; kak, burger bakar tu ade kat desa tasik...tepi jalan je :)

    BalasPadam
  2. oo.. datang mancing kat Kong Kong ke? Seronokkan, tapi husband akak pndi mancing kat pasar jer.. hehe

    BalasPadam
  3. wahhh..seronoknya...lagi seronok dpt ikan yg segar2 lagi kann...

    BalasPadam
  4. berbaloi2....lumayan gak hasil tangkapan tu.....Agak2 ikan tu sedap dimasak apa ye azie????

    BalasPadam
  5. huhu.. sori la tak dapat banyak ikan.. huhu..

    musim panas kot.. ikan menyorok dalam2.. hik3.. tu ikan semua tgh naik harga nih.

    anyway, tu kira ok lagi la dari ayah saya yg sgt jarang dapat hasil =(

    BalasPadam
  6. untuk kaki pancinglerkan.. kalau yang tak berapa nak kaki tak lehler ...
    tak suka memancing suamipun sama..

    BalasPadam
  7. Ikan tebal pipi? hu hu mmg 1st time dgr.. almaklum org selalu pergi pasar gini le hu hu..
    wah sis pun suka fishing juge rupanya ye.. like my husband hu hu... kami baru ni pi coral je.. blm smpt tulis diarinya hu hu..

    BalasPadam
  8. gambr kapal dan bwah jambtan ada dlm post hari ni. Samakan?hehehe

    BalasPadam
  9. ta dah pencen bab mancing.hehehe.

    BalasPadam
  10. Pizli & Hajar : Alhamdulillah, seronok.

    BalasPadam
  11. Wina : Hahaha...akak pun x minat, tapi demi hubby, temankan juga lah. Oh, kat desa tasik yer.

    BalasPadam
  12. Seri Kandi : Iyer kak...tapi nak merayap ke JB, tak sempat pula. Mancing kat pasar lebih banyak hasil kan?

    BalasPadam
  13. Intan Akma : Adam pasrah sebab tengah laut tak ada sarapan...hahahahha

    BalasPadam
  14. ainnoraini : Bila tengok ikan fresh dalam tong ikan tu..terus rasa nak loncat2, kak. Hehehehehehe

    BalasPadam
  15. NzA : Saya baca kan kak, biasanya orang JB masak asam pedas atau masak kari. Tapi memang sedaplah ikan dia. Mak saya masak kari.

    BalasPadam
  16. brat2104 : Tak apa...boleh tahan juga hasilnya. Lagipun kami rushing sangat. Next time, Insya Allah.

    BalasPadam
  17. Cho Zila : Betul kak. Kalau yang tak suka, memang akan nangislah sampai kat sini, hehehehehhe

    BalasPadam
  18. Rys Areesa : Itulah, belum ada kelapangan lagi nak baca entry coral tu. Nak kena baca dengan aman sebab nak kena menghayati...hehehehehe

    BalasPadam
  19. Tirana Aduka : Iyer, sama. Ulang tayang....hahahahhaha. Dah x mancing yer TA? Maklumlah.... rempit lagi best kan..? Hahahahahha

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com