Entry nie sepatutnya dah lama di up kan tapi entah kenapa kita delaykan. Sorry Adam. Mama tak tau nak taip apa about this.
Tahun ni Adam dilantik menjadi pengawas sekolah. Kita baru tahu, rupa2nya di sekolah tu, kalau top 10 students yang cemerlang dalam akademik akan dilantik menjadi pengawas. Tapi Adam tak dilantik pun walaupun dia tak tergelincir dari top 10 sejak darjah 1. And, kami pun tak la nak dia jadi pengawas pun. Cuma nak dia concentrate dalam study jer. Cuma peliknya, ada kawan2 dia yang dari kelas kedua pun dapat jadi pengawas dan dapat macam2 keistimewaan lagi. Ohh..rupa2nya mereka adalah anak2 guru di sekolah tu.
Maaf yer...kita tahu guru2 bukannya pentingkan diri sendiri. Tapi, trend di sekolah Adam..Masya Allah. Sangat mengecewakan. Mentang2lah sekolah luar bandar, mentang2lah ibu bapa murid majoritinya hanya menurut, guru2 ni ambil kesempatan. Memang sangat ketara pilih kasih layanannya. Kami ibu bapa yang berkenalan sejak anak masing2 bersama2 di sekolah ini sangat jelas dengan situasi ini. Tapi, mengenangkan anak menagih ilmu dari guru2 ini, kami pendamkan segala elemen negatif. Cuba rasionalkan sebaik mungkin sebagai pemangkin kesabaran.
Cuma, bila hujung tahun lepas Adam naik ke pentas untuk piala No. 1 dalam keseluruhan darjahnya dan merangkul beberapa hadiah lain untuk markah tertinggi dalam beberapa subjek, maka pihak sekolah tiada pilihan selain melantik Adam menjadi pengawas. Mungkin takut kalau kami mempersoalkan kot. Walhalnya, kami langsungggg tak kisah jawatan2 tu. Adam pun x kisah. Dia langsung tak perlu jawatan2 tu dan tak rebutkan apa2. Dia tak pernah menyuarakan cemburunya.... Alhamdulillah.
Tapi, bila cikgunya kata dia dilantik tu...caranya pun macam tak ikhlas jer nak inform, kita pun fahamlah yang mereka hanya melantik kerana terpaksa.
Tak apalah cikgu.....
Saya doakan anak2 cikgu2 semua berjaya hingga ke akhirat.
Alhamdulillah....
So, bertolaklah Adam ke kursus pengawas yang di adakan di Umang2 Chalet, Kuala Linggi, Melaka. Kursus berlangsung selama 2hari, 1 malam.
Awal pagi, ibu bapa dah hantar anak2
Dah berlonggok beg pakaian mereka
Salah sebuah bas yang terlibat
Adam dan kawan2nya
Dari kiri : Aiman, Asyrul, Adam, Idlan dan Fakhrurazi.
Posing terakhir sebelum berangkat
Kita dengan hubby ikut bas tu sampai ke chalet tu. Lepas tu kami balik ke Alor Gajah. Bila malam, kami datang lagi, sambil minum2 di kafe chalet tu dan hubby memancing. Chaletnya memang tepi pantai. Saja nak tengok keadaan. Tapi Adam nampak kami...berlari2 dia datang. Sweet memory. Esoknya, kami datang lagi untuk jemput dia. Tak perlulah dia naik bas.
Apa2 pun, kita nasihatkan Adam agar menjaga amanahnya. Tugas ini bukannya mudah. Segala tindakan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Pemimpin, sebelah kakinya di syurga, sebelah lagi tetap di neraka. Itu bidalan beratnya tanggungjawab.
Kami selalu pesan...redhakanlah kalau ada guru2 yang membenci Adam. Biarlah..... Teruskan menghormati guru2 tu walaupun Adam selalu dipandang sinis, di ketepikan, di sindir beramai2. Allah...sedihnya dengan etika guru2 yang segelintir itu. Apa salahnya Adam? Dia sekadar ingin menimba ilmu.
Kita tahu, guru2 tu berdendam dengan Adam, hanya kerana ego mereka dipatahkan oleh kita dan ayah kita masa Adam darjah satu. Setelah puas Adam di tengking, di denda dan di malukan depan khalayak sekolah atas kehilangan buku kerja yang mana bukan salahnya, akhirnya mereka termalu sendiri bila buku itu rupa2nya dalam simpanan guru itu sendiri. Tiada sepatah maaf pun dari mereka. Alhamdulillah.... Ujian dan dugaan untuk menimba ilmu.
