Assalamualaikum.....
Semalam, sebaik sahaja habis kerja, kita terus bergegas ke kereta. Memandu dalam keadaan yang sangat penat dan mengantuk sehingga ke Port Dickson. Tiba di PD pada jam 5.50 petang. Alhamdulillah.
Adam sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Dan kami bergerak ke bazar Ramadhan pada jam 6.15 petang. Dalam perjalanan pulang, 3 minit sebelum masuk waktu berbuka Kuantan, hubby called. Dan kami berbual bersama melalui speaker telefon yang dipasang kuat sehinggalah hubby membaca doa berbuka puasa. 3 minit kemudian, giliran kami pula berbuka di Port Dickson.
Walaupun online, walaupun berjauhan tapi kami sangat gembira kerana kami tahu hati kami sentiasa bersama.
Dan saya bersyukur sangat kerana mengenali ramai rakan2 yang ikhlas mendoakan kami. Doa kalian sememangnya sangat bermakna kepada kami.
Dan Adam sangat gembira semalam. Sepanjang masa terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya. Kita tak tutup lampu pun tidur malam tadi sebab nak tengok muka dia setiap kali mata kita celik. Dan tangannya tak lepas dari memeluk kita. Tak dapat peluk, dapat genggam sebatang jari pun dia capai juga.
Alhamdulillah.....
alhamdulillah ^_^
BalasPadamAlhamdulilah..syukur :)
BalasPadamkak Aziela..tabahnya akak..sy doakan semuanya dipermudahkan
BalasPadamterharunya akak... sampai bergenang air di kelopak mata ni rasanya...
BalasPadamalhamdulillah kak.. syukur... semoga akak sekeluarga terus bahagia selamanya.. amin..
BalasPadambahagia kan bila orang tersayang selalu di samping?
deqla dpt bygkan betapa bahagianya akak ..alhamdulillah... ;)
BalasPadamAlhamdulillah, semoga berpanjangan hingga ke akhirat... amin
BalasPadamA simple yet touching blog entry....alhamdulillah, akak sekeluarga sangat dekat walaupun jauh syukur!
BalasPadamSebak membacanya...
BalasPadamAssalam Aziela
BalasPadamPak Temuk ucapkan selamat berpuasa, dengan cemerlang.
Kalaulah boleh juadah berbuka dan sahur di"on-line"kan... hihi. Tapi, syukurlah, Allah tetap mengizinkan kita berhubung dengan orang tersayang sekalipun dijauhkan oleh tugas dan lokasi.
Syukur...terasa bahagia waktu membaca entri ni. :)
BalasPadamSemoga perasaan ingat mengingati antara suami isteri sntiasa brkekalan
BalasPadamso touching la...I suka.
BalasPadamAlhamdulillah.. gembira tatkala k.yus membaca n3 ni, di mana ada kasih & sayang, di situlah kita bertamu. Semoga kebahagiaan itu melingkari hidup Aziela hingga ke Jannah.
BalasPadamEmma : Thank u Emma.
BalasPadamMira : Yer, Alhamdulillah
BalasPadamLynda : Kadang2 tak sangka boleh tempuh. Tapi dah ujian depan mata, redah jer lah dik...
BalasPadamSeri Kandi : Akak...nanti saya pun ikut nangis.
BalasPadamRozita : Bahagia sangat. Alhamdulillah.
BalasPadamDeqla : Terima kasih dik... Amiin.
BalasPadamLiya Sufiah : Amiin.
BalasPadamAzham : Thank u sudi membaca dan berkongsi.
BalasPadamzouldahan : Kami dah biasa, Doc.
BalasPadamSalam Pak Temuk. Itulah kan. Cuma kalau bersama tu, saling menyuap dan saling menghulur juadah. Feel lain sikitlah kan.
BalasPadamUjie : Terima kasih, Ujie.
BalasPadamaby : Terima kasih kakang. Amiin.
BalasPadamInda Marya : Touching yer...x sanka pula..hehehehehe. Thank u yer dear...
BalasPadamYusnida : Amiiin Kak Yus. Terima kasih mendoakan kami.
BalasPadam