Isnin, 15 April 2013

Makan di Kuantan : Medan Selera Taman Sepakat

Assalamualaikum.....

Wah, hari Isnin nie semuanya gloomy jer kan...?

Takper...kita tengok gambar makanan lah kan..baru celikk sikit biji mata semua...

Kita dengan hubby pergi cari dinner pada satu malam tu. Hubby mention, dia ada nampak food court yang selalu penuh dengan orang dan nampak macam meriah dekat2 dengan Sg. Isap. Sg. Isap ni adalah kawasan yang banyakkkkk pencawang elektrik sebelum masuk ke bandar Kuantan kalau anda daripada area Gambang.







So, bila sampai ke tempat tu, memang betul nampak meriah. Dia buat style macam food court. Tempat pun ok...proper la sikit. Food choice pun banyak.

So, lepas duduk dan terjenguk2 sana sini membaca menu kat setiap stall tu, kita main belasah jer order. Maklumlah first time kan. So, tak tahu apa yang sedap. Jeling2 meja keliling nak tengok orang2 yang datang makan apa pun, semuanya makan macam2 juga...

Lai Chi Kang

 Badan memang rasa kurang sihat. Kita terjatuh sebenarnya minggu sebelumnya tu. So, ada bruises sikit kaki kita. So, memang rasa longlaiii jer lah. Tu makan lai chi kang nie.



 Sementara menunggu, nampak menu di salah satu stall tu adalah karipap rusa. So, kami order. Tapi, tinggal seketul jer... Jadilah...nak rasa jer. Mahalnya boleh tahan. RM2.00 sebiji karipap nie. Besarlah tapinya kan...


Karipap Rusa

Bila makan, kami kerat 2, share laki bini. Bolehlahhhhh. Inti dia rasa daging, tapi tak boleh la nak tau daging apa. Rasa macam daging lembu jer. Tapi memang daging rusa dan daging lembu, tak banyak different sangat rasanya kan. And ikut taste kita, kita tak kan order lagi kot. Inti tak pedas dan kurang kick. Pastri pula terlalu rapuh dan rasa macam terlalu banyak margerine. So, a big NO for me next time.


Lamb Chop Atas Koli

Hubby nak try lamb chop. Nampak macam ada orang meja sebelah dan depan tu dapat yang sizzling. So, kami nak macam tu. Budak ambik order tanya nak lamb chop atas koli (kuali) atau yang biasa. Dah begitu soalannya, kami mintalah atas koli. Harapan tu biar dapat yang sizzling. Sekali dapat yang dalam pinggan juga. Oh, masak atas kuali kot maksudnya. Abis, kalau yang biasa tu, takkan masak atas batu kot..? Anyway, dah ada depan mata, makan jer lah. Tengok friesnya, adalah beberapa helai jer. Baked beans pun boleh bilang kan. Fine, next time kena order sendiri. Taste wise, macam ok lah juga. Cuma hubby kata too much fat dan ada part yang macam tak berapa masak. Konon macam nak buat medium rare la kot. So, another rejected menu di sini.



Mee Celup

Kita pula ternampak ada menu mee celup di salah satu stall nie. Kebetulan, baru terbaca entry Ben pasal mee celup, so rasa macam teringin nak makan. Tak pernah makan pun, saja nak try. So, orderlah.

Untuk first timer macam kita, mee celup nie sangatttt sedap. Menu nielah yang paling lewat tiba ke meja kami, tapi untuk tekak kita, yang paling sedap. Selama nie, kita ingatkan mee celup nie macam mee sup biasa tu jer. Rupa2nya lain.

Bahan asasnya tetaplah mee dan sup kan. Tapi supnya sedap...penuh rasa. Di dasar mangkuk tu, ada mee kuning tu. Kemudian ada lapisan tauge yang banyak dan taburan sedikit serbuk cili, kacang tumbuk dan bawang goreng. Kemudian dilapiskan dengan lapisan atas seperti dalam gambar tu. Ada hirisan daging rebus, fishballs dan juga crab balls. Sehiris limau bipis pun ada untuk yang suka masam. Barulah dituangkan kuag kedalam mangkuk tu.

Kuahnya macam ada kicap sebab warna gelap. Tak jernih. And kuah tu pula ada hirisan sayur kobis panjang di samping ada rasa sup daging. Daging hiris tu langsung tak liat. Just nice untuk menambah tekstur untuk di kunyah. Chewy. Fish balls tu pula bukan yang biasa beli di supermarket. Rasa ikan dalam fishballs tu agak menyerlah. Tak ler rasa tepung semata-mata.

So, star of day untuk kita ialah mee celup. Hubby tak suka tauge. Langsunggg tak suka, so menu nie memang rejected by him. And hubby and Adam pun sama2 tak suka daging yang di masak sup2 nie... So, definitely not for my men.

Next time kena explore menu lain rasanya....

So, you all bila nak explore?






.

7 ulasan:

  1. Bila Ziela described ingredients mee celup tu kakak terus glup... terasa sedapnyaaaa....

    BalasPadam
  2. memang cerah bijik mata saya kak.. perut pun rasa cerah je.. hahaha.

    BalasPadam
  3. MEE CELUP!!!!....huhuhu...feveret akak tu..setiap kali blk kelate mknan prtama akak cari MEE CELUP!!!!.....nyum.nyum.nyum...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..
    terima kasih sis aziela ats menu sis tu...
    Nanti TA try...dengan pantas mencari bahan-bahan nanti cinta TA baik tinggak masak je...

    Thanks

    BalasPadam
  5. Original mee celup mesti ada porut lombu baru original. Kalau nak makan mestilah gie belakang bas stand (terminal kuantan). Ohhh tapi kalau porut porut nie i tak suka makan. Nanti kolesterol lak. Heeeee

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com