Sabtu, 15 Jun 2013

Makan di Melaka : The Famous Klebang Coconut Shake

Assalamualaikum.....

Kita cerita pasal makan2lah weekend nie yer. Ada yang tanya pasal Coconut Shake Klebang nie. Ok lah...kita entry sikit. Ini 2nd entry. First entry, sila godek2 archive blog kita nie yer...

The famous one. Klebang Coconut Shake. Oh, Uncle Lee di Kanada tu tak rindu Klebang ke?



Ini yang special punya. Kalau coconut shake biasa, dia blend air kelapa dengan isi kelapa dengan aiskrim vanila. Yeap..ais krim. So, ais krim yang manis, lemak dan wangi tu adalah perasa yang perfect untuk coconut shake ni. Tak perlu gula tambahan, susu ker, atau perasa ker. Simple jer. Di kisar pula dengan air batu sehingga halus. Rasanya tak macam ice blended. Bila minum, rasa macam ice blended, tapi versi yang halus dan lemak. Sangat licin melalui kerongkong dan rasa macam tak puas bila minum. Lidah tak dapat nak detect apa2 yang jelas...cuma ada rasa seimbang yang sangat soothing. Ala2 rasa macam di pantai dengan kelengkapan mewah la kiranya walaupun khemah tu penuh padat dengan orang.



Oh yer...yang kat tepi jalan tu untuk tapaw (bungkus) jer yer. Kalau nak lepak2 dan menikmati kesegarannya terus daripada tong blender, silalah pandu masuk ke dalam lorong. Kemudian, pandai2 jolok untuk parking. Bagi meng'highlight'kan rasa shake nie, ada kuih muih kampung dan juga nasi lemak bungkus, Bila makan nasi lemak ni, terus rasa macam di tarik ke alam sekolah rendah kita. Sekolah rendah kita betul2 tepi laut di PD tu. Masa tu laut belum tambak lagi. So, waktu rehat, kita dengan kawan2 akan beli nasi lemak bungkus yang berharga 20 sen dan makan di meja kayu bawah pokok tepi pagar sebelah laut. Kalau time air pasang dan angin kuat, sampai air laut tu terpercik pada kami. Anyway...nasi lemak bungkus di Klebang nie betul2 sama rasa macam di kantin sekolah rendah tu. That was about 30 years different. Phewww..!!


Pilihan Adam. Keropok lekor. Yang peliknya, kalau balik Kuantan, x nak pula dia hadap keropok lekor ni.

Dah makan, sila beratur untuk bayar.

Kuih2 di susun atas meja dalam bakul2 sempoi jer. sendiri pilih, sendiri ambik yer. Layan diri.
 
 
 
Review pendek jer...tak boleh duduk lama2. Sakit lagi pinggang dan tulang belakang kita nie.... Aduihhhh.

13 ulasan:

  1. hukhukhuk

    nanti dtg melaka nak cari jugak :D

    BalasPadam
  2. kalau lalu area sini mmg sesak dgn kereta dan bas parking tepi jln...mmg sntiasa ramai org....

    BalasPadam
  3. Bestnya dapat jalan2 cari makan.. Teringin juga nak merasa shake tu... entah bila la agaknya dapat pegi Melaka. Hope Kak Azila sihat2 je..

    BalasPadam
  4. haaa.. destinasi wajib setiap kali bermalam di Melaka..

    BalasPadam
  5. Hello Aziela, ha ha, I remember Klebang very well....as when young school days, sekolah Anglo Chinese school...adek in MGS....
    But that coconut shake, no. But used to drink often ayer kelapa as we lived next to kampong.
    Had a relative living at Pokok Mangga road nearby.

    I used to ikut my Malay friends, their parents mandi safar at Klebang. But the father will not allow me to hold the reins of the cows when riding in the decorated bullock carts....they know I suka cowboy movies and rodeos, ha ha ha,

    Also remember Tanjong Kling, as had a relative living there, and Sungei Udang.
    I learned to swim at Tanjong Bidara. This was the times of the communist uprising.

    Incidentally, we have a typical Nyonya lady from Malacca living here in Toronto, she from Tangga Batu, after Tanjong Kling. And she speaks Malay to me when we meet. Tetapi kesian she lost her hubby to cancer few years back. Dia pandai masak Nyonya foods.

    Love your pics here. I guess Malacca has changed a lot. I have lost touch 26 years.
    Thanks for the memories, Aziela.
    You simpan satu lagu dalam hati.
    Senang datang, ya.
    Lee.

    BalasPadam
  6. kak zila..nak dpt ni bukan main susah..wlupun kat Klang dan Shah Alam ada version sendiri tp mmg tak blh lawan yang ni..sanggup naik Klebang dulu br turun PD balik hanya utk shake ngan nasi lemak tu..tapau secawan dua wlu perut dah kembung..waaa...before puasa nak pegi juga :)

    BalasPadam
  7. wow..bestnya tgk coconut shake tuh.. pekena time cuaca panas.. eemmm tak terkata..

    psttt..cikda berkenan sungguh iklan periuk ikea tuh.. hihihhi.. i klik u....

    BalasPadam
  8. coconut shake tu bila la nak dpt minum, selalu tgk pic aje nih, byk kali pi melaka, tak pernah2 dpt tau

    BalasPadam
  9. akak,
    telan air liur saya baca description pasal coconut shake tu..padahal saya pernah rasa coconut shake dan tak suka sangat..lepas ni kena cuba lagi.. hahaha..

    BalasPadam
  10. kat melaka ye kak? ramai kawan2 cerita.. tapi tak pernah singgah pun..

    BalasPadam
  11. Akak! Nasi lemak tu nampak sedap! Hurm bestnya lepak tepi pantai, makan-makan, minum-minum...seronok betul!

    BalasPadam
  12. Akak! Nasi lemak tu nampak sedap! Hurm bestnya dapat lepak tepi pantai sambil makan-makan, minum-minum...

    BalasPadam
  13. Ramai dah org review pasal coconut shake klebang nie, ntah bila lah dapat merasa agak nyer ...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com