Selasa, 23 April 2013

Makan di Melaka : Kedai Pak Cik Abbas

Assalamualaikum.....

Hari nie kita nak share tentang sebuah warung sarapan pagi yang sangat sempoi. Memang kiranya warung kopi kampung la walaupun lokasinya dah masuk ke dalam area bandar juga sekarang nie.

Kedai ni, atau warung nie tak ada nama. Signboard pun tak ada. Tapi, memang pelanggan dia kenal nama owner dia dengan nama Abbas. Dah lama bertapak di sini. Lokasinya adalah di sebelah Masjid Kariah Kampung Cheng. Kalau dari Tesco Cheng menuju ke bandar Melaka, kedai nie selepas traffic light yang ke dua, sebelah kiri.




Walaupun kedai nya sempoiii jer, tapi kalau pagi memang penuhhh orang. Tengoklah tu...ada yang berdiri, menunggu meja kosong. Selalunya pelanggan yang datang sini bersama keluarga. Ada juga pakcik2 yang datang minum kopi dan makan roti canai sambil bersembang sesama mereka dengan meriahnya. Senang cerita, kalau datang ke sini, suasana memang sentiasa meriah. Ha, lagi satu, kat sinilah nak dengar orang Melaka berbicara style Melaka. Alahai, yang selalu ada perkataan2 kasar tu. Tapi kat sini, yang kasar tu lah yang mesranya.

Menunya memang tak banyak. Simple menu... sangat simple. Tapi yang simple nie lah yang orang cari especially untuk breakfast kan.... Jom intai sikit menunya....



Nasi Lemak. Tak ada lauk pauk. Nasi lemak yang sangat basic. Kalau minta nasi lemak, inilah yang anda akan dapat. Tak ada kacang goreng. Aroma nasi lemak yang wangi, tapi tak terlalu heavy lemaknya bila di makan, sambal yang rasa betul2 macam di rumah, dan ikan bilis goreng yang yummmm....crunchy memang sungguh menambat selera. Ini adalah antara pilihan kegemaran kita secara personal.


Roti canai. Roti canai ini di buat sendiri oleh Pakcik Abbas. Ini adalah favourite Adam. Hubby pula, memang wajib akan minta roti canai telur double. Maknanya, telur ayam tu, dia nak 2 lah... Lately nie, ada nama pula roti telur double nie. Pakcik Abbas cakap, Roti Jantan. Errr... Melaung2 la mereka kat dalam kedai nie, orang tu nak roti jantan 3, orang nie, roti jantan 1, roti kosong 3...dan sebagainya. 


Anddddd....menu wajib ketiga kami ialah telur ayam 3 suku masak. Adam suka juga. 


Selain daripada yang di atas, mereka ada juga mee goreng dan nasi goreng. Itu saja. Tak ada menu lain.

Tapi, lepas breakfast kat sini, sampai ke petang kenyangnya.

Ada sapa2 nak ke Melaka ke..?

13 ulasan:

  1. Wah, menu pun nampak meriah jea kena pulak bahasa2 mesra Melaka ada di sana, akan ke sana jua nanti..

    BalasPadam
  2. walaupun simple xkisah yg pnting sedap......

    BalasPadam
  3. mesti bising kan? Akak lak takleh makan kat tempat yg bising2 ni, heheheh.. tapi roti canai tu memang suka sangatlah, roti jantan?? hahaha.. takpenah lagi minta roti telur double, pas tu smbung lagi ngan telur dua suku masak?? Patutlah boleh kenyang sampai ke petang, terbaekkkkk!!

    BalasPadam
  4. Baru hari ini kakak dengar tentang roti jantan. Nasi lemak kakak suka tapi rasa lamanya kakak tak makan, tengok Ziela tunjuk teringin pulak..

    BalasPadam
  5. kedai cam giniler paling best nak cari payah kat sini... suka kedai sempoi gini makanan sedap dan harga memang baik punya...

    BalasPadam
  6. roti bertelor memang la roti jantan .. tk gitu ..

    BalasPadam
  7. nasi lemak mcm ni lg sedap dr yg tlalu bnyk lauk pauk.

    BalasPadam
  8. nasi lemak pun nampak sedap pada pandangan mata saya.. apa lagi telur goreng separuh masak tu.. hahaha..

    BalasPadam
  9. telo ayam kampung tu nampak sedap betul la!

    BalasPadam
  10. salam
    Feberet roti bertelor ni.tapi masih dlm pantang ta ni.sabo je la

    BalasPadam
  11. Akak, menyesal saya datang blog ni malam-malam waktu tengah diet ni hahaha! Dah la tengah mengidam nak makan nasi lemak panas ni hahaha....ish ish ish tak boleh jadi esok malam kena cari nasi lemak panas heheheheh.....

    BalasPadam
  12. Oh telor ayam tu ... telor jantan 3 suku masak satu1.. boleh ke kata gitu..

    hari Sabtu lepas gang marhaban Che Mid pergi ke Tangkak dan Melaka. Tapi Che Mid tak dpt pergi, jadi tukang uruskan jee.. sbb last minute dpt job.

    BalasPadam
  13. Terima kasih pernah promosikan kedai kami.. sekarang dah ada nama. Boleh visit ig dan fb : warong abas cheng corner

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com