Baru dan Baharu

16 comments
Assalamualaikum.....

Kita terbaca di dalam sebuah blog e-novel last week yang mana penulisnya guna perkataan baharu. So, macam peliklah kan.

Rupa2nya, bila dengar Halim Othman dalam Ceria Pagi di Suria FM semalam, barulah kita tahu ada perbezaan rupanya. Mengikut penerangan HO, perbezaan dua perkataan itu adalah seperti berikut :

Baru : Merujuk kepada tempoh, masa. Atau, dalam tatabahasa, ianya adalah kata kerja.

Contoh : Majlis kesyukuran itu baru sahaja selesai.
              Nenek baru tiba dari kampung.




Baharu : Merujuk kepada penjelasan tentang kata nama.

Contoh : Bangunan baharu itu memang cantik.

Minggu yang baharu dalam bulan ini.


Ok, untuk blogger2 cikgu Bahasa Melayu sekalian, sila bantu sekiranya penerangan saya salah.





           
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

16 thoughts..

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela...

TA tak berapa pandai la....

Unknown berkata...

mak aih..kalau saya still kena ambil paper bahasa melayu mesti fail kalau camni..hahaha..

Izwa Kamaruddin berkata...

alamak..kene belajar bnyk lagi nie :)

NzA berkata...

akak respesk dgn cikgu2 BM ni sebab setiap thn sentiasa ada perubahan dari segi ejaan...Tapi Baharu dan baru tu mmg dah lama digunakn kerana ianya ada maksud tertentu dan digunakan pada benda2 n perkataan tertentu......

Kakzakie Purvit berkata...

Betullah tu Aziela. Kita pun kena tahu sebab anak kita masih perlu bimbingan kita kan..

Chik Att berkata...

Ok dah tu ...
Betullah beza BARU dan BAHARU ...

caranya ... kita kena lihat subjek cerita ..bag menentukan sama ada dia dikategorikan sebagai MASA atau TEMPOH atau KATA NAMA ...

Subjek ...itu yang menentukannya ..

Dr K berkata...

Oh! Saya baru tahu!

So betul lah ejaan Johor Baharu, Kota Baharu?

Ada pulak yg eja Johore ..haha

Ujie Othman berkata...

Betul la tu...saya mula perasan bila tengok iklan kat tv/billboard, ejaannya BAHARU. Tapi utk penggunaan harian, tak biasa pulak nk guna.

Azian Elias berkata...

dulu masa jadi cikgu, memang i cukup perihatin bab ini. ye lah cikgu BM.. kena check karangan. but now,lintang pukang. hee..

akubiomed berkata...

Mula-mula ingat ada ejaan salah. Rupanya ada perbezaan antara keduanya. Terima kasih ke atas pencerahan ini.

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

if ambik spm sekali lagik for sure x dpt A dah...lingkang pukang dah my bahasa melayu....omg

Hani Rahman berkata...

Pening2 ...

Cho Zila berkata...

ha. ha.. akak lagi seronok suka2 hatijer guna... tak baguih.. tak baguih...

~Liya Sufiah~ berkata...

Salam Aziela,

Betul kata kakzakie. Liya pun fikir kita kena tau. kalau ada konfius Liya suka buka web DBP ada kamus online kat situ.

aby berkata...

Salam aziela,
Noted...
Penjelasan yg baik tu.

Unknown berkata...

Alamak....saya tersalah selama ini...saya tukar semua perkataan "baru" itu kepada "baharu" sebab cikgu masa Form 5 cakap DBP suruh tukar kepada "baharu" sepenuhnya hehehehe.....