Macam biasalah kan, bila hari Khamis, mesti nak kena cerita tentang gambar Wordless Wednesday. So, gambar semalam ialah gambar kerbau. Memang kita paksa hubby berhentikan kereta di sebelah kawanan kerbau tu dan bersungguh2 ambil gambar mereka. Kebetulan, seekor kerbau dengan tanduk yang perfect cantik jer posing kan. Perfect!
Okeylah, meh cerita. Yang sebenarnya, weekend di Kuantan masa tu, macam biasalah kami laki bini jer tanpa anak. So, hubby ajak kita merayau2 nak cari port memancing. Tak ada nak kejar apa kan. Sajer nak explore jalan2 yang tak pernah di lalui. Jalan2 ke Sg. Lembing, nampak ada sungai di tengah ladang kelapa sawit yang ada 3-4 orang pemancing. Kami singgah kejap tengok teknik memancing dan umpan. Tapi macam tak berapa nak seronok sangat, so kami teruskan perjalanan.
Oleh kerana nak memancing sungai, dan hubby tak standby dengan umpan, kami cubalah cari2 biji kelapa sawit yang gugur sepanjang jalan tu. Hingga ke tahap kami mengekor lori yang angkut buah kelapa sawit. Bila lori tu terhentak sebab jalan tak rata, pasti berterabur beberapa ulas biji sawit dari lorinya. Masa nie, hubby berhentikan kereta di tepi jalan dan kita berlari2 kutip biji sawit nie. Hahahahhaha...tak pernah2 seumur hidup kita buat kerja macam nie. Kami laki bini gelak2 sampai sakit perut dengan gelagat kami sendiri.
Dalam pada meneroka jalan, kami masuk ke satu simpang yang nampak macam perkampungan. Ada signboard, ada balai polis dan ada sekolah yang semuanya menyatakan bahawa tempat itu ialah Kg. Air Putih, Kemaman. La...! Kami dah masuk kawasan Terengganu rupa2nya. Ish2... Tergelak2 kami berdua sebab sedar x sedar, dah masuk Terengganu.
Anyway, cuaca yang baik, matahari yang menyinar terang, suhu yang tidak terik panasnya berserta angin yang bertiup nyaman takkan kami bazirkan. Satu kegemaran yang kami suami isteri kongsi bersama ialah meneroka kawasan baru. Masuk kampung orang, kami memang betul2 macam rusa masuk kampung. Setiap kali ada penduduk kampung yang kami lewati pasti kami menjadi tumpuan pandangan mereka. Iyerlah, pasti mereka saling kenal mengenali, kan.
Kami melewati jambatan yang merentasi sebatang sungai yang lebar, tapi cetek kerana nampak dasarnya. Sungai yang jernih airnya tu, rasanya adalah kawasan perkelahan kerana kami nampak beberapa orang pengunjung di tebingnya dan ada kanak2 yang sedang mandi manda. Hubby dah teruja sebab mengandaikan pasti ada port memancing di mana2. Jadi kami teruskan perjalanan.
Hinggalah akhirnya kami tiba di satu bendang sawah padi yang luas terbentang dan dikelilingi oleh pemandangan bak dalam lukisan. Betul2 di tepi jalan, ada tali air yang sangat memikat hati.
Lihatlah kecantikannya. Waktu nie, dah hampir tengahari. Tapi, pemandangan dan cuaca seolah2 baru jam 8.00 pagi. Subhanallah. Mana datangnya rasa damai dan tenang bila tiba ke sini yer? Seperti magis.
Masih kelihatan lapisan kabus di gunung ganang itu. Rasa seperti tak nak berganjak dari sini.
Hubby nampak macam ada anak2 ikan yang berenang2 dalam tali air tu. Ada anak ikan, adalah maknya kan. Tapi kami tak ada umpan yang sesuai. Biasanya kalau ikan kecik2 macam nie, umpan cacing tanah tu memang berseleralah ikan. Atau paling tidak pun, cengkerik. Tapi kami kan x prepare. Hanya ada kelapa sawit jer.
