Jumaat, 19 April 2013

Kuantan : Ikan Patin Bakar Tempoyak, Daging Salai dan Sambal Hitam

Assalamualaikum.....

Owhh...maaflah sebab kita ambil masa yang sangaaattttt lama untuk explain tentang WW kita yang INI. Tapi memang ada masalah dengan gambar sikit. Now, Alhamdulillah, resolved. Hari ini, kita nak tepek gambar puas2 dan banyak2 dalam entry nie walaupun gerun sebab takut picasa album penuh dengan cepat sampai dah tak boleh tepek gambar dalam My Rainbow ini lagi nanti. Rasa itu memang berleluasa dalam jiwa.

Asalnya begini....

Hubby kita di bawa ke satu tempat untuk makan pa'eh. Dia memang curious.... Apa bendanya pa'eh tu. Tapi ada ramai budak2 kilang nie cakap sedap...orang beratur nak nunggu laa..itu la..ini la.... So, pada suatu hari tuh.. dia berjaya sampai ke tempat tu dengan rakan2 yang selalu lunch dengan dia.

Memang tempat tu sangattt tersorok. Kena lalu Tg Lumpur dari Bandar Kuantan, masuk di simpang Yayasan Pahang dan terussssss ke belakangggg sekali hingga sampai ke MabiQ. Apa itu MabiQ? Sila klik MABIQ. Hehehehehe...


First sekali, hubby racun kita dengan gambar2 yang mengancam. Lepas tu, mulalah membuak2 rasa ingin tahu tu datang...


Daun pisang yang dah licin dan sup tulang yang menanti.

Kawan lunch seangkatan hubby. En Amriza di kiri dan En Zaki di kanan.


Barisan Menu

Ahaaa....star of the day. Pa'eh Ikan Patin.

Pinggan hubby. Terung goreng, daging dan bergedil.


Kedai nie di tutup pada hari Jumaat dan Sabtu. So, hari Ahad ada chancelah nak merasa kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuantan. Kedai mula di buka dari jam 11.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.

 Secara langsung, kita pun berpeluanglah untuk merasai sendiri pengalaman untuk explore makanan di MabiQ. Pada hari Ahad, bersemangat sekali kami suami isteri terjah restoran ini lebih kurang 10 minit sebelum pukul 12.00 tengah hari.

Syukurlah ruang parking masih lapang lagi. Customer pun tak ada lagi...hahahahhaha. Tapi, lauk dah mula di hidang. Masuk jer ke kedai, kami dengan senang hatinya memilih meja untuk berkubang makan mengikut pilihan hati. Meh tengok lauk2nya.



Antara deretan lauk. Dari kiri, daging salai masak lemak, daging salai masak kicap, kepala ikan patin masak gulai tempoyak, kurma ayam dan sambal ikan bilis tempoyak bersantan.


 Kat atas nie ialah daging salai masak kicap. Sejujurnya, ini adalah kali pertama kita makan daging salai masak kicap. Taste exotic. Memang unik sangat rasanya. Daging yang empuk, di salai, dihiris nipiiisss dan di masak kicap yang enak. Wah, makan 2-3 keping hirisan yang nipis tu, terus menikmati rasa yang seimbang antara manis dan masin dan sedikit layangan rasa bercili. Paling istimewa ialah smokey taste daging tersebut.

Bila ada smoked beef yang nipis, enak dan penuh dengan aroma nie, mula la minda terbayang2 sandwich. Alangkah nikmatnya kalau daging nie di sumbat dalam belahan roti bun atau croissant yang dilapis dengan daun salad, tomato dan ditutup pula dengan kepingan cheddar cheese. Panaskan 20 saat dalam microwave, dan nikmati dengan satu mug nescafe sambil menikmati keindahan laut. Wallahhhh! Ok..saya dah drift jauhhhh dari trek.




 Yang di atas ini pula ialah daging salai di masak gulai lemak. Walaupun tak sama macam masakan di Negeri Sembilan, tapi rasanya, keunikannya tetap mantap. Berbanding dengan masakan nogori, gulai ini agak pucat sedikit warnanya dan ada daun kunyit. Kita pasti ada adunan bawang di dalam gulai ini.

