Selasa, 16 April 2013

Muka Baru Mewakili BN untuk PRU-13 di Negeri Sembilan

Assalamualaikum.....

Sejak minggu lepas lagi, semua orang tertunggu2 untuk pengumuman calon bertanding untuk BN. Maka termaktublah hari ini keputusannya.

Selamat berjuang kepada semua calon2 yang terpilih. Tak kiralah daripada BN, mahupun parti pembangkang. Setiap parti ada pro dan cons nya. Terpulang kepada pengundi untuk memilih yang tepat mengikut firasat diri sendiri.

Untuk Negeri Sembilan pula, berita tergempar yang kami terima ialah pertukaran Menteri Besarnya. Terima kasih banyak2 kepada Tok Mat kerana telah berhempas pulas membersihkan Negeri Sembilan sepanjang pemerintahannya. Sayang sungguh kerana ianya berakhir di sini.

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan


Semoga Datuk Shaziman Abu Mansor yang merupakan Ahli Parlimen kawasan Tampin akan meneruskan kesinambungan kegemilangan Negeri Sembilan. Beliau yang juga merupakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini.

Datuk Shaziman Abu mansor


Dan juga, salah seorang yang rapat dengan kita juga telah confirm menjadi calon untuk DUN kawasan Bagan Pinang iaitu Tun Hairudin bin Abu Bakar. Teruskan berjuang, Cik Don!

Tun Hairudin Abu Bakar


Kedengarannya, banyak juga muka2 baru yang dipilih untuk wakil BN kali ini. Dengarnya, awal pagi tadi, semua calon yang digugurkan telah dipanggil untuk dimaklumkan sebelum surat lantikan diberi kepada calon2 baru. Ada sebabnya kan?

Walaubagaimanapun, semoga tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku semasa hari mengundi nanti. Kekalkan Malaysia sebagai negara yang aman damai dan bijak.

.

10 ulasan:

  1. Laaaaa..TokMat naik federal ke?

    BalasPadam
  2. Salam sis aziela...
    Undi jangan tak undi..!!!!!!! jangan lupa bawa IC
    kalau tak kena balik lagi
    ambil IC pegi lagi..


    p/s
    tau pun sis...sis tak penah lekang dek perkataan i lop u dan miss u dari mula hingga kini pada si cinta tu...still maintain macam pengantin baru...hehehehhehe jangan jelous tau sis...dan jgn marah erk..>!!!

    BalasPadam
  3. Semoga Malaysia terus aman dan maakmur..

    BalasPadam
  4. elly nadira : Undi...jangan tak undi

    BalasPadam
  5. Daddy Ziyyad : Dengar2nya kena step down...tapi, entahlah...

    BalasPadam
  6. TA : IC mestilah bawa kan... Baguslah kalau masih bercinta... Harapnya kekal bahagia selamanya yer TA...

    BalasPadam
  7. tak tolong pacak & gantung bendera ke?

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com