Semua dugaan2 ini menjadikan Adam seorang anak yang lebih cepat matang berbanding rakan2nya.
Syukur Ya Allah....
.
alahai..kesiannya adam.. alhamdulillah. sungguh pun macam tu dia takde rasa trauma nak pergi sekolah. sbb kalau sesetengah budak kan..diorang jadi tak seronok nak ke sekolah..
BalasPadamjaga amanah dengan sebaiknya.. terus cemerlang ok adam. jangan kena pegang amanah, pelajaran pulak terabai..
Semoga guru2 itu menerima hidayah untuk berubah...
BalasPadamTeruskan kecemerlanganmu Adam :)
sedih baca kisah Adam. betulla aziela, memang dugaan ni mendewasakan kita. Moga Adam terus berjaya. Amin
BalasPadamTahniah Adam.. aunty so proud of u..abaikan sahaja kata2 dan sindiran guru2 yang tidak beretika itu yang penting ilmu mereka perlu kita tatang untuk dijadikan guideline untuk kita terus berjaya dalam bidang akademik.
BalasPadamTAHNIAH utk Adam..semoga mampu jlnkan amanah dgn baik n cemerlang....
BalasPadamKalau ikutkan kriteria pemilihan pengawas adalah berdasarkan bakat kepimpinan tnpa mengira akademik. kecemerlangan akademik tu sekadar bonus saja. byk skil2 yg perlu cikgu teliti dulu sebelum membuat lantikan..lantikan juga berdasarkan mesyuarat j/kuasa displin n pihak2 atasan sekolah..cikgu2 yg xtrlibat xboleh masuk campur cuma boleh beri pndangan....AJK ni akan buat pemilihan n prtimbangan tnpa ada pilih kasih.mungkin ramai ibu bapa salah anggap bahawa pemilihan brdasarkan akademik semata2...Ada juga kuota 5% lantikan utk murid2 lemah or alami masalah displin dilantik sebagai memotivasikan diri..Jgn pelik jika ada segelintir pengawas lebih teruk brbnding murid biasa...
macam tu ke kisahnya.. ibu ayah kena support Adam kaw-kaw ni.. tapi tentu Adam pandai bawa diri, jangan risau sangat. Insyaallah Adam akan berjaya lebih baik dari anak-anak cikgu tu..
BalasPadamSedihnya saya baca sikap pilih kasih guru-guru di sekolah berkenaan. Ini dah kira melanggar etika perguruan ni. Ya Allah, minta saya dijauhkan daripada sikap sebegitu...amin!
BalasPadamTeruknya perangai cikgu Adam. Tapi tak apalah, sabar jelah Kak Ziela~
BalasPadamskrng nak jadik pengawas mmg kena join kursus bagai ekkk kaka?? zaman ai x der pong...alhamdulliah bijak sungguh adam..so proud of him.
BalasPadamkebykan org kiter punya style mmg guna pengaruh gituew kaka....nak keja pun dpt recommend dari org ataih sure dpt keja blm tentu blh buat...kat sek pun ada ekk...alhamdulliah kat jpn x der istilah pilih kasih bagai...even weols org luaq.
Tahniah Adam semoga terus cemerlang dalam pelajaran seterusnya..amiin
BalasPadamSemoga terus cemerlang ... Abaikan mereka2 yang ntah hapa2 tu ...
BalasPadamAdam, pemuda harapan bangsa tuh. Wah jadi pengawas pun kena anta kursus yer. Dh lupa aby, dulu anak dara aby nad dan yg no 3, jee, pernah juga jd pengawas mase sek rendah.
BalasPadamSemoga kecermalangan adam beterusan
kesiannya adam.....kadang2 cikgu ni kan asal boleh aje, ckp tu bukan nak fikir guna otak....tapi tak la semua cikgu cam tu, segelintir ni aje yang buat semua nama guru2 lain terpalit
BalasPadamtu la kan kita ni tak la hadap sangat anak2 jadi pengawas ke apa, tapi kadang2 kronism tu ada aje di mana2, semoga adam berjaya dan terus berjaya, buktikan pada guru tu yang adam mampu atas usaha adam sendiri, best of luck!