Kalau resipi asal orang Negeri Sembilan, gulai daging salai ni hanyalah menggunakan cili padi yang di tumbuk halus dengan kunyit hidup dan garam. Gaulkan terus bahan tumbuk dengan hirisan daging dalam periuk dan renehkan tanpa minyak bersama serai tumbuk pecah hingga kering airnya. Kemudian baru dimasukkan santan cair sedikit dan masukkan santar pekat bila dah mendidih. Perasakan dengan asam keping dan garam lagi.

Walaupun macam tu, gulai ini tetap ada keistimewaannya sendiri. Mungkin sebab tulah namanya gulai lemak berbanding resepi N. Sembilan yang dinamakan Masak Lemak Cili Api. Gulai kan berbeza kan....



Ini pula, first time juga kita jumpa kedai yang menjual menu ini. Kadang2 ada yang masak di rumah jer kan. Walaupun kita pernah baca pengalaman orang lain, tetapi secara personal, ini pengalaman pertama kita. Sambal tempoyak ikan bilis yang di masak dengan santan, di tumiskan dengan cili dan bawang. Wah, memang betul2 menyengat dan mengancam. Betul2 menambah selera.



Ini, jangan tak tau....kepala ikan patin masak tempoyak. Walaupun patinnya bukan lah patin buah, tapi kesegarannya tetap terasa. Aduuhhh....boleh tak menoleh kiri kanan kalau mengerjakan kepala dia. Tapi, kita tak pilih menu nie sebab dah sering dapat.... Maka kita dan hubby attack menu di bawah nie...



Inilah dia.... PA'EH IKAN PATIN BAKAR!

Kepingan badan ikan patin yang dlumurkan dengan rempah dan cili berserta tempoyak, di bungkus dalam daun pisang dan di bakar di sini. Oh, masa pembakaran pula, ditutupkan dengan surat khabar lembap, agar ikan2 ini tidak kering hasilnya.

So, sementara menunggu batch pertama pa'eh patin tu, kita meninjau2 kedai tu dulu.

Rupa2nya kedai nie bersambung dengan pusat pengajian untuk madrasah nie. Keuntungan kedai ni adalah bagi membiayai operasi madrasah ini, untuk anak2 fakir miskin di sini. Dan, operasi kedai ini juga di bantu oleh anak2 ini. Ada yang membantu bancuh air, mengemas meja, menghidang lauk dan sebagainya. Oh, anak2 yang membantu semuanya ialah remaja lelaki. Cerah dan jernihh jer air muka masing2. Oh, terus teringat pesanan novelis Melur Jelita. Firman ada ramai. Hilman juga banyak. Cuma, carilah mereka di tempat yang mana Hilman dan Firman suka. Memang betul. Pandang jer muka anak2 ini, terus terbayangkan figura Firman. Hatta Hilman sekali pun menjelma di sini.


Air self service. Nak cepat, ambil jer sendiri air ni. Atau, boleh juga kalau nak order air lain. Tapi, yang kita sangat, sangat, sangat kagum ialah segala bekas air, cawan2 minuman dan even bekas air batu sekali pun, sangattttttt bersih. Langsung tiada rasa was2 dan langsung tak perlu memilih cawan. Subhanallah. Islam is the way of life.


Ini plak ialah ruang makan di sebelahnya. Ada juga yang di bahagian depan, tapi panas sikit. Sebelah kiri ialah classrooms mereka. Sebelah kanan, di sebalik dapur ini ialah musolla mereka. Open space. berbumbung tanpa berdinding. Depan tu ialah pejabat pentadbirannya. Nampak tak sinki basuh tangan atas kaunter sebelah kanan? Sangatttt bersih. Langsung tak ada keladak!


Akhirnya, ikan dah masak. Pelanggan pun dah mula ramai. Kami pun mula cedok2 nasi dan lauk pauk.

Sayur kita. Mesti nak rasa kualiti sambal tempoyak mentah kan. Ulam yang sangat segar nie betul2 menggoda citarasa. 