Yang sebenarnya, inilah pertama kali hubby nak guna umpan kelapa sawit nie. Untuk dijadikan umpan, biji sawit nie harus di hiris2 sebesar kuku jari dan sangkutkan pada mata kali dalam beberapa lapisan. Tapi mungkin sebab tak kena dengan ikannya, maka kami tidak mendapat apa2 hasil.
So, tak dapat hasil, maka kami pun teruskan perjalanan. Target kami ialah nak survey Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah di laluan Jabor tu. Ada sekali jer kami lalu situ, dah malam dan kami rushing nak tiba segera ke Kuantan. So kami tak singgah. Saja nak survey bandar. Manalah tahu, next time lalu sini, kami dah bersedia apa2 yang perlu.
On the way nak ke bandar tu, nampak ada satu lagi simpang. Hubby terus masuk simpang tu. Ada signboard air terjun. Ada air terjun, mesti ada sungai kan? Kami menghala ke Kg Pasir Raja.
Kami jumpa kampung tu. Memang damaiii sangat. Tak ada pembangunan yang menyesakkan. Seolah2 kembali ke zaman 80-an. Dan kami akhirnya tiba di sebatang sungai yang besar. Memang cantik kawasan tu. Lama juga kami lepak di situ. Cuaca pun sejuk jer. Mungkin sebab baru lepas hujan renyai kot.
Air sungai nie memang boleh ralit bila di pandang kan. Tapi oleh kerana mood memancing dah hilang, hubby hanya pusing2 sekitar situ jer...
On the way nak ke Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah dari Kg Raja nie lah kami terjumpa kawanan kerbau tu.
Sesuatu yang menarik kan...?
Oh yer, air terjun tu kami tak jumpa. Entah macam mana kami sampai ke dead end. Jalan tar yang bersambung dengan jalan tanah merah. Off road memang tak sesuai dengan kenderaan kami lah kan. Terpaksa u-turn semula.
Entah bilalah lagi nak mengembara macam nie.
cantiknye view... kerbau? erkk.. takot la tgk rupa kerbau tu.. rasa mcm dia nk sondol kite jek.. kohkoh
BalasPadamMemang mendamaikan view tu...kalau ambik gambar sunrise/sunset, mesti cun..hihihi..
BalasPadamSaya selalu dengar jugak kaki pancing guna umpan sawit ni...tertanya tanya juga, ikan apa yg makan buah sawit? hahaha
Dulu2"kat kg kakain byk ada kerbau...
BalasPadamSekarang ni mcm dh pupus jer...
Salam,
BalasPadampanjangnye karangan aziela...tapi kkida baca gak sampai habis...seronok sekali-sekala jalan berdua duaan...:)
Tenangnya pemandangan tu kak...
BalasPadamTenangnya pemandangan tu kak...
BalasPadamsama soalan ngan daddy ziyyad.. ikan apa makan buah sawit..? hahaha..
BalasPadamteringin jugak nak jalan2 camni..
seronok pulak baca pengembaraan yg singkat ttp menarik tu....Kuantan dgn Bndar Mukhtafi Billah tu xjauh sgtkn...kira smpadan..kalau blk kg mmg akak lalu jabor....
BalasPadamwak pon dh lama X nmpk kerbau tepi jalann jugakk.,ahHKs
BalasPadamakak, untung dapat pasangan sejiwa seminat. :D
BalasPadamtenang je jiwa kalau dapat pergi ke tempat macam ni kan..
BalasPadamsalam sis aziela....
BalasPadamwakh......aman dan tenteram pemandangan tu...sejuk mata memandang..
pekabar sis aziela....? dah sarapan ke..?
p/s hehehehehehheh sudah pasti la sis..tiada rahsia antara kami..reaksinya bertambah ghairah lah dia eheks..malu...hehehhehehe