Nasi kita. Daging salai masak kicap, of course sebab first time jumpa. Sambal tempoyak ikan bilis bersantan, pun sebab nak rasa. Sesudu jer pun, bukan main menyengat lagi. Dannn sekerat ikan pekasam goreng tercotok di pinggir pinggan. Yess...ada pilihan ikan2 masin dan ikan pekasamm tauuuu. Aduhhh...ikan pekasam yang digoreng garing dengan hirisan bawang dan cili. Betul2 exotic appetizer. 


Inilah diaa! Paeh ikan patin yang di tunggu2. Dua ketul untuk kami berdua. Dan juga sepiring gulai lemak daging salai yang hubby ambik.


Setelah di buka bajunya daunnya, nampaklah seketul ikan patin yang berlumur dengan tempoyak yang penuh rasa dan penuh aroma. Ada rasa lemak, rasa pedas, rasa bakar, semuanya bergabung dengan isi ikan yang lembut dan melt in mouth. 


Sekali tu masa membayar di kaunter, kita ternampak pula bersusunnnn tupperware di atas kaunter. Rupa2nya ianya berisi sambal hitam Pahang yang femes tu. Sambal tu kan di buat menggunakan belimbing buluh. Wah..., another first experience for me. Terus capai 2 bekas yang paling kecilll sekali. Ala, macam tupperware isi tapai yang bulat kecikk tu. Harganya RM5.00 satu. Satu untuk kita makan di opis dengan kawan2 dan satu lagi untuk family.

Alhamdulillah, kami sempat tapaw untuk bawa balik PD. Dapatlah family di PD merasa.



Pintu masuknya....

Ada signboard.


Ada banyak lagi hidangan yang tak sempat kita snap. Maklumlah...concentrate kat makanan eksotik. Tapi antar lain menunya yang femes ialah bergedil daging yang penuh dengan rasa daging serta besar2. Keluar jer dari kuali, tray bergedil tu terus clear. Bila masatah orang2 tu semua ambik sampaikan kita tak merasa langsung. Next time kena aim bergedil nie juga...

Owhh...esok weekend yer... Happy weekend to all.

14 ulasan:

  1. Paeh ikan patin.... kalau tengok cara masakannya sama ngan masakan orang Johor yang disebut 'PAIS'.. cer tengok sini...

    http://sariyusa.blogspot.com/2010/05/pais-ikan-mayong.html

    BalasPadam
  2. sedapnya kak.. bila pergi ni? lama tak gi MABIQ... sinki tu pun dah siap nampaknya..
    kami suka singgah sini lepas ambik abg long balik tadika..

    BalasPadam
  3. Ala... kalau kakak panggil pais ikan. Kami org Johor dah selalu buat tapi biasa bukan ikan patin sebab Johor kurang ada ikan patin ini Ziela..

    BalasPadam
  4. Kuantan No. 1 Lunch conner.

    BalasPadam
  5. Sedap2nya lauk... Kecur air liur hehe.

    BalasPadam
  6. Sedapnya baca entri ni......
    Tengok lauk pauk yang menyelerakan tu...

    BalasPadam
  7. kalu kat sini kitaorang panggil pais ikan...makanan tradisi...akak suka sgt2 trutama ada sejenis daun kt dlm tu...lemak je rasa.......aduyai semua mknan tu nmpk amat menyelerakan....

    BalasPadam
  8. exotic food tuuu., wak X mamam ikan patin tapii.,iHHIKks

    BalasPadam
  9. ta masih dalam pantang tahan3x sabar3.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum...mmg tergoda melihatnya...;)

    BalasPadam
  11. astaga, gila sedap makanannya.....perghhhh meleleh

    BalasPadam
  12. makanan lagi hehehe! sedapnya akak!

    eh, bila pula nak rasa air tangan akak ni? hehehehe :)

    BalasPadam
  13. kat kelate pun di panggil pais or paeh... entah lah 'lughah' kelate kn lain sikit. tp saya n mak (nenek) suka buat guna ikan kecik2 yg di 'sauk' dari tali air kat tepi bendang tu... sama de ikan kecik atau udang kecik. tapi kami balut dgn daun kunyit... aroma daun kunyit tu sedapppp nyer... fuuuhhhhh rindunya suasana tu